Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

So long, farewell ...

Farewell yang tak sempat diucapkan kekdahnya...

Dah 3.5 hari I berendam air mata. In fact bukan I sorang. T lagilah meraung big time. I tau TB amat sedih tapi dia lokek airmata. D pun cenggitu tapi nampaklah jugak dia genyeh2 mata (sebab airmata dah bergenang).

Dahlah sejak dua menjak hati nih cepat benar rasa sebak tapi perasaan tu masih boleh dikawal hinggalah satu insiden berlaku pada Ahad lepas maka mini tsunami berlaku ..

Ony
Ony membahagiakan hari2 kami selama 1 thn 8 bulan aje. Alahai...sedihnya nak sambong cerita tapi kerana Ony yang disayangi, kena juga habiskan kisahnya *sambil kesat airmata tepi leher baju*.

Tiap minggu bila T balik rumah, Onylah yang dicarinya dulu. T ada bahasa dia sendiri bila bercakap dgn Ony. Kami berempat ada cara tersendiri memanjakan Ony almaklum dia dah jadi a part of the family sebab dia satu2nya kucing yang diberi kelonggaran keluar masuk dan tidur dalam rumah.

Sabtu n Ahad tak nampak kelibatnya so petang Ahad sebelum T balik kemarkas dia ajak keliling kampong mencari Ony. Semuanya kerja Allah sebab Dia tunjukkan jalan untuk temui Ony walhal kita tau Ony takkan jalan jauh dari kawasan rumah kita.


Wpun kita berjumpa bangkainya aje (tak sampai ati nak sebut bangkai sebenarnya) namun alhamdulillah kita puas hati sebab dapat kuburkannya dalam kawasan rumah.

T dah dapat premonition tentang Ony. Tu sebab dia beriya2 ajak cari Ony. I bawak kereta slow aje sementara T look-see kiri kanan until kita tiba kesatu tempat tersangat familiar (sebab kat situ ada warong jual lauk pauk yang selalu I 'ziarahi', heheh).

"YaAllah Miiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......yaAllahyaAllah Miiiiiiiii....." gitulah T melolong bila ternampak kucing kuning yang dah terbaring kaku (walhal jaraknya dari kereta agak jauh tapi dia dah macam yakin tu Ony). T melolong dalam kereta (yaAllah kesiannya dia) so terpaksalah I cekitdaut, jadi CSI kejap. I was hoping kucing tu bukan Ony tapi tengok pada ekornya yang serupa ekor raccoon, SAH!

T stop melolong terus drive balik rumah panggil TB dan I tunggu Ony. Soon after dua beranak berkonvoi tiba ketempat kejadian. Dlm pada berduka, suka pulak I tengok dua beranak tu berkonvoi, cam real aje, kih3 *gelak dalam duka nih*.

Selesai Ony ditanam, tangisan dua beranak masih kedengaran. Yes, Ony is only a cat tapi siapa yang pernah lalui pengalaman matinya kucing kesayangan pasti paham. In fact bukan aje paham, maybe baca nih pun boleh buat you senyap2 ngalirkan airmata, heheh..

Hari2 berlalu, I yang lebih terasa sedihnya dan dah jadi macam orang tak betul tetap panggil nama Ony. Bila pandang port2 selesa Ony .. kat kusyen, tangga, carpet, bawah meja, kerusi, atas beg, dalam kuali terpakai, atas ironing board, depan bilik air, depan fridge..... aaah.. semua tempat tu I nampak Ony.

Apa kelebihan Ony? Cukuplah kalau I kata dia paham nama dia Ony aka Mok dan makna tidur. Dia juga paham bila I pelawa dia duduk atas riba setiap kali selepas solat Subuh (sbb waktu Subuh dia lebih manja). I sorang aje berjaya buat dia cenggitu, bangga taw (TB, D & T jeles jer).

Habit Ony semasa minum air.. cecah2 tangan kedalam air pastu baru dijilat tangannya. Dah puas jilat air dari tangan barulah dia minum air cara kucing, jilat2..slurp2.. In fact his antics sangat menambat hati kami waima terkenC kat my fevret sofa dan terbeR kat sebelah mesin basuh.

Kesedihan yang bukan kepalang.... Innalillah ..

Onycayang!
 Come Thursday ie esok, bermulalah perjalanan kami berempat menjadi tetamu Allah, insyaallah. Satu apa pun tak pack lagi tapi dah kenal pasti barang2 keperluan yang wajib dibawak.

Dah lama tak tinggalkan TB keseorangan for a long period of time (masa kerja dulu adalah jugak). Terlebih kesian sebab dia kena buat segala2nya sendiri but I know he'll manage. "Kesian you takde kawan bila I kat sana nanti..." refering to ketiadaan Ony yang boleh dijadikan kawan bercakap dan bergaduh tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang ... sob3.

Menurut ustaz yang memberi ceramah/kursus.. (among other things yang perlu dibuat) kita harus buat wasiat. Masa perjalanan balik kerumah D tetiba berwasiat, blablabla... I dengarkan aje pastu dia tanya "Umi?".

"Umi? Umi takde harta tapi wasiat paling utama tentu D tau kan? Umi nak D jaga T baik2 jangan gaduh2 *pause* Umi nak D jadi anak yang soleh *pause lama sket sbb dah semakin sebak nak sebut yg ke-3* .. Jangan larang kalau Abah nak kawin lagi (perasan D genyeh2 mata) *pause*  Barang2 untuk perempuan termasuk pots n pans berilah pada T" tapi D menyampuk "kalau pots n pans D nak jugaaa...." *almaklum dia kan dah skerrr memasak, khaan??*. Bertuah punya anak.

MasyaAllah dah pukul 10... banyak kerja yang menunggu sebenarnya nih.

Akhir kata, I ingin ambil kesempatan memohon MAAF pada semua rakan blogger yang biasa kesini. Mana tau dalam pada gurau senda menjawab dan memberi komen, terselit kata2 yang menyentuh qalbu.

Mohon doakan kami berempat selamat dalam perjalanan pergi dan balik; dan juga dipermudahkan urusan kami selama berada disana....."terima kasih".

Hingga jumpa lagi, Assalamualaikum ...
.

Friday, 12 April 2013

abaya n abuya tak sama ...

Abaya=jubah. Abuya=abi, ayah, abah etc. Sajalah nak bitau yang I tau makna kedua2 tu, hehehe...

I selalu bayangkan betapa stailista tak moleknya rupa diri bila berjubah tapi atas desakan dan galakan yang tak berbelah bagi maka terpaksalah akur *sambil kibar bendera putih bukan hijau, ahaks*.

Somehow cita2 jadi model dapat juga direalisasikan, haha.. (ntah bila plak cita2 tu bercambah? sumpah temberang). Bergaya pusing kiri, pusing kanan (tonggek sket) depan cermin besar memang beshhh lebih2 lagi bila dapat sokongan moral yang vavavoom dari Ndja n Teh.

So inilah yang berjaya buat cikSom perasan diri dia macam oghang aghab, ekekeke...

cukuplah satu dulu ...
Kena berhati2 juga bila pakai abaya/jubah wpun ia dikira menutup aurat. Hendaknya janganlah pakai yang ngam muat dibadan hingga nampak susuk badan. Lebih2 lagi kalau abaya/jubah dibuat dari jenis kain yang lembut mencengkam (figure hugging kekdahnya).

Anyway, kalau dah jalan2 cuci mata, tentunya jalan2 cari makan juga. If not, where got enjoys one, right? When siblings meet, there must be good food to nibble and also sosek2 (tho not amounting to nganyam ketupat sebab raya lagi lama, ahaks).

1st time makan kat Love at 1stBite. Yang dipesan semuanya sedap termasuklah the one 'on promotion', katanya ...

Pie (lupa intinya), mashed potato n pumpkin soup

Latest update on my SIL
Keadaannya masih tak berubah. Seleranya zero cuma minum air sikit2 aje. Setiap hari misi bertauliah (khas untuk bedridden patient) datang untuk menguruskannya (memang banyak membantu wpun bayarannya macam nak tepuk dahi sendiri).

Bedsorenya masih terkawal cuma bengkak dibagian tangan remains bengkak. Ngeri juga kalau tengok betul2 tapi terpaksa cekalkan hati.

Sangat berbesar hati bila dapat membantu mana yang patut dan kebetulan pulak I yang paling dekat so I will make a point to visit them daily.

Ini rupanya hikmah Allah kurniakan Bak n Mak ramai anak. Bersama dalam suka, duka, senang dan susah, alhamdulillah.
.

Saturday, 22 December 2012

Mana boleh jadi, kaaan? ...

Ha'ahlah, mana boleh jadi takde satu entry pun dalam bulan doblas and yet mengaku tanpa rasa malu yang kita nih blogger tegar?

Assalamualaikum diucapkan pada semua yang mengenali cikThom samada kenal dengan erti kata sebenar (ya itu tau dimana specifically letaknya my tahi lalat manis, hehe..) atau kenal secara tak sengaja menerusi  penulisan yang memukow-memukow, heheh.. (ungkapan gurauan aje tu sementara dunia masih lum kiamat).

Anyway musykil sikitlah, sejak bila KB jadi sebagian dari Perak??


Hmmm...kalau KB dah jadi sebagian dari Perak, hambo ingin memohon Ja-Saint County dijadikan sebagian dari Sgor, boleh ke? *sambil gegarkan netbook mengharapkan jawapan segera*.

Al-kisah (diary of events)...
26/11-1/12 --- ulang alik kerumah Ngah yg jaaauuuh diKL kerana menyiapkan bunga telur dan bunga paha untuk majils kawin musuk2nya yang bongsu.



Selama beberapa hari kita semua berangan jadi pekerja kilang. Seronok rasanya bila adik beradik, ipar duai dan anak2 sedara berkumpul riang ria saling berganding bahu dengan misi yang satu, cewah. Peluang merapatkan lagi silaturrahim namun silaturrahim yang dah lama retak 1000 antara orang2 tertentu masih belum digam gajah lagi, sigh...

Once upon a time when I was still a SYT, I berangan nak kerja kilang setokin tapi dah namanya berangan maka takdelah ia jadi kenyataan. Bukannya I berani pun tapi kenapa mesti kilang setokin bukan kilang biskut? haha.. adalaaa..

2/12 --- majlis akad berlangsung dirumah perempuan. Alhamdulillah bertambah sorang lagi ahli keluarga. Berharap sangat2 agar menantu kedua my sister menjadi menantu yang baik (and I mean serba serbi baik) seperti yang menulis cerita nih, ahaks. My sister deserves the best.

I don't wear my wedding ring, what does that imply?
 *termaktub 'hari ini dalam sejarah' dimana cikThom (beyond her wildest dream) berF1 melepasi Bkt Lanjan terus kepinggiran KL.. I must say it was quite a challenge behind the wheels (TB terpaksa keofis hari tu, menciiii..)..

3/12 --- suka somewhat bertukar duka bila mendapat berita of the sudden demise of my SIL's mum. Al-Fatihah. Ralat tak dapat ziarah sebab kita berada 'diluar kawasan' masa tu (kat mana lagi kalau bukan kat RD).

8/12 --- majlis resepsi simusyuk2 bongsu bertempat diKPG*. Seronok dapat jumpa old family friends n some of the sedara mara yang dah bertahun2 tak jumpa. Ada a few pics worth sharing tapi I beri laluan pada sikambing golek dulu, boleh??

2 ekor licin!
10-12/12 --- ke RD lagi dan masih tak habis2 'menambah harta dunia' agar rumah disana menjadi our home sweet home juga. Beli sofa untuk tetamu, beli katil/tilam untuk T (nak pilih dengan mata sendiri mcm tak percaya taste umi dia. D pun cenggitu tapi akhirnya beli kat tempat I beli my own katil/tilam juga), dan terpaksa beli meja + kerusi makan kerana ...?

bukan granite bukan marble but all the same alhamdulillah
(I wanted an 8-seater and I got it)
... kerana sifolan sorang tu dah tak selesa duduk lelama kat lantai semasa makan. Lelemak yang terkompol sekian lama dah menjadi batu penghalang kekdahnya. Tak selesa duduk bersila apatah lagi duduk bertimpuh terkepot2 gaya perempuan Melayu terakhir. Semua nih adalah proses penua'an, adoi!

12-14/12 --- dari RD singgah rumah Ndja kejap. Teh n my niece dah sedia menunggu sbb diorang reramai termasuk D&T rancang berjimba kePD (without me joining them, cis! namun I pasrah sebab TB lebih memerlukan I disampingnya, auwww..).

Diorang sekali lagi ketempat nih *menci taw*
Mekasih pada tiga 'die-hard fans' of Al-kisah yang bertanya kabar dan mengaku rindu dendam kat editornya, ahaks.. Syoknya sekali sekala perasan dirindui nih, hikhik kita sker..

Sebaik saja my last entry got published, I terus simpan my netbook kat secret hiding place as I anticipate I will be busy with all the events going on. Bila dah simpan menda alah tu lelama, rasa berat kaki tangan dan malas ya rabbi nak keluarkan dari secret hiding place tu (and for the fact that T is on semester break, I haruslah mandi pagi dalam keadaan bersedia setiap masa. My me-time dah jadi my our-time so fehem2 ajelah).

15/12 --- temankan T buat pasport kat cawangan imigresen K.Jaya yg baru dibuka. Dah terlanjur kesitu, wpun takde niat terbang siung2 makan angin, I got that sudden impulse to renew my pasport which had been expired long time ago. TCTLSShort, alhamdulillah I had my new int'l passport in less than 2 hours, good uh? Hmm.. now that my paspot dah hidup, mana nak pegi ehh? Perth maybe?

18-22/12 --- my honey moon days will soon be over, hehe.. Right now D&T with Teh, Ndja n family are having a good time in Bandung. Why didnt I go there as well? Hmmm.. the answer is simple cos dalam hati takde taman so jiwa belum berbunga2 untuk berlibur kesana.

22/12 --- will be attending a wedding at SAlam. Insyaallah will car pool with a friend (meet half-way @ Sub.Parade). Takleh lelama kat sana as after that I've another mission to accomplish.

Kelly Clarkson, Grace Kelly or Kelly Lee Min?
(used choc bar as prop to cover the obvious for anonymity purpose)
BTW, ada sesiapa pernah rasa coklat dari jenama Royce? Kalau bukan kerana Ndja yang memberi, sumpah I tak tau akan kewujudannya namun selepas dah ngap berkilo2 (exaggerationnya komain lagi) barulah I perasan kiosk coklat nih ada kat Empire n Publika KL.

Aduhhai penatnya menaip. Entry nih aje took almost 1 day. Apa taknya, taip taip taip pause buat b'fast/ makan. Taip taip taip pause sidai baju. Taip taip taip pause tengok tibi. Taip taip taip pause bersiram. Taip taip taip pause keluar beli murtabak. Taip taip taip pause keluar cuci kereta dan potong rambut. Taip taip taip pause tengok tibi lagi. Taip taip taip pause masak for dinner/makan. Taip taip taip pause tengok tibi + zzzzzzz and finally entry siap way past midnite ... yawn! (but can only be published on Saturday).

Berapa kali I dah taip pause n taip?  Selambak ek? ekekeke..

Note: DLL .. tak riak kaan? hahaha...
.

Thursday, 8 November 2012

Tak sangka ...

Assalamualaikum pada penggemar celoteh didada Al-kisah (ekceli nak cakap 'peminat' tapi tak tergamak rasanya *blushed kesilu2an*).

Tersangatlah tak sangka Al-kisah dah menjangkau kelima tahun penubuhannya (penubuhan? apa2lah asal I bahagia). Alhamdulillah dan tahniah pada diri sendiri kerana masih bertahan lama menepis onak dan duri dipersada maya, ehem.

'Al-kisah' takde coretan atau tulisan yang boleh dibanggakan anak cucu cicit tujuh keturunan al-maklum untuk menulis perkara2 ilmiah memang bukan 'forte' cikSom. Memang tak reti.

Pernah tak terfikir kehidupan kita sebenarnya tersangat 'mundane'? Jika pernah terfikir kearah tu maka terserah pada diri sendiri untuk menghappeningkan kehidupan berasaskan segala nikmat yang tersedia ada depan mata (bolehkah perenggan nih dianggap ilmiah? hehe..cayalah).

Banyak cara untuk mengembirakan hati. Lain orang lain caranya asalkan tidak mengganggu atau menggugat kehidupan orang lain. So selama hilang seketika dialam maya, adakah hati nurani cikSom gumbira? Yes indeed .. very much so (cewah! tercakap omputih pulak kita..).

Apa pun ceritanya, haruslah dimuatkan dulu makanan pagi yang disajikan oleh isteri mithali sifolan itew, auwww...


Roti bulat tu dibeli dari bakery S.Parade. Bertanya pada juru jual "roti bulat2 kat belakang tu roti apa ya?". Jawabnya pantas "homi bred". Bertanya sekali lagi just to ensure that my ears are free of wax, ahaks.. tapi kedengarannya tetap 'homi bred'.

Bila roti bulat berada dalam tangan, pahamlah akan bahan yang digunakan tapikan tapi sajalah nak buat jahat nakal, bertanya kali ketiga "apa nama bun nih dik?" dan jawabnya pantas "homi bred" ... "Ohhh....awak cakap cepat sangat tadi, hehe" (acting innocent).

Jual beli berakhir dengan berbalas senyuman. Moral of the story? saja nakal!

W'pun belum ada CF, insyaallah RD dah boleh didiami dengan sejahtera sebab dah ada letrik. Terlebih sejahtera sebab katil/tilam dah siap dibeli untuk bos n mem, ehem...but oh man! langsir masih takde. Puas cari di Macy (tak berapa nak mampu so tak beli) juga diParkson (ukuran berbeza either hemnya kena kelepet or pendek so tak beli juga). Nampaknya terpaksa guna kain pelikat TB ajelah untuk dijadikan langsir sementara untuk bilik kitorang, muahaha...

Langsir dan katil/tilam merupakan faktor penting, takkan bos n mem nak tidur atas lantai, tul tak? Takkan juga tingkap dibiar tidak berlangsir kang monyet dok intai2 kita sedang berrr......dengkur, kaaan? Cinta dan kasih sayang tak cukup untuk menghangatkan badan lebih2 lagi cuaca yang melanda Msia kini hampir mirip pada negara bersalji (exaggerate adalah perlu, hehe).

Macam berselirat aje wayar2 tu..hmmm...

2-3 hari balik dari RD (berbekalkan 3 plastik daging korban dari 3 punca), I sambung berkelana ke Jay Bee pulak atas desakan serta pujuk rayu Ndja. In a way, pucuk dicita ulam mendatang. Rasa sangat seronok macam monyet dapat munger tayik hayam gitu, hehe..

1987, 1994, 2006 n now 2012. See the lapse of going back to my hometown? Mengaku anak Johor sejati tapi apasal macam kacang lupakan kulit aje? Ehhh... sebab saya bukanlah sebiji kacang, harharhar...

Dapat peluang ke JB mengalahkan dapat bercuti kedestinasi idaman. Oleh kerana kesuntukan masa (sedang bersiap bagai akan ke RD kejap lagi) maka perjalanan seronok 'down memory lane' akan  dikongsi dalam next entry, manalah tau ada yang berminat nak tau apalah syoknya ke JB tu, kaan?

Hingga dilain al-kisah, tatatititutu...
.

Thursday, 6 September 2012

19 Syawal ... ole2 & projek mega ...

Baru 19 Syawal ... kalau nak puasa enam masih sempat lagi nih. Thot of fasting today but terlewat mintak izin suami almaklum puasa sunat wajib mintak ijin dulu. Lagi pun hari nih dan esok TB bercuti so bila dia bercuti, I upgrade diri terus jadi mademoiselle, boleh?

Anyway, hari cuti suami adalah hari bahagia siisteri. I ler tu.. w'pun ia tidak menjanjikan kita berseronok2 jenjalan makan angin macam sesetengah orang.. kepulaulah, mendaki bukitlah, berskuba divinglah.. Yaa, sesungguhnya kehidupan I tersangatlah hambar, boring dan sungguh tidak menyeronokkan, sepatah kata omputih very dull; tapi adakah I anggap dan mengaku kehidupan I begitu dull n boring?

T pernah membayangkan betapa I akan bertambah bo-ring atau ring-bo sebaik saja berpindah nanti. Kawan2 rapat jauh, adik beradik jauh, tempat membeli belah jauh, masjid jauh dan juga akan jauh dari dia. Betullah semua yang dikatakan tu, sob3 tapi sebagai emak yang konon2nya lebih berupaya berfikiran jauh, long n winding, tentunya I tak lepaskan peluang untuk menyumbat seberapa banyak 'food for thought' supaya mindanya bertahan kenyang selama mana yang boleh, insyaallah.

Talking about food ... pagi nih I makan lebihan nasi dan sup ayam semalam. Dah niatnya nak bersahur makan nasi dan sup tapi dah tak jadi puasa, haruslah I habiskan juga. Tak baik membazir, ehem.. dan dessertnya bukan bithkut raya tapi bithkut dan kek ole2 dari Jakarta.

kek lapis yang dah diswiss rollkan. So-so rasanya

bithkut cheese sedap lemak rangup

 Habuan datangnya dari Ndja .. to be shared with Teh

Sebagai mengimbau nostalgia D&T masa kecik2 dulu sewaktu suami Teh masih hidup
 U-turn pada 4 Syawal ...
4 beranak berkonvoi dengan kontraktor kesatu tempat yang unknown to me w'pun awal2 lagi kita tau tujuan ketempat tu untuk memilih jubin bilik air memasing, dapur, bilik tidur dan overall rumah..

Seronok memang seronok tapi kerja memilih jubin yang sesuai sangat meletihkan lebih2 lagi bila rambang mata tengok berbagai pilihan eksklusif namun kenalah juga berpijak dibumi nyata not to overdo it sementelah rumah yang dalam binaan adalah rumah untuk pensioner aka pesara jer, definitely can't afford to be lavish2 one, auwww... <- nak auwww jugak, keh3..

Buat julung2 kali memandang teratak baru sejak ia didirikan, perasaan cikSom amatlah teruja sekali kerana sangkaan awal yang agak meleset tidak menjadi kenyataan, alhamdulillah. Sangkaan bahawa jiran terdekat adalah amat jauh rupa2nya sepelaung aje jauhnya. Kiranya dari my ruang tamu boleh meninjau aktiviti keruang dapur jiran (kakak sepupu kamcing TB ler tew, hehe..).


my humble abode
Rumah nih tersangat straight forward. 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu, ruang golek2 (khas untuk ...cer teka), ruang makan, dapur dan bilik stor mini berkongsi kasih tempat letak mesin basuh.

Nak komplen lebih2 nanti kata tak bersyukur (walhal lebih dari bersyukur) tapi since inilah sa-ha-ja satu2nya peluang yang kita ada untuk membina rumah ikut kehendak dan spesifikasi kita, sepatutnya awal2 lagi TB n I perlu berbincang lebih teliti dan terperinci tapi tidaklah begitu jadinya kerana beberapa sebab tertentu.

Sekarang ... rumah dlm binaan takde bilik stor dengan erti kata sebenar. TB kata boleh ditambah kemudian tapi yang paling 'tak tahan' bila tengok bilik air yang sepatutnya dikongsi oleh D n T nampak kecik sangat. TCTLSShort, pintu bilik air dari bilik D dah pun ditutup so T wld have bilik air tanpa berkongsi. D pulak akan guna bilik air berdekatan washing area, selangkah dua dari bilik tidurnya aje.

Sepatah kata my SIL, adik TB "budak2 dah besar tak boleh share bilik air... " dan dalam fahaman yang seakan serupa, T dah keluarkan statement yang sangat lucu, hehehaha (tapi I takleh tulis kat sini, hehehe... anak2 zaman sekarang anggap mak ayah diorang so open minded n so understanding, diorang tak segan memberi pendapat tentang 'facts of life'....kan Akak kan??).

Sekian coretan untuk tatapan kemudian hari ... insyaallah.
.

Wednesday, 1 August 2012

11th & 12th Ramadhan

Menurut ustaz A, makruh menampal atau tunjuk gambar makanan (diblog/fb etc) dalam bulan Ramadhan kerana ditakuti boleh menjejaskan ibadah puasa. Maka pada sesiapa yang mungkin cepat tergoda dan rapuh imannya (macam I masa kanak2 dulu), sila jauhkan diri pada siang hari dari menyinggah blog yang menyajikan apa juga jenis makanan. Jika 'jihad nafsu' tak dapat dilakukan, lawat aje sebelah malam selepas berbuka puasa.

Adakah pergi kebazar Ramadhan hukumnya juga makruh? I pernah jumpa mantan imam besar masjid negara pergi kebazar Ramadhan juga. Tentunya dia peka dan arif pada hukum hakam.

Nota: Makna makruh ialah dibuat tidak dapat pahala, ditinggalkan tidak berdosa.

TERSEBUT ADALAH PANDANGAN/PENDAPAT DARI HAMBA ALLAH YANG LEMAH LAGI DHAIF INI.

11th Ramadhan
Ndja datang kerana ada appmt dengan kontraktor. Masih tak siap2 lagi mini reno. rumah dia tu. Dalam perjalanan lagi dia mintak I oderkan 3 keping murtabak daging tapi sekeping tu 'kurangkan daging', untuk dialah nih. Sekeping lagi untuk abang no. 1 (but 3rd in line to the throne, ahaks) dan sekeping lagi untuk yang tolong mengoder, alhamdulillah.

Dah dapat murtabak free, I masak mee goreng aje untuk berbuka. Lauk sahur dan bekal TB keofis kononnya nak masak nasi ayam tapi tetiba majik jadi sup sayur dan ayam goreng aje. Tulah bekal TB bersahur kat ofis. Selepas berbuka lebih kurang dirumah, Ndja ajak D & I berbuka diluar tapi terpaksa tolak pelawaan sebab I dah kenyang dan masih ada 1 lagi misi yang perlu dithelethaikan.

simple mee goreng takde siapa akan terliur
Ndja juga bawak buah tangan hasil jalan2 makan angin dibumi Eropah baru2 nih. Among other things mestilah tea towels n fridge magnets. Buah tangan dari Teh masih belum diambik dari rumahnya. Seganlah pulak w'pun dia dah suruh ambik. Teh lupa adik dia nih pemalu kot? heheh..

Ndja sempat jugalah bercerita lebih lanjut tentang percutiannya. Ada 2 insiden berlaku: 1. Dua hari tiba di Lyon, dia dikejutkan dengan berita adik iparnya meninggal dunia. 2. Semasa di Italy, pencuri bertaraf pro telah menyeluk poket baju suaminya. Gone euro400. Dan yang paling heran bila pencuri pro-sak tetiba memulangkan wallet Ndja sedangkan wallet tu berada dalam handbagnya (yg dipegang erat).

Suami Ndja kata tentulah pencuri pro-sak tu pulangkan wallet sebab dia dah kebas euro400 tapi wallet Ndja ada duit juga (dan dokumen penting lain). Apa lagi nak kata, dengan berkat doa, Allah permudahkan urusan dan dijauhi dari bahaya. Yang hilang tetap hilang, takde rezeki kekdahnya.

Modus operandi: Berkumpulan - lelaki, perempuan n kanak2, berpakaian elok belaka almaklum 'pro', kaan? Mereka berkeliaran ditempat awam. Bila pelancong sibuk naik ketapi, diorang pun sibuk sama kengkonon makan angin juga. Ada yang peramah dan ringan tulang tolong angkatkan beg walhal pasang niat jaaaa-at, dush!!!

Selain pengalaman tak best tu, banyaklah pengalaman yang manis2 belaka namun Ndja kata 'I miss Malaysia' <- kih3...baru 2 minggu aje tu. Camana perasaan other Msians yang telah berhijrah kemana2 juga dibumi Allah nih? I think it's more on pilihan seseorang (dan ketentuan Allah). Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Bila I dah berpindah ke JaSaint, I know for sure I will miss SJ/PJ/SA, my tiny abode, the surrounding areas but most of all I will miss ......... huwaaaaaa..... kenot sambung *sebak*.

12th Ramadhan
Seawal pagi terima sms dari adik. Bas sekolah anaknya terbabit dalam kemalangan membabitkan kenderaan lain juga dan menyebabkan kematian (orang awam). It seems bas sekolah yang my niece naik, brakenya tak makan (puasa kot?). Tangan kanan my niece terseliuh dan sikunya bengkak. Dia masih trauma sebab nampak mayat (a couple, isterinya mengandung). Tangan kanan sakit tapi esok dia ada trial PMR. Semoga dipermudahkan.

5pm: bitau TB I nak masak sup daging tapi dia tak nak. Pertama kali dalam bulan puasa dia bersuara nak makan kari ikan dan D teringin sotong masak hitam. I goreng ayam dan masak mee goreng sekali lagi.


Haaa...kan senang cenggitu? Selalunya TB kata masaklah apa2, tak pun dia kata 'masak nasi' .. pause 5 saat .. 'ikan goreng' .. pause 5 saat .. 'sayur'.  Selalu masak simple2 maka my bakat memasak tak berkembang biak kekdahnya.

Masak yang simple2 aje tapikaaaan, terlaksana juga projek keledek oren dijadikan kuih keria. Bab menyira memang fail but since it was my 2nd try, bolehlah tutup sebelah mata afterall takde mak mentua nak kasi markah pun, hehe.

Ada rupa tayar kereta Fred Flintstones tak?
Sira guna gula pasir+gula Melaka tu sebab dah jadi rupa 'gulab jamun'

Esok dah 13 Ramadhan... how can I ever forget what had happened on that day.. Do tune-in ..

Thursday, 28 June 2012

Misi seorang misi penuh dedikasi ...

3 hari lepas dah buat entry 'warm-up' dan entry hari nih dianggap sebagai 'warm-up v1.1' gitu..

Assalam pada semua peminat2ku sahabat maya seantero dunia yang mengenali diri ini dari hasil gedik jari-jemariku yang halus mulus ...

Seolah2 sepurnama Al-kisah tak bersiaran, kemana aje puan editornya menghilangkan diri? Kena buang negeri atau smelly2 pun kena buang daerahkah? ....... Haipp!! mana ada?

Al-kisah ...
Secara langsung aktiviti harian bertukar 180 darjah sebaik saja TB dibedah sebelah matanya (adalah iras MoshiDayan sket, hehe). Sebaik saja berkuatkuasa jawatan sebagai misi peribadinya, I dah tak boleh sesuka hati jadi LOL berjimba keluar masuk blog kengkawan. Waktu sangat2 mencemburuiku dan itulah setitik pengorbanan yang mampu dilaksanakan oleh seorang isteri mithali... *dlm ati "auwww"*

Post Op: TB dipaksa gandakan waktu rehatnya dan perlu berfikiran positif agar matanya cepat sembuh. (gitulah nasihat bernas dari Dr M, pakar mata 1Msia w'pun bukan beliau yg meng'op' TB). TB harus kawal diri dari keinginan membongkok, menonggeng dan melompat mengangkat barang berat (memang dia tak pernah angkat I pun, tssk..).

Pendek kata, no exertion whatsoeva even menyempu rambut pun ditegah. Selain putaran tangan pada rambut mungkin memberi impak maksima pada urat saraf mata, ditakuti juga buih shampoo akan menyebabkan mudarat pada mata yang baru dioperate. Pedih kalu, digenyeh2...habislah! Makanya, selepas seminggu barulah misi berani sengseng lengan sengseng hot pants, jadi shampoo gurl terjun (bukan bidan aje yg pandai terjun taw).

So apa tugasan misi sepanjang hari?? Selain menyediakan makan minum, misi juga menjaga pengambilan ubat2an mengikut jadual dan yang paling penting misi satu2nya makhluk didunia yang fana' nih dipinta oleh pesakit menitiskan 4 jenis ubat cecair kematanya. I'm honored, ahaks..

Nasib baik misi ada pengalaman 'bekerja' dengan Dr BenCasey dan Dr Kildare dolu2 (drama tv zaman Fred Flinstones kekdahnya) so rasa cuak bila mengadap sebiji mata yang baru dioperate adalah a piece of cake, wa cakap lu, huahuahua <- ekceli gua gerun to the max tapi bila lagi cita2 zaman silam nak jadi misi dijadikan kenyataan, kankankan? So ... the rest is history :-)


Yang paling tak tahan bila kena turun naik 17 anak tangga sebanyak 16x just to put eye drops pada mata anjer, auwww... Apsal 16x turun naik tangga you tanya ya? You see, ada 4 jenis eye drops. 2 jenis wajib dititiskan setiap 2 jam sekali; pastu sejenis lagi setiap 4 jam and then sejenis lagi ubat dititiskan sebelum tidur. Tu belum lagi diambik kira naik turun tangga extra sebab misi terlupa bawak ubatlah, lupa bawak hplah..

Kiranya tugasan berat adalah memanjat tangga, siang, petang dan malam. Tau2 ajelah kalau misi dah berpangkat matron (sila bayangkan rupa Ms Chantel DuBois of Madagascar 4, ngeri kan?), lutut, pinggang segala bukan boleh dipakai sangat. Tak makan keropok sambil naik turun tangga pun boleh dengar krup krup kekdahnya...kan?

Bila TB dah boleh bergerak dengan cergas lagi gagah, kah3.. maka dia bolehlah turun naik tangga so titisan ubat kemata dibuat kat bilik bawah aje. Misi dah takyah mendaki Bukit Broga lagi, ekekeke ..

TB tu sangatlah independent orangnya.. segala2nya dia buat sendiri melainkan memasak dan basuh baju. Lepas op., berbaringlah dia dikatil med. hospital tu .. First time I dengar TB bercakap dengan nada sebak bila dia kata dia helpless dan berkehendakkan my help n assistance.

Sebaik aje TB habis berkata, I pun meraong sekuat hati sambil mendakapnya dengan erat hingga bergegar katil spital... Yalah kan you? tentulah kata2 TB tu buat I sebak dan sedih lagi pun TB tak pernah sakit melainkan flu biasa (dan terseliuh pinggang, hehe). Ini soal mata, kalau matanya rosak, camana dia nak tenung I dgn penuh kasih sayang? kaaaan? <---- uuuwekkk!

OK now, jangan sedih2 ok? As you know I memang tak sker dan bukan hobby I bercakap bohong cuma I mengaku I suka berseloka berjenaka dan bergurau senda therefore sila abaikan perenggan hilited in pink itew sebab semua tu adalah rekaan semata2, heheh..gotcha!

TB is in confinement for a month. Sebulan cuti tapi kalau dia sihat walafiat cam hari2 biasa .. mau tak agaknya dia ajak I sama2 berjimba dengan Ndja n Teh ke Perancis?? Diorang kat Perancis tu kemain lagi. Dari Paris terus ke Lyon, dari Lyon ke Paris semula pastu merayap kekawasan sekitar. Ndja kata waktu subuh 3.05am, Maghrib 9.30pm dan Isyak 11.30pm .. "muai gitu ...".

Akhir kalam, I nak makan angin juga ........................... kemana lagi kalau tak ke Mydyn, kaaan?

Monday, 25 June 2012

Warm-up dulu kekdahnya ...

Assalamualaikum .... sesi warm-up dulu so it must be short, sweet n crispy, krup2. Nak bercerita panjang tapi ade aje aral melintang pukangnya. Akan kembali (at a blink of an eye) dengan cerita2 penuh sensasi, tungguuuu ... (tak tunggu rugi taww..).

Breakfast mee bandong lebihan lunch semalam
Aci tak, tunjuk pinggan kothong aje? hehe..

Dessert: roti diselubungi kuah durian, nyummm!
.
.
dan sedikit petikan ehwal semasa ...
 

Jiran sebelah ie Ndja sedang semi-renovate bahagian depan rumahnya
Aduhai!!! Terpaksa harungi bunyi bising dan habuk bagai selama sebulan
Nak grrrr pun tak boleh nak grrrrr
sebab rumahnya rumahku jua, hehe..
.
Indirectly, I melantik diri sendiri sebagai project manager
semasa Ndja & family cuti2 Perancis selama 2 minggu
Hubby Ndja ada urusan disana tapi Ndja?
sure dia beroolalaa obladi oblada sementelah Teh pun ikut sama
walla!
.
walla? ekceli menciiiilaa sebab tak dapat ikut :-(

Till then ....

Next entry: Misi seorang misi penuh dedikasi

Tuesday, 3 January 2012

1st 2012 mishap!

Menaip kejap, slurping MK=mee kolok kejap and it is almost 12 midnite. Kononnya nak skip dinner tapi tetap ngap jugak. 2012 hajatnya nak jaga kesihatan tapi belum apa2 dah langgar mandat!

Bukan apa, I tak nak membazir. Kalau simpan untuk breakfast memang tak sempat sebab pepagi nanti I akan bertolak ke selatan yang tak berapa selatan tu, hehe..

Anyway, tengahari tadi JJCLauk dan beli 2 bungkus MK kat Akas*a. Tuan punya kedai memang orang Swak (sedara baru) so I suppose MKnya harus ada cop 'ori'.


Dah 3 kali makan MK dari berlainan sumber tapi MK kali nih yang paling sedaaap w'pun rupanya biaserr. Sosnya yang buat sedap sangat tu. Harga sebungkus RM3.80.

Sebelum tu @12pm temankan T buat facial. All the zits mencemar duli, tension exam punya pasal kot? Dia nak pergi sendiri tapi I nak temankan juga. I ada fobia dengan tempat2 cam tu. Me and my wild imagination! Macam2 yang terlintas kat fikiran.

Tempat tu lengang sangat. T and the lady dalam bilik and I duduk kat reception area sensorang. Penat bercamwhoring, I belek segala majalah yang ada tapi tengok gambar ajelah maklum majalah 'cakap Cina' tapi in between terselit juga majalah 'cakap omputih', hehe..

Tergerak hati nak buat quiz tapi belum apa2 perut cam meragam prot2 aje. Aisayman.. kali ketiga untuk hari nih maka harus dikosongkan pundi2 dulu kalau tak nak kejadian aneh lagi syahdu berlaku, ngeh3. Kali ketiga untuk hari nih. Apa ajelah yang I makan??

Selesai sempurnakan kes berat, barulah boleh fokus buat quiz dengan selesa :-)


... and I scored somewhere between 60-90 ...

Well.. having done the quiz, I'm still not sure whether I fall into this category. Saya assertive orangnya kah?

Sebelum Maghrib semalam, rajinlah pulak nak bersihkan my standing fan yang tiap saat berputar tu. Makin hebat putarannya, makin hebat dia mengumpul habuk. Habuk dah berat maka tidaklah berani nak tekan no. 3. Paham2 ajelah.. kan?

So dengan gigih I bukak satu persatu kipas angin tu until the last part terketat sikit maka I tarik guna kekuatan yang ada. Tarik terkuat sikit kan? maka berat badan cepat aje tergostan kebelakang so I lost my bearing u'olls, kah3. Dahlah tu terpijak pada batang vacuum so I was like juggling atas batang vacuum.. I know it's coming.. I know nangka busuk will debabum any minute so I capai kerusi untuk bertahan, namun dukacita.. kerusi jatuh, nangka busuk pun jatuh sama, huwaaaaaaaa ....

Nasib baik nangka busuk dah disampul dengan lelemak baekkkk punya, hawhawhaw..

"Maaaaaaak" terkedu kejap .. pastu D pun turun "Miiii..kenapa Mii??". Tak rasa sakit apa2 tapi part montot tu macam kedengaran anak2 burung berkecipan, haha..

Alhamdulillah takde part of body yang patah riuk semalam. Kalau ada yang patah, takde chanlah I nak berkuak lentang, kuak rama2 kat sinun, hehe...

OK, nak pack my things now. Till we meet again .. assalamualaikum.

Sunday, 4 December 2011

tapak tangan gatal ...

Ahad yang muram. Ahad yang ralat. Ahad dengan perasaan bercampur aduk namun life goes on.


Tetiba idea menyerlah

mango jelly, fresh mango n fresh fullcream milk

yes, fullcream!

Kitchen glove KETAM, sangat berkenan!

D arrived home safely from seberang. Kemain seronok budak tu makan angin
FM Witch & bats - sangat sukerr!

tapak tangan kanan Cinderella, cun tak?

Asyik digarunya aje

Sangat gatal tapi tak kelihatan sebarang gigitan

Katanya bila tapak tangan kanan terasa gatal, kemungkinan besar duit nak masuk. Kalau betul, jom sama2 kita sorak ceria "yeayyyy!!!" tapi kalau sebelah kiri yang gatal? tu tandanya duit nak keluar; so jom kita sorak pilu "ohhh tidaaaaak".

Al-kisah Cinderella bercerita ... satu hari sedang dia menyental lantai tetiba pintu kayunya diketuk sorang hamba Allah (HA), kenalan lama kekdahnya. Bila HA mula bersuara, mukadimahnya bunyi semacam aje. Cinderella rasa heran dan pelik tapi bersuara dalam ati aje "ehhh... bunyinya macam nak pinjam duit jer?".

HA macam tak reti berenti bercakap tapi Cinderella tabahkan hati bertanya "jadinya apa awak nak saya buat?". Aduhhh... berpinar2 mata Cinderella bila HA luahkan isi hati dan niat sebenarnya.

W'pun Cinderella ada sikit duit bawah bantal busuk (hasil wasiat ayahanda yang tidak diketahui siibu tiri) namun dia tak boleh sesuka ati hulurkan pada HA, tul tak? Kalau pinjam duit dengan bank siap dengan dokumen n colateralnya, pinjaman peribadi perlu begitu juga kah??

Dipendekkan cerita, Cinderella setuju membantu HA dengan beberapa syarat. S ar per t a ialah su t p j an an pe dit g


(alahai.. dakwat kibod dah habislaah..)

Friday, 2 December 2011

Dah bulan Disember ????

Disclaimer: Cantuman BM dan BI adalah kerana minda nih asyiklah ketimur dan kebarat aje. Kenot sit still ..

Masa kerja dulu, memang dinanti2kan bulan 12. Never mind kena slog like KB almaklum dah penghujung tahun, macam2lah kena buat, kaan? Pendek kata, kebizian impak maksima hinggakan tak sempat habiskan secawan teh sedap dan miss syuru sebab gigih menjalankan tugas, ehem. Nak kosongkan usus kecik pun rasa takde masa <-- Gambaran sibuk yang teramat sibuk kononnya, hehe..

Kita harus put on extra effort and energy so that berbaloi dengan imbuhan yang bakal diterima, so soklannya sekarang, bulan 12 ada apa?? Ada bonuslaa.. atau lebih kita kenali as 13th-14th month salary. 3 bulan punya gaji + overtime (w'pun CEO, tetap boleh claim OT, ngeh3) + housing loan benefit + misc. claims = sengih sokmor kekdahnya. Alhamdulillah.

Semua tu hanya tinggal kenangan indah belaka masa kitorang jadi KB=kuli batak sedekad dua dulu. Baru jer mengaku jadi CEO, tetiba dah jadi kuli batak pulak? Tulah tu, kita2 yang merangkul same job definition dengan rendah dirinya mengaku kitorang adalah KB w'pun job title bunyinya 'macam gah aje'. Apa ada pada nama jawatan yang dipegang?? Yang pasti, rezeki yang kita cari mestilah halal.

Kebetulan masa tu GM kita namanya KB (nama sebenar). Dah kampeni bertapak dari Amarika yang mempraktikkan semua orang panggil dengan 1st name aje, tak kiralah apa juga jawatannya, kita tetap panggil by 1st name. Memang tak terhakis sikit pun rasa hormat diantara kita.

GM tu kecik aje orangnya tapi semua orang gulp 18 kali bila 'baunya' dihidu dimana2. I pun kecut gak tapi pernah 2x TERberani berface to face dengan dia membentangkan masalah dalaman. Benarkan I salute bangga pada diri sendiri sebab berjaya menempa sejarah, auwww..

Anyway, bila dia buat surprise check kat setiap floor, dia mesti letak dua belah tangan kebelakang punggung dan membongkok sket bila berjalan. Apsal ek? Tu memang gaya orang 'ada power' berjalan kot? I tak jalan cenggitu pun? mueheheh...

Nota auwww: CEO adalah Cun, Elegant, Owh-SOM (masa dulu ada sipi2 CEO kot tapi sikalang? Huwaaaaa...).

Terima kasih kerana bertahan membaca takat nih. Ada sape2 rasa nak tekan X kat hujung tu? Alaaa.. dont laaa... dah 6 hari I tak bersiaran, so gimme a breaklah ehh??

Pagi nih minum nesc. 3-in-1 aje dengan seketul kapkek mentiga. Intai kat blog Yat dia buat sultana butter cake so I pun apa lagi, jadi copy cat meow2lah. I bubuh sultanas/raisins aje tapi tak tiru resipi dia sebaaaaab ... sebaaaab I ngelat guna pre-mixed flour aje, hehehe...

Satu adunan dengan 2 penampilan berbeza, haha.. Yang ada sultanas/raisins khas untuk TB, yang ada choc rice memang untuk I sorang. Makan sambil berfeeling almaklum kek kenangan hari raya masa kecik2 dulu :-(

6 hari tak berkarya, apa ajelah yang I buat? Pendek kata macam2 tapi kalau panjang kata? I pun tak larat nak tulis kang habis dakwat kibod nih, huhuhaha...

Hal basuhan memang takde kata penamat selagi nyawa dikandung badan. Tetiba mood melipat terserlah bling2 maka takdelah backlog atas sofa, angkat dari ampaian terus lipat, rearrange n refile. Bukan dokumen aje kena file n refile, hehe ..

Satu lagi projek yang memang top on the 'must do' list ialah mengemas kabinet kat dapur yang memang dibuat khas untuk melayan perasaan I, ekekeke.. Tapi ntah camana, ada aje pendatang tanpa diundang berkongsi simpan manikam memasing kat dalam kabinet tu.

Ait?? plastik kosong disimpan lagi?? Kotak biskut kosong pun? So, I gigih melontar apa2 yang patut dilontaaaar. Salah satunya penutup bekas (tapau) lutsinar yang taktaw ntah mana peginya the actual bekas. Mesti kerja sigembala kucing; bubuh makanan kucing dalam bekas tu, ekekeke.

Sebut pasal bekas lutsinar nih, I memang HOT. Camana sipembuat bekas2 plastik tu tak ikut satu ukuran piawaian yang sama? 2-3mm berbeza can make our blood go upstairs, don't they know that??? So I dah buat satu cara untuk mengatasi fenomena nih ... yes!

Terjumpa tea towels yang masih keras lum digunakan lagi... This I like! Harta dunia yang I sangat2 suka adalah pemberian tea towels dari my kakak2; or dari YOU kalau sudi nak beri, hehe. Can stop oredi giving me key chains or FM (tapi kalau yang unique nak jugak lagi, hehe..).

Makanya, photo shoot untuk kapkek kali nih afdhal dihiasi guna prop baru.

The past few days has been extremely quiet except when T was back for a few hours last Wed. Masa tu kita tukar pesona persis lipas kodong; macam2 benda nak dibuat dalam masa terhad termasuklah buat my epic samtum bilis as requested by T. Cewita samtumbil nih kena bukak satu entry baru kekdahnya.

Malam nanti D baru tiba dari berjimba kat tanah seberang. D pergi dengan segerombolan kerabat TB. Kalau nak kira berapa ramai, kena kira pinjam jari kaki, hehe.. My SIL ajak kita sama2 kesana tapi ntahlah, hati nih belum lagi teruja nak kesana :-)

Dengar kabar mereka yang pergi tu disponsor tiket dan juga penginapannya. May Allah bless Abg MN for his generosity, amin.

Tuesday, 20 September 2011

Rezeki jangan ditolak ...

Sesungguhnya rezeki jangan ditolak walau sebesar mana sekali pun.


Semua tu cenderahati dari Teh, Ndja, my adik bongsu n his wife. Barang2 yang terkumpul dari lawatan yang dibuat sejak 2-3 bulan dulu hinggalah 2-3 minggu lepas.

Pembahagian 'harta' berlaku semasa beraya kat rumah Long/Ngah pada Jumaat n Sabtu lepas.

Dalam pada suka menerima barang2 semua tu, terdetik juga rasa nak menangis bila sedar dah banyak sangat koleksi key chains (KC) yang sedia terkumpul. Lagi gerun (so to speak) bila tengok bilangan fridge magnets yang I dapat dalam masa '2 hari tu'.

Semua tu ana yang punya tak termasuk yang diterima oleh TB, D n T, masyaallah! Bila dah banyak sangat terasa satu pembaziran pulak. Kalau tau akan dapat berkeping2 KC, sah awal2 lagi I dah 'beri amaran samar' kat diorang not to give us KC anymore.

As for the fridge magnets I tetap terima dengan dada n tangan terbuka w'pun I tak lekatkan segala koleksi FM kat badan esbok. Ada setengah FM yang poyo.. over some time terlekat kat esbok, ada yang tinggalkan bekas atau stain. Tu yang I tak skerrrrrrrr tu so I tampal half of my collection kat magnetic white board dan kat tin biskut. Tak pernah dibuat orang tapi orang nih buat, ekekeke..

Baideweiiii .. ada sesiapa terkesima nak tengok camana rupa tin biskut tu tak? heheh..


Pemberian tak terhenti pada FM dan KC malah ada berbagai2 benda lagi yang diterima *sambil geleng kepala* termasuklah chocs, t-shirts, pen, small note books, purses, tea towel, apron, sejadah, kopiah, tote bag dan tasbih .. alhamdulillah ..

Tapikan ... I paling seronok dan suka tersangat suka bila Teh beri si V nihaaa, hehehe...

Ni bukan FM atau KC but it's the real fresh vanilla beans, yeayyyy.. (yeay2 nih macamlah rajin sangat nak berpuding muding? Jangan sampai dah expire baru terhegeh2) <- ishh.. mesti nak berleter ek??


Friday, 26 August 2011

26 Ramadhan - Yes!!

Lama dah tunggu my boyfren dengan lori merahnya lalu depan rumah tapi bayang lorinya pun tak nampak. Bila dia betul2 lalu depan rumah, tak pulak dia pandang kearah I yang sedang melambai2. Haiyaaa...apa punya boyfren nih? Penat aje I teriak 'hoi' 3 kali; tapi camana dia nak dengar pun sebab dia juga 'berteriak' sama "paper lama...satu jengkal tujju ringgit".

Bila kita tunggu, dia tak datang tapi bila kita dah molek2 letak punggung dalam kereta about to zoom off, dia datang pulak. TCTLSS, I was richer by RM29 and with that money I managed to buy nasi Arab with roasted chicken for berbuka just now.

For the dessert, we had putu piring (PP). I yearn to eat PP kaler kuning. Maybe we could only find it in Johor. Somehow the white n yellow PP taste different.

7 pcs PP - 2 ada kelapa parut (for TB), 5 takde kelapa parut (2 each for D/T, and 1 pc for mem). Perlu ke beritau in detail? hahaha...rus! Lain orang lain selera w'pun dalam 1 keluarga.


Tambahan lauk masa bersahur subuh tadi. Telur mata lembu yang digoreng berbagai paras rupa sebab ada yang suka kuning telur keras, kuning telur meleleh, tepi telur garing atau tepi telur lembut. Chef berkaliber aje yang mampu buat kerja pro cenggitu taw ... *tetap blushed w'pun puji diri sendiri*, ngeheheh..

Dan nih, khas untuk my fren yang so selim lagi vogue di Texas sana. Gambar nih pengganti kad raya, sudi2lah terimanya ya? Bayangkan lelehan kicap serupa lelehan minyak yang keluar dari bumi Texas, it is priceless, kankankan?? ekekeke..


Apahal map Amarika? Seperti Amarika dan kicap tak boleh dipisahkan, kekdahnya :-)

Al-kisah... Teh, Ndja n family just arrived there. Melampau taw diorang tu. Patut ke dalam bulan puasa n some more dekat hari raya diorang jenjalan jumpa Obama?? Memang tak patut! (sebab tinggalkan I tanpa teman berSMS dan bergusip tak kira masa).

Selalunya rumah Teh is the HQ for us siblings to meet up during big events, what more Chik, the grand dame lives with Teh (Chik is my 86 yr old aunt).

I told Teh since she's not around, tak payahlah maidnya masak cam nak rak. Masak jer soto istimewa dia tu. And I gatal mulut agree to make begedil by the dozen ... Ohh man, gulp!! I thought I can get away with gentel begedil aje but T tulah, spoil jer. Dia kata what is raya without ketupat, lodeh, serunding ikan n rendang? <- amvoi2, banyaknya??

Long (my eldest sister bukan Ah Long) asks me what am I cooking for the big day. TCTLSS, Long n I memasing agree to cook lodeh seperiuk sorang, pastu she will cook chic rendang (and buy some ketupat daun palas); whereas I'll be in charge of kuah kach n of course genteling the elusive begedilz, zzzzzzzzzz.....

We'll definitely miss Teh's sambal goreng n serunding ikan (her specialty); and also Ndja's MMA punya menu (mostly beli, har3), but most of all I already miss them very much!
.

Wednesday, 29 June 2011

Langkawi, snow n blizzard??

My BIG sistas all have gone to Langkawi. Sampai hati diorang tak ajak I, sedih taw .. *sambil ketap bibir kesat taik mata tak basah*. Sebenarnya I yang mengada tak moh ikut walhal tak yah bayar tiket pun. Sejak CCM ke T'ganu dulu, diorang dah buat plan nak ke Langkawi tapi I wat dono aje (dah tak minat what for terkinja2 kijang, tul tak?).

Seronok diorang sebab Ndja is brave enough to drive pusing2 dengan keta yang disewa. Subuh sepi tadi terima lapuran dari sana ...

N: sis kita bersemangat.. I pun.. Ada apa2 nak kirim? Non stik pan ke? Choc mmg bnyk (I belikan nanti 4uol).
I: tak nak apa2 tq tapi kalau bolehhhhhhh, belilah coklat setongkang hai hong

... tapi Ndja kata dia nak belikan coklat sebesar toy boat aje makanya the PicasSOM in me pun berdramalah ...


Jom beralih cerita hal semalam ...


Tak semena2 SJ diserang snow n blizzard. Ada dengar berita pasal nih tak? Ada? Takde?


Tengok tu, kan bahaya bawak kereta dalam keadaan cam tu? Tak nampak satu apa pun, ishhh.. ishhh... tapikan tapi ... keadaan tu sementara aje ...

... bila tambi tua cepat2 flush the snow (sabun kekdahnya) dengan kederasan air yang hamboi mak so powerful, bergegar badan si Aga dan puannya yang duduk dalam keta masa tu (kalaulah TB tau I duk dendiam dalam keta masa orang sedang bersihkan keta, mau dia bersyaraaah tentang keselamatan but izit really dangerous?).



Basuh body Aga tapi tak vakum so harganya RM6 aje. Extra seringgit sebab tambi tua panggil I 'kakak', auwwww.. I like!

Semalam aje, 2 kali almost bertempur dengan road maniac. Kering darah kita dibuatnya. Julung2 kali terpaksa I tekan 'horn' sekuat yang boleh. If only I nih gajah, takkkanku sia2kan trumpet yang ada ... *sambil cuba buat suara gajah tapi "meow" aje yang keluar*

Dah terlanjur keluar, berbaloi pakai baju yang digosok rapi lamaaa sket maka langkahnya agak lebar. Lepas siAga cantik manis berkilat, I teruskan misi JJCL pulak pastu baru pergi ke mini market kat rumah aje (maklum dah cukup bulan, kan? Kalau pergi hypermarket kang I pulak jadi hyper..).


Sejak dua menjak I suka beli rambutan dengan syarat ia semanis kurma n longkah. I should have bought pisang berangan or pisang emas for T tapi terbeli jenis tu. Agaknya lum masak betul2 maka rasanya tawar hebeh. Kalau dijadikan banana split baru beshhh.. Mangga tu untuk suami budiman (sebelum dia makan sebijik, satu slice lebar lagi tebal harus dihulurkan pada sidebab; kalau tak, seminggu dapur tak berhasap kang, hehe...).

T dah mula merisik "Umi kalau nampak longan ke, laici ke, pulasan ke.. belikan ehh?". Budak baru reti nak appreciate kesedapan buah2an tempatan maka wajar dilayankan aje. Hari tu baru mintak manggis, semalam pisang.. hmmm.... jangan mintak buah mentega daaah...

D malas tak reti makan buah. Kalau makan moktan, dikupas isinya dulu sampai penuh setengah mangkok pastu mulalah perasan makan moktan macam dalam syurga, haha.. But lately dia selalu aje beli carrots yang oren tu. Bukan dia makan untuk pencernaan his eye sights tapi untuk si LEBIT belaannya yang baru sebulan tu.

Talking about LEBIT, aaaarrrghhhh ... tak skerr!!