Saturday 31 October 2009
Kalsom-ohh-Kalsom ...
.
Kebetulan I ada dua jiran terdekat nama Hjh Kalthom dan Che Som; sorang dari Muar dan seorang dari Kedah.
Sambil menulis ni, I 'dengar' drama Melayu over TiViTiga. Tak silap tajuknya Kurnia (tapi sinopsis kata Payung Siti Fatimah (sori nak lencung kejap .. I bitau TB I tak nak payung Siti Fatimah tapi I nak equivalent to a kemah. OK tak I cakap cam tu?).
Kan dah kata nama Kalsom tu femes kan? Kebetulan drama malam ni berkisar cerita MIL yang tak berapa nak suka dengan DIL dia nama Kalsom aka Som/Chom (macam familiar aje..?). Kalsom ni menantu yang sangat2 baik but sad to say, MIL tak suka menantu orang negeri yang kononnya QC. Kesudahan ceritanya? hehe.. nasib baik happy ending.
Anyway baru2 nih I teringat nak tanya my kakak2 macam mana Mak/Bak boleh beri nama sama macam nama menantu yang baik tu, heheh.
Al-kisah..
Aruah PM my bapak sedara ialah kadi besar di JB sekitar 'zaman tu'. Dia juga bertanggung jawab mengajar hal2 ugama pada warga istana termasuk Sultan sendiri, maka good rapport terjalinlah. Masa tu juga Tengku Mahmud baru berkawin dengan an English convert nama Islamnya *Kalsom. So bila my Mak lahirkan I, PM cadang bubuh nama Kalsom. Of course bila dah tau cerita sebenar, I felt somewhat honouredlah kan? ehem .. (PM ialah abang pada Mak). Dah terlampau syok agaknya, PM juga menamakan cucu dia dengan nama yang sama.
* Bonda pada TMJ dan TengkuZizi (pioneer Tabung Uji untuk ibu2 sukar mengandung).
.
Malam ni ingat nak cerita tentang masakan I tengahari semalam. I masak 4 pot nasi untuk 4 orang tapi hanya 2.5 orang aje yang makan (tu sebab terlebih2). Baki nasi dibawak kemalam, terus kepagi esoknya (hari nih), berlarutan ke tengahari tadi dan patutnya malam ni kami makan benda yang sama tapi TB ajak makan luar pulak ... hehehe ..
Kenyang I makan mee Kung Fu.. (dah 2 hari T inginkan mee nih; cari punya cari dapat juga tapi tak sesedap yang I makan tadi). Sila rujuk gambar rajah .. tu aje yg I tak makan!
Nilah beriani instant yang I masak semalam. Ada orang gelakkan bila tau I ambik masa 2 jam untuk masak 'instant'. Tapikan tapiii.. nape plak I kata instant when ekceli I did everything from scratch?
Dengan bahan yang tak cukup, I laksanakan tugasan dengan begitu cemerlang, hahaha.. (harap takde siapa yang mencebik2 nak nangis sebab tak dapat tandingi I, mueheheh).
Bila hati kata BUAT, w'pun tak cukup bahan, I tetap buat. Takde tomato puree n tomato sos, I gantikan dengan cili sos. Takde daun ketumbar/saderi/mint, I ganti dengan celery aje. Alhamdulillah dengan semangat yang ada .. sempat masak lauk beriani ayam dan sambal tumis udang (terhitam sikit sebab I guna gula melaka). Side dishes? Papadom & acar timun/tomato/cili/bawang.
Apa jadi bila semangat dah pudar? Hmmm.. cerita pun tak guna.
.
Wednesday 28 October 2009
Emosi ini ...
Best juga, terasa romantik pulak bila jalan dalam hujan macam tu w'pun tidak jalan berdua2an kongsi payong nan satu.. teruslah teringat 'rain drops keep falling on my head'. Dah terlanjur sebut nama lagu tu, siapa ingat penyanyinya? Haaa.. teka jangan tak teka. Siapa dapat teka I beri 'something' tapi satu aje syaratnya ie keputusan hakim halimunan adalah muktamad, k?
Keluar tu sebenarnya nak beli groceries (yang asyik tertangguh2) dan of coz JJCM .. pukul 3 ptg masih boleh lunch kan? - so I singgahlah kat 2 gerai yang jual berbagai jenis kueh mueh. Just to put the cedera mood right, I seronokkan diri capai kueh tu, capai kueh ni. Pendek kata I've gone overboard al tamak. Yang nak makan tu pun 2 orang aje, ishhh...
I beli 2 set roti jala (8 pcs), 2 karipap, 1 donut, 2 bingka ubi, 1 gendang kasturi (teka kueh apa nih?), kek gula hangus n kek marble, 2 pcs each. Semuanya rm9. Masa menulis nih, kek2 dan bingka ubi aje yang masih menggamit2 "telanlah aku.. luluhlah aku.." , haha.. mana boleh lupa skrip filim BBBB tu kan?
Dari gerai tadi tu I terus ke supermarket, jalan seminit jer dan masih berjalan dalam hujan .. what was I thinking? Adakah my tudung made in dot3 tu kalis air kalis rindu? haha takdenya. Anyway, I beli 'mana yang patut sahaja'. Kena tunggu gaji, barulah boleh betul2 beli barang ransom @ groceries.
Ransom? Terbayang pulak kat sifolan yang dah berpuluh tahun kawin tetiba cerai tu. Sape nama dia eh? Alaah, yang main Braveheart tu .. (menciilah lupa2 cam ni, why oh why? The word is just at the tip of the tongue but it refuses to .. execute?). Jap eh, nak google nak puaskan hati. Haaa yes, dialah tuu... eeeh.
I beli 2 jenis kek tu sebab nak lepaskan geram. Semua orang komain lagi asyik baking, baking and baking aje heh? Kenapa buat I cemburu? Tak dapat baking maka I belilah kek2 tu. OK tak my reasoning?
Ada gambar yang I nak paste kat sini tapi penaja budiman kata .. Internet Explorer cannot display the webpage. I bukan nak tampal macam2 gambar like how Uncle Lee buat, tapikan tapii .. doesn't he encounter any problem while doing THE job?
But it's OK, there's always tomorrow and tomorrow BUT what if there's no tomorrow? Ehh.. teringat satu lagi lagu.. When tomorrow comes tomorrow.. and today is yesterday ..
Oh ya, sebelum membeli belah tu, I singgah Pet.ro.nas bayar bil air/fone/api <- takut ek? api??. OTW ke situ, sedang I drive ikut laluan I, tetiba satu kereta Honda besarrr sedap aje keluar. Kalau sama2 tak brake, memanglah berdentum. I pun .. sementelah emosi dah cedera tadi tu .. I pun 'hon' sekali .. panjang punya bunyi. On the road I memang jarang pon pon orang tak tentu pasal. Tapi ...
Till then .. emosi ku masih tercedera. TB kata "Allah kan ada?". Yaaa... (sambil redupkan mata terus pandang kelantai).
Monday 26 October 2009
Dream on to be a rich blogger? ...
Saturday 24 October 2009
Tak suka bila takde idea nak tulis 'title'
T 'mendongeng' ajak I temankan dia pergi berenang tapi I malas, in fact tersangat malas. I beri alasan basuhan yg sedang di jemur belum kering dan satu load masih berputar dalam mesin. Kalau nak juga I temankan, "tolong sidai baju2 yg dalam mesin tu, ikut cara Umi" (ikut cara Umi? patutkah I buat Manual? hehe..). Bertolak lepas zohor, by that time, semua baju2 I dah garing2 belaka, alhamdulillah.
Sebelum ke swimingpul, I singgah ke klinik dulu. I tak nak procrastinate untuk berjumpa doktor Ben Casey (bukan nama sebenar). Had my BP/jantung, this n that checked. Everything is good, alhamdulillah "but doctor, why you look so worried?". "Oh? what? Oh no no no... ", kata Doc. Haha, seronok gak terjah doktor sesekali cam tu.
Masa menulis nih I terkenang Doctor Ben Casey yang susah nak senyum (haha, cara cakap macam kawan aje ek? Walhal..). Sama macam my gynae Dr Ha**is yang jarang nak bersedekah senyuman. Ooops sori, sambung cerita.. Yang ya, yang tidak I 'berdebat' dgn doktor tu perihal macam2, maklumlah I kan Dr Quack kan? terlupa langsong bab T yg menunggu dalam kereta dan yang dah tak sabar2 nak beraksi ala ikan duyung. Goyah I seketika .. kadang2 nak juga keluarkan kata2 hikmat "siapa sebenarnya boss?" :-)
Lepas berendam 40 minit dalam air "Mi, lepas lama berenang dalam air, perut kita cepat lapar tau Mi". Yalaah.. tau punya sebab A&W dah kat sebelah aje tu. Ikan duyung oder set Mozza burger dan bondanya oder fries n waffle-in-the-mug aje (bad choice sebab the mug is so small, susah nak scoop). For 3E info, I tak reti berenang (sepatah kata KakJa, takut semua air dlm pool tu kering, hihihi, keji! Cam biasa tugas I tangkap gamba/video guna my HP yang 'tercanggih didonia' tuulah..
Jumaat 23/10: Balik dari SA singgah ke Tepan. T ada misi melawat 4 Dentists untuk dapatkan quotation buat apa ntah pada gigi dia tu. I thot bila braces dah dibukak, maknanya dah OK lah kan? tapi.. (I tetap sabar menunggu dalam kereta w'pun masa tu pundi2 I mohon sangat2 untuk 'dilepaskan').
TANPA RELA terpaksa oder black pepper chicken n tiramisu
I plan nak lunch dgn T @BBQ.C. I dah terasa nak makan kochi (skewered chicken bukan kueh koci). I oder 1 set kochi tapi T oder ala cartenya aje. Sejurus oder diambik, waiter 'rongak' kembali kemeja membawa berita "mmm.. kochi takdelaa" .. "takde?" .. "ya takde, diorang belum prepare" .. "macamana takde? awak tak check dulu sebelum bukak kedai ke? (berkata I masih dgn nada lembut). T dah angkat punggung but I have my last say "kalau boss awak tau mesti dia marah" .. "yaa".. "boleh beri saya bisnes kad?".
Dari situ kita bergerak ke SR (T insists). I masuk, duduk, oder, makan dan bayar tanpa rela sebab my selera dah set kat si kochi tu. SR ni pun sekor. Dah pukul 12 lebih, makanan such as pies dan semacam dengannya masih belum tiba dari HQ. My pilihan terbantut .. Tiramisu pun tak ori. Rupanya diorang tak guna 'biskut jari' sebagai base kek tu ek? I baru tau..
Pagi tadi I sms Cik NH @ BBQ.C tu. Tak sampai 5 minit dia return my call. Dia minta maaf dan janji nak siasat kes. Imaginelah, dah pukul 12 tengahari, si kochi masih tak siap lagi. Memang nak kena budak2 tu. Cik NH suruh I datang lagi. Bunyinya macam nak kasi I makan free aje (untuk menutup kekeciwaan I kot?). Well ..
Komplen, komplen dan komplen aje .. haha.. Habis tu camana? Isn't customer always right??
Thursday 22 October 2009
Hmm.. hmm.. hmm..
6.30am: I tuang sepeket neskopi dan sepeket kofimet dalam mug sementara tunggu air mendidih. I bubuh mug sebelah sink, tidak kat tempat biasa atas para. Ada ke para kat rumah tengah2 bandar sekarang nih? heheh.. memang takde kot? Sekali lagi tangan ni beraksi secepat kilat (asyik2 kilat aje dijadikan contoh), mug tu ditonggengkan maka you know what happenlah. Benciilah buat silly mistake cam tu..
Tiap hari I akan melawat blog kawan2 dalam kategori 'wajib'. Blog yang tak wajib I akan lawat selang sehari/beberapa hari. Kadang2 I masuk blog ikut pintu depan, kadang2 ikut dapur n kadang2 I selambadek trespass aje (terasa malu pada diri sendiri sebab buat keji cam tu), tapi takde sign kata 'trespassers will be prosecuted' atau 'trespassers will be eaten by dogs' (?), maka I pun menjadi2lah. I assure you perilaku I sangatlah berhemah (boleh percaya.. jangan ragu2).
Wednesday 21 October 2009
Rahsia 7 ...
Semalam I singgah ke blog Akak. Sempat baca post lama pasal anak2nya. Seorang anak nama Aisyah dilahirkan pada 30 Jun 2005 walhal doktor ramalkan 1 Julai. Kebetulan Akak suka nombor 7. Tersaaangat suka dgn angka 7, hinggakan tahun 2005 dijadikan 7 juga (2+5).
I pun komenlah kat blog beliau 'ada buku pasal rahsia 7'. Sebenarnya I amat teruja dengan penemuan nih (gaya saintis bercakap) sementelah one of my fav numbers is also 7 (disamping 2,5,6 yang begitu signifikan). Yalah kan? Dengan adanya 'something in common' tu, who knows it will leads to something even more happening? Sehappening bunyi kompang atau sehappening lagu Renjis2 dipilis ke? Hahaha... kenyit mata sket.
Diberitakan Akak pun turut teruja bila nampak ada orang mengomen postnya. Bila dah terlalu teruja, jari jemarinya terus hilang balance; instead of approve beliau reject komen I yang agak bernas tu, sob3.
So now, nak kesian kat I atau nak kesian kat Akak? :-)
Berkaca2 juga mata nih bila baca buku tu. Diharap buku tu dapat memberi munafaat. Salam.
Monday 19 October 2009
Cerita ceritot pengakhir Syawal ...
Dengan waktu merancang sangat terhad (kalau ikut angin lembab I, seminggu merancang tersangatlah ideal, tapikan, tapii .. mana semua benda nak ikut angin lembab I aje, betul?), I pun congak2lah apa nak masak. Apendenya yang I nak jamu my adik-beradik, ipar duai dan anak2 sedara untuk sesi last kopek raya?
I hanya ada sehari nak plan bagai (hehe, bagailah sangat) . I plan nak masak lemak rebung cili padi dengan udang berenang2 didalamnya. Konfiden nak masak yang nih sebab setiap kali masak, it turns out vavavoom (baca boleh, percaya lagilah boleh, hehe).
17/10 9pm: TB n I gi Jaiyen cari rebung dalam tin tapi ishhh.. out of stock. Apahal kat China tu? Panda bear dah makan semua rebung sampai tak larat nak ekspot lagi ka? kakaka.. I suka rebung dalam tin sebab 'takde bau' yang mengancam hidung. Takde rebung maka takde chan I nak show off my skill masak lemak cili api ala noghori kat my siblings. Tetiba idea mari, yess! why not labu n jantung pisang? I then cari al-tempe and sotong radar since ramai yang ngidam sambal sotong versi CS. Sad, no tempe n no sotong (rupa sotong cam hidup segan mati tak mau aje).
Done @Jaiyen we detour to Mydyn. I hangkut 3 ekor very fresh looking sotong radar (Oh, btw.. katanya tak elok makan sotong besar tu eh? adaa.. ). Tempe masih takde. Bila dah balik rumah barulah teringat yang I sepatutnya cari rebung dalam tin kat Mydyn tu (sigh.. nasib baik ada Plan B).
Oct 18: Lunch @ 2.30 pm, ok lah tu. Bila tetamu dah penuhi ruang rumah yang tak luas, I mula rasa cuak n risau "cukup tak lauk2 yang I masak tu"?. Alhamdulillah barkat makan beramai2 dan juga dengan izinNya, amalan baca "inna 'aktaina kalkauthar..." sangat membantu.
Labu Halloween n Jantung Pisang
My lauk2: Labu masak lemak, jantung pisang pun masak lemak (kolesterol? abaikan), black pepper chicken (I make sure I ragut all the skins), sambal sotong, tempe kicap and last but not least I fried papadom. I suruh TB keluar beli ayam goreng buat tambah lauk tapi katanya "I konfiden semuanya cukup". Alhamdulillah cukup, kalau tak? mau I jeling jer TB sepanjang malam.
Desserts: I made peach pudding, my brother brought caramel apple/bread pudding + icecream and Teh brought bertin2 longan/lychee with 3 tubs of Viennetta ice-creams. Since both my freezers are full to the brim tak boleh nak simpan even 1 tub pun, maka kita cam nak gila cuba habiskan aiskrim tu; tak cepat kalu .. tak best lagi sebab dah cair.
Ni apa pulak nih? Haa.. soon after my siblings beredar, jiran yang selebret their wedding ann. last Friday tu jemput I berdua kerumahnya. Aduuhh malasnya nak bergerak sebab I baru aje meluruskan sendi dan urat2 terpintal; longgar apa yang patut dilonggarkan. Managed to have 120 winks. Dah orang sudi menjemput maka kita patutlah meraikannya. Kita dijamu laksa Penang. I suka aje but not TB .. hehe..
Saturday 17 October 2009
Ulam timun ...
Ada yg terpikir I betul2 naik hangin ke? hehe.. Angin tu datang dan pergi, tak sempat jadi toxic pun. I tetap camni .. masih maintain angguuu...n, haha.. maaf, I berseluruh seketika. Anggun tak anggun, lately I amat perasan, semua gambar yg ditangkap guna kamera hp atau kamera yg agak canggih, effectnya tetap sama tak best. Nape ek? Silap kamera kah atau silap pantulan cahaya? atau silap empunya badan tu sendiri?
You cuba peratikan selebriti2 gedik bila bergambar. Diorang sure buat pose senget2 lentuk kan? Sebenarnya tektik bergambar senget/lentuk bagus untuk menutup kekurangan diri. I selalu gak guna tektik tu; mula2 memang berkesan sbb dalam gambar nampak OK aje but lately dah tak berkesan. I bukan 'vain pot' tapi tetap rasa tak syok bila unsur kekenduran sangat terserlah disana sini esp bagian mata. Omputih kata, apa tu.. aibeg? aibeg?.. (voice over: it's abt time ciksom oii, stop being in denial).
My sis who is 10 yrs (repeat: TEN YRS) older than me takde eye bag pun, can you imagine? A bit keji on her part as she never shares with me her tips to delude eye bags; tapikan, tapiii.. I dah tau rahsia dia, hmmm.. it has something to do with cucumber. Ya, mentimun yg kita krapkrup dengan nasi lemak tuulah. No wonder fridge dia banyak timun; ingatkan dia sesaje suka makan ulam tu tapi rupa2nya, sambil menyelam minum air ...
Psst.. pasal cakap melencong2, I am no. 1 .. hehe..
Oct 13 - Jamuan malam @HjR&HjhZai. Ada mee kari, tauhu sumbat, sup gearbox n kueh mueh. I telah digelaktawa oleh gangbassekolah (GBS) @jiran rapat bila I keluarkan 3 helai plastik bag dari henbag I yang sangat comel sebaik saja sesi menapau diistiharkan oleh tuan rumah.
Adakah I ni dianggap tak senonoh dan tak malu pergi ke majlis orang bawa beg plastik? Anda sebagai pembaca budiman berhak menilai .. hehe, I redha dengan segala pendapat, tomahan waima cemuhan <- (jgn lelebih dah, nanti I lari masuk lubang ketam kang).
Oct 15 - My sis jemput adik-beradik ke rumahnya sempena b'day dia yang ke dot3. We all tanya masak apa. Amboiii2.. komain rahsia lagi. Dia kata "adalaaa". Adalaa, adalaaa.. kitorang tak datang, nangis golek2 kang namun kitorang tetap datang, hehe. TB as usual kerja jadinya I kenalah drive sensorang, sigh. Tup2 Ndja yg berhati mulia terasa belas kat adek dia yang tak-lagi-syomel nih, sanggup jemput I all the way from S'ban. Lega I..
My sis menjamu kitorang NasiTumpang. Dia n RitaCoolidge aka co-chef/maid of honor masak semua tu. Nasi ni seakan2 nasi ambang sebab lauk2nya yang muai. Nasi Tumpang warna kuning perisa lemongrass (LG kat Perth mesti tersedak, hihi). Lauk2 nya pulak *drumroll pls* ayam gor berempah, udang gor salut tepung, daging kicap, mihun gor, sambal gor - hirisan lada ijau/merah/udang menjadi teraju utama, sambal tanpa belacan dan last but not least paling best ialah kerabunya.
Syarat makan nasi ni .. Ketujuh2 lauk perlu berlaga bahu dalam satu pinggan. Katanya...
Masing2 beri hadiah to the b'day girl. Saja nak buat dia hepi. Minggu lepas dia bersoksek dgn T pasal nak beli handbag tapi belum sempat TnI pergi mencari tetiba my brother & family hadiahkan dia handbag. Rezeki kan? Agaknya hadiah apa yang paling best dia dapat hari tu?? Hehe.., mestilah datangnya dari I, kan kan?
Oct 16 - Lepas jemput PutGunLed dari SA, I bergegas ke rumah jiran. Az n I rewang ringan2 tolong petik sawi, potong tu, angat nih dll. Majlis makan malam sempena besday encik boss @tuan rumah + wedding anniversary. Juadah? Macam2 ada and I mean m a c a m - m a c a m!
Dalam 1 malam I kena attend 2 majlis tanpa berteman. Nasib baik rumah2 tu dekat aje dari rumah I. Takdelah risau orang jahat nak kidnap I ke ape bila jalan malam sorang2 :-)
Sebelum kemajlis pukul 9 tu, I pergi dulu majlis Diwali my jiran .. just nxt door. Dah nxt door, mana boleh buat excuse "sori I tak dapat datang sebab I ada another open house", tul tak? I pergi solo kemajlis tu sebab TB cam biasa - pergi kerja mencari rezki yang halal.. (muah, cayang TB, heheh).
Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rezeki ... semoga segalanya berkekalan. Amin.
Friday 16 October 2009
Berasap meluap2 macam dragon ..
Dah 2-3 hari internet buat mengada2 dengan I. My heart pedih bila klik..klik.. I dihidangkan dengan benda yang sama - the same old thing either Oops! This link appears to be broken or Internet Explorer cannot display the webpage.
Lebih sakit hati bila baca part Oops! tu. Apasal nak oops-oops pulak? Selalunya orang beroops-oops sebab TERbuat something kan? Sewelcom ni memang nak kena sembur into thin air! How I wish ...Bertambah2 hangin bila tetiba ada orang yang I tak kenali (hanya 'tau' dialam siber) menghantar SMS yang I anggap tersangat biadap. Dia kacau ketenteraman I - gaknya boleh aje I saman dia dibawah akta 'harrassment'. Dengan perkataannya seakan2 muslimah wonderful, tapi biadap tak terkata; tanpa beri salam, tanpa pengenalan diri, tanpa tanya kabar, sedap aje dia terjah I hanya kerana ...................?
I think dia tak tenteram dengan kehidupan hariannya mungkin sebab takde kawan yang boleh diajak berbincang atau bertelagah untuk memuaskan kehendak nalurinya. Dia bijak dan dia pintar tapi dalam masa yang sama I anggap dia 'tak centre'. Atau dengan lain perkataan yang tak sedap didengar, I think dia dah biul!
Nantilah I cerita lebih lanjut .. (cerita pun untuk simpanan 'archive' Al-Kisah).
GTG sebelum Puteri Gunung Ledang menjerit2 macam Tarzan & Jane "Umiiii, bila nak amik Teeeeeeeeeeeee".
Zooooooooooooooom!
Tuesday 13 October 2009
19 yrs old ...
Once TB says "happy birthday Tiiiii....", maka terdengarlah her sobbing from the hp loudspeaker. Cian anak I yang terlebih airmata kalah NengYatimah tu. Actually I pun sedih gak dengan kata2 dia .. dia mintak I doakan dia .. doa macam2 .. itu ini itu ini .. dia mintak ampun sebab .. hehe, macam2 sebab. Sudah pasti tu semua dibuat oleh Umi/Abah tanpa disuruh2 atau diminta2, kan?
Cake ordered in advance sponsored by ehem..
Together we stand, divided we fall
Monday 12 October 2009
Raya gathering dengan jiran2 ...
We had the first one in 2006 where most of us bergotong royong macam nak rak. It was as if nak terima menantu sulung. Semua orang teramat ghairah, penat lelah ditolak tepi. Kita bukan aje sediakan juadah raya, kita juga masak beriani gam, the authentic one takde short cut. Chef import dari Muar (begitulah seriousnya kami). Beriani gam tu lebih sedap *chuckle* sebab TB jadi assistant chef kot? Hmm..
Tahun 2007 kita hibernate kejap. Tahun 2008 kita kembali bersemangat tapi kita tak buat gotong royong lagi sebab penat dari tahun 2006 masih terasa kat tulang belikat, haha. Majlis dibuat kat hotel aje. Masa tu bila one of the AJKs tanya kaum Hawa venue yang sesuai untuk majlis, we all pun bersuara "kat tempat sejuk". Sejuk aircond jer bukan sejuk salju, hehe ..
Majlis tahun nih masih ada 3 pilihan .. 1. gotong royong dan buat kemah depan rumah 2. catering 3. hotel. Selepas ditimbang kati paun dan kilo, semua setuju buat kat hotel aje. Adalaa 1-2 yang tak berapa setuju, tapikan tapiii... semangat kejiranan punya pasal, anything goes.
Saturday 10 October 2009
hal hari Sabtu ...
Masa makan I duduk semeja berdepan dgn one pleasant couple (found out later diorang pernah duduk JB but now menetap di SP). Sang suami tetiba tanya I "you ni wife Dr Z... ke?". I geleng kepala pelan2 kekiri dan kekanan (buying time maklum mulut tengah penuh nasik beriani), cepat2 telan nasi yang belum sempat dikunyah 40 kali, sambil berkata dengan senyum "taaaak..". Semeja juga dengan adik selebriti potpet2 terkenal Malaya. Peramah dan baik budi bahasanya. Anak siapalah tu ya?? :-)
Bila dah kenyang macam pacat pulak, terus beredar (dengan izin). Bukan apa, kalau duduk lama2, kesian pulak kat tetamu lain yang tercari2 tempat duduk. Kita sort of make way for them hinggakan kita lepaskan peluang menjamah pencuci mulut. Mak pengantin pakar buat segala jenis kek so I can expect the array of mouth-watering delicacies being served tapi takde rezeki ..
Dari rumah pengantin ke rumah Teh semula; berbual2, minum air, makan kueh raya dan sempat selak majalah2 terkini sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.
Friday 9 October 2009
9102009 ...
2 keping langsir kat sliding door tu.. hmmm, nak dibasuh dan diganti tak? Jawapannya hanya ada pada I.. hehe, bestnya. Tak perlu basuh, tak perlu ganti. I perlu vakum aje habuk2 yang dah sebati dgn langsir tu (ooops! pekung didadaku terbukak). I panjat kerusi tak panjat tangga. Kalau I jatuh dari kerusi, not so badlah. Habis kuat bonyor jer tak patah apa2 (hopefully).
I vakum dan lap railing langsir pastu I vakum kedua2 keping langsir tu. Sah habuk dah bermaharaja-kapoor.
Langsir ni <> sebaya 'T' but I like..
Ni langsir untuk penerang ruang <- cehceh.. gaya ayat kalah orang kat show Deko Deko tu. I tak pernah tengok show tu, cuma dengar lagu iklan dia aje. Langsir nih sekeping aje yang I rajin nak basuh, yang dua tadi tu cukuplah I vakum buang habuk aje. Belakang langsir tu kadang2 jadi tempat I bersembunyik bila merajuk dengan yang kasih. Kalau banyak habuk, terbersin2 pulak I nanti bila sembunyik kat belakang tu. Cam tu dah tak thrill.. Sure dia tau I sembunyik kat situ, kan?
Bab langsir yang paling I benchhhiii, bila nak selitkan 'benda alah' tu sebelum digantong. Part kena congak tu yang I lemah sikit. Having said that, I masih suka jenis langsir nih (French what?). Selalunya I delegate aje pada S. Dia mesti bijak in maths sementelah dah biasa kira ratus ribu, ratus juta rupiah. QJ mesti setuju dgn I part nih.
Petang Jumaat yang tenang tetiba dikejutkan dengan hujan lebat mencurah2. Rahmat untuk semua.. alhamdulillah. Masa tu a group of perempuan Melayu terakhir sedang membaca Yasin, bertahlil bagai. Selepas tu, juadah yang lazat dihidangkan. Alhamdulillah sekali lagi.
Thursday 8 October 2009
berkemas ...
I sms S a week before raya "bila awak boleh datang?". A week has passed by but received no response still. Fine! (dah mula majuk). Finally after a lapse of 3 weeks "asll mu ala ikum kak sy S. kak apa kabar sehat bsk blh datang". I perasan S guna nombor hp baru. Mesti ada cerita sensasi nih. Anyway, pucuk dicita ulam mendatang tapi tak moh ulam yg pahit2, k?. I pun apa lagilah "besok datang pukul 9 boleh?"
S came the next day, as punctual as ever; in fact 10 mts early. Before start kerja, diharuskan sesi temubual. Apsal awak senyap aje? Dah balik kampong ke? Ingatkan awak dah kena colek tadi. Memula katanya hp masuk air pastu SIM kad pergi tak kembali. Kesian.. dah jatuh ditimpa tangga, tu sebab senyap sunyi aje tapi nasib baik juga dia terjumpa my fone no. terselit dicelah2 .... hehe, kenot tell.
So, bibik Indon dengan bibik Msia sama2 berhempas pulas; 1Malaysia kan? Spring cleaning kali ni I lebih daring, cepat aje kata "buang!" tak toleh kebelakang lagi tak macam dulu; dah buang boleh kutip balik. Begitulah lemahnya hati ini.
Seronok pulak tengok berbondong2 garbage bag berjaya dibawak lari silori sampah. Tapikan.. tapiii.. cuba bayangkan garbage bag tu dipaksa panjat sendiri lori sampah tu tanpa rela dengan muka yang amat masam. Ada juga yang menjerit2 "nehi..nehi" sebab tak mau dibawak pergi silori sampah tuu.. Aduhai, I dapat gambarkan suasana yang menyayat hati ..
Cian bear nih. Nak buang ke, nak beri orang ke atau nak simpan semula? Bear ni ada sentimental value (T dah tak nak namun I masih hang on to its memory), maka I rescuelah dia. Lepas mandi manda pusing2 dalam washing machine, bear kembali bersih dan wangi. Patut ke I simpan bear nih untuk anak D or T? atau I hadiahkan aje pada cucu dari Bukit N tu?
Back to sesi mengemas tadi, tak perasan dah 5 jam rupanya kita berdua berhempas pulas non-stop; penatnya OMG! Rasa macam kena dera seharian hangkut kelapa sawit kat FeldaTaibAndak Kulai (mesti mensyen Kulai.. tu tempat Mawi World, kan kan kan?).
Monday 5 October 2009
Ada2 aje ..
Alhamdulillah
Saturday 3 October 2009
Engagement n birthday bash ..ahaks.
At Ngah's we had laksa Johor for lunch as well as other kuih-muih. By 2.30pm the 20 of us were ready to go; muat in 4 cars we convoyed heading to the heart of KL. We arrived 10 mts early. Good eh?
The majlis merisik started soon after we arrived. Abg M as the father of my nephew was represented by Imam Nor while the girl was represented by her own father. Imam Nor cited the doa to kick off the majlis as well as after the whole thing ended. Couldn't help it but we ladies felt very sebak (for several reasons) during part of the session (except during makan time, hehe).
Makan time at the girl's side was awesome with array of delicious food to whet our appetite. Talk of the evening was about kueh lopes, hehe. It was not made using the pulut yet it tasted so yummy. Lopes is best eaten with concentrated gula melaka sauce (never2 with cair bair sauce). Looks like all of us were crazy over the lopes, hehe melampau taw! The tuan rumah macam tau2 aje, they tapau'ed some for us to bring home. Alhamdulillah.
The hantaran do was a simple affair. Ndja was given the task to decorate the hantaran. Our side presenting 5 dulangs while the girl gave 7 in return.. but ntah camana, they gave extra dulang which include the delicious traditional kueh such as dodol, wajik, halwa maskat and a 3-layered butter cake.
Fondant cake for the girl
By 6pm we were back at Ngah's place. The atmosphere was a ceria one; we talk, we eat, we gurau and we mingle. Another dose of hari raya mood.
The evening ended with a blast (kononnyalah) after we paksa the birthday boy (who thinks he is still 36) to cut the 3-layered butter cake. Pinjam kek bertunang sat dengan izin, hehe. He wanted a fondant cake, remember? but all the same, that borrowed cake is as good or even better than the fondant one.
After makan we continued with our yearly muzakarah .. What about?? *whisper* another makan session.
Friday 2 October 2009
Murphy's Law ...
Dah banyak kali bitau D&T 'kemaskan' sikit alas kaki setiap kali habis guna kereta. Jawapan yang sama dari budak berdua tu "dah.. dah kemas dah" tapi bila time I nak guna, itulah rupanya. Sakit mata ubatnya O*trex atau I-Mo tapi sakit hati? Haa.. astarghfirullah .. terus tarik nafas panjaaaaaaaaang!
I tersangatlah heran cara diorang drive. Tang mana yang ditekan untuk gerakkan kereta? Why and how come the alas kakis move from its original spot and somemore got crumpled? Kenapa umi aje yang bersihkan alas kaki tu. Kenapa umi aje yang kibas2 alas kaki tu? Why why why oh why?? Need I ask another 'why'? Adui, semput I..
Sebenarnyakan, alas kaki tu have seen better days; dari tebal dah jadi nipis (rhyme ek?), memang patut diganti baru, tapikan tapii.. tiap kali I nak beli sendiri, TB kata "nanti I belikan..". Nyaman seketika hati dan jantung dengar kata2 romantik cam tu.. tapikan .. tapiii.. (QJ pls take note, kata2 tu oredi patented, ehem).
Last week masa T n I ke PJ, kitorang perasan radio kereta tetiba bisu. Angkara siapakah itu? Tiap kali ada benda amiss dalam kereta, tak SAH kalau D tak tuduh T dan kalau T tak tuduh D. Gitulah 'akrab'nya dua beradik nih, saling tuduh menuduh diantara satu sama lain. Kebetulan pulak memang D guna kereta sebelum tu. Kadang2 tuduhan tepat pada sasaran, kadang2 tak tepat.
Setiap kali ada 'benda tak kena', dengan nada terkilan I pun bersuara pada D&T "kita kena hormat bila guna barang orang, jangan ikut suka hati aje w'pun guna harta mak bapak sendiri" <- haa.. kan dah lain bunyinya tu? But worry not, I berkata dengan nada lembut jer.
Sejak tau radio kereta 'rosak', I dah tak sabar2 nak bitau TB tapi tak sampai hati pulak bila tengok mood dia tengah memberangsangkan (read: happy n ceria). Pendek kata, takde masa yang sesuai untuk diberitau (kesian punya pasal) namun I paksa gagahkan juga sebab I tak sedap hati macam ada premonition aje (wah!).
Senario: lepas makan malam ngadap TV..
"Ling, camana kita nak tau bateri keta full? Ada indicator tak?". Slamber jer "selagi boleh jalan, fulllah tu". Sigh.. tu bukan jawapan yang I nak dengar. Tu kan jawapan untuk budak 5 tahun setengah? (berkata2 I dalam hati). I tanya lagi "camana tetiba keta mati bila I tengah drive?". "keta tak mati masa you tengah drive.." <- sambil mengunyah biskut raya. "yalaa you, mana tau I stop kat kedai mana2 ke, pastu nak stat balik tak boleh". "kalau cam tu, you call AAM ajelah"<- krup..krup..krup (bunyi biskut raya yang kuantitinya semakin pupus dari balang lutsinar berpenutup merrah).
I tau TB sengaja tak nak explain lelebih walhal dia arif hal urat saraf kereta. I ni suka bertanya selagi tak paham manakala masa bertanya tak berapa sesuai as 4-mata TB dah tertumpu kat Shaolin Soccer.. (heheehee.. movie tu memang kelakar n gilerrr, yet I boleh terlelap. Well.. ).
.
Nota penting: Sejak bila I panggil TB tu 'Ling'? Hehe, mana ada. I telah berdusta.
I perlu ke PJ hantar tepak sirih (taken from Ndja's hse) to Teh's hse so that Ngah from KL boleh ambik benda tu dari situ. I kena drive sensorang sebab masa tu TB baru nak pasang layar (baru balik kerja malam, syian kan?). No matter what, I kena F1 kesana sebab Ngah takleh lama kat situ. Mak pengantinlah katakan, beezee bee..
At 1030am bila I pintal kunci kereta, lemau aje bunyinya; pastu alarm kereta pun nongneng nongneng. I fone aje TB mintak dia tolong check apa halnya dengan kereta tu (walhal tak syak lagi, I dah tau sebabnya). Syian juga kacau dia nak tidor, tapi terpaksalah, kan? Ni bukan kacau sebarang kacau; ni kacau untuk buktikan betapa kasih dan sayangnya dia kat I, hahahah .. goli den berkata sedemikian rupa. Lepas check lebih kurang, TB syorkan fone aje workshop atau AAM. I fone workshop and in no time at all .. AhLong tiba dengan bateri baru tapi tak pulak bawak $$$, heheh ;-)
My so-called premonition jadi kenyataan juga, ngeh3. 'Radio rosak' sebenarnya petanda bateri kereta dah sampai kepenghujung hayat. Mungkin macam tu untuk kereta J-gua I aje kot? Apa pun I kata tentang kereta2 I, perlulah kengkawan ingat, I memang takde kereta Jaguar..
Betapa senangnya $$ beralih tangan secepat kilat; tepat sekali rezeki kita bukan semata2 untuk kita. Terkopak juga duit TB RMxxx incl. service charge. Mr Lim taukeh workshop mesti hepi.
Camana dengan you Mr Li? Are you happy?
Thursday 1 October 2009
October babies ...
Nevermind, kali ni I tak nak tanya T, Ndja or even Teh. Biar I google aje as always. How to get the name right? Well .. sambil mengeluh panjang. Katanya mengeluh tak bagus eh? Just last week masa I pergi rumah Teh, while watching TV (namun minda melayang2), tanpa disedari I mengeluh, a deep one. My SIL tanya kenapa mengeluh? If only she knew what had happened before I went to Teh's house, she would geleng2 her kepala. Takper, I spare her from getting migraine.
I pun cubalah berfalsafah just so to distract her attention from mencungkil APAKAH yang bermain2 diminda masa tu. Dengan berhati2 macam bijak sangat I pun berfalsampah "mengeluh is a way to express the unspoken words....". Short and sweet aje kan?
Where was I? I sepatutnya bergoogle tadi kan? Tulah you all nih, you always make me talk talk and talk yang tak relevant. I tak suka cakap banyak. Takut gak nanti orang kata "apa2lah dia nih, membebel aje" BUT on 2nd thought, this is my blog khaaaan? As long as I tak masuk rumah I ikut pagar orang, tu dah dikira baik. Tul tak?
Tapikan tapiii .. masa we all duduk kat Jalan M seketika dulu, rumah yang kawasannya luas tidak berpagar, terus tidak berpagar ala Bel Air. Bak tak setuju kawasan rumah dipagar. Biarlah diorang masuk rumah via kawasan kita. Buat amal jariah pada jiran sebelah menyebelah. Kek - pagar - google = ada kena mengena ke? hehe..
Ehhh.. where was I? Apa sebenarnya I patut buat tadi ehh? Nilah kalau tak fokus; buatlah satu kerja dulu, bila dah habis - sambung lagi satu. Jangan buat kerja bertindih2. Nasihat pada diri sendiri, tapikan tapiii.. bukan ke SEMUA surirumah (yang mithali dan yang tak berapa cam I) selalunya buat kerja bertindih2 gitu? Multi-tasking atau nama Melayunya menyambil? Dalam 1 jam, 8 benda boleh selesai, done!
I dah google tadi. I taip 'almond paste is called ' .. Blablabla ... yes, the word is MARZIPAN. Camana I boleh lupa?? Back to cerita besday kek tu, yang teringin nak makan kek disaluti marzipan tu is none other than MOTH aka tuan besar aka CikLiku <- bukan 'liku2' hidup taw .. (dan I tau ada kawan I sorang tu akan selebret besday TK dia, auwww).
Tengah tulis ni, tv tunjuk majlis pertunangan UmiKalsom aka UmiAida. Lawanya dia. Orang dah lawa, ditambah lagi dengan nama yang lawa .. ahaks.. bertambah2lah lawanya. Jeles I!
Hari Sabtu ni I ada 2 jemputan yang bertindih. Satu kat Bukit N, satu lagi kat Bukit T. Nampaknya I kena pilih majlis bertunang over majlis open house. Nephew I nak bertunang .. yeayyy..
Cerita pasal besday kek masih belum tamat. Semalam T anta pesanan ringkas yang tak berapa ringkas "Umi, t dah oder choc kek for my bday. 2kg RM60". 2kg? Siapa nak makan? Katanya lagi "kita beri adik beradik Umi dan jiran2". Mulianya hati diaa..?
T ni bagus kerja kat pasar borong. Beli banyak dapat harga murah.