Friday 30 November 2012

Tutup kotak komen (khas untuk Mulan) ...

Rasa sewonok macam nak rak bila sesekali ada yang sudi bertanya pada cik Thom camana nak buat sesuatu bende tu *sengeh lebor sket dari biasa*.

Rasa sewonok tu sebab berpeluang memberi munafaat pada yang lain, ehem.. wpun ilmu yang diberi tu 'peanuts' pada yang arif. Takat kongsi 'know-how' menutup kotak komen, kasilah kat cik Thom sebab tu aje yang dia tau, hehe ...

Pada MULAN, I harap you dah siap beli papan kayu cengal dan sedozen paku kalis karat. Dua benda nih aje yang kita perlukan untuk menutup kotak komen, heheh..

Memula you 'sign-in' then bergegaslah you keentry yang nak ditutup kotaknya tu ..

Klik  'pensil' ...
Then you'll see the familiar screen below ...

Klik 'edit'
Lepas klik 'edit' you akan keskrin masa mula2 mengarang entry dulu ... Alihkan mata kekanan sebelah bawah ...

Klik 'Options' then you scroll down ...

 ... hingga nampak skrin kat bawah nih ...

Klik 'Don't allow, show existing'
and scroll down n down till you see 'Done' 

Klik 'Done'
 ... and last but not least ...
  
 Klik 'Update', if not... a'haaa tak tau.. :-)

Rajah 3-6 dalam satu skrin. I harap ia memberi munafaat pada you wahai cikMulan...

Warning: Pernah terjadi pada you-know-who selepas menggodeh2 dengan niat menukar template, kotak komen yang telah lama ditutup kembali terbuka luas walhal dah ditutup ketat. Tersentap kejap bila terasa deruan darah naik kemuka, har3.

Pada sesiapa yang lebih arif tentang perkara berkenaan, sila tampil kedepan supaya kita boleh berkongsi ilmu dengan lebih mantap lagi.

Ralat: eja perkataan seronok, R diganti dengan W dikira wosak rosak bahasa tak?
.

Monday 26 November 2012

Tigers vs Lions tapi pussycat yang kenyang ...

Simply pathetic .. Tigers are pussycats in the face of Lions' onslaught ... unquote Star Sport 26/11/12.

Cewah! bik Thom baca sports column juga ya? Yaaa harus baca, kena ambik tau jugak tapi I tak tengok langsong perlawanan tu semalam almaklum tak minat bola tapi bebola ikan dan daging I minatlaa, hehe..

Statement kat atas tu bermakna taring dan kuku harimau dah tumpul. Bagus juga sekali sekala tumpul, terlalu tajam also not good. Menyerang tidak selalunya perlukan senjata tajam untuk meraih dan menikmati kemenangan!  Habis tu Lions guna senjata apa ek? Hmm.. perhaps they strategised better than the Tigers ...

Was contemplating to fast today. Baru dapat 2 hari dah kecundang. Iman didada setebal kulit bawang kekdahnya. Dah tak berpuasa maka haruslah meraikan sehari lagi umur dan rezeki yang dipinjamkanNya, alhamdulillah.

mee kari lebihan dinner semalam + sambal udang kering to die for, keh3..

Bersahur/berbuka hari pertama ...

so simple a nasi goreng n yet it was 'malas aar nak citer'

nasi beriani n lauk ayam beriani katanya ...
Kali nih tak guna rempah Faizah tapi guna rempah Sharifah
(kita bagi tau sebab kita peramah, hehe..)

Bersahur/berbuka hari kedua makan apa pulak? Apa lagi kalau bukan makan lebihan nasi dan ayam beriani. Tidak membazir adalah amalan mulia, bukankah begitu kawan2ku para blogger sekelian? kihkih...

Bukan calang2 punya bersahur
3 roti bakar + 4 drummets + kentang

Hari nih kenot membebel long and winding road as I have to get ready. My supir from Sban aka my beloved sista dah bertolak so I agak2 within 50 mts she'll be right in front of my rusty gate. Rancang kerumah Ngah untuk merewang bunga telur ...

Yes, I nak dapat menantu sedara kekdahnya nih. Ahad nih majlis nikah dan Ahad depan majlis resepsinya. But wait da menet, I masih takde baju lawo liplap-liplup nak pakailaaa ...!

Woman!! alhamdulillah seronoknya jadi wanita yang punyai SEMBILAN aqal, walla!
.

Thursday 22 November 2012

Rindu yang berombak2 ...

Sedang menonton Ombak Rindu (OR) sekarang nih tapi nak juga buat senaman jari jemari. Menyambil kekdahnya ..

Last Sunday: OR on chan. 131.
I mengaku naik ketapi zaman arang batu sebab baru sekarang ada mood nak tengok OR sedangkan satu donia dah tak heran lagi dah. Bila TB tak bekerja malam, remote control (RC) seems to be under his armpit. What better choice do I have other than berebut that RC from his armpit fist?

Yessss, dengan PVR segala2nya mudah tak perlu rebut RC lagi dah, alhamdulillah! and so I recorded OR for later viewing diwaktu petang (sambil golek2 gentel BB).

Pepagi lagi I dah kasi free promo betapa bestnya guna PVR dalam kehidupan seharian so Astro, takkan takde apa2 untuk I? :-)

Hari Ahad rekod, tengoknya hari Selasa. Tulah sedang syahdu2 menjiwai watak Izzah sedang hatinya bergelora tetiba tanda 'stop' terpampang kat skrin tivi. Hadoii, apasal terrekod tiga suku jalan aje nih? Tak bestlah tengok cerita tergantong, nak tau jugak happy ending or sad ending?

Selalu aje program terover run hingga terambik slot program selepas tu. Kesilapan datangnya dari orang yang menjaga waktu program diAstro tapi bukan kesilapan dari PVR atau orang yang merekodnya, grrr...

Rupa2nya OR dimainkan semula sewaktu I mengulit mimpi subuh tadi tapi mujurlah D yang berjaga awal terbaik hati merekodkannya tepat pada babak Izzah meramas2 muka Hariz kat spital, harhar..riz..

-----  PAUSE 40 minit nak habiskan sikit lagi cerita tu  -----

Bestlaaa bila Pak Dollah tampar muka Hariz.. fadan muka dia *geram nih!* maka biarlah I sedekahkan sedas lagi 'pang' kat Hariz for being so 'sengal'! tapikan tapi nasib baik anak pak Ajis yg jadi heronya, sejuk sket hati nih, heeeeheeee...

Now I nak komen sket pasal filem n drama Melayu. Bila ada pengambaran diluar (outdoor), setiap pelakun nampaknya wajib mengenakan 'kotak hitam kecik' yg diselitkan dibelakang pinggang/ punggung. That thingy is so obviously seen on tv by naked eyes eventhough terlindung dengan baju yang dipakai sipelakun apatah lagi kalau baju yang dipakai sepelakun melekat kebadan, lagilah!

Kamonlaa, takkan tuan direktor dan kru2nya tak nampak atau buat2 tak nampak lalu menganggapnya perkara remeh namun sebenarnya ia menjejaskan tahap profesionalisma mereka berkarya. Ada sesiapa setuju dengan pendapaTAN 2sen I nih?

Penat tau komen2 nih macam pouring water over yam leaf aje; bukannya ada tuan direktor atau sorang dua kru yang baca komentar bikThom pun tapi takpe maybe HZ can assist me, now that she's a ... hmmm2...

Perkabaran dari sedara di RD .. katanya selama ketiadaan kita, durian dengan rela hati telah meruntuhkan diri masing2 kebumi. Ada kala sampai 50 bijik sehari wa cakap lu .... huwaaaaa... *nanges gigit jari sampai hilang kuku*.

Cokia N97 tetap menjadi kesayangan w'pun hasil gambarnya kelabuhasap!
Diharap awal bulan depan masih ada durian yang merajuk hati takmoh ikut desakan graviti hinggalah mereka terpandang batang hidung cikSom disana. Insyaallah masih ada rezekiku..

Subuh tadi tersedar dari tidur dengan esakan halus dari diri sendiri. It was so real.

Never before I betul2 nangis bila mimpi something tragis! TCTLSShort, I mimpi my beloved Ony mati. Dalam mimpi tu bukan I aje yang meraung, T lebih2 lagilah dan disaat D about to cium siOny, I terus terjaga dan sambung nangis lagi (tanda syukur that it was just a bad dream). W'pun sekor kucing ..

my musyuk2 Ony, tak ensem tapi manis ada
Adanya Ony bersama kita dengan keletah masam manisnya seakan2 ada budak kecik dalam rumah langsung T mengusik "umi nih mesti dah berangan nak ada cucu kaaan?"... Hmm...giliran I pulak mengusiknya "kalau gitu, nak umi pinangkan sesiapa untuk T?" :-)

Tak habis lagi cerita, hehe.. don't go away yet ..
Semalam kawan lama ziarah I dirumah. Sepanjang tahun 2012 dia menyepikan diri. I heran juga, tertanya2 pada diri sendiri maybe tanpa sedari I dah guriskan hatinya. Berjumpa semalam sejak sekian lamanya, kami memeluk erat penuh makna. 2 jam kemudian terburai segala cerita yang terpendam.

Akan bersambong insyaallah kalau ada mood :-)
.

Tuesday 20 November 2012

Malam kedua ...

Yes, entri takat 'malam kedua' aje takde malam ketiga, hehe..

3 minggu berturut2 TB terpaksa bekerja tanpa cuti. Cian dia, kan? Semua tu bahana kawan2 sekerja ambik cuti meraikan Diwali, Awal Muharam dan ambik peluang sempena cuti sekolah.

If only TB kerja kat kedai mamak di Georgetown, maka tidaklah tukang masak kat kedai tu sembelih lehernya sendiri gara2 tak dibenarkan bercuti balik India untuk meraikan Diwali bersama keluarga disana. Gitulah nak dijadikan cerita, macam2 kan? (imbasan dari entry KakCik hari nih).

Since TB memanjang bekerja maka takdelah peluang kita balik ke RD menunggu durian runtuh. Kadang2 terasa rindu pulak nak kesana, TB & D tak terkecuali berperasaan sama cuma T belum rasa apa2 lagi sementelah selama kita pergi balik kesana, dia asyiklah hadirkan diri kekelas. Alhamdulillah she no kaki pon-teng (kalau I dah lama teng-pon, heheh).

Malam pertama di RD ...
Dono why tidor tak berapa lena asyik terjaga aje w'pun tidur diatas tilam empok. What's with the tilam anyway? haha...padan muka I lah. Siapa suruh bukak lapisan pertama plastik tapi tinggalkan lapisan  kedua? Memandangkan molek tilam tu dibaluti plastik maka kita biarkan aje tapi rupa2nya amatlah tak selesa bila ditidurin.

Tidor beralaskan plastik, wahahahahhh sungguh nostalgia I tell you.. Once upon a time when I used to wee2 at nite.. Mak/Chik alaskan tilam double decker dengan plastik. Over time bila plastik dah seasoned sket, mulalah ia mengeluarkan bunyi2an ala keropok lemau ... kiahkiahkiah.. What a lovely life!

Ndja lebih berat dari I tapi I tetap tidur sebelah bawah d.decker. Gitu kekdahnya untuk elakkan dari you know what tembus ketilam terus menitis kebawah kena Ndja, harharhar...

(digress is my middle name, macamlah you tak tau)
Pagi juga akhirnya.. the boss sambung tidor tapi bikThom meneroka dalam rumah berbekalkan bulu ayam dan sebatang penyapu. Sebelum tenaga diperah (teruklah sangat macam menuai padi pulak), minyak hitam haruslah diisi dulu ...

A 'dara' toaster TB dapat in a lucky draw 3 yrs ago.
Menikmati roti bakar berseletkan kaya sambil menghirup hembusan nyaman udara pagi. Mata ralit dijamu keletah segerombolan tupai yang girang melompat dan meloncat dari satu dahan kesatu dahan sehingga gedebuk sebijik dua Raja segala buah menyembah bumi .... cewah! bahasa I mantap tak? kih3..

nyaman mata memandang
  Tetiba pandangan beralih pada kawasan sebelah rumah. Let's stalk her, shhh...

A durian poacher aka sedara jugak tu (pokok milik kazen TB)

Sedang I buat2 sibuk kat dapur, tertoleh kearah depan rumah ... what do you know, my 1st ever visitor pays a visit cumanya dia kurang hemah tak beri salam pun. Dia cuma berdiri atas kereta, boleh gitu??

Comel tak my visitor?
Yup! my 1st visitor was none other than siNyet2... Once nampak I dia terus cabut kehutan simpanan jiran sebelah. Setengah jam kemudian dia datang lagi. Tersentak jugaklah dibuatnya sebab tak sangka dia datang lagi berdiri depan pintu sliding. Gayanya betul2 macam manusia. Steady berdiri sambil sebelah tangan pegang grille tapi cepat aje dia cabut once nampak kelibat I. Sambil berjalan sempat juga dia menoleh2 lagi tu..

Tak sangka pulak kehadiran siNyet2 membawa 'rezeki'. Dia tinggalkan seketul you know what kat tempat dia berdiri tu. Sejak bila depan pintu tu jadi bilik termenung dia? Ishh.. noti, cubit kang..

Makan tengahari masih dirumah sepupu. Dah orang pelawa, memanglah kita suka tapi tetap malu2 kucing. Petangnya barulah pekerja Litson ET menghantar barang2 yang dipesan. Dah penat mengemas so adalah alasan tapau food for dinner tapi hati nih macam bersemangat nak masak ...

Since D dan sepupunya tiba petang tu, niat memasak terus menguncup dan niat membeli makanan untuk dinner kian mengembang tapikan tapi of all the nights, malam tu pulak diorang boleh tidur awal?

Malam kedua .. Almost 11pm dengan sopan TB bertanya "kita nak makan apa?" dan dgn sopan juga I menjawab "kalau you teman I kat dapur, I boleh masak". Yalah, tingkap tak berlangsir. Kat luar tu punyalah gelap kot tetiba terpandang samting 'putih'? Errk..

Well, TCTLSShort ... juadah kita pada malam tu berjaya dilaksanakan dari hasil tangan siapa ek??

Sardin, samtum bilis, tempe gor & omelette berkecai
Hasil dari gandingan bahu the boss & bik Thom ...
TB: goreng tempe/bilis dan masak sardin dan samtum bilis
BT: sediakan bahan2 dan goreng omelette berkecai tu (sbb tak guna proper kuali..haha..alasan).

Nota: TB & BT? muahahah... sehati sejiwa gitu..

Masa main masak2 tu teringat masa memula kawin dulu. I yang tak reti memasak bertanyakan TB nak masak apa? Jawabnya masak singgang dahlah so I pun masak singgang (calling2 Chik dulu mintak tips), goreng kacang panjang dan goreng ikan. Hmmm...those were the days..

Sekian dari empunya cerita yang suka sangat bercerita long n winding, phewh!
.

Monday 19 November 2012

Malam pertama ...

"ku yakin engkau untuk ku" ... errr... tetiba romantika d'amour pulak pepagi yang dingin nih, hehe..

Cinta dan sayang membawa pengertian yang sama tak? Apa ada dalam cinta dan apa ada dalam sayang? Ambil kisah dan perasaan cemburu tanda cinta dan sayang juga ke?

............. sekian renungan ilmiah dari CikSom dipagi Isnin 5 Muharam 1434 .................

Resolusi tahun baru ialah to 'upgrade' resolusi yang pernah dibuat :
1. menyegerakan serta memperbaiki solat dan yang berkaitan dengannya
2. menjadi muslimah yang memberi munafaat
3. berprasangka baik
4. lebihkan berdoa & tawakal
5. rajin

Insyaallah dipermudahkan ...

Selalunya lepas solat subuh I akan bercerai bantal maknanya takdelah nak golek2 dan gentel2 bucu bantal lagi. Kalau dah bangun terus bangun. Tu kalau kat rumah sendiri tapi bila tidur kat rumah kazen diJasaint County (adik bijak tambah 'county'), mata nih asyiklah terasa pedih2 aje terus bum! (nihlah yang terjadi pagi nih, hehe.. Sambung zzzz till 9am, waah bliss).

I dah self-study kenapa kat sana I boleh tidur balik dan bila tersedar tau2 hidung nih dah berbau mee gorenglah, jemput2 pithanglah. Baik punya pe'el tetamu perasan diva nih, kan?

Bila menumpang kat rumah orang w'pun dah kenal berdekad2 lamanya, terasa masih malu dan tak reti nak menyusur dapur orang buat air atau cari makanan sendiri berbanding duduk rumah sendiri, by 7 or 7.30am I dah siap berbreakfast, sambil makan tengok tv atau baca sokabar, alhamdulillah.

Having said that, tidaklah pulak I acted like a mem. Tidaklah kedekut tenaga tulang empat kerat nih taww..

2 minggu lepas merupakan kali terakhir kita menumpang teduh dirumah kazen sebab RD dah boleh didiami, syukur alhamdulillah. Kami terhutang budi yang tak terhingga pada kazen suami isteri dan ahli keluarga yang lain. Allah saja yang dapat membalas budi baik mereka esp sejak RD mula dibina hinggalah ia siap boleh diduduki dengan selesa.

11pm: perasaan macam pengantin baru aje bila kereta menyusur kearah RD, auww..
Auww, auww jugak tapi terasa gerun jugalah. Keadaan sekeliling literally gelap gelita sekiranya takde cahaya lampu kereta dan cahaya dari lampu porch. Masa nilah my imagination runs a tad wild, errk..

Masuk aje dalam rumah, tak menyempat2 tekan semua switch yang ada. Voila! terang benderang terus  hilang rasa takut tadi. Seronoknya bukan kepalang seakan2 rasa mula berkahwin dulu semasa berpindah kerumah sendiri w'pun rumah sewa aje masa tu, hehe..

Malam tu juga kita berkemas serba sikit barang2 keperluan yang kita bawak kesana... tapi yang paling best bila pasang cadar baru pada tilam dan sampul bantal baru, ehem... You ada? hehe..

Nice or not the cadar? 50% diskaun dari Parkson, hehe..

11 malam tiba RD sebab sebelumnya kita JJCBarang diJaSaint County dulu. Kita nak keCourts beli barang letrik tapi ntah siapa suruh dia tutup kedai maka rezeki beralih kekedai Litson ET. Dah kita dilayan dengan baik sekali maka membelinya pun seolah2 tiada esok bagiku, hehe..

All in all ada 8 jenis barangan yang sempat kita hangkut (delivered the next day). Bila membeli secara tunai, harga asal barangan dikurangkan dengan muai sekali which is alhamdulillah sangat2.

Macamana sekiranya takde duit tunai dalam tangan? Kalau takde tunai, jangan beli dulu. Kumpul duit tu sampai cukup. Kalau nak berhutang sekali pun, pastikan mampu membayarnya setiap bulan tanpa culas. Inilah yang kita amalkan dan diharap amalan nih diguna pakai oleh D&T nanti, insyaallah.

Dah lewat malam tapi takkan tak nak tidur ditilam baru nan empok tu kot? harharharrrrrus but that can wait. Kita berihat diruang tamu yang luas (almaklum takde perabot apa2 lagi, kaan?). TB mengadap gadget barunya dan I bz bersms dengan D (dia dan kazennya balik ke RD pada keesokan hari so ternyata kita berdua sedang berhanimoooon, haha..).

Sedang kita asyik dengan kerja masing2, tetiba bunyi 'buk' dari luar rumah. TB cepat pandang kearah tingkap tanpa seurat benang ie lum ada langsirlaaa.. dan I cepat pandang kearah TB yang membawak maksud 'apa bunyi tu?'  tapi sebaik aje TB pandang semula kegadgetnya, I pun sambong bersms dengan D (as if nothing scares me).

Tapi sebenarnya I memang takut, lebih2 lagi kat tempat baru dikelilingi hutan rimba plak tu. Takut hantu dan takut orang. Nak pandang kearah tingkap secara total pun takut, cukup takat jeling2 sipi aje tapi dah TB nampak tersangat cool, tetiba tersedor diri I berada ditengah2 kampung semasa musim durian berbuah dengan jayanya dan yang berbunyi tadi tu adalah bunyi sebiji dua durian menyahut panggilan graviti.

I should've known but I am a city girl remember? ahaks.

Peneman halwa telinga pada malam yang sunyi ...

Patutlah namanya Riang2.. memang tersangat riang bunyinya! 
 Malam pertama diRD berakhir sudah (in between takyah ceritalah eh? heheh). Nantikan sequelnya, insyaallah.

Konon mengaku city girl (hic) sebab teringat akan usikan my good friend "I always thought you are a city girl". Haha... am I?

Jawapan sebenar "it's because I blend well....cos I make the effort to blend well" (I hope Noir tak baca maksud in-between the lines).

BTW, hujan semakin lebat... mata pun dah terasa pedih2 nihaaa... patutkah I rujuk pada bantal yang dah dicerai tu dan mula menggentel2nya semula? haaa... jom kita?
.

Wednesday 14 November 2012

Diwali do and JJCL ...

Assalamualaikum ...
Sedang memujuk mood berkarya agar lebih produktif. Bila lama tak menaip, mulalah rasa berat bebenor jari jemari semua nih. Nak salahkan jari jemari pun tak boleh juga, it's the minda yang bermasalah sebenarnya. Yaawn .. zzzzz...!

Anyway, ada sesiapa dapat jemputan sempena Diwali semalam? I dapat, you tak dapat ke? I dah agak dah, hehe.. *gurau seketika*.

Jiran sebelah rumah jemput kita sekeluarga tapi TB tak dapat hadir sama so terpaksalah I kesana solo aje, tak sker! Kalau T ada kat rumah bolehlah dia temankan "umi rasa malas nak pergi.. malulah pergi sensorang" langsung jwpn tegas diterima "umi better pergi.. dahlah thn lps umi tak pergi, nanti dia kata umi sombong tak sudi pulak" dan D menambah2 statement "berdosa tak pergi jemputan orang mi".

Hmm...alhamdulillah! I gumbira bila anak2 dah reti 'berfikir' cenggitu.

Digress kejap: I pernah tanya TB "you tau tak makna cenggitu?". TAK katanya. Ehhh...tak rock rupanya suami I tu ek?

W'pun masih 50-50 sure/tak sure nak pergi, I tetap bersiap memolekkan diri seadanya. Nak pakai sari atau pants n blouse? Melilit kain sari aje mungkin esok pagi baru dapat makan beriani ayam tiba rumah jiran so I pakai pants n blouse ajelah. Nasib baik ada stok baju baru, hehe... woman!

Plan nak kerumah jiran awal yakni sebelum jemputan datang berpusu2 tapi D cadangkan kita kesana pukul 8 "lagi ramai orang lagi bagus". Pulak dah???  Sometimes I kenot fathom pemikiran sibujang I nih. At one time tak suka orang ramai, other times macam ok pulak, haishh...

Tak sampai 10 tapak dah tiba rumah jiran tapi kalau melompat pagar, 4 tapak aje kot, har3. Berjumpa tuan rumah dulu dan ucap apa yg patut pastu (setelah dipersilakan) terus beratur ambik makanan, yums!

I dah bayangkan the array of foods being served there berdasarkan pengalaman lalu. Lagi pun selama 2hari 2malam hidung-boleh-tahan-mancung nih (hic) dah disajikan dengan bau2an awesomely lazzat sementelah dapur kitorang bersebelahan aje pon..

Tiap tahun hidangan makanan dimasak sendiri dibantu oleh hardworking bik Anik kecuali satay dan cendul 'disewa'. Takde gambar sebagai bukti sbb the so-called mamarazzi sibuk meragut satay ayam kemulut dan menghirup cendol dengan nyamannya, slurp, slurp ..

Para jemputan terdiri dari ahli politik, NGO dan reporter/journalist dari media alam maya since jiran adalah orang kuat 'political news website'.

Masa beratur tu I thot I saw someone familiar behind me so I tolehlah. Since mata dah bertemu mata, the least we could do was to exchange smile tapi memasing dah terlebih peramah maka terexchange juga a line or two about the weather  food  :-)

Niat dihati nak aje kata "boleh tolong sampaikan salam I pada your parents?" namun kelu lidah untuk berkata, jauh sekali nak ajak bergambar sama.


JJCL .. bukan jln2 cari lauk tapi cari langsir ...
Senin pagi selepas hantar T balik kemarkas I terus terdampar depan kedai Jakel (sanggup tunggu 1.5 jam sebelum kedai dibukak tapi sempat juga berkopitiam dan bernasi lemak sensorang, burp!).

Kopi ais sedaps sesangat!

10 pagi bermulalah misi solo cik Thom!

I tak gemar membuang masa bila membeli barang, lagi pun I bukan kaki syoping (boleh percaya ke?). I tak macam T yang rajin pusing satu dunia hanya nak beli sejenis barang, haha...over dia kan? Sesungguhnya kali nih masa banyak terbuang kerana failed to decide which one is the nicest and the cheapest as everything looks so very nice tapi yang tak berapa nice is the fulus, nevertheless terkopak jugalah, huwaahh..

Pilih punya pilih, I terpikat dengan yang seputih salju (wpun tak berapa nampak putih disini).

'sheer' jalur gemilang

'sheer' beralaskan carpet harapan

Sebelum kekedai langsir terlebih dulu I dah tinjau kekedai karpet. Tetiba TERbeli segulung karpet. Siapa yang mengaku tak suka bersyoping tadi tu? I ke? tapi bila pulak I kata gitu? ahaks..

I tau TB tak berapa seronok dengan pilihan langsir warna putih sebab cepat kotor katanya tapi sebenarnya dia kurang paham perihal langsir dan sebab musabab I beli langsir jenis 'sheer'.

I bukanlah arif sangat tapi berkat ilmu seciput didada terkumpul dari bahan bacaan/internet, I berjaya terangkan pada TB perihal langsir n drapes, jenis kain yang dipilih serta kesan dari pemilihan kain pada keseluruhan ruang rumah (hah, macam real aje khaan? hek3).

Cukup takat nih dulu *yawn* .. masih berhutang pada arkib Al-kisah cerita terkini RD dan jalan2 dinegeri tumpahnya darah cik Som, auwww..
.

Thursday 8 November 2012

Tak sangka ...

Assalamualaikum pada penggemar celoteh didada Al-kisah (ekceli nak cakap 'peminat' tapi tak tergamak rasanya *blushed kesilu2an*).

Tersangatlah tak sangka Al-kisah dah menjangkau kelima tahun penubuhannya (penubuhan? apa2lah asal I bahagia). Alhamdulillah dan tahniah pada diri sendiri kerana masih bertahan lama menepis onak dan duri dipersada maya, ehem.

'Al-kisah' takde coretan atau tulisan yang boleh dibanggakan anak cucu cicit tujuh keturunan al-maklum untuk menulis perkara2 ilmiah memang bukan 'forte' cikSom. Memang tak reti.

Pernah tak terfikir kehidupan kita sebenarnya tersangat 'mundane'? Jika pernah terfikir kearah tu maka terserah pada diri sendiri untuk menghappeningkan kehidupan berasaskan segala nikmat yang tersedia ada depan mata (bolehkah perenggan nih dianggap ilmiah? hehe..cayalah).

Banyak cara untuk mengembirakan hati. Lain orang lain caranya asalkan tidak mengganggu atau menggugat kehidupan orang lain. So selama hilang seketika dialam maya, adakah hati nurani cikSom gumbira? Yes indeed .. very much so (cewah! tercakap omputih pulak kita..).

Apa pun ceritanya, haruslah dimuatkan dulu makanan pagi yang disajikan oleh isteri mithali sifolan itew, auwww...


Roti bulat tu dibeli dari bakery S.Parade. Bertanya pada juru jual "roti bulat2 kat belakang tu roti apa ya?". Jawabnya pantas "homi bred". Bertanya sekali lagi just to ensure that my ears are free of wax, ahaks.. tapi kedengarannya tetap 'homi bred'.

Bila roti bulat berada dalam tangan, pahamlah akan bahan yang digunakan tapikan tapi sajalah nak buat jahat nakal, bertanya kali ketiga "apa nama bun nih dik?" dan jawabnya pantas "homi bred" ... "Ohhh....awak cakap cepat sangat tadi, hehe" (acting innocent).

Jual beli berakhir dengan berbalas senyuman. Moral of the story? saja nakal!

W'pun belum ada CF, insyaallah RD dah boleh didiami dengan sejahtera sebab dah ada letrik. Terlebih sejahtera sebab katil/tilam dah siap dibeli untuk bos n mem, ehem...but oh man! langsir masih takde. Puas cari di Macy (tak berapa nak mampu so tak beli) juga diParkson (ukuran berbeza either hemnya kena kelepet or pendek so tak beli juga). Nampaknya terpaksa guna kain pelikat TB ajelah untuk dijadikan langsir sementara untuk bilik kitorang, muahaha...

Langsir dan katil/tilam merupakan faktor penting, takkan bos n mem nak tidur atas lantai, tul tak? Takkan juga tingkap dibiar tidak berlangsir kang monyet dok intai2 kita sedang berrr......dengkur, kaaan? Cinta dan kasih sayang tak cukup untuk menghangatkan badan lebih2 lagi cuaca yang melanda Msia kini hampir mirip pada negara bersalji (exaggerate adalah perlu, hehe).

Macam berselirat aje wayar2 tu..hmmm...

2-3 hari balik dari RD (berbekalkan 3 plastik daging korban dari 3 punca), I sambung berkelana ke Jay Bee pulak atas desakan serta pujuk rayu Ndja. In a way, pucuk dicita ulam mendatang. Rasa sangat seronok macam monyet dapat munger tayik hayam gitu, hehe..

1987, 1994, 2006 n now 2012. See the lapse of going back to my hometown? Mengaku anak Johor sejati tapi apasal macam kacang lupakan kulit aje? Ehhh... sebab saya bukanlah sebiji kacang, harharhar...

Dapat peluang ke JB mengalahkan dapat bercuti kedestinasi idaman. Oleh kerana kesuntukan masa (sedang bersiap bagai akan ke RD kejap lagi) maka perjalanan seronok 'down memory lane' akan  dikongsi dalam next entry, manalah tau ada yang berminat nak tau apalah syoknya ke JB tu, kaan?

Hingga dilain al-kisah, tatatititutu...
.