Ramai kenalankah wahai CikSom? Ramai tak ramailah, haha.. Yang follow Al-kisah adalaaa 229 orang *senyom simpol sket*, tu pun kalau I tak omit the 1st digit but what if I did? Uhuk2 .. jawapannya ada pada anda.
Pagi tadi I terima sms dari jiran yang memforwardkan sms dari another jiran yang baru aje kematian ayahanda tercinta. Sms panjang terpaksa I pendekkan "yasin dan tahlil arwah dino 3 Jln 007/1".
Arwah Dino? Selain pakcik Deris ada ke jiran lain yang meninggal dunia? Takkan pakcik yang dah bongkok tiga dipanggil 'dino' aje, so I sms my jiran "siapa dino tu?". Jawapan dari jiran "ayah kak S".
I bukan tak faham cuma konpius sket aje. Kalau yang menaip tu edit sebelum 'send', maka sms surely berbunyi elok jer "yasin dan tahlil arwah di no. 3", maka fahamlah I ....kan??, hahaha..
Selama my netty mogok, I jadi manusia yang rajin membaca., hic! Tulah, tetiba suka membaca pulak tapi bahan bacaan adalah buku memasak (aje). I hangkut past issue magazines of BBCGF (UK issue) bila I jenjalan kat AmkopMol temankan T habiskan voucher beli buku tajaan gamin/gomen 1Msia.I bangga dan puas hati bila dapat magazines murah dari harga biasa. Nevermindlah past issues pun. Satu magazine @9.90, wajib beli 5 pastu dapat 1 free, lagilah yabadabedooooooo...kan?
On top of that I beli buku masak 'frame by frame baking' to be given to T (as sejak dua menjak nih dia dah berjinak2 didapur) tapi dia tak tau lagi buku tu akan jadi hak dia, hehe..
Terkesima dengan kata2 Imam S.Webb @114 'reflections' pepagi dan memalam hari.. dia galakkan kita bertukar2 baca surah tatkala solat supaya kita dapat rasakan solat kita fresh dengan bacaan surah yang berbeza2 pada setiap waktu.
Iktibar sempena MaulidulRasul kekdahnya maka CikSom pun rasa amat teruja. Bertafakur seminit dua .. selama nih, berapa banyak surah2 yang dah dihafalnya??
Tak tau nak rasa gembira atau sedih sebab surah2 yang dihafal hanyalah 9 surah sa..ha..ja dan bila dicongak2 sepatutnya 4 surah lagi patut sudah dihafal sejak azali lagi (masa dibangku sekolah). Whylah all this while I never bothered to make the effort to check on all this? Kelemahan dari diri sendiri sebenarnya namun alhamdulillah ... "tiada paksaan dalam memilih ugama. Ramai ambil masa bertahun, ada yang beberapa minit aje.. Allah yang menentukan masanya" <-- petikan dari kata2 Bilal dari filem Muhammad the Idol yang disiarkan diTV baru2 nih.
.






Bagus betul teknologi zaman sekarang. 'MMS' is 'ohSOM'. Who would have thought this kind of thing exists? Alhamdulillah 



