Monday 28 February 2011

At last, Pick Me Up!

Just last week I buang whipping cream kotak kecik. Lama dah dia duk bersejuk2an dalam esbok. In fact dah terover expired. Sebelum dibuang, doc quack harus buat post mortem dulu, harus!

I tuang the whole packet dalam mangkok.. Rupa cream tu masih putih mulus so beranilah I colet2 masuk mulut. Surprise, surprise! rasanya masih lemak berkrim w'pun dah lama expired. Tak pernah dengar orang jamah expired whipping cream boleh mati, kan? Habis kuat perut memulas2 but who knows malang tak berbau, ada microbes nak carik pasal ke so terpaksa dibuang jugalah *ya ampun*.

In fact I still keep a small tub of expired mascarpone cheese. I am guilty as charged *membazir aje kerjanya*, sigh..

Will do a post-mortem on this too ... Sape berani 'bet' benda nih masih edible?

So at last berjaya juga I buat Tiramisu, heheh. Orang Melayu teringin buat Tiramisu, ada tak orang Itali teringin buat lepat pithang, kuih cara atau cakar ayam?? Ada?

Macam biasa, tak sah kalau resipi tak dikhianati, kih3. From 300ml double cream jadi 200ml whipping cream (100% fresh just bought), 250gm mascarpone diganti cream cheese jer (murah sket tapi memang cari pasal kalau masih nak guna mascarpone yang dah 4 tahun expired, kan?), dan selebihnya tetap tak ikut resipi. Degil ek? Well .. I don't make this dessert to impress anybody but me (siap disclaimer lagi, jangan caci hina hantar email jah-hat kata I eksyen, okay?).


Pernah tengok Tiramisu rupa rock cenggini?? Siap ada 'geli2' @ choc rice @ urai lagi, hehe. Penat taw I parut coklat dah setahun perap dalam esbok (cenderahati orang kawin).

If ever I buat for the 2nd time, nescaya cara pembuatan dan bahan akan diolah dan diolah lagi. Next time I don't want to use coffee but instead I want to use Mylo.

Nasib baik juga I make this dessert so bolehlah I bawak ke 'rumah' Noir. Kebetulan kitorang 'senasib' nak selebret 'pathetic statistics party', haha ... Tak tau emily nak bawak apa, hik3 (sila abaikan kalau I buat you keliru).


How? does it look awesome? ahaks .. Boleh bawak masuk majlis meminang tak?

Baru 2 jam dalam esbok, Tiramisu dah berteriak 'pick me up, pick me up'. Apalah kan? Macam tak sabar2 nak masuk perut I tapi tulah makna sebenar Tiramisu.

Sunday 27 February 2011

Julie n Julia ...

Dear Emily

As suggested by you, I'm now watching Julie n Julia, hehe. Thank you. Imagine me watching the movie while typing this, texting you some more and being a 'mek gyver' to give a TLC to my washing machine which opts to be ngengada *pap*.

Julie n Julia .. could they be us? hahahaa... I am fond of Julia as she is very mischievous n funny.

Julie is a blogger, just like us, ehem. Do you remember what her husband said when they had a fight? "don't write it on your blog". "Write what?" .. "write about us fighting!!" .. kihkihkih..

You told me just now that you were having nasi beriani for lunch. *deep sigh* If only you could tapau some for me, my Sunday would be wonderful! :-)

Somehow you've given me an idea to cook a one-dish meal. What better way to cook than to use everything instant? Work smart and not work hard? hehe whateva!


I've no stock of basmathi rice left but that won't be a deterrant. Thai rice is good enough and I make do with what I could find hidden in the crisper/freezer. I added some tomatoes, red n green chillies to the rice to enhance its taste. Walla!

I cooked beef korma', fried some papadom and made that easy peasy tomato salad. Who's complaining? Surely not me. I am one satisfied customer, hehe.


My sympathy to that cream cheese. It has been in and out of the fridge for umpteenth time. Expiry date will be this May and that sponge fingers have been 'staying alive' in the fridge for more than a year now. Oh Tira, I miss you .. please come to big momma!

... and this one, GordonRomzi tengok pun pengsan! kahkahkah .. the idea came at the spur of the moment (kreatip kan?). Ndja brought n naturally bought those pithang goreng a few days ago. I was in the mood to be a food stylist pencen. The sauce isn't maple syrup but diluted palm sugar jer.

Do try that combo, sedap taw ...

Saturday 26 February 2011

Then and now ...

Mengimbau: Bila cikgu Leha (or Mrs Mui) beri tajuk karangan yang mencabar minda, quite a handful of us would submit the essay/karangan the next day. Lagi molek if the next day was a Friday (cuti am) plus another cuti am which was Saturday. Memang moleklah.

Apsal dulu bukan main susah nak come up with 300 words per essay unlike now? Sekarang nih nak mengarang lebih dari 300 pun macam no big deal aje? ahaks..

Ada kalanya memang tak boleh siap karangan kat sekolah nak2 bila school band tengah praktis kat padang. Masing2 in awe tengok band major lambong2 tongkat sakti kelangit (dengan harapan jatuhlah tongkat tu hendaknya, har3). Fadillah from our class main trumpet. Dahlah halus aje dia tu, wonder where she got the extra angin from her chest strength to blow the instrument.

Masa tu I berangan2 juga nak jadi part of the band girls tapi I nak main alat apa? If only I were Fadillah, alangkah bestnya. In no time I mesti boleh jadi seterror Herb Alpert (my idola that time cos dia bukan aje bergaya bila tiup trumpet tapi lebih penting dia tu ensem bangat, hehe). Main trumpet pipi kembung, bila dah tua pipi jadi kempong. Where got cun like that?? So kensel trumpet tukar ke cymbal pulak tapi main cymbal lama2 boleh jadi pekak kan?

Angan2 asyik tak menjadi, belum apa2 dah pikir yang negatif aje tapi memang tak minat pun, hehe. Kalau tak minat, ada bakat pun tak guna; dan kalau ada bakat takde minat pun tak guna <---------- bukan ke sama meaning tu? ekekeke..

- s e k i a n . . t a m a t . . al-k i s a h . . s i l a m -

Ndja brought from Sban 3 salted eggs with medium strength saltiness (betul ke my English nih? hehe). I was so excited mengalahkan dapat gold ingots walhal dapat twin egg yolks aje. Ada chance tak I may get twins? uhuk2.

Dia kata almost all eggs (tak sure berapa banyak) memang ada twin yolks. I still have 2 in the fridge, tak sabar rasanya nak tau whether they have twin yolks too (you see, things like this excite me more than anything money could buy, cewah..).

Apakah ini?
I had half portion of baguette n about 5 'dreaming' bananas. Ikut naluri rajin, kononnya nak buat bread pudding n lempeng pithang tapi memang taaaklah so I end up kocak2, putar2 n hempuk2 those two to become one entity - sehati sejiwa!


..... maka jadilah 'bagbanpud'. Do not ask me sedap ke tak, dah I yang masak, naturally I'd say yummy giler .... tapi tak rugi kalau tak try, hahahaaa ...

Thursday 24 February 2011

Jom bako?

SOM = 'sure orangnya manis' ... kih3 tapi bukan I yang kata taw, Rima yang kata, hehe... tapi betul ke Som tu manis? Haha, mau tak manis u'olls? soMuffins campur dengan sukaCupcakes, tak ke manis tu? haha ..

Lupakan hal manis tak manis tu, allow me beralkisah pasal yang masin dan pedas plak. Just had dinner kat restoran ikan bakar yang baru jer dibukak belakang rumah (3-4 minit naik kereta dah sampai).

Kadar hayat restoran yang berniaga kat T*ipan tu sama macam biskut cipsmore. Week in, week out I pusing2 kat situ, molek aje restoran duk menyengih2 tapi tup2 aleh2 tiba2 suddenly hilang cam tu aje. Ikut pada logiknya it is either terpaksa bungkus or diorang carik tapak baru. So now, ada 2 restoran baru kat situ, the other being TutiPruti.

W'pun restoran ikan bakar, tapi ikan tak selfish okay? Ikan tetap menjemput udang, sotong, lala dan kerang untuk dibakar sama, heheh.

Masa tunggu makanan tiba, muncul pulak si penjual ..... shhhh.. takyah thebut (nanti I sekuarga masuk lokap kang), you all tengok aje gambar kat bawah nih, hehe.

Haggle punya haggle, dapat diskaun 200 sen, haha. T main mata n mulut kepot2 kat abah dia which I willingly n cleverly helped to decipher for TB "takyah beli sebab boleh download" but TB dah terkesima dengan budi bahasa si Ah Chong (as usual, bukan nama sebenar), "tak perlaa..." so T kena akur sebab abah yang foot d'bill, heheh..

.... and last but not least, haruslah singgah kat TutiPruti. Bila Ndja n T ada, kalau kedai nak tutup pun, diorang boleh request pintu kedai dibukak muat2 untuk badan diorang. So kita berempat dengan TB sekali berjimba seketika ... (psst.. TB n Ndja cam I jugaklah kinda ulu, kih3.. tak tau plak zaman moden 'eskrim' boleh keluar dari dinding, muahahahaa) ... tapi kita buat2 tak heran jer, kikikikk...


Bila tiba rumah terus buat apa yang patut (top list was to salin baju yang lebih selesa tanpa dot3, auww) dan terus berkarya w'pun mata dah mula kelat tapi keadaan rumah yang riuh memang tak leh zzzzzz jawabnya (tapi boleh percaya ke?).

TB dah lama tak masuk panggung so volume tv dikuatkan sekuat volume dalam panggung. Nemain, we all kasi chan kat dia. Dah naik sheikh kekdahnya orang tua tu dia ... memula tengok hantu mak limah, sambung Legend of the Fist, pastu tengok apa plak .. Ngangkung maybe??

I forgot that I have this skill or talent .. to doze off easily albeit bom jatuh atas riba namun sesenang I doze off, senang juga I terjaga. A talent which TB is so jealous of, hehehaha..

Alhamdulillah, syukur nikmat .. amin.

Wednesday 23 February 2011

Anyone fancy a lebit?? ...


Sker hati dia aje buat iklan cenggitu ek??

Disamping pernah jadi gembala kambing selama seminggu, I juga pernah menternak lebit. Unlike 4 ekor anak itik yang memang I sendiri geram nak penyek2kan, lebit pulak kehendak my adik bongsu. I tak minat sangat.

Bak belikan 2 ekor. Tak ingat siapa plak yang buatkan crib untuk 2 ekor tu. Kelakar juga bila tengok taik bahan kumuhan (cewah guna bahasa buku nih) silebit bulat2 kecik serupa pil makjun orang lepas pantang, hehe. Tu sebab I buang dalam lubang sinki my pil makjun masa dalam pantang dulu tu, tak tertelan... shhhh..

Mula2 adik I tu rajinlah sediakan air dan beri makan kangkong. Bukan kangkong goreng belacan, just raw kangkong. Asalnya bulu lebit rona putih tapi lama kelamaan timbul tompok2 plak. Mengapakah??

Yaa.. adik I dah menderhaka pada janji dia dengan Bak. Bak kata jaga baik2 jangan dengki kat lebit tu sebab ada sekali adik I buat dengki kat anak ayam. Agaknya dia terkesima dengan boomerang, langsong dia swing ranting kayu kat anak ayam. I jadi saksi namun I tetap berpihak pada yang salah. Kasih sorang kakak, kekdahnya.

Kerana rasa bersalah tu, dia buatkan buai kecik guna saputangan untuk mendodoi anak ayam yang dah nyawa2 ikan tu.. Ehhh.. ni citer pasal anak ayam ke pasal lebit???

OK sambung cewita lebit ..

Kot my adik dah boring tengok rupa lebit yang memutih aje, teruslah dia cuba mengkreatipkan diri buat corak batik nusantara guna dakwat biru. Patutlah dakwat kitorang surut jer (pulak2 time tu kitorang baru je berjinak2 guna fountain pen).

Sekian.... a brief one maklum Wordless Wednesday, ehek..

Tuesday 22 February 2011

Kering darah ...

J-gua

Masa half way terkial2 nak habiskan entry 'Kejap cold, kejap hot' hari tu, TB yang I sangka masih zzzzz tetiba bersuara dari bilik atas "D tak bawak Kelisa ke?". "Taak.. D keluar dengan kawan dia naik motor". I thot jawapan diberi dah mabeles enuf but no "dah tu mana J-gua?".

"J-gua?? Ohhhh tadi D kata nak pinjam kejap pegi kedai tapi tak jadi sebab kawan dia dah datang". By then TB dah berdiri kat tangga "habis tu mana J-gua?". Ishh.. kacau jer orang nak berkarya "you ni pun, kalau D pegi naik motor, J-gua ngan Kelisa mesti ada kat depan tu laaa..". My answer masih not gud enuf "yalah.. tapi mana J-gua?".

Toing!! my montot tetiba terlompat 6" dari kerusi. Dari berdiri kat tangga, TB terus lesap kebilik. Awatnya dia lesap, patutnya inbestiget sama2lah, kaan?

I bergegas ke luar rumah, terlompat2 berpegang pada gate karat sambil mata zoom-in kat tapak si J-gua selalu berteduh. Zushhh... terasa darah berdezuuup naik kemuka, tak nampak bayang J-gua pun! Mau tangkap pengsan time tu juga! aahh, mana pegi itu J-gua? Mana J-gua itu pegi??? huwaaa...

I panik giler as if hantu Kak Limah ada depan mata. I jerit jer "J-gua takde.. J-gua takde kat depaaaan". Jeritan I takde effect on TB so gigil2 I fone D twice namun tak dijawabnya. Dalam panik2 tu teringat nak cari kunci J-gua. Sebaik aje capai kunci dari basket "Liiii, J-gua kena curik .. Liiiiiii J-gua kena curiiiiik!!! Nihaa kunci dia ada kat sini lagi, sah kena curik..".

You should have seen me wailing tak ingat donia!! kahkahkah.. namun TB intercept "apa sebut kena curik, kena curik nih... kena curik betul2 kang?" <- har3 member dah mula cuaklah tu.

I fone D for the 3rd time, masa tu dia masih membonceng and I was close to being hysterical "D .. J-gua hilang... J-gua dah kena curik". Banyak kali jugaklah I repeated the same sentence. D pun terperanjat beruk jugak "huh??? J-gua kena curiiiik? J-gua kena curik?? *pause pause* Ehhh Umi biar betul.. cuba check betul2 kat bawah pokok".

I dashed out cam kilat. Mata zoom-in kat bawah pokok nangka yang buahnya asyik berulat tu, takde apa pun (if given the choice, no one likes to park keta kat situ sebab putik2 nangka busuk would spoil their cars), Then I toleh kiri (lompat2 juga sebab ada keta lain menghalang mata) ... wahahahahhh nun disana my J-gua sedang berteduh bawah pokok kepala kelapa gading!!! No wonderlah my eyes didn't roam far out in that direction (tapak tu dah beyond our territory).

Melompat2 sambil menjerit (or was it menjerit sambil melompat2) "Liiiii... J-gua ada kat bawah pokok kelapa". 2x ulang jerit, kot TB got sound trouble, ekekeke.. Tetiba dia muncul kat tangga "sapelah ingin curik J-gua tu? Keta dah buruk". Woit? w'pun cakapnya betul tapi tak baek cakap cenggitu. Kecik ati I, kecik juga ati J-gua taw.

"Ehhhh you nih.." (tu aje yang terucap sebab tetiba I rasa numb. What if my baby really been carjacked? Sayang taw sebab dalam keta ada cerminmata sebelah bingkai dah patah. W'pun ada yang baru, tapi tetap nak yang tu jugak).

Apsal D tak park J-gua depan rumah aje? Well.. nak dijadikan cerita dalam blog, kebetulan masa tu 2 keta kontrektor n keta Ndja baru tiba so diorang park keta masing2 depan rumah maka sesaklah jadinya.


Citer sampingan:
Ndja tu sape? Ramai tau she's my elder sista. Selama2nya kami berjiran tapi dia dah jadi nomad sejak hubby dia kena posting merata tempat. Anytime soon, she n family akan pindah balik kerumah dia yang dah kothong <>3 tahun. Tulah tu dia buat mini make-over to her house. Kalau dia extend the make-over tewus kerumah adik dia, kan bagus?? heheh.

Nota boleh tahan tak penting:
Li @ Liii = TB
J-gua memang bukan Jaguar, vukan vukan vukan!
.

Monday 21 February 2011

The way it used to be ...

Tetiba teringat lagu Engelbert Hump. 2-3 hari nih asyik teringat lagu2 lama aje. It is of mixed-feelings. Kejap suka, kejap sedih, kejap mencii, kejap macam rasa rojak celup!!!! That's either yummy or yukkhy!


Breakfast hari nih TB belikan bihun bersotong nyum2 and my all time fav. satay jemput2 pithang...


Dah dua kali dalam minggu nih makan jemput2 .. never got tired of it! sambil makan boleh main teka2 'apa nih?'..


Jemput2 tu rupa dinosaur kaan?? kita u-turn kezaman Alley Oop kejap ...

... and this was our dinner yesterday ... (gambar sebelum dish masuk oven, hehe..)

... dimakan dengan roti Arab yang leper tu ..

GTG sebab supir pencen kena hantar budak sorang tu pegi 'kerja' .. I thot dah boleh drive sendiri tak kacau I lagi. Nak manja kekdahnya ... Daa...

Sunday 20 February 2011

Words don't come easy ...

One of those moments when all the 26 alphabets having a difficult time to form words and almost impossible to construct sentences. Words don't come easy and I hate it !

That was yesterday but today, ehem ..

I've forgotten that I have 2 wedding invitations today. I was invited by one fellow blogger and the other one is considered as sedara bau bacang or bau kambing, ahaks for the fact that Bak used to sponsor them a pair of kambing. Do you know that goats like to eat jackfruit leaves? I know so cos I was once a gembala kambing for a week or so before the pair got transported to Melaka ... for good!

I was toying with this crazy but achievable idea, haha. Do you think anybody would notice if I put on this ...


............................................................... or this ........ ?

I dah mencabar diri sendiri nih, harus pegi beli sekarang jugak! Kalau beli 1/2 dozen baru baper ringgit aje. Hmm.. tak mahal sangat afterall duit jual sokabar dulu tu masih ada, kih3. Incubate the idea KIV.

Masa kawin dulu sempat jugaklah mak andam sebelah lelaki (komplot dengan TB kot? har3) membagaikan I. Pakai baju kebaya (songket merah), baju ala minang (rona hitam terover sized plak) and the last baju *thank god* was a white gown, auwww.

The weather then was plain ha-wau-ta = hot so muka pengantin yang mulanya manis2 buah tetiba jadi buah cermai muda, kelat n pahit (YaAllah ampunkan dosaku, ku tak bermaksud nak 'timing'=eksyen).

I was obviously scared of the mak andam (cousin FIL). I could very well ikat my own kain but she with her hands so sturdy did it for me. Dia ganas taw, kita tak sker (dahlah tension cos soon after the majlis was over, tinggallah I terkonteng2 without my siblings around, huawaaa nangish). When I sort of refused to wear those 2 oversized baju, the mak andam asyiklah kelepet2kan the extra kain. to make it ngam on my body. But paling tak boleh blah was when I saw her handling the bulu mata palsuuu (BMP).

To cut the long story short, she managed to affix the BMP kat lereng2 mata and that made me feel owhh so .... dono what to saylah! Tetiba mata I steam gitu, harharhar <- sekarang bolehlah har3. Masa dulu tu bertakong jer air mata... I memang tak reti bermekap bagai maklum without it I dah sweet, ekekeke... I only have a lipstick n a compact powder in my possession.

Pernah gak gatal guna rouge tapi bila ada sorang mulut gatal komen "eh ... wats wrong with your cheek". Mulut dia memang tak disenangi oleh masyarakat setempat (our department) namun I mahapkan siSharon tu sebab she took the trouble sediakan halal food for us when she got married.

Dah tak dapat makan nasi pengantin maka I baked lamb for lunch.

Sekian timakasih (sebab tak mintak my baked lamb tu, haha..).
.

Friday 18 February 2011

Lingam's KARI ...

Khas untuk AB yang berada diperantauan ...

Kita cakap benar takde lain dari yang benar belaka bahawasanya tambi Lingam memang ada jual rempah kari ikan n daging. Kita tak sempat panjat eskalator Mydyn untuk tangkap gamba tapi enuflah kita google jer dulu eh?
.
I dah cuba macam2 jenis rempah kari untuk masak ikan/udang atau daging tapi semuanya macam tak berapa ummph jer. I know, sob3... my air tangan memang ada kureng sket TAPIkaaan, bila guna rempah kari Lingam atau cap Burung Kenari (kenari kot?), kari yang I masak tu terasa macam sedap plak.

Seminggu jugalah I tak boleh duduk dengan sempurna atas kusi, almaklum something dah seakan2 kembang semangkok. Tu sebab I suka JJCM maka takdelah TB asyik puji2 masakan I macaaaaaam ....... *takyah bitau ahh, malu I*

Jenama kari kesukaan you apa ek?? Boleh kongsi?

Entry selingan sebab mood merapu masih melompat2 atas para.

Thursday 17 February 2011

Kejap cold, kejap hot!

Nasib baik takde wordless Thursday. Memang tak best bila kita tahan diri dari bercakap tapi bila tengah marah menyinga memang afdal kita just shadap, kan? Oh well...

Plannya nak keluar dengan TB beli grocery sikit dan terus intai2 dapur orang (@jjcm) tapi tetiba diri ini tersentap (w'pun kecik jer sebabnya, nak sentap jugak) so TB keluar sensorang, nehi temankan dia. Kot TB call tanya nak makan apa, will I say dengan nada majuk "takpe timakasih" or "takpe I nak masak" or "belikan I rojak mamak". What if TB makan kat sana dan tak tapau apa2, how?? Saper kata 'padan muka I', tu? Tak baek taw, kawan kena sapot kawan thru thick n thin, kan?

Siang semalam temankan TB ke KJ yang tak sebesar mana tapi susah nak jumpa kedai yang dicari. In other word sesat tapi kalau tak sesat, tak rocklah beb! haha. Disebabkan sesat tulah kita dah terjumpa macam2 tempat makan, beshhh..

At last, tiba juga kat kedai 'tint' cermin kereta.. As the 'tinting' is still under warranty, maka empunya wallet dengan wallet2nya sekali tersenyum riang. I pun senyum gak but for different reason, heheh.

'Tint' tu ada macam2 jenis rupanya ek? Syok juga kalau boleh pilih 'yang gelap sket', ehem. Bukan apa, ia menyenangkan kerja I takyah pakai baju elok2 nak match2 dengan tudung, pants n handbag bagai (not that I kisah sangat pun, hehe). Paling best takyah kisah hal dalaman yang kecik2 tu.

Apalah si Danny pikirkan tu? Sambil menyelam minum air kekdahnya. Mesti dah congak2 nak gi dating dengan siNancy tu. Cun wambut dia kan? Bergaya betul dia maklum baru sambut raya Arnab, khaan??

Kata supervisornya tinting cermin siap dalam masa 2 jam. Apa lagilah, memang time lunch pun masa tu so we walked quite a distancelah jugak cari tempat makan yang dingin sket and we landed at RSR (makanan Minang).

Makan nasi berlauk nyum2 termasuk SMSH dan dessertnya IT (alienkah? haha).

Something amiss, not so enak anymore (but all the same .. licin gaklah!)


wajib tayang SMSH, hehe..

Sehari sebelumnya kat restoran JMB ...
.

TB's favourite desserts.. cream caramel n ice cream dicampur jadi satu, lagilah lemak manis berkrim mende tu. I jaga tata susila of the calories intake (betul tak tipu) so I berpada2 jamah secamca dua jer! (but I wish I could gobble all, hehe).

Cuba peratikan dessert cup tu. Tersangatlah tak profesional, kan? Ada ke cenggitu sampai tak sempat nak buang price tag?? I tak sempat komplen, hehe.. sebab TB dah beri isyarat mata yang mengiurkan "duk dendiam.. makan jer". I respond guna isyarat mata jugak "baiklah, dah you belanja I makan sedaps2 maka I akur dan patuh".

I sangat obedient kan u'olls? Ehh.. tak ke? Alaaaa ... *muncung mula kedepan dah nih*

Nota: Danny n Nancy adalah nama yang diberi memandai2 oleh penulis. Manis rupa siDanny tu kan?

Wednesday 16 February 2011

Tuesday 15 February 2011

Maulidur Rasul ...


The best time masa sekolah ugama dulu semestinya sambutan MaulidurRasul tapi sebelum tu murid2 semua dimestikan menyumbang barang2 seperti kambing jantan, tepung, lembu tenusu susu cair, gula, minyak dan tentunya duit.

Kalau tak menyumbang mestilah malu nak makan nasi beriani gam UHU, kaan? Mana nak taruk muka selain atas kepala? har3..

Cont. later .... hopefully :-)

Monday 14 February 2011

Pictures that are good enough to eat? ...

Tiap kali TB singgah kedai mamak jual majalah n everything under the sun, dia mesti hangkut one each of Stuff, T3 n Motor Trader (MT). Part MT tu I tak kisah sangat sebab front page memang dah terang-tang2 tunjuk kereta. Yang musykilnya bila 2 lagi majalah tu asyiklah tunjuk gambar pempuan pakai baju mengecut. I tak sker!

Patutkah I selidik dengan lebih mendalam?? Tersangatlah patut tapi I buat kerja menyelidik bila TB kat ofis. Waaahh... was I terpesona?? Apart from gambar the girls yang memanglah harmless, hehe.. rupa2nya dalam tu penuh dengan segala mak nenek gadget - you name it, they have it! Dari hp, camera, projectors, net/notebook, laptop, tv, basikal .. Pendek kata semuanya ada. Yang takde maybe sambal ijau dan tempe goreng aje, har3.

I should have known that he is the tru-blu gadget man. What was I thinking, dah kawin sejak zaman Stylistics masih tak ngertik2 lagi *sambil piat telinga sendiri*. Dah lama juga TB tak beli those magazines but lately I notice dia dah beralih arah beli PhotoYou pulak.

Bila TB letak majalah atas meja, "ehhh nih" I said refering to that pink macaron. Pastu TB nyampok "apa nih? burger ehh?" (kah3 mau I tak gelak tergolek? namun I guna silencer = gelak dlm ati jer). I beralkisah kat TB kekdah kejadian macaron. Macamlah I pernah buat mende tu, ngeh3.. "macaron yang tak dizas mesti ada smooth surface tapi mesti ada kedut2 kat bawah macam pakai skirt. Macaron dengan macaroon ada beza taw". Terferanjat I bila TB kata "I tau yang lagi satu ada kelapa kan? aruah mak I belajar buat tu dulu". Cayalah my MIL :-)

I tetiba minat giler nak baca that mag esp when it's written on the front cover "yummy! pictures that are good enough to eat! Learn to take tasty food photos for your blog" .. auwwww... gua terkesima big time !! So berbekalkan mende alah kat bawah nih, mulalah cikSom beraksi tonggeng kekiri, tonggeng kekanan, panjat kusi, panjat meja.. muahahaha..

Nilah satu2nya yang D&T duk bergilir2 guna. D&T tau TB ada satu lagi kamewa canggih which kadang2 diorang guna bila amik long distance shot (cewah) tapi T aje yang tau that abahnya has recently acquired lagi satu kamewa. I tak ambik kisah apa yang TB beli, as long as I get to jjcm/jjcl bebila perlu and also I boleh berkarya tanpa kompromi. So ... inilah hasilnya ...

warm up ...

ehem.. getting better, yes??

"nasi goreng versi dipagar bintang"
.
"versi udang kembar enam"
.
Kalau gamba2 tak menepati citarasa memang patut pun sebab I TAK guna kamera yang tu. Masih tak reti2 wpun model tu maybe dah outdated, haha. Nasi gor tu nampak kothong aje kan? Dalam masa 10 minit siap digoreng untuk T makan sebelum dia balik kemarkas. Dah simple sangat, tu yang I gorengkan udang sket.
.
Ini adalah entry membedek semata *sengih kerang busuk* cos I still use my cayang bucuk2 hp nicknamed Wolverine, woof2.

Note: NGUB = nasi goreng udang berkembanbersalut (tepung).

Sunday 13 February 2011

Senyum kambing ...

Apa citer pepagi lagi dah tampal gamba cik Bing Crosby? Satu persamaan ketara buat masa nih, kitorang memang belum mandi, mbekk.. I dono about cik Bing but for me jap aagi I mandi aaar.. How can I not bathe when I have a lunch date with the Kelantan 'loyal' family, kaan?

Anyway senyuman cik Bing mesti ada sebabnya. Bayangkan I kat tempat dia sekarang. I also have a reason to smile semanis kambing kurma. Nak tau nape? errk.. malu plak nak bitau, hehe..

Nilah sebab musababnya I jadi kambing tak karuan, ehem.



Dapat penghargaan dari Rima the Queen of Desserts! Very unsangkarable but all the same thank you so much *sambil sorok2 muka belakang TB. Nak lompat kijang kang runtuh plak Alkisah*

Note: Rima, I couldn't copy/paste from your blog but somehow I managed to bring home the award, tssk.. (hasil gate crash blog orang)

Who and what are my favourite blog/bloggers? Suffice to say, you know who you are (based on my numerous comments/visits tak kira pagi, petang, malam or subuh sepi).

Last but not least ... DIHARAP TAKDE SIAPA TUTUP MATA OR TEKAN X LAGI, heheh. Senyomlaa sket ...

OK then, time to mandi bunga untuk menaikkan aura, auwww.. (bbpj = baca boleh percaya jangan).
.

Saturday 12 February 2011

LOL wants to be rich.. Riak kah?

At 9pm tadi sepatutnya I terus kedapur siapkan dinner tapi boleh plak in-transit kesofa. Niatnya memang to catch 40 winks. Kalau dari 9-1030pm berbaring gaya mermaid tak berekor, agaknya berapa ratus wink I dah 'tangkap'? Tu pun dah bagus sebab I tak 'sempat gesek biola', hahaha.

Woke up @ 1030pm. Tanya TB nape tak kejut? "kesian tengok you tidor" <- owh syahdunya, sebutlah selalu2 cam tu bolehh? I skerr. Berbekalkan semangat 'amore' I terus berdesup kedapur. See what love can do to me? ngeh! I skip dinner sebab had lunch cum dinner at 6.30pm so sekali lagi TB makan sensorang.

Petang tadi ...
TB had lunch alone at 4.30 cos by then I dah siap sedia 'beruniform putih' as supir to pick T from SA. Bila dia sms kata kat sana hujan, aisayman, tu yang I tak berapa gemar draib sensorang dalam hujan. TB offered his help but I rejek bulat2 sebab lepas makan nanti dia kena bersidang dengan kucing2 n surely he needed his 120 winks after that. Baru balik opes, kan penat?(tersangat thoughtful on my part tak gitus? tapi errk.. ada muslihat sebenarnya tu, hehe).

Muslihat apakah itu? T mintak ambikkan something @klinik SS19 pastu dia ajak singgah ke SACC.Mall pulak. Tu aje pun, bukan muslihat yang melanggar undeng2. When I reached home at 6pm, kucing2 semua dah kenyang n bersih. TB pun manyak suker ati lapat satu ratut lapan puluh wing wink (extra 60 as the weather was so condusive). Had I not rejected TB's offer bulat2 tadi, sila bayangkan .. (tak nak bayangkan pun OK gak, I tak faksa).

Siang tadi mem masak biasa2 aje .. sup daging, nenas masak lemak with ikan kering seFat, ikan gor and of course by fofular demand, that sambal ijau! Dah buat 2x, rasanya macam terlebih ummphh plak. I think biar kasik hangus sket bila goreng bawang (as it enhances the overall taste).

Being a LOL is no easy job sebab macam2 kerja 'merangkap' harus dibuat, contohnya jadi PA buat ad hoc task. For wanting to be rich maka I menawarkan memaniskan diri gigih tolong siapkan 11 keping borang to be submitted by 15/2. Quite a tough job indeed almaklum dah lama tak guna pena mata bulat tulis nama, alamat blablabla secara pukal. Anything for 20% upah, I like!
.
RM100K? RM20K? Dapat RM100 tanpa K pun OK gak, kakakaa..

For the record .. air tangan adik manis 17+ (dipantau oleh mak dara manis 17++++)

Bila terasa yummy maka perlu siaran ulangan

Something bugs me after reading N's entry pertaining to 'riak'. I am as confused! Kenapa ada manusia punyai hati dot3 sukar menerima sesuatu at 'face value'?.

Note: LOL is Lady of Leisure, heheh ..

Thursday 10 February 2011

In denial tapi sedar diri ..

2 hari tak pung pang kat dapur, takat jerang air aje (so kurang kompol pahala). Jerang air guna cerek bersiul tak merdu tapi bila lambat offkan api, siulannya lagilah tak merdu, lari pitching! Electric kettle dan air pot dah jadi gajah putih. Bila gas tetiba kontang, barulah guna electric kettle tapi lebih afdal guna m'wave aje in time of emergency (dah mudah, lagilah nak mudah.. ish3 manusia nih).

Kalau bukan TB, air pot tu pun dah lama kecik ati dengan I. Dah lebih sedekad TB belikan tapi tak sekali pun diguna-pakai. Tiap kali TB beri free lecture, jawapan yang sama diberi "yaa... nanti I gunalaa.." (janji kothong aje tu, har3). Sepatah kata Mak, 'ya' tak bertitik ('ya' being the last Jawi abjad).

Dah lama TB tak beri free lecture (kot dah takde module sesuai untuk bukak minda I atau dia sebenarnya dah terima hakikat al-pasrah sememangnya I fobia guna air pot tu kat rumah sendiri).

Selasa: Grocery shopping. Baru terhegeh2 cari satu dua barang, perut dah churning. Haru kalau ditahan kot mende tu melimpah ruah depan khalayak ramai, caner? Mau setahun I tak melawat Mydyn dan I juga tak sanggup tengok muka sendiri dalam news bulletin Mydyn.

Nasib baik toiletnya tak berapa jauh .. mula2 brisk walk aje pastu campur gaya jogging. No kenot, silap momentum gaya jalan boleh berterabur mende alah tu nanti. Stand still sesaat-dua "kepit ciksom, kepit" (cam terdengar sorakan kengkawan blogger beri semangat). Kepit punya kepit terus terkeluaaaar ......... peluh jantan betina unisex segala, pastu takde nak brisk walk lagi daaah, terus marathon gaya kijang kena kejar!!! Maaaak ... (toilet takde orang .. gigih I menjalankan tugas sendirrian, ngeheheh).

Bila dah lega barulah boleh syoping dengan aman dan makmur. Salah satu item yang dibeli ialah serai aka lemongrass.

Serai yang dijual tu hasil tanaman orang sini juga, kan? Ada tak yang diimport dari mana2 negeri Asia/Asean? Bukan apa, cuba tengok rupanya. Sungguh tak menawan! Apa salahnya 3 batang serai tu dijual sama saiz? Letak harga 5-ploh sen pun orang mesti beli punya.

OK, jom kita terbang ke Spain, kita terjah dapur Aida kejap. Takyah guna paspot atau tiket kapalterbang, klik ke Spain (jangan lupa beri salam). Gebu ek rupa serai2 tu? Harga mahal tapi berbaloi kan? Tu pun .. shhh.. bila dia dah guna batang serai untuk masak lodeh, dia tetap basuh serai tu bersih2 dan simpan, kih3.

Rabu: With TB to PJ melawat Chik n Teh. Dah order murtabak 3 keping (2 as 'fruit hand' n 1 untuk disorok, hehe) . Kebetulan Ngah datang kesitu so dari 3 mengembang jadi 8. Memasing oder extra untuk stock 'hari2 malasku'. Bagus kan? Very proaktif they all tu ..

Makan2, bual2, burp alhamdulillah and while TB betulkan pc my niece, we gegerls sambung bercengkerama maka keluarlah cerita ceriti purbakala. Age difference between Ngah n Teh = 4 yrs while Ngah n Teh are much senior than me - 14 n 10 yrs respectively namun kami tetap IN DENIAL, har3 .. tak juga nak ngaku tua sebab ....... none of us ever had any real cucu. My eldest sista who just turned 71 pun never had anyone calling her Tok Long. See, betapa 'muda' kitorang, kan? harharhar <- gelak membedek kekdahnya nih.

Enough of membedek, got to heat up the murtabak now ... laparrrr... I make sure no multi-tasking is done while heating up the murtabak lest hangus rentung nanti. Dah terjadi sebelum nih masa hangatkan pizza akibat syok berbual. Pandai plak komen "apaaalah orang sebelah nih masak, macam hangus jerr".

Sekian cik Som beralkisah ..

Tuesday 8 February 2011

Sambal hijau ...


Nasi gor zaas, prrrrr, pungg pangg .. siap!

Semalam punya breakfast tu tapi pagi nih just minum secewen neskopi. Kalau rajin, harus buat mee McGee tomyam. Bahan lemparannya macam takde jer tapi takpe, bila I korek2 esbok tu nanti, sure I will find something gross, har3.

McGee ... tetiba teringat kat my once upon a time hero, d'InkredibelHak, hak3. Kesian siDabidBener asyik kena terjah dengan si McGee aje. "You don't like me when I'm angry", hehe I like that cos I used to utter that to my 2 darlings when they were small everytime diorang tak sebulu! Nasib baik baju2 I takde yang koyak rabak sebab I 'batuk2 kecil' aje bila marah *bbpj*.

Ada sesiapa tak berapa faham makna 'tak sebulu'? I harap T&D faham maknanya but on the other hand, I tak ingat samada pernah bitau maknanya kat budak berdua tu dulu.

Just the other day T tanya "Umi tau tak makna bedek". Ishh.. dia lupalah tu yang umi dia dah terlebih dulu makan garam minum susu *cekak pinggang sambil beliakkan mata*. Bila dengar jawapan I, "Umi taaaa-uuu? tak pernah dengar Umi cakap word tu pun?". T dengar word tu dari kawan2 dia, kih3. What are friends for, right??

There's only one possibility T tak tau makna 'bedek'. Perhaps all the while she has been good, never bedek or make an attempt to bedek me, hence the word is missing from her vocab and missing from my 'a step ahead radar' (equivalent to mother's instinct. Kan kita dapat rasa 'apa2' dulu?).

Another word which T doesn't know existed since T-Rex era is 'bo-layan' or 'no-time bo-layan'. Terfaksalah I terangkan maknanya siap dengan abbreviationnya sekali 'NTBL' (tak ingat pencipta abbrev. tu, kalau tau boleh anugerahkan pengat pingat kat dia. Menurut Ndja, abbrev. tu dah diguna pakai sejak zaman sekolah rendah lagi. Purba tuu..)

Gambar sambal ijau keudara lagi, jangan mare heh!? Kita nak kongsi resipi sebab ada 34 3-4 kengkawan yang berminat :-)

Resipi versi Somuffins. Bahan2nya adalaaaaah ... lada hijau, bawang (besar/merah), cili padi (rona hijau gak), ikan bilis, belacan n garam. Semua bahan digoreng manja guna minyak sikiiit aje (dialu2kan guna non-stick pan). Semua bahan ditumbuk dengan gigih dan sopan (I tumbuk sambal sambil duduk bersila ala puteri kerathon, percayalaaah, ekekeke).

Kalau buat untuk kenduri kendara (duri vs dara, got connection meh?), atau sesaje buat untuk stok sebulan dua, dinasihatkan afdhal guna blender ajelah. Since I buat sikit aje, terdayalah tumbuk guna lesung batu yang dah 'tumpul' almaklum lesung batu tu dibeli masa baru2 kawin dulu, auwww.. harga RM10 beli kat old town, PJ.

Psst.. ekceli lesung batu tu kan, President BatuBBatuB yang beri as hadiah kawin, tu sebab I dapat kepercayaan menyimpan kuncinya sampai sekarang (one of the benefits of being a very loyal n obedient customer kekdahnya) .. har2.

Sunday 6 February 2011

Tulis untuk siapa n what you see when bloghop ...

Al-kisah ...

Bila I blogwalk ke blog2 yang happening, terpandanglah nombor pelawat yang naik mencanak2 tak kira samada ada entry baru atau tak. Faktor apa yang menyebabkan fenomena cenggitu berlaku? Cewahhh .. fenomena gitu. For sure there must be somethinglah kan?

Andai kata ramai yang 'suka/sudi/terpaksa/mesti' beri komen maka melecetlah (exaggerate sket) jari jemari empunya blog menjawab komen2 semua tu. I salute pada para bloggers yang pandai 'amik ati' pembaca tak kira samada yang datang tu dari 4 kategori ie pembaca setia, pembaca ala bithkut cipsmor, pembaca senyap dan pembaca pemalu (senyap n pemalu ada bezanya).

Blog I camana pulak? har3. Blog yang hanya ada 'psst' n 'shhh' .. kihkihkih .. tapi cukuplah tu. Bila I intai my 'psst', I 'kaji' 2 faktor, cewah. Pertama, pembaca paling ramai singgah pada satu masa adalaa 40 empat orang sahaja, muahahaha.. Tu pun termasuk I sorang maka perlulah 4 ditolak 1 bersamaan 3, wahahah cayalah ada 3.0! Most of the time 1.. I lah tu har3.

Fakta kedua, I 'kaji' plak negeri/negara asal usul keturunan para pembaca/pelawat budiman. Of course takde yang datang dari tempat2 pelik cam Isketambola ke, Xiandong ke, ekekeke.

Apa pulak yang I 'kaji' kat 'shhh' tu? Paling minat tengok 3 repot aje (bilangan pelawat baru, pelawat berulang dan kekerapan entry dibaca), and that's about all (nak baca lebih2 bukan paham pun, huwaaa).

Soalannya ... kita menulis untuk apa dan siapa? Sedih dan sayu atau ?*%#*@ tak kalau takde sape2 komen? Renungkan aje dan simpan serta genggam erat2 biar jadi bara api apa juga jawapannya, kita simpan rahsia kita sama2, okay??

Sementara tu, logik tak kalau pepagi Ahad I tampal gambar sambal?? Sempena tahun Arghhnab terasa nak bersamval velasyan pulak maka terhasillah 2 hari berturut2 sambal tomato dan sambal apa-ntah yang menjadi kebanggaan TB sebab bini dia rajin (dah bertahun2 tak buat sambal belacan sendiri. Bukan sebab malas cuma tak berapa rajin aje, hehe. Ada beza tu taw..).

Hari Ahad .. macam2 nak buat sebenarnya. LOL yang tak berapa LOL kekdahnya...