Thursday 30 September 2010

Rumput oh rumput ...

Oh rumput, oh rumput, kenapa engkau panjang?

Bila rumput di taman dah mula panjangkan diri, maka gate karat I keraplah diketuk2. Faham2 sajalah siapa yang ketuk gate tu. Dah kita kata "takpe, taknak, nehi" *sambil goyang2kan tangan* diorang masih melekat tepi gate takmoh beredar seolah2 tak faham apa yang kita cakap. Kita cakap Urdu kang baru tau, har3.

Sebenarnya I dah hire H untuk potong rumput rumah Ndja dan rumah I setiap bulan. Dalam 2-3 orang yang mengetuk gate karat tu, I kenal benar dengan A. Dia pernah potong rumput, cat rumah dan gate I semasa menjelang raya 3 tahun dulu. In fact masa bayar duit upah A, I terlebih beri 10 ringgit sebab takde duit tukar. Janjinya 10 ringgit tu dijadikan upah potong rumput untuk bulan depan.

Perkhabaran diangin lalu mengesahkan A dah masuk penjara sebab takde dokumen sah. Ntah berapa lama dia duduk dalam tu tup2 tahun nih dia muncul depan gate karat I. Dia cuba 'recap' kisah lama, mungkin I tak ingat siapa dia. Memang I takkan lupa peristiwa 3 tahun dulu menjelang Syawal... (takde skandal k? Pure sakit hati adalaa, hahahaii).

H dah tau benar kehendak I esp tentang pokok kat gambar atas tu. Dia tak boleh sewenang2 memesin kat kawasan larangan dimana pokok Sepulih tumbuh. Pokok nih pun satu hal. Kalau nak tumbuh, tumbuhlah dengan jayanya; ni tak. Bila dah tumbuh 2-3 helai daun, mulalah dia tunjukkan tanda2 keciwa nak hidup tapi pokok tu tak boleh pupus sepenuhnya sebab 'bulb' dibawah tanah masih mau teruskan kehidupan, hehe. Apa pun, H tau I sayang sangat dengan pokok Sepulih tu. Menurut kepercayaan Cina, pokok tu bawak ong! Tulah yang I sayang sangat pokok tu ... (ada siput disebalik pasu, kekdahnya).

Berbuka puasa tadi I makan keledek rebus cicah samtum udang kering dan pratha segera dimurtabakkan. Kedua2 makanan nih dimakan oleh TB masa breakfast dan lunch tadi so I memang kecir ayaq liurlah. Lepas Maghrib barulah I masak nasi dan lauk2 ala pungpang untuk TB makan sebelum ke opes...

Keledek kononnya direbus nak buat keria atau roti atau pengat tapi tak kesampaian pulak
(tak sangka sedap bila cicah dengan samtum UK).

Wednesday 29 September 2010

Fobia dan kokokan 'bapak ayam' ...

Fobia no. 1 ... my laptop dah pandai mengagah aumm-cak dengan I. Tanpa disuruh2 tetiba dia black-out just like that! It takes a while for it to recover dan sedarkan diri. I sabar menunggu cuma terasa bosan sebab tak tau sampai bila dia nak blackout aje. Ada 2 kemungkinan samada anaemic atau low BP, tu yang asyik black-out aje tu, kot?

Bila TB kata "tulah you pergi blog mana ntah" <- cam menuduh aje ek? maka tetiba terasa suam2 kuku cuping telinga I (baru suam2 kuku lum tahap marah lagi). Blog yang I lawati semuanya rona sawo matang; takde rona 'biru atau kuning' pun. I juga tak membebankan bahu laptop dengan mendownload-upload-apa2-pun. Memang tak pernah download lagu atau drama Korea (tapi ada gak hati nak download "My Name is Khan", kih3).

Fobia no. 2 ... bila selesai mengomen pada blog yang I boleh masuk, tup2 dapat pesanan penaja "sorilah you kenot komen". Dengan perasaan geram, nyampah, bosan dan berasap (maklum dah penat tulis password etc), apa nak tunggu lagi kan? Dah orang tak sker kat kita, awat nak tersorong2kan pipi yang gebu dan hidung yang tak semancung mana tu, tul tak? So I blah bawa diri ...

... I bawa diri berkelana kat blog sendiri. I tekan tu, I tekan nih terus I tekan 'draft' untuk tengok all the drafts yang dah dijerukkan. Jom nyanyi lagu Liyan* Jasm*y kejap.. daku tak percaya, daku tak percaya..cinta.. Well, I tak percaya apa yang I tengok! Out of the 695 entries, 193 entries are nothing but drafts! Mendenya yang I tulis hinggakan tak terpublish2 lagi tu?? Resipi lempeng pithang turun temurunkah? Resipi ubat2an tradisional awet mudakah? atau rahsia kehidupan seorang blogger? har3 ..

Yang kelakarnya tu *jom senyom sesama jap* ... ehhh, manislah rupa you all bila senyom ala kerang busuk cam tu, hehe, most drafts terdapat beberapa abjad aje, boleh? Tak kurang juga cerita ceritut yang tidak berkesudahan samada malas pikir habiskan cerita atau memang buntu masa tu. Looks like this would be my baby project. Cantas mana yang patut, publish mana yang tak patut, kih3 dan simpan aje dalam draft mana2 yang agak menyentuh perasaan orang lain (hmm, tapi ade ke??).

Cerita lain? Haha ... Lately rumah I dah ada ayam berkokok. Tiap sejam sekali mulalah dia berkokok. Selalunya bapak ayam (BA) akan berkokok pada masa2 tertentu aje, kan? But not this BA belaan TB. Tiap sejam dia berkokok tapi waktunya cenggini -> kalau BA berkokok pukul 6.55 pagi, kokokan seterusnya pasti, mesti dan for sure berbunyi pukul 7.55, 8.55, 9.55 dan seterusnya 24 jam sehari (ada kalanya dia majuk takde bunyi langsong). Adakah kokokan tu menolong rakyat jelata? Sesungguhnya tidak!

Sila bayangkan bunyi kokokan bapak ayam pada subuh yang hening.. cam best aje kan? (w'pun mungkin selimut terus ditarik dan terus zzzz malas bangun solat subuh, cis!), tapi tidak serupa dengan kokokan BA, TB punya. Kokokan BA bunyinya sama dengan suara anak dara menjerit giler bila sekor cicak masuk kedalam bajunya. Yaa, pejam mata... cuba bayangkan..

T perli abahnya sebab memilih BA yang tak reti berkokok, kah3. I pun kata "biarlah T, abah tu dah rindu dengan persekitaran kampung halaman dia agaknya...".


Nilah dia bapak ayam belaan TB. Very2 low maintenance. Yang bestnya, dia tak bewak, heh. Sesiapa nak jadi ahli Kelly Fan Club *grin* haruslah berlari sekarang juga ke restoran tersebut dan cuba bawa balik BA nih, okay? Hayatilah kokokannya yang seakan2 tercekik tulang amat merdu itew, har3.

Tuesday 28 September 2010

Time to shop ... catalogue 2011

Khas untuk Fa n Eleena ...

Baru dapat semalam
jangan jeles I dapat 3 katalog
puas dah I mentelaahnya
berpusing2 juga mata nih
.
bertafakur sambil berangan
kejap dah, tak leh lelama
.
Semuanya cantik menawan
dimata
dihati
dijantung
tapi tidak dipoketku, cis!
.
mencii aah.. ikea jahhh-hat!

Monday 27 September 2010

Dengar lagu2 lama etc ...

The mood is very sombre. One of the reasons is of course si lappy demam panas for the 2nd time. Twice dah TB bertungkus lumus beri nafas baru, reformat and reinstal this n that. E'thing looks close to being ok physically but I still feel it lacks something. Tak cukup garam or gula, kekdahnya maka baru jap tadi I did a touch up, kasi foundation n gincu merah sket (unbelievable that I managed to touch a bit of this n that by myself, whoaaa vangga). Yess, barulah selesa cenggini (namun 'gigi biru' masih down so takde chanlah I menempek gambar).

Anyway, I'm all alone tonight and feel like listening to some good songs. Ni yang menchii nih .. lagu2 being played semuanya ala runtun jiwa ... 'sorry seems to be the hardest word' ... (but does it?? No, not really as long as you put your ego aside).

"Do you know where you're going to ...", anak Pak Ross pulak bertanya. Dah lewat malam nih, malaslah nak jawab, hehe. DJ dah pre-announce the singers who will perform just for me tonight, ahaks. Diorang2 tu anak Pak Ritchie, Pak Carey, Pak Wogers yang jual ayam bakar tu, Pak Steve yang anaknya tak rupa kucing dan ramai lagi.

Dengan lagu2 syahdu syahdan macam tu.. do they really want me to berendam air mata tonite? ''youuu.. decorated my life... created a world, where dreams are....". Alaaaa... England Dan n John Ford Corley plak dah ".... just tell me you love me, whisper words I so long to hear..." Ooh, syahdunya..

Cukuplah tak larat nak layan perasaan tapi nak switch off tv (I dengar radio from tv), my old flame is serenading me now with "morning has broken ...", isshhh...


Coming up 'goodbye yellow brickroad'<- ingat lagi lagu nih masa I sekolah dulu. Telinga terlekat kat transistor radio rona oren pemberian Long sebab pass peksa. Telinga terlekat tu sebab nak dengar nama samaran kitorang disebut dek DJ radio Spore. Kerja bertamadun merequest lagu2 kat radio memang kerja our mastermind yang sentiasa ceria n riuh, SZZ. Zaman remaja memang bliss, kaan?

I baru berjaya puasa 4/6 hari. Kalau I kuatkan hati puasa hari Sabtu n Ahad, maka hari nih pasti dah selesai, besok dah boleh raya makan ayam penyet dan murtabak V*ct*ry. I tak nak sambung puasa hari Selasa n Rabu; I nak sambung hari Khamis (dapat pahala lebih, khan?) dan insyaallah pengakhirnya hari Jumaat, penghulu segala hari, cewah.

At 1-2pm baru nak productivekan diri. Memula pergi buang cheque kat bank yang tak pernah tidor malam tu; ke Gua*dian beli pewangi untuk T (pandai dak tu taw.. dia bekalkan kotak kosong aje tanpa disertai wang ringgit. Nasib baik wallet I berupaya mencetak mata wang); kekiosk penuhkan tank minyak sambil cekut kuah mee jawa segera dan roti; kekedai runcit beli mee kuning etc; and last but not least sempat trim wambut kat rumah jiran. J'Mi nama diberi.

'Pause' kejap dengar lagu Stylistics (zaman I bercintan nih namun tak sker dikenang; noktah).

OK, sambung cerita trim wambut. Ada 2 pelanggan aje; MakNya and yours truly. J'Mi sempat menganyam ketupat "that old lady very vain pot you know... she's 85 see still strong .. she perms her hair after that want to color samore". Hehee, hidup Mak Nya!!!

Bila J'Mi mula crop wambut I yang seakan2 Repunzel nih (bbpj), MakNya tu peratikan aje dari jauh dengan senyuman terukir dibibir. Dia terpesona dengan I kot? Sah, I perasan, hehe tapikan tapi I tak perasan hokay? MakNya sempat mengomen (setelah dialih bahasa) yang dia suka rona wambut I, 'swee' katanya, hehe. Lu biar betul MakNya ooii?

Dalam pada tak pasti, I dah siap kembang semangkokkan diri tapi was2 gak akan penglihatan MakNya almaklum dia dah tua, kan kan? Anyway, apakah rona wambut CikSom hinggakan MakNya terpesona? Mana boleh bitau, kan? rahsiaku rahsiaku jua, heheh.

MakNya yang kejap senyum kejap terlelap terlopong, tup2 dáh berdiri sebelah J'Mi. Tak tau apa yang dia tanya kat J'Mi. Kali nih, jari jemari J'Mi macam bestlah pulak cos tetiba I look so pwetty sporting that hairdo. J'Mi bitau MakNya dia gunting wambut I setail Jepun, hehe.

Dah siap bayar (I lebihkan RM2 sebab puas hati), pakai tudung I pun bye2 kat J'Mi dan MakNya. Diorang berdua hantar I hingga kepintu.'Nak tau apa MakNya tanya I? hehehe ... dia kata I macam.. mmm macam... alahai, malulah nak bitau...

Tapi I bitau MakNya "ya,ya,yaa... Mak saya Cina dari dot3". Bersinar2 mata MakNya sewonok dengar pengakuan yang I sendiri tak pasti kesahihannya. Ekceli kitorang tak pasti samada Mak ada darah Cina but for sure Mak n my nenek memang cerah kulitnya. Yang bestnya kan, hehe.. dua beranak tu matanya takde line (tak nak sebut sepet, boleh tak? hehe) dan kesepetan tu dah jadi 'signature feature' pulak.

Pernah dulu kitorang usik2 Mak "maaak, mak nih mesti ada darah Cina kan mak?". Selamba jer Mak jawab "takdelah... mak orang Islam". Kihkihkih .. cute Mak I kan? (bukan dia tak tau beza bangsa dan ugama).

KO, takmin ridi ludu .. sama tukun dubera .. heheh.. (dah ngantok ejaan terus jadi gitu) tapi sebelum tu nak laungkan diangin lalu "MakNya... you really made my day. Wo ai nee".

Saturday 25 September 2010

Keinginan membuak2 ...

Komain lagi bunyi tajuk kat atas tu ek?? Kata hari Sabtu, so chill out kejaplah ...

Nih bukan nak bitau I tersangat rajin nak bakar kuih pada pukul 4 pagi, ehem.. tapi sebenarnya I geram (or jakun?) nak bakar kuih guna acuan silicone dari pemberian my BFF tak lama dulu.
I nak tengok sejauh mana sahihnya acuan tu bila beraksi dalam oven samada ia akan meleleh cair, mengecut atau status quo! W'pun kesahihannya dah lama terbukti namun seeing is believing, kan?


Kek dibuat kerana 2 sebab. Pertama sebab nak guna acuan baru dan kedua sebab mengidam orang puasa 6 nak juga makan kek pithang. Gitulah .. nak 1K daya taknak 1K dalih ...

So it's proven (mengada aje ek walhal dah selalu tengok kat tv bila diorang buat biskut dan kek, tak pernah ada mishap pun), yes it's proven acuan silicone memang best!!! In fact the 'bestest'! Kek senang aje keluar bila diterlungkupkan acuan.. debushhhh out it goes.. Tapikan tapi .. jangan tanya kek tu sedap ke tak. Tiada jawapan bagi soklan itew. Sekian, harap maklum *sambil memuramkan muka pandang kelantai*.

Semalam I ke Jaiyen. Sekarang nih bila kesana, I boleh pilih kat mana nak park kereta sebab parking bays like belambak2 gitu unlike last time memang azab, it was as though you park kereta kat Semenyih wpun you sebenarnya berada dikawasan youesjay. Punyalah jauh, kan? Dahlah roda trolinya bengot2 (sila pejam mata sambil bayangkan keadaan ...).

Food court yang sedikit masa dulu komain meriah cam tiap hari sambut kongheefattchoy namun keadaan difood court sekarang dah hilang serinya. Dari jauh I peratikan penjualnya terkebil2 looking for customers. Kesian taw. Ekceli kat situ ada satu kedai jual cendol/ABC sedap dan kedai jual KT goreng, baek punya. Tak sempat nak tinjau samada diorang masih berjual disitu lagi.

Masuk ke Jaiyen, mata nih terus terpandang rows of kicap kesukaan AB. Tempat beliau bermastautin dah kehabisan stok kicap.

AB ... khas untuk you. Kindly help yourself. No limitation whatsoeva.

OKlah, kita mintak diri dulu eh? Nak bersiap dan berwangi2an. Kita nak beraya kat KL u'olls.. Daa...

Friday 24 September 2010

Home Decor II ...

Straw mata bundar

Sepit baju dwi karer

Penggaru badan gebu, auww..

... ada sesiapa hilang hanger?


Mahaplah I terpaksa tutup kotak komen
Tak mau owang senda-gurau-manja
dengan tahap kekreatifan I
harharhar
.
Kenangan untuk anak cucu dan kawan2
kihkihkih
.
ehh.. terasa gumbira plak hari nih..
.
Salam mesra
.

Wednesday 22 September 2010

Home Decor ...

Hari nih I baik sikit. Kenapa I baik sikit? I baik sikit sebab I puasa. Yaa betul, siapa yang berpuasa is considered as baik sikit dan siapa yang tak berpuasa dia tak baik banyak, hahahahaaa. Oops, bear with me kejap cos I need to ting tongkan diri a bit! hehe..

Since I tak kecoh cari makanan maka I munafaatkan masa terluang mengemas rak buku yang dah tak lagi rupa rak buku "so your mission Jim CikSom is to make that rak buku looks like a proper book rack", gitulah bunyi cabaran CikSom pada diri sendiwi. Rak is equivalent to rack? Waaah... omputih tiru perkataan kita, atau kita tiru perkataan omputih?

Top most on the book rack are the 2 bears which T used to cuddle during her yonder years. Dia pun dah pasrah to let go 0f the memories attached to those bears so it was time to say goodbye tapikan tapi the hoarder in me (hic) says otherwise. After a thorough wash and a good spin, the bears look as good as new. Wangi bau Lavender lagi, hehe.

Would you like to have a peep at those bears? Nak tak? *kelihatan ramai yang menggeleng kepala*. OKlah.. tak nak tak per ... but I insist anyway, har3.

I've never bought dolls n bears for both D&T (D nak main dolls? Apa hal pulak, kan?). Bear kepala benjol was given by a few of my office mates (heheh... adalaa sekali dua tatkala CikSom rajin buat besday party gitu.. tu pun sebab nak tutup mulut Ndja yang merengek suh buat party. Dia yang rajin sangat); and the other bear yang smart bereben tu was a gift from my BIL. Dah 10 tahun bear tu .. 2 tahun lagi bolehlah ambik UPSR :-)

Home decor. has never been my forte. Ndja would have a hand on it. I nih plak, as long as the house is 80% dustfree albeit a bit of acceptable cluttered is fine with me (piawaian dipinda setelah D&T melihat dunia. You can't beat them, you join them kekdahnya). Ekceli the more you gilap, lap n kemas, the more obsessive you become hence you've got to learn to relax memanjang a bit.

When I lilitkan that 'smiley' thing to my curtain, D&T were appalled! Ada ke patut diorang kata I belia 4B for using that smiley thing? Mengada betul! Ekceli I saja nak memaksimakan penggunaan benda tu just to show how appreciative I am over something given by my SIL. That smiley thing was there for a while only during picture taking. After that I'd place it at the cabinet door knob in the living room. I must make sure nasib dia terbela, hehe.

Apa hal plak nih? Pemandangan yang tak boleh belah. Tiap pagi I suka tarik langsir ketepi so that keadaan dalam rumah dipenuhi nur iman cahaya mentari. That sliding door curtain has not had a 'belt' or what you call it benda yang berambu2 kat curtain tu? That 'belt' belongs to another set of curtain, kah3 pathetic betul.

So, kalau ada sesiapa yang berkenan nak engage I jadi interior decorator ke, consultant ke, sila tinggalkan pesan disini, ngehheheh.. Tapi sebelum tu, sila pikir sedalam 7 kaki of the pro and con.

I tunjuk ketidak-senonohan I pada you all kat sini cam tak malu aje ek? But why not? Tul tak? Terimalah I seadanya (nota khas untuk D&T.. entah bilalah budak2 nih dapat baca my rambling agaknya ek?).

Tuesday 21 September 2010

Mood hari nih macam tak berapa bagus, tapikan tapi..

Mood jari jemari untuk melenggok2 atas kibod dah tiba ketahap maksima! Masa untuk meramble sensorang telah bermulaaaa. Selama nih I tak meramble ke? Eh, mana ada? Kan I berkarya aje tu?

Kalau diberi peluang untuk fahami bahasa binatang; I pilih bahasa kucing. Tapi sebelum tu, I nak share tips khas untuk ibu2 muda yang baru dapat baby atau sesiapalah yang mungkin baru dapat cucu (haipp! nape pandang2 kat I plak?).

Bila baby mula berdehek-berdehak, cuba dengar betul2 apa yang baby tu 'cakap'. Kalau you dengar 'neh, owh, leh, eair atau eh' ... maknanya (ikut turutan) lapar, ngantuk, tak selesa, pewut masuk angin dan akhirnya sedawa. Nampaknya baby dibawah 3 bulan guna 5 perkataan aje. Gitulah menurut kajian sape-ntah-nama-dia-tu bila ditemuduga ramah cik Prah.

Berbalik pada bahasa kucing yang I sebut tadi tu. Ekceli I nak tau banyak bahasa binatang .. lipas, cicak, themut, cik siti, labah2 dan 18 serangga lain tapi mana boleh, khaan? I tak nak tamak, dapat paham satu bahasa binatang pun jadilah.

I ada 1-2 soklan yang lama dah bermain kling klang kat minda nih (minda TB juga kot??). I nak tanya kucing2 berkenaan whylah you all bubuh pasir dalam periuk nasi sendiri?? <- nih bahasa halus tapi kalau nak lagi halus, gini -> kenapa anda sekelian buang air besar dan air kecik dalam tempat makan dan tempat minum?

Satu lagi soklan yang berharapkan jawapan sahih -> kenapa kamu suka tolak2 atap sebaik saja atap tu diletakkan atas kandang kamu? Meowww?=Why? Paling tak faham.. tolak2 atap tak kira hari panas atau hujan. Korang ingat korang nih kebal ke hape?? <- Bahaya bila soklan dah bertukar gelombang *jap nak urut dada jap*, tarik nafas .. hembus.. tarik nafas .. hembus..

Tukar topik ...
Gambar sawi khas untuk Amy yang tak suka pelepah sawi sebab pahit. Sawi jenis dalam gambar nih cepat empuk dan memang berbeza dengan sawi yang pelepah2nya panjang sepanjang kacang panjang. Sawi jenis pelepah panjang memang kena ketuk2 sikit pelepahnya biar empuk (kenot deny kadang2 memang terasa pahit).
.
KT goreng siap pukul 1 pagi hari Senin (untuk T bersahur). Tulis '1 pagi' tu memang saja nak bitau bahawasanya chef tu simply rajin (cis! tak tobat2 masih riak lagi chef tu ek?).
.
Saja nak pamerkan pelepah2 sawi berbaring dari sudut berbeza (pelepah sawi pun reti nak glemer, kasilah peluang kat diorang tu).

Monday 20 September 2010

No MoNdAy BlUeS ...

Take 5 dari dapur yang sedang berasap untuk berkarya kejap, har3.

Nasik empet 2 biji baru aje diangkat terus zasssssssss letak depan kipas angin full blast. Biar sejuk sesejuk salju winter sonata! Bukan tu aje taw, rendang daging 'pak-cam' dah tak sabar2 nak mengeringkan dirinya.. heheh. Pepagi dah merentas dapur, rajinnya I?? (unbelievable).


Apa yang I buat sebelum tak semena2 jadi rajin tu? Oh well.., the obvious onelah ..

Baru letakkan punggung molek2 kekerusi tak empuk dan perbetulkan kedudukan jari jemari gebu pada abjad2 tertentu ... masa nilah TETIBA teringat .. Betolll (sambil angguk2).. memang tetiba teringat 'nak masak apa' untuk jadi bekalan T kembalinya ke Sewoja, teratak genting 4 tingkat bilik berderet2, 6 orang sebilik ditepi lereng bukit .. (tengah larat nak meramble nih, sker plak nak buat ayat fanjang2, heheh ).

Tanpa buang sesaat masa pun (tetiba time mgmt tersangat bagus), I terus bingkas buat apa yang patut from scratch.

Rendang nih belum cukup kering w'pun I suka rendang yang lembab2. Psst.. ada tak orang bubuh stok ayam dalam rendang dia???

Agenda semalam yang kononnya berderet2 tu, cuma 3 aje yang terdaya direalisasikan atas sebab2 tak tentu dan tertentu. Salah satu sebab paling tak tentu aka ad hoc ialah bila kereta yang I berani dan selesa bawak dihantar servis. Punyalah I lupa as the nite before TB dah angin2kan it's about time J-gua (vukan nama sebenar) dihantar servis.

Nak dijadikan cewita kat blog nih, heheh... sedang I mengadap laptop kira2 pukul 12 tengahari, TB telepon terus bertanya "you dah hantar belum?" .. I terfinger2 (finger bukan jari ok?) almaklum sedang asyik mengepo kat blog rakan taulan, terus menjawab "hantar apa??". Bila paham akan maksud TB *jap nak kah3 jap* barulah teringat hal si J-gua (vukan nama sebenar) yang harus dihantar ke workshop untuk 'dikerjakan.' Takde keta maka pendeklah langkah I (TB keje hari Ahad dan D plak, tak habis2 pergi hopenhaus).

6 pm: T n I terus ke Summit untuk beli menda yang diidam2kan sejak 2 tahun lepas. As always dengan T nih kalau nak beli barang, puaslah dia raun2 setiap kedai yang ada jual apa2 mende yang dia idamkan tu; baik dari hp, baju atau kathut (orang Johor thebut sepathu). Selagi keputusan belum diambik, selagi tulah I 'memolo' mont*tnya lepas satu kedai ke satu kedai. Habis 4-5 kedai ditinjau, barulah senyom simpol terukir dibibir w'pun senyom simpol tu tidak menjanjikan apa2.

At last, keputusan diambik maka si Patrick Spongebob SqPants ditugaskan melayan dan menjawab setiap soklan T (macam2 ditanya mengalahkan nak beli 8 ekar tanah plak). Sungguh tak paham apa yang T dan bakal menantu I si Patrick cakapkan masa bersoal-jawab tu walhal diorang bukan pun cakap Tagalog atau Mandarin. I dah tua ke?

I macam biasalah .. tersangat tak minat dan tak tau apa2 tentang games perang2, hendap2 or whateva yang diorang main tuu. Tapikan tapi.. like how come tup2 I berhutang dengan T sebanyak 2 ratus rinG? Musykil nih, dia yang beli mende tu, I pulak yang berhutang? Mana aci? Kena engage loyer, kekdahnya nih.

Sunday 19 September 2010

... business as usual ...

Hari Ahad. Apa rancangan seterusnya? Kalau ikutkan hati, best bermalas2an duduk rumah, baring2, golek2 dan goyang2 kaki tengok drama khas sempena hariraya; menangis bagai tak mau sambil mengesat lelehan airmata dengan lengan baju bila drama tu mencuit hati (Cikgu BM pasti geleng kepala dek terkesima dengan keupayaan I membina ayat sepanjang tu. Mesti punya, heheh).

Terma bermalas2an to the max tu dipanggil 'membayam' oleh Profesor Chik. Kenapa membayam dan tidak mengangkong atau menyawi? Hmm.. jawab Chik jawaaab..

Anyway, agenda untuk hari nih, insyaallah :
1. Teman T ke Summit. Misi? Nak habiskan duit raya beli something yang diidam2kan.
2. Petang ada open house @Sec. 13 SA. Jemputan dari ex-office mate.
3. Njah ajak sama beraya ke rumah Ngah ... but then... KL is so far away!
4. Harus beli grocery + perishables
5. Nak buat samolina pudding atas permintaan who-else but T
6. Harus masak kah? Sesungguhnya haruuuss.. kesian plak kat TB bila balik opis @4pm nanti, meja makan rupa padang jarak padang tekukur. Yang ada cuma my laptop aje, hehe.
7. Last but not least, the endless kerja rumah.

Lunch semalam.. mee hailam aje. I suka pelepah yang hijau2 tu, lagi banyak lagi bagus. Nampak tak batang celery tu, kih3. Lepas makan, TB sound penuh hemah "lain kali jangan bubuh benda tu .. apa nama tuu?". Heheh .. baiklah wahai kekanda tapi adinda tak janji, ehh? Bila tengah syok2 memasak, adinda selalunya bertindak at the spur of the moment jer..

For dinner? Timun jepun, udang kicap, samtum bilis (berusia sebelum raya) dan gulai asam (berusia 2 hari). Alhamdulillah.

Saturday 18 September 2010

LOL = LOL

Sehari dua nih, I terpaksa tinggalkan title LOL yang I sendiri (tanpa prejudis) mengaku di FB. Nanti I claim balik title lady of leisure semula bila keadaan back to normal. Mind you, I masih LOL juga tapi dalam pengertian berbeza. Am now a lady of longlai yang merangkumi tugasan sebagai janitor dan maid (of honor). Senang cewita, kembar Cinderella is back!

Alhamdulillah selesai sesi basuh membasuh segala pekasam. Sesungguhnya 2 hari lepas mentari bersinar hingga kepetang w'pun ada ketikanya awan kelabu berarak pilu cuba menggusarkan hati. Washing machine semolek2 pe'el, takde skru longgar dan takde kipas tercabut, alhamdulillah.

Sia2 mengaku Cinderella kalau tak reti multi-tasking. Masa nihlah I baru perasan ... (ketika asap mula berkepul dihati), MANA perginya bujang dan dara I seramai DUA belas orang tuu?? How come diorang boleh syok2 pergi open house? Tak ke diorang rasa guilty membiarkan ibu tua I buat kerja colang2? Well.. sebenarnya I sengaja lepaskan diorang pergi bersuka ria. I lebih suka buat kerja sendirian atas sebab2 tertentu sebab I cerewet ada piawaian sendiri.

Kali nih I tak gunakan khidmat S langsong. Selama I guna khidmatnya, I think I lebih kesian nak tolong dia aje dari lebih2 nak suruh dia bersihkan rumah yang sekEngkang-kera nih. I thot my sliding door dah cukup bersih selama S menggilapnya but sori naik lori... terferanjats I! Gelas sliding tu bercapuk2 rupanya. Memang selamanya I tutup sebelah mata dengan hasil kerja S. Camana I boleh jadi 'baik' cenggitu? hic!

Semalam juga harinya I berhempas pulas menolak sofa (yang 2-seater +1+1) ketepi dan ketengah supaya I boleh vakum dan mop lantai yang selama nih dipandang sepi dari alis mata yang sepet nih. Habuk nih pun satu. Apa salahnya terus masuk dalam bag vakum yang disediakan; atau terus aje lompat dalam bag plastik sampah tu, kaaan?? Nih taaaak!

Apsal dah masuk Syawal baru terhegeh2 nak bersihkan rumah?? Kahkahkah, perlu ke I jawab soklan cepumas tuu? Insyaallah panjang umur murah rezeki, I akan jawab soklan yang I sendiri soal, tahun depan aje, boleh?

Bilik membasuh baju sepatutnya kering sebab water hose diselitkan kat water outlet tapi I heran camana separuh dari bilik tu boleh basah. Upon inspection, OMG! water hose yang melekat kat body washing machine tu dah terkoyak, kekdahnya. I dapat agak, water hose tu terperanjat sebab banyak sangat tertelan air warna kopi dari basuhan 2 keping langsir, kah3, kih3.

Sebelum TB pergi solat Jumaat, I kena bertindak cepat "I nak bitau you dua hal nih, bla3". Pastu I terus tanya "you bawak duit tak? boleh belikan I lunch?". TB dengan gopoh gapah nak kemasjid menjawab "mana satu yang mustahak? you nak yang mana?". Dengan nada budak baik I menjawab "dua2 mustahak, I nak dua2", hehe.

Yalah kan? I dah penat mengemas, bila kita dah penat, memang tak elok kalau kita pura2 rajin memasak, masakan memang takkan masin punya, heheh. Balik dari masjid, TB singgah Jaiyen beli water hose dan ke stall Z beli laksa Johor. Syukur alhamdulillah.

Sepetang TB kerjakan washing machine tu. Rupanya water hose tu bukan macam hose vakum yang boleh pusing2 siap ek? Kena bertukang juga rupanya. Dia sibuk dibelakang, I pun sibuk sambung kerja rumah yang tak sudah2 tu, sigh ..

Dah penat hingga kemalam, haruskah I masak untuk makan malam juga?? Well.. makan malam ditaja oleh restoran Mak-Bul ... roti nan dan ayam tandoori.

P/S: TB ohh TB ... boleh tak I gantung periuk untuk sehari dua lagi? boleh ke?

Thursday 16 September 2010

Masih tak habis2 lagi ...

Cuaca semalam tersangatlah mencabar. Dah molek2 sang mentari senyum girang tetiba awan kelabu menyengihkan diri plak namun ia berlalu dengan hemahnya. Alhamdulillah basuhan kering garing gemersik. Part melipat? Hmmm...

Majlis membasuh pekasam yang dibawa balik masa beraya di kampung masih diteruskan pagi nih. I memang tak pernah rajin suka nak basuh baju kat rumah orang; pertama sebab malu, kedua sebab mood diva bercuti haruslah benar2 bercuti. Tul tak?

H d'Bangla diberi misi penting untuk menjaga kucing2 sepeninggalan I beraya. Bersihkan kumuhan dan beri makan 2x sehari selama 3 hari. TB dah beri penerangan terperinci. Paling utama jangan sekor kucing pun TERlepas ...

Masa dlm perjalanan balik ke home sweet home, I terima sms dari H d'Bangla "1kucing suda lepas basy pagy siya tankab". Halamak!! I balas very stretfowad "tolong tangkap nanti dia kawin". You ingat dia tangkap tak sekor kucing yang dah terlepas tu??

Bila I tiba rumah, kucing tu semunyik kat bilik stor luar rumah. Kucing masih sunti, baru terlepas dari cage.. tak jauhlah perginya namun ada aje bujang senang yang cuba nak ganggu. Mencii I.

Bila H d'Bangla diminta datang sebab TB nak beri 'gaji'; kita taklah marah kat dia sebab sekor kucing terlepas. In fact, kita bersyukur sangat2 sebab H d'Bangla adalah penyelamat, kekdahnya. Ada sesiapa nak nombor hp H d'Bangla tak?

Hangkut hp dan spektikus kemana saja, nilah kerja berpekdah I buat, heheh .. klik sana klik sini (maklum takde kerja lain selain basuh pinggan sekali sekala). Malas nak menyalin resipi, nasib baik ada hp Wolverine. Resipi Serunding tuu ... jangan memain. Semangat tengah berkobar2 nih ..

OKlah .. harus berhenti dulu. Kerja menanti dan menanti ... (bilalah nak habis ek??).

Wednesday 15 September 2010

My BFF ...

Salam Aidilfitri ...

My BFF today would be the washing machine. Tolonglah jangan buat hal tercabut kipas atau tercabut skru k? Pagi tadi cuaca cam murung aje but now mentari dah mula beriang ria memancarkan cahayanya. Diharap panas hingga ke malampetang.

Beraya 3 malam dikampong halaman TB. Raya ke? Tak aaah. I duduk memerap kat rumah aje. Makan, minum, bual, tidor, basuh pinggan. To pass the time, capai sokabar edisi ntah bila maklum riraya takde sokabar kan? Baca lebih kurang, mata pun terasa pedih2 kelat. Tahan gak rasa zzzz tu namun tewas. Dapat 40 winks pun jadilah, kekdahnya. Kat rumah orang, 40 winks dah cukup. Kena jaga maruah keluarga, kah3.

Kesana sini I hangkut hp dan spektikus. Tanamlah sifat membaca dimana juga anda berada, heheh. Capai majalah plak. Sigh... sama gak impak maksimanya. Baru bukak sehelai dua, mata pedih2 kelat. Majalah diusir ketepi, haruslah pekena 40 winks lagi. Percayalah .. memang 40 winks, tak lebih tak kurang.

Oleh kerana I dah reserve bilik tidur kat tingkat 1 (dahlah menumpang rumah orang, boleh main reserve2 lagi. Ishh, tak malu betul .. tapi tssk tssk ada I kisah?? har3), akibat turun naik tangga selama 3 hari 3 malam, maka bila dah balik rumah nih .. part of the body yang paling terkesan adalah kepala lutut. Orang muda aje yang kena penyakit nih, heheh.. BBPJ.

Naik turun tangga nih sama cam mendaki Gunung Ledang. Tak percaya, cubalaaa.. TAPI heran jugak. 3 hari 3 malam punya exercise mendaki, namun itu tak memberi kesan pada weighing scale.

Hmm.. nak salahkan tangga atau patut salahkan weighing scale tu??

Friday 10 September 2010

Alhamdulillah ... panjang umur murah rezeki

Banyak hal yang menyebabkan I gembira pada Aidilfitri kali ini (tolak tepi seketika pada hal yang dot3). Semoga raya tahun depan keadaan berubah menjadi lebih sempurna, insyaallah.

Bila TB tiba depan pintu sekembalinya dari solat raya, I sambut dengan menghulurkan 10 jari meminta ampun dan maaf, tssk..tssk..syahdu! Berkaca2 juga mata nih dibuatnya (berjanji dalam hati nak jadi sebaik2 bini suri yang menyinari dan menghabiskan sisa2 hidup bersamanya, auwwah3).

By 11am kami berempat dah tiba rumah Teh. W'pun majlis raya dibuat dirumah Teh, I dengan tak malunya tumpang 'venue' menjemput my anak/menantu/cucu angkat kesana. By tengahari, rumah Teh dipenuhi tetamu terdiri dari adik beradik, ipar duai dan anak2 sedara.

Juadah tahun nih ... wah3 .. terlebih2 melimpah ruah, alhamdulillah. Wpun pening2 lalat nak makan mana satu (TB sure pening, kih3), I tetap dengan pilihan ketupat nasi, ketupa pulut daun palas, sambal gor, sayur lodeh (minus gravy), kuah kac dan kelapa ... tak tau apa namanya pulak. It was Mak's specialty but now diwarisi oleh Teh (as Teh has long been exposed to preparing it). T dah mintak Teh perturunkan resipi *a sigh of relief for me*

Kelapa, ikan parang (dibakar dulu), cili, daun kunyit etc. digoreng with slow fire. Hadoiii.. tak sabar juga nak tunggu bila dia nak masak (psst.. Buat julung2 kali Teh telah menderhaka pada resipi Mak.. Kali nih dia tak guna kelapa yang diparut ikut piawaian resipi asal Mak). T namakannya 'kerisik' maka tentangan hebat diberi oleh Uminya. Apa kes kan?

Manisan to entice the children. Yalah, kata raya kan? Biarlah diorang nak rongak pun, kah3. Tuu, jari jemari runcing Hanna, kerja dia mengira gula2 aje maklum dah pandai mengira wantuutri ...

Bila anak2 sedara balik, penuhlah tas tangan (yes.. kecik2 dah ada h'bag, I dulu masa mula2 kerja guna envelope kuning aje, muahahaha...) dengan gula2 manakala my nephew tapau gula2 simpan dalam songkok. Apa2lah, asal jadi anak yang baik macam Umi, okay??

Oh yess .. my samtum sotong diberitakan habis licin ketitisan kuah terakhir, heheh. Kali nih, for the first time I guna belacan sebab rupa belacan tu cantik, bersih dan mulushh aje.

Tengahari esok bertolaklah kita ke kampong halaman TB, insyaallah. Hingga jumpa lagi ... Salam mesra ..

1 Syawal .. dah raya you ...

Salam Aidilfitri kepada semua sahabat maya CikSom
terutama pada mereka yang sudi singgah diteratak Al-kisah
berbual mesra dan bergurau senda dengan CikSom
Semoga Aidilfitri 1431 bukan yang terakhir untuk kita
Amin
.
Mohon maaf diatas keterlanjuran kata2
almaklum bukan senang nak jaga jari jemari yang 10 nih
sedap aje dia menari2 ketuk kibod
sekali pun kibod nih tak berdakwat
namun yang tercetak darinya boleh mencetus
berbagai2 perasaan

.
Silalah lihat jer, hehe.. airtangan CikSom dipagi raya,
tu aje yang termampu untuk dibawa kerumah Teh.
Kami semua berkumpul di Kg Tunku
sebab my aunty, Chik @ CikSu berumur 85 tahun masih ada
(Chik is Bak's surviving sista)
.
T n I patut bersolat Aidilfitri bersama but s'thing happened
"something sure happens when you least expect it"
so she went alone and I'm here (where else)
.
Oh well ... till then
Salam

Thursday 9 September 2010

30 Ramadhan ... Kejap lagi raya, yeayyy!!

Alhamdulillah dapat melaksanakan puasa selama 30 hari tanpa gangguan syaitan tapi whylah emosi masih terganggu?

Malam raya nih, lepas gantung langsir yang dibasuh pagi tadi I pun duduk melunjurkan kaki mengira berapa orang anak sedara yang patut menerima 'ganjaran' dari Umi n Abah. Since Umi dah pencen (half portion dah kena cut, har3), terimalah seadanya dari Abah sorang.

Sambil memenuhkan sampul surat tajaan Bank Harimau dengan ganjaran yang sesuai mengikut umur masing2, I seronokkan diri menonton drama raya lakunan Jalil H, Aida R, Rozita CW dan cik Memon yang memegang watak dot3 bernama Chom! That drama was worth watching which produced by Rashid.S.

Camana orang lelaki boleh kawin lebih dari satu and yet the other wife knows nothing about it hinggakan anak2 pun dah besar. He gets away with two wives; tup2, aleh2, tetiba and suddenly there is the 3rd one. Mau tak kena perambat?

Tugas I setiap raya memasak sambal kacang tapi kali nih sob3 Teh kata dia nak buat sendiri. The siblings ada aje bawak something to Teh's house. Besar kemungkinan I bawak samtum sotong ajelah tapi sekarang dah pukul 12 pagi, bayang samtum masih lum kelihatan. Apa nak jadi dengan I nih?

Berbuka tadi I masak mee sup dan mee kari versi malas yaRabbi. Malas sebab dah penat keluar beli grocery kat Mydyn dan Jaiyen. I thought dah nak raya ramai yang dah balik kampong tapi masyaallah, menderu2 manusia kesitu.

His

Hers


Kuih Makmur sebalang dah ditamatkan riwayatnya sebelum raya
I ngecek TB suh beli satu tapi dia beli dua
Sah lebar tapak tangan!
Mekasih!

Wednesday 8 September 2010

29 Ramadhan ... kutip kad raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
.
Terima kasih diucapkan kepada ...

Hjh Rahmah

Cik Ja

Dr Inahar

KakCik

Aida @ PatinPasta

Terima kasih (sekali lagi) Cik Ja
.
Terima kasih juga kepada semua kenalan yang mengirim ucapan hari raya menerusi sms dan kad ucap virtual di FB.

Tuesday 7 September 2010

28 Ramadhan ... kenangan kad raya

I love those silicone cupcakes moulds. Baru dapat fruit hand dari my BFF @ Mama, Manchester mari. Terima kasih Mama, budi baik dikenang, muah. Dah terbayang2 cupcakes atau muffins naik menggebu, owh pasti marvellous!

Lama juga tak terima kad raya dari kawan2 melainkan dari dentist, kedai cermin mata Me*ara dan juga dari my BIL yang tak serik2 hantar kad raya setiap tahun tapi we all tak pernah balas (apa jenis baek punya adik ipar dan biras, kita berdua nih), cis! Ucapan raya banyak diterima menerusi sms ..
My fren HRMZ tertanya2 samada I dah terima kad rayanya sebab dah lama dia post. Baru tadi I terima tapi kalau tak terima, I tak pelik pun sebab posto yang duk hantar surat kitorang mungkin ada masalah pancaindera, suker hati aje hantar surat A ke B, B ke C.
I pernah terjumpa bil telefon tercicir atas jalanraya (jiran seberang jalan yang punya); pernah juga my surat dihantar kerumah no. 44 hingga dikoyak oleh anaknya, dan beberapa kali surat kepunyaan ntah siapa landed in my post box (kenalah hantar surat kerumah situan badan).
You pernah terima kad raya tidak dihantar menerusi posmen tak??

Al-kisah masa umur 14 tahun ... Nadzi, Badar, Nora n I sama2 naik van sekolah Pak Hamid. Dalam berempat tu, I lah yang pendiam sekali (ngaku sendiri tak tipu punya) dan yang kuat mencecehnya ialah Badar. Dia kata van Pak Hamid macam van mayat, rupa van macam kotak dan paling laser bila dia sebut Pak Hamid rupa bulldog! (tentunya tanpa pengetahuan Pak Hamid). Tak macam bulldog pun tapi ada sket tang dagunya .. (YaAllah, ampunkan dosaku.. ).

Satu hari tu, Badar dah go overboard; tak ingat apa yang dia dah terlatah menyebabkan bulldog Pak Hamid naik berang terus tamatkan Badar jadi ahli geng bas sekolah. In other words, Badar boleh cari van lain. Ehh, I nak cerita pasal kad raya tapi dah menyimpang plak, ishhh...

OK, sambung cewita. Dalam van sekolah tu adalaa 3 orang jejaka yang molek paras rupa, har3. Diorang selalu duduk kat pintu jadi assistant Pak Hamid bukakkan pintu bila ada yang nak turun. Ketiga2 tu dapat gelaran sewajarnya dari Badar.. ada Pondan, Bapok dan Balak (Badar pelupur perkataan Balak yang diguna-pakai muda mudi sekarang. Badar patut dapat royalti, what say you?).

Anyway, tibalah beberapa hari lagi munculnya Syawal. I memang salah seorang orang terakhir Pak Hamid hantar balik. Bila I turun 2 mata anak tangga van mayat sekolah, dimana 'Bapok' tolong bukakan pintu, tetiba dia hulur 4 keping kad raya, auwwww syahdunya *blushed*.

Dipendekkan cerita, tak taulah 'Bapok' ada hati kat any of us or not, malu tapi mau kekdahnya, atau saja peramah nak beri kita kad raya tapi dalam keadaan panic attack atau nervous, kad diberi tanpa nama pengirim dan penerima. Tak boleh nak berfeeling2 pun tapi terkesan jugaklah bila baca "kad pengganti diri...", auwww.

Back to cerita terkini, tahun 2010 ...

Bila malas atau takde idea, maka sotong dalam tin jadi penyelamat. Salah satu lauk untuk berbuka dan bekal TB bersahur kat ofis.

Monday 6 September 2010

27 Ramadhan ... pulut kuning!

Apsal bila umur dah lanjut (ooops, I ke?) kenangan silam menjadi2 putarannya diminda? 1-2 hari lagi Syawal menjelma... segala kenangan masam manis beraya semasa kecik, belasan tahun, anak dara dan seterusnya mengacah2 bagaikan menonton filim Cathay Keris dilayar perak ...

Sharpie d'oven masih belum merealisasikan impian I untuk buat 2-3 jenis bithkut raya. Seketul mentiga berulang-alik keluar masuk esbok tanpa rasa penat. Nak wat camno? Hati tiada girang untuk buat benda2 tu yang berkehendakkan konsentrasi.

Bila buat kuih, I suka guna jenama 'Ladang Lembu' tapi kalau takde yang tu, jenama 'Mentiga Cawan' pun boleh juga. Harga kedua2 nih selalu naik turun @ fluctuate cam harga pasaran saham. Baru2 nih I hangkut 4 ketui 'Ladang Lembu' sebab murah dari biasa @ RM2.59 seketui (manakala harga 'Mentiga Cawan' @ RM3.49 seketui).

Masa zaman Mak/Chik buat kuih raya, diorang mesti guna mentiga 'Golden Churn' (tak reti nak translate, hehe .. Putaran Emas kot?) yang dijual dalam tin. Sekarang ada dijual jenis 'ketul'. Mahap cakap, mentiga tu kaan, sebaik aje tinnya dibukak, bau yang keluar sah sama bau ta*k kuch2 hota hei.. Bercakap nih melalui pengalaman silam, semata2 benar tidak lain dari yang benar belaka :-)

Selain guna mentiga tu, Mak guna mentiga SCS juga. Dulu kala harga mentiga SCS hanya 95sen (kemudian naik jadi RM1.05) tapi sekarang harganya dah hampir RM8. Seketika dulu, I fasih dengan harga barang2 dapur sebab Bak ada kedai runcit. I jaga kedai waktu abang2 solat Jumaat. Ingat lagi masa tu ada sorang mamat nak beli bawang besar 50sen... hadoii.. nape tak beli setengah kilo atau sekilo aje, kan senang kerja I? Dahlah I lemah maths..

Mentiga atau margerin lebih elok? Tepuk poket, tanya selera. Sila klik sini tapi tak paksa, hehe.

Nostalgia zaman sekolah bila Mak/Chik tak sempat masak lauk, kita suka aje dapat makan nasi panas2, bubuh sesudu mentiga, tuangkan kicap secukupnya .. gaul2 dan makan dengan telur mata lembu atau ikan bawal digoreng dengan mentiga. Fuhh! malas nak ceWita .. nikmat!

Tak sempat tunggu raya .. Mamar Carries dan Makmur dah tinggal 1/4 manakala tart dah luak 1/4 bekas penutup merah.

Hari nih I baik sebab tolong naikkan ekonomi penjual warong lauk pauk kat penjuru simpang rumah. Makna lain I JJCL (cari lauk). I beli kari daging, keli berlada, paceri nenas, sayur taugeh kepala besar n samval velasyan. Besok last day dia berniaga. Alahai ...

I beli lauk2 tu sebab nak konsentret memasak rendang dan pulut kuning atas permintaan T yang baru saja khatam. Syukur alhamdulillah ...

Sunday 5 September 2010

26 Ramadhan ... dugaan buat tag

Nak dekat raya nih, selain mohon maaf atas kesilapan yang terrrbuat, perlu juga mohon maaf pada Mami n AzieAzah sebab tak buat tag yang diberi dulu kala. Ekceli I dah buat, nanti I re-check, eh eh? (tak sure disimpan dalam 'draft' blog atau file dalam folder. Kalau kat folder it would mean gone caselah sebab that laptop baru aje kurap-ted). Sowii, panjang plak mukadimahnya...

Okay tolong beri laluan ... tq, tq. Tiba masanya untuk menjawab tag dari Aida n AB Abadi ... jeng3!

1) Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Nak lari dari rumah bawa diri kesatu tempat yang ada khidmat yacht percuma. Repeat: percuma. I nak berlibur windsurfing sensorang ditemani oleh ikan lumba2 .. (dan jerung rongak).

2) Apakah nama samaran anda?
Somuffins (wpun I lebih gemar dengan cupcakes)

3) Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Alaaa.. 3 jer ke? Camana nak pilih? Suami, anak lelaki dan 2 anak pempuan kembar *tunduk pandang kelantai, tak berani pandang kedepan takut orang dapat 'tangkap' I tidak berkata benar menerusi jendela mata).

4) Panggilan untuk si dia?
Bukan 'yang, bi atau anjer' (tak menjawab soalan kekdahnya nih).

5) Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Hadiah yang diimpikan .. hmmm ... nak duit belanja yang tidak bertepi ..

6) Blog mana yg anda selalu lawat?
Satu donia I rayap tapi preference pada yang tersinarai dalam bloglist tuuu...

7) TAG kan kepada 15 blogger...
15? Alamak.. baru tulis rayap satu donia, takkan takde 15 ek?? Well.. since all the bloggers are busy mengemas rumah, buat kueh, dan serba busy dengan 1001 macam hal, maka dengan penuh perihatin ... uhuk uhuk ... semua diminta buat tag selepas balik raya. Tak kira raya tahun bila. Fair kan?? heheh.

Saturday 4 September 2010

25 Ramadhan ... lightsaber @ magic wand

If only this lightsaber could change into a magic wand, zrringg.. zzrringg! Walla, done! This humble abode of mine would be in tip top condition, spotless, menciiiiut2 kekdahnya! Haha, dream on!

What have I been doing today? Well.. I've been a good gal, heheh. I've listed down all the wajib chores that I need to do. Phewh! The list melimpah ruah.. overflowed to the ground, haha. That much I have to do?? and I have to do it all alone?? Am I not one of the two mandors in this household? Yeah.. I shall delegate more and had even delegated certain chores to the respective individuals.

Well for a start, I have successfully gathered some indescribable junks into 2 garbage bags (bags = recycled packs of cats food). I'm good huh?.

D had promised me to do that, that and that, but ...? Please focus D! I'm counting on you. T is not back yet from jajahan Kanda Deris. Her schedules are seemingly tight; attending a farewell dinner for a friend who's going to further studies, attending a doa selamat for the same friend and last but not least, she's doing H, her room mate a favour. H is scheduled to go back to her hometown upnorth at 6pm tomorrow. T will chauffer her and perhaps some other friends to the bus station.

After knowing her plans, I commented "melampau" on the chauffering part to which she responded "Umi, tak baik tau. Kesian kot dia. T ni kan baik. T balik lambat pun sbb teman dia. Dia kata nanti dia belanja T".

. Umi tak baik tau .... am I? har3. I hope you know me well enough.
. Kesian kot dia .... I understand how you feel. I'd do the same for a friend in need.
. T ni kan baik ..... kih3 I know you are but sometimes you can be alarmingly 'laser', scarry sometimes.
. T balik lambat pun sbb teman dia .... Well, I have no problem really but I need your extra hands and energy to help out around the house. If only I can extend raya for another week, haha.. if only.
. Dia kata nanti dia belanja T .... Bertuah punya budak?! But I'm not worried cos I know you.

Come home quick T, you got some chores here waiting impatienty for you.

I'm into this stuff not satisfied still with the outcome. I used toothpicks to bind the 'reja2' so that its filling won't terburai like the first time I did. It was a success but whylah it doesn't taste as good??

Golden 'ingots'?? Top n bottom are of the same thing but under different penataan cahaya, tssk..

Oh yess.. hehe .. today we relished on 4 dishes for berbuka. 4 okay? not 3 (not riak but plain bangga). Vege soup, meat adobo, fried long beans and last but not least that golden maggots ingots.
.
What's in store for me tomorrow?? What else, it goes without saying ... I shall be adorning Cinderella's attire. Owh dear, where could my Prince Charming be??? Please rescue me before the clock strikes 12, puhleess..

Friday 3 September 2010

24 Ramadhan ... Kerabu

Dah semakin sunyi .. ramai yang sibuk didapur dan ramai dah mula balik kampung. I masih disini, masih tak habis2 dengan niat nak mengemas tapi tak kemas2 lagi selagi setiap orang tak bersatu hati untuk kemas sama2 pada waktu yang ditetapkan.

Apa taknya, dalam satu laci ada harta kepunyaan 4 orang. Kalau I yang kemasnya, agak2 benda tu takde keperluan pada firasat I, dah tentu I hum ban aje tapi pada empunya badan, dia masih nak menyimpannya. Tu baru 1 laci (tak payahlah sebut berapa laci I ada, hehe), dalam bilik air pulak ... ada botol losyen dan shampoo kosong, masih belum dibuang.

Atas rak2 buku lagi satu hal.. Kat situ bukan aje ada buku2, malah ada tulang ikan paus, kulit buaya dan ntah hapa2 lagi ntah. Perlu exaggerate biar gambarannya jelas, haha.

Kali nih tak nak blabber lebih2 tapi tetap nak menampal rezeki yang kami nikmati semasa berbuka tadi. Syukur alhamdulillah.

Tak tau apa namanya nih. Kerabu kot? Rita (Coolidge) maid Teh yang buat sambal kelapa tu. Salah satu bahan yang dia gunakan ialah cekur. Teh bagi2kan pada siblings satu bekas sorang. Pilihan sayur2an terserah pada selera masing2. I 'blanched' kacang panjang, kobis dan kangkong pastu gaul2kan dengan sambal kelapa tu. Very authentic taste, todap!

Dah lama tak makan drummet pedas, maka teringin pulak

Pengaruh YatMaria. Yat? Napelah inti I tak secantik you punya?

Tauhu yang sama macam kat atas tu, versi dari montot, ooops!

Kari ikan tenggiri takmoh bergambar. Cheap publisiti katanya.
Whateva !

24 Ramadhan ...

Sharpie dah dipulihkan but somehow I rasa dia bukan my Sharpie yang dulu. Wajahnya kurang berseri, nampak fake semacam. Dia guna botox kot? Dulu dia nampak berseri2 berkilat aje tapi sekarang, hmmm. Ah Long kata "lu tarik ini satu pelastik, haa nanti kilat". Ohh, panel kat dada Sharpie ada selapis plastik lagi rupanya. But still ... (I tak puas hatilah).

Harap bebenar masa I tengah bakar bithkut or kek nanti, Sharpie behaves semolek2nya. Dahlah tahun nih buat julung kalinya I nak melaram @ show off kehebatan I membaking (hic!). Nak show off apa? Sajalah nak show off choc cheese marble yang gah itew, har3. Belum apa2 dah ada aura riak?? Alaaa.. riak dengan adik beradik sendiwi aje, lagi pun diorang tau I memang riak don't mean it *sengih*.

Bayangkan kata2 pujian dihamburkan sebaik saja diorang ngap kek choc cheese yang I buat. Mesti diorang kata in unison "pandainya you, tak sangkha you berbakat". Disclaimer: Jgn mual, guwau senda dipagi Jemahat jer.

See? hehehe... Sekotak CF dan sebijik lemon. Lemon tu taklah pulak dapat free masa beli CF tu, heheh. Ada sesiapa pernah makan bithkut CF bubuh kulit (zest) lemon? I tak pernah bubuh kulit lemon 'hidup' tapi pernah bubuh mixed peel (zest of segala jenis limau kot?). Sila bayangkan bithkut tersebut sedang berada dirongga you sekarang ... kan sedap??

So now kalau ra-alif-jim-ya-nun, I nak cuba buat bithkut CF tiru resipi diva Rima dari pulau Temasik. Kalau tiru resipi lain, I tetap nak bubuh kulit lemon, nak juga.

Jangan pandang jari jemari sambil mengagak serta buat spekulasi betapa montok tuan punya jari jemari tersebut. No no no.. just focus on the tart. I suka tart intinya visible dipandang mata, lagi terjojol lagi best, har3. Dilereng2 tart tidak disepit maka keasliannya kurang mencapai matlamat. Amboi? pandai komen2 nih suruh sepit reti ke?? Mestilah reti, kan I 'ketam', kan? *sambil tersengih*.

Al-kisah ...

Bila raya tiba, tugasan buat kuih raya terbahagi 4 (mcm real aje). Mak buat halwa maskat (kuih wajib if not Bak majuk takmoh raya plak, kah3); Chik buat tart nenas dan kuih baulu (Tok jadi diva menghenjut berpuluh2 bijik telur dengan tekun); Long buat kek buah dan berketul2 kek vermicilli (atas arahan Mak sebagai hadiah raya untuk PakcikMan n PakMok <- bapak sedara; manakala bithkut pada mulanya Ngah/Teh yang buat; pastu tiara diserah pada Ndja dan adik dia yang comel-mot tu (maka bermulalah episod disaster kesatu disaster) hinggakan Ndja tulis 'Dizas' pada tin bithkut.

Akhir kata, kot ada sesiapa yang susah nak lelapkan mata, sila dapatkan ubatnya di sini.

For my future reference; semalam I masak 4 lauk. Empat yaa.. bukan 3, heheh. Gulai 'halaljadah' ayam, tempe kicap (as requested by D), ikan gor dan sup kailan+fishball+tauhu.

Lauk dulu, bukan semalam, hehe..