Wednesday 18 December 2013

Tak nak cakap banyak ...

Assalamualaikum ...

Hari nih nak cakap sikit2 aje tapi kalau terlebih cakap, jangan salahkan I. I teruja sebab dakwat kibod tak naik harga, heeheehee...

Satu hari I terima image lauk yang dia makan kat markas. Dia cemas dan takut sayur yang dimakannya beracun sebab daunnya warna merah. Kesian ada, nak gelakkan dia pun ada. Katanya (nak blame kitalah tu..) "seumur hidup, Umi tak pernah bitau pun ada bayam warna merah".

Gambar bayam merah tu I curi2 snap kat Mydin JaSaint.

Kalau sayur bayam (hijau), dia mesti makan daun dan batangnya. Sawi dan kangkong? Nehi batang, makan daunnya aje.

Masakan kegemaran: nenas/labu masak lemak, sayur bayam dan kobis masak lemak putih. Baru2 nih dia tanya "bayam boleh masak lemak tak?". Dah tentu boleh (tapi tak pernah masak), maka tulah yang dia mintak I masakkan.

Bayam merah mmg tersangat jarang dibeli dan dia pun tak teringin nak memakannya lagi.

Sekian.

P/S: 4pm baru nak masuk dapur. Kita nak masak kari dag. Cukuplah 1 lauk aje.
.

Saturday 14 December 2013

Berbelanja, potong wambut n mee kari ...

Assalamualaikum ...

Agak rajin hari Sabtu nih sebab seawal 9 pagi dah keluar rumah. Dah siap bersiram bagai tapi tak bersyampoo lagi sebab dah pasang niat nak trim rambut bila selesai beli barang basah/kering dari van apek.

Apek dan rakan2 berniaga ditapak yang sama hampir 20 tahun. Tapak niaga sangat hampir dengan deretan kedai runcit bumi/non bumi dan macam2 lagi kedai lain termasuklah kedai makan halal/non halal.

Tiap minggu berbelanja barang dapur ditempat yang sama sebab segala keperluan mak nenek semuanya dijual dibawah satu bumbung. Kadang2 rasa bersalah juga sebab menabur duit ketempat yang sah empunyanya dah kaya raya; tulah every now and then, I berbelanja juga kat kedai2 runcit kasi UP sikit perniagaan diorang. In fact sayur2an dan bahan basah (perishables) memang berbaloi beli kat tempat2 cenggini sebab kesegarannya terjamin.

Dengan RM72.50 dapatlah sekeping ikan parang (got egg somemore), sekor bawal, 3 ekor sotong, 20 ekor udang sederhana, 2 ekor selar, sekeping ekor ikan merah, 3 lada merah (tu yg tinggal), 3 pkt mee kuning, sepeket serbuk/daun kari, sepeket bebola ikan, sepeket sago biji, sepeket wantan mee/kulit wantan, 3 btg serai dan tauhu telur.

Tulis bagai barang2 yang dibeli tu bukan apa, saja nak test my memory. Sah masih mantap, haha.. Kadang2 hal yang sesaat dua baru berlaku, I dah lupa. Sekarang nih I takut nak simpan barang2 kat tempat rahsia sebab it will end up memakan diri sendiri, sob3.

Kalau tak kerana nak memasak mee kari sekali lagi, memang takdelah sesaja rajin keluar untuk beli bahan2nya dan barang2 yang lain tu. Sebab dah janji punya pasal so janji harus ditepati iaitu mee kari akan tersedia sebelum 11 pagi, hari nih.

By 1040am mee kari versi tersangat basic pun siap. Hanya ada bebola ikan, udang dan tauhu telur tapi versi semalam I secretly n discreetly campak 3 ketul drumstick, hehe. Agaknya mee kari yang dibuat semalam rasanya TERlazat sikit maka ada yang tak puas menikmatinya. Makannya pulak dengan sambal udang kering, lagilah..!

Apek bermurah hati beri 50sen diskaun dan seperti biasa, samada daun sup/saderi atau cili padi akan diberi FOC. Hari nih dapatlah 13 biji cili padi merah menyala!

Oh ya.. misi potong rambut berjaya dilakukan. RM12 jer. Value for money takyah pergi unisex salon.

DUA hari berturut2 I macam rajin jer, macam tak malas jer.

Semalam kekiosk minyak USJ9 bayar segala jenis bil. Bil Astro untuk RD 40.25, bil air 4.10 (awat murah sangat? I pun heran) dan bil letrik 83.00. I gud gal sebab dah siap bayar bil letrik untuk bulan depan. Berhutang kecik2 cenggini memang merimaskan. Tak sker..

Selesai bayar bil bagai, I berdezup kekedai runcit dan kemini market berdekatan. Ada aje yang nak dibeli...

3 HARI lepas I terima panggilan dari private line. Tak selalu I layan nombor2 yg tak dikenali but thinking that I know 1 or 2 persons yang guna private line maka dengan girangnya I jawab panggilan tu.

Caller dari AirAsia mengumumkan nama I bertuah dipilih memenangi 2 tiket terbang kelangit biru. Kalau pemanggil tak beritau camana diorang dapat nama kita, sah memang ada yg tak betul tu.

Pemanggil memaklumkan pra-syarat blablabla tapi sebaik aje dia kata kena pergi kepejabatnya untuk ambik tiket, I pun cut him short "mahaplah.. saya takut naik kapalterbang". Ekceli dah selalu sangat terima panggilan macam nih. Dah seasoned.

SABTU:
TB ajak keluar lunch sebab dia dah tersangat lapar (almaklum smlm lunch/dinner makan mee kari jer). I pelawa mee kari yang I baru masak kejap tadi. Wpun dia suka segala jenis mee tapi untuk makan mee 2 hari berturut2 "nehi" katanya. I tau dia memburu NASIK tu, haha..

SANGAT gembira dapat menaip dan bercakap sorang diri. Masih tak boleh load gambar sesuka hati sebab gambar yang kita pilih untuk dipublish mendapat tentangan hebat oleh sistem goblogsepotdotcom nih... Sigh ...

OKlah... nak bersiap2. Nak memburu NASIK.
.

Wednesday 11 December 2013

11.12.13 ...

Assalamualaikum ...

Lama tak keudara waktu malam tapi pada malam bertuah nih terpaksa cekalkan hati dan menongkat kelopak mata wpun mata dah terasa kelat2 buah kepayang. Yawnn!!

Tak sangka dah 20 tahun I 'jual anggur'. Pilihan menjual anggur aka berhenti kerja bukan mudah dibuat sebab dah terbiasa pegang duit sendiri but the thought of staying at home goyang2 kaki lebih mengancam. Tup2 pada hari Jumaat yang mulia, terasa I had enough of working life. End of Dec 1993, bye2 ai-bee-em!

11 Disember dalam kenangan dimana satu Malaysia (dunia juga kot?) dikejutkan dengan berita sedih runtuhnya H.Tower. Hingga kini kesedihannya masih terasa terutama pada keluarga mangsa terdekat.

11 Disember 2013 merupakan 'wedding of the year' untuk siapa lagi kalau bukan you-know-who. Semalam hari berinainya, kebetulan pulak my adik dan isteri dijemput sama. Dapatlah secebis dua lapuran selari dari sana, hehe..

11 Disember juga merupakan hari paling gumbira untuk rakan blogger yang dikasihi kerana beliau baru jer dapat gelaran TokMi Cun. Bila menatap 2 'keping' gambar cucu sulungnya, I pulak terasa nak nangis. Sebak ok?

Alhamdulillah semuanya selamat. Mekasih TokMi Cun sebab sudi berkongsi kegumbiraan dengan WanThom (cun jugaklah sikit, haha..).

SERONOK ya dapat cucu?

T pernah tanya tak teringin ke I nak timang cucu? Camana nak jawab soalan tak berapa cepumas tu? Nak dapat cucu dari siapa? Dari D? Belum nampak bayangnya, masih kabur lagi. Dari T? lagilah kabur dan berkabus, hehe. Apa pun, rezeki yang tu I tak nak fikirkan. Segalanya dah tertulis 'disana'. Come what may kekdahnya.

Sebenarnya T yang teringin sangat nak dapat anak sedara. Peer pressure ler tu sebab kawan2nya dah ada anak sedara dan sorang dua dah ada anak sendiri ponn...

SEKARANG dah past midnite. Mata pun dah pedih tapi tetap tak nak mengaku kalah.

HARI nih SELANGOR cuti kerana menyambut keputeraan sultannya so ia bermakna KL akan penuh sesak kerana ramai akan ambik peluang membeli belah keperluan anak2 untuk tahun baru persekolahan. Tak dinafikan kaum perempuan mesti teruja beli sepotong dua kain ela memandangkan diskaun menjunam rock bottom digedung tekstil Jakel.

Waah.. camana I tau kain ela ada diskaun menjunam rock bottom? Tau pun secara tak sengaja. Tulah hari Jumaat baru2 nih, semangat menyoping kain ela tetiba bersemarak. Tak boleh berlengah lagi, ditakuti tailor tak terima jika dihantar suntuk waktu.

I need my own sweet time to shop so I went there alone. Bangla yang jual parking ticket tolong goreskan apa yang patut digores. Hamboi manjanya I? Macam tak reti buat sendiri pulak?

Hehe.. tak baik jeles..

2 jam = 2 keping tiket = RM1.20. Bila dah bayar baru perasan harga sekeping tiket 40sen so 2 keping baru 80sen. Mana perginya 40sen lagi tu? I doubt harga tiket dah naik! Salah ke kalau I kata ada penyelewengan?

MASUK aje kedai kain, I disambut mesra oleh anak pak Ajis, berbaju Melayu lagi, auwww. Selalu ke bila pegi syoping kita disambut oleh selebriti dengan senyuman semanis halwa tu? haha...

I belok kanan, dia ada. Belok kiri dia ada. Naik tingkat atas pun dia ikut, ishhh.. penatlah nak melayan senyuman dia so I sort of warn himlah "excuse me, boleh tak you let me shop in peace? You takyah ikut I, I rimas taw". Kesian tengok dia terkebil2 macam blur bila dengar I kata gitu.

CUKUPlah I berdrama sebabak-dua kat atas tu ya? Untuk pembaca yang kurang paham, sukacita diberi paham bahawa anak Pak Ajis yg dimaksudkan cuma berbentuk 'patong' aje.

Berkat bersyoping dengan hemah dan terlanjur diskaun menjunam, I pun hangkut berela2 kain yang berbagai corak dan warna yang agak subdued. 4 helai untuk baju kurung dan 3 helai untuk dibuat blouse. Kalau tak kerana jemputan beberapa majlis kawin bulan nih dan bulan depan, takdelah I nak buat yang baru tapi dah terbuat tu, come hari raya tak payahlah buat lagi. Can shake legs oredi..

ALMOST 2am. Masa dah tiba untuk gentel bucu bantal. Yawnnn *sambil katop mulut*
.

Monday 2 December 2013

Poda, durian, event, samlumat ...

Assalamualaikum ...

Hujan menitis2 dari pagi, sejuk kekdahnya tapi jangan sangka I belum mandi lagi, OK? As always tiap kali lepas mandi I tak reti berbedak. Dah lama sangat I tak beli bedak talkum tak kiralah untuk tepung gomakkan bagian muka atau sebagai pewangi kat you-know-where, hehe..

Bila keluar rumah (atau kalau nak look manis depan suami bila kat rumah), I touch up sket bedak kompak kemuka. Mungkin dah jadi kebiasaan guna bedak kompak masa bekerja dulu maka tak berapa suka nak guna 'poda'.

Bedak talkum kitorang sebut 'poda' so naturally I ajar D&T sebutan sama. Ada orang dari kampong komen "bunyi macam kampong aje" bila D beritau tentang sebutan poda; walhal orang tu yang sah berasal dari kampong menyebut bedak. So, apa yang kampongnya dengan perkataan 'poda'? Dia tak tau 'poda' punyai sejarah tersendiri.

Zaman D n T masih baby, I guna bedak baby Johnson's (apply nipis kemuka) tapi bila diorang dah toddler, I stop aktiviti membedak. Stemet sikit, haha.. Ekceli tugas tu dah diambik alih oleh Chik n Ndja. Dua orang nih tak beringat bila melumur bedak kemuka D & T dan budak berdua nih macam pasrah aje. Maklum belum 'vainpot' lagi.

Apasal I cerita pasal poda, bedak bagai nih? Sebenarnya nak cerita hal lain tapi saja nak pesongkan rasa sakit hati sebab tak boleh load gambar, terkesima mengimbau kenangan lama pulak..

THE PAST 2 WEEKS have been quite busy..
Apasal nak cakap omputih walhal bukan tak reti cakap Melayu? Suka ati sayalah.. dah saya reti dan faham dwi bahasa wpun masih goyang, haha.. Kalau reti cakap Cina, Arab atau Tamil, for sure akan diselitkan sekali kat sini. Nak dengar saya cakap Jawa?

OK come closer... ikan = iwak; telur = endog; lanang = lelaki; kesuwon = tq; nang dhi, nang kono, nang kene = dimana, disana, disini (agaknyalah...har3).

SEBAB musabab yang dikatakan busy (sesekali busy rasa macam nak pengsan).
1. 2 minggu berturut2 berulang-alik ke RD, 'lulian' punya pasal
2. keluar masuk shopping mall dengan 1 misi
3. projek sambal lumat

3 aje pun, haha..

1. November yg bersejarah sebab personally berjaya pungut 4 biji durian yg baru aje gugur. Credit harus diberi pada 5 ekor tupai for their effort, secara tak langsung cooperate menggugurkan durian2 tu.

Seberapa pantas yang boleh dikutip 4 biji tu. Sumpah I panik, ngeri sebenarnya. Asyik bayangkan kot ada peluru berduri pilih untuk jatuh pada saat I terbongkok2 mengutip. TB tak tau aktiviti solo I pagi tu sebab dia masih dibuai mimpi. Apa pun, perasaan bangga menguasai diri sebab berjaya melawan 'fobia' yang sendiri ada2kan.

2. 27/11 ada event yang dikendalikan oleh my BFF. 3 bulan sebelum event, I dipelawa bekerja dengannya untuk menguruskan hal admin (dapat gaji lagi) tapi I tolak sebab keadaan tak mengizinkan tapi kali nih dia mengharap I dapat luangkan masa beberapa jam menjaga registration booth. Kawan punya pasal kekdahnya, I setuju (walhal hari tu dah rancang keRD).

Dua hari sebelum event barulah diberitau tentang 'formal attire' yang harus dipakai. Atas hitam bawah putih atau bawah hitam atas putih.. persis taik cicak, haha.. Tapi tulah kalau dah pempuan, pakaian yang tersedia ada macam tak sesuai maka bermulalah pencarian pants hitam/putih dari satu kedai kesatu kedai. At last dua2 warna I beli, ya ampun! dan ssshhhhh sempat hambat satu tudung (tapi tak dipakai pun).

Hari melaram pants baru yang dinanti2kan pun tiba. 2 beranak bergegas kehotel pepagi hari. I suka kalau ada event kat hotel, sejuk sikit tiak, hehe.

6 registration booths siap diatur yang dikendalikan oleh 12 staff termasuklah I berdua. Best jugaklah sekali sekala buat kerja cenggitu.. terkonang2 den akan zaman kegemilangan masa bekerja dulu, haha.. (gemilanganlah sangat!).

Kendalikan peserta2 mendaftar, memaklumkan itu ini blablabla terasa letih juga. I berbisik kat my BFF "jaga nih aje boleh tahan berbuih2 mulut I" ... heheheee *gelak comel katup mulut*

Selesai segala kerja, agak2 time nak balik kita dihulur satu sampul surat putih. Alhamdulillah rezeki!

3. Dah 2x buatkan T sambal kering ikan bilis sebagai bekalan masa dia hibernate jadi beruang jadian. Cukuplah asyik makan sambal aje so untuk minggu akhir dia jadi beruang jadian, I buatkan sambal lumat daging.

Mencarek2 daging wpun dah direbus empok bukanlah kerja menyeronokkan tapi lagi epic ketidak seronokkannya tatkala menggoreng bahan hingga kering molek.

Kebetulan ada orang beri sepeket sambal lumat Ganu masa keRD baru2 nih. I pun berwhatsapp text/pic dengan T semalam.

Me: beza warna sambal lumat beli n buat sendiri (hambar in looks/taste) BUT I wld say mine has better texture as it is flossy, kankankan?
T: yes.. masa T makan pun T takjub camne dagingnya Umi boleh buat jd flossy.

TAKJUB katanya?? Patutkah I rasa bangga dengan pujian sebegitu rupa??

Fakta: Hambar in looks/taste sebab cili yang diBO sendiri tu tersangat pedas maka bubuh seperihal aje dan bahan2 lain yang digunakan pun macam lokek2 gitu, huhu.. Rasanya tak mengeciwakan tapi tak sepower masa buat pertama kali dulu.

KEMARKAS T semalam serupa emak siTanggang (sama initial pulak, hehe) membawak bekal makanan kesukaan anaknya. Antara yang dibawak ialah serawa durian, pulut, fresh durian dan masak lemak kobis.

T: Next time tolonglah jot down recipe. Mi bandung, mi rebus, laksa johor, kubis lemak, nenas lemak, serawa. Ni essential dishes la kira.
Me: To jot down recipes? hadoiiii malasnya...
T: Kenalaa..wajib T warisi recipe Umi. Nanti kalau recipe org lain tak sama. From today onwards umi nak masak those dishes, jangan lupa to jot down the recipe from scratch
Me: Umi ikut universal recipe. Semua orang guna bahan/cara yang sama. Refer tenet aje kan senang?

BERCERITA panjang2 pun bukan orang nak baca TAPI keseronokkan menaip dan meluahkan apa yang patut dan tak patut, the feeling is just vanderrful...
.

Tuesday 19 November 2013

Personal attack oleh sidurian ...

Assalamualaikum ...

Pagi yang dingin memang sangat sesuai bermalas2an atas katil namun sia2 aje jika cahaya suria yang akan bersinar kejap lagi tak dimunafaatkan. Jom sama2 kita hidangkan cahya suria itu dengan satu dua load basuhan diampaian.

Nak jemur apa lagi? Keropok? bantal busuk? Nak sun bathing? silakaaan!

SEAWAL pagi dah menikmati sekeping roti dan sekeping rc. Sangat sedap bila dimakan dengan rendang Siam (beli masa jjcm smlm). Sangat suka rc jenama hamiaZ (tapi tak pernah beli roti boomnya; takut meletop!). Manisannya bubur pulut hitam (ok tak kalau mengaku I buat sendiri? errk..)

MISI SABTU:
Gunting cili kering blablabla sampai selesai dikisar (nak elak rasa masin cili bo yang dibeli, terpaksalah I berhempas pulas buat cili bo from scratch). Cakap benar, I tak selalu buat kerja2 bermutu cenggini, hihi..

Habis yang tu, sambung dengan sesi back-breaking 'menyiang' 1/4 kilo bilis (beli bilis yg dah 'siap dibersihkan' tapi masih tertinggal macam2 yang tak sedap dipandang mata). 4 jam bertafakur depan bilis aje, ohh what a bore.

T mintak dibuatkan puding semolina (nak makan puas2 yg sejuk kat rumah) dan sambal ikan bilis kering untuk bekalan balik kemarkas. Nak menyukakan hati anak, Uminya pun berjanji manis semanis madu "beres".

Buat kerja yang dua tu PLUS buat kerja rumah yang biasa dibuat really meletihkan so afdal rehatkan badan dulu sambil golek2 tengok konsert akhir AF. Boleh buat puding lepas tu tapi I mampu merancang, as in no time at all I terus belayar ke Terusan Suez naik kapal wap! zzzzz....

KALAU tak kerana mimpi ngeri, pasti tak terjaga awal. Kan I patut buat puding? Kalau lewat, camana puding nak sejuk gigil2 dalam esbok sedia untuk dimakan seawal pagi. Kalau T keciwa, I juga akan rasa keciwa (sedangkan I dah berjanji manis, kan?).

MIMPI ngeri katanya tadi? Memang ngeri pon! Kes mimpi dalam mimpi. I mimpi I sedang tidur tapi I yang dalam mimpi tu tersedar kerana bermimpi ngeri. Konpius?

Dalam mimpi tu, I tidur kat tepi laman, open air. Bila terjaga (sambil pegang sebiji bantal); mata terus terpandang berbiji2 durian berterbangan melayang2 tanpa arah tujuan. Sempat pulak tutup muka dengan bantal tu, kononnya perisai, haha..

NASIB baik terjaga sebelum dihempap durian. Terjaga aje teringat kat puding terus bingkas menonong kedapur. Kacau puding sambil genyeh2 mata, nak nangis rasa. At last siap juga. Pukul 4 pagi esbok dgn senang hati menyambut kedatangan puding. Walla!

TULAH asyik cerita pasal durian, kan dah mimpi durian juga? Nasib baik tak cacat kena hempap durian. Adakah mimpi tu sebagai petanda? Semalam tengok cerita dinosaur, nasib baik tak mimpi ditelan dinosaur.

MISI AHAD:
Beriya2 masak itu dan ini. Niat nak berdalca tak kesampaian sebab misi menyambal mesti dibuat segera. Setiap kali bila T on study leave, sambal bilis garing mintak dibuatkan untuk bekalan balik kemarkas. Period mengulang kajinya, dia akan jadi beruang, tak tengok dunia luar. In hibernation kekdahnya.

Pagi tiba rumah, petangnya dah balik kemarkas. Dipendekkan cerita, masing2 puas hati, baik yang memberi maupun yang menerima.

Berakhir sudah cerita dihujung minggu ...
INSYAALLAH akan ke RD selama beberapa hari. Agaknya buah yang banyak durinya tu menunggu2 kedatangan Mem tak?
.
NOTE: Blogspot.com memang tak minat lagi nak jaga hati pengguna. Hari nih tak boleh load gambar walhal tulah yang menjadi kesukaan pengguna, tul tak? Penat aje orang snap2..
.

Friday 15 November 2013

Old TV and the double D ...

Assalamualaikum ...

Seawal 6.30 pagi dah mengadap sekeping rc segera, samtum bilis dan secawan neskopi. Tak lama pastu dah lapar semula maklum makan sekeping aje, kecik plak tu. Teringat lebihan c.law dan m.potato masih ada dalam esbok so jangan membazir, harus dimunafaatkan...


SEMALAM 'untung' RM18 dari hasil jualan sokabar lama (sejengkal jari apek = RM5). Pada masa yang sama I 'merayu' pada apek sudilah kiranya dia ambik my tv lama yang gambarnya dah kelabu asap (mungkin boleh memudaratkan cornea serta iris kalau masih berdegil juga nak dera mata sendiri tak nak beli yang baru, auwww..).

Anyway, apek was quite reluctant to take the tv. Dia lebih minat pada bateri kereta atau PC terpakai. Awal lagi dia dah warning 'takde harga'. OKlah Pek, it's a deal! Malas wa nak haggel sama lu..


Tak sampai ati nak dera apek angkat sensorang tv yang berat tu so I asked D to assist. Dapatlah D upah RM5 (hasil jualan sokabar). Belen RM13 boleh beli apa ehh?? Takyah susah2 pk, selit tepi henbeg dulu. Bayangkan ia akan beranak pinak jadi RM13K. Delicious thought indeed!

FAKTA SEJARAH: TV tu dibeli 2nd hand dari kawan sebelum dia berhijrah keBirmingham. Kisah hidupnya boleh tahan colorful. Dari seorang dentist yg miliki 2 klinik tup2 'tak punyai apa2' lagi. Dari seorang doktor, tup2 kerjanya menolak pesakit disebuah hospital... *kisah hidupnya terhenti disini. Malas aar nak citer. Lainlah kalau dia nak bayar ruang iklan kat Al-kisah nih, kaaan?*.

Nota: T sedih sebab dia tak sempat nak hug n say last farewell to the tv. Hmm.. kesian juga tapi kalau tunggu lebih lama, bertambah semak mata memandang.

WAKTU paling best menaip pabila perasaan 'whadehek' muncul dalam diri, sebabnya? Hmmm...rahsia!

ENTRY sebelum nih dah janji nak sambung cerita 'double D' so janji ditepati. Gini ceritanya..

1. D for DURIAN
Kejadian berlaku semasa diRD. Sekonyong2 TB angkat tangga keluar rumah sebab dipercayai nak cuci tingkap (oh! sungguh rajin suamiku itew), rupa2nya tingkap belum dicuci, dia dah detour nun jauh kebelakang rumah.

Clap2 bila TB berjaya kutip 4 biji durian. At the same time I tergamam bila tau rupa2nya dia masuk DALAM perigi buta guna tangga solely nak kutip durian yang 4 biji tu. Ya Allah! kan bahaya tu? Manalah tau perigi tu bertanah selut ke, ada penunggu naga betina atau anakonda ke? kaan?

Isshhhh, I better kensel the thought, tak bagus pikir yang bukan2.


TB bersemangat sangat tu sebab kalau tak dicari atau dikutip masa tu, mungkin kita tak dapat merasa buahnya memandangkan lagi lama our next trip kesana. By then maybe tinggal rantingnya aje, sob3.. (early harvest dapatlah 11 biji bersaiz comel).

I tak berani nak kutip durian masa pokoknya sedang sarat berbuah menanti gugur. Too hazardous kekdahnya ditambah pulak angin bertiup agak kencang bukan sepoi2 bahasa. Lainlah kalau pakai helmet besi ke, konfiden sket..

TB n cousin melawat kawasan sebelum misi masuk perigi buta. Nasib baik TB was smartly dressed masa tu, ehem. Kotlah dia pakai kain gelombang macam sepupunya tu, kot terjadi sesuatu, camana? *dalam ati sedang bayangkan yg bukan2 tapi takut nak cakap*

2. D FOR DAUD:
Entry sebelum nih berkisah tentang D yang luka teruk, terpaksa ditinggalkan selama 6 hari diklinik.. D yang dimaksudkan tu bukanlah D yang tolong apek angkat tv tu.

Perkenalkan the other D, my beloved baby...


D (my son) beri nama omputih pada kucing tu but it is not suitable for male cat. Memandangkan masa kecik bulunya berkilat dan matanya macam bercelak maka T namakan dia Daud. Kekallah nama tu even dalam kad diklinik vet, hehe. Doktor dan pekerja2nya macam susah nak sebut nama Daud. Whatlaa...

Alhamdulillah D the cat dah 90% sembuh. Dia masih dipakaikan collar leher supaya dia tak menggaru luka dimuka yang masih belum betul2 kering.

Dengan penerangan kat atas tu maka terjawablah soalan KAKCIK dan ARTLOVER. Sweet ladies, thank you for your concern.

TILL WE MEET AGAIN insyaallah, have a nice weekend.
.

Tuesday 12 November 2013

This, that and about D my baby!

Assalamualaikum ...

At last I tampilkan diri dari pertapaan digunung Alpa! haha..

Nak dapatkan mood berkarya, I pandang dinding, pandang siling, pandang lengan yang kian gebu sambil mengunyah kacang goreng jenama Mr Peanuts. Kat peket kecik tu tertulis New Look walhal the old look pun I tak tau camana rupanya.

Sekian lama menjauhkan selera mengunyah segala jenis kacang (goreng), tumpi atau tempeyek tapi tetap so inluv dgn by-product kacang iaitu kuah kacang; tak kira dimakan dengan nasi kena himpit, sate atau pasembur/rojak/pecal.

Tak suka juga kacang goreng dicampur dalam ABC, cendol atau nasi lemak (unless benar2 garing).

Manusia mudah berubah kekdahnya.
Sejak satu dua menjak berulang alik dari RB-RD-RB, masa 2 jam dalam kereta dipenuhi dengan sesi suap menyuap kemulut memasing sikacang goreng, heheh. Semua nih adalah pengaruh jitu dari TB so now I am hooked to eating kacang goreng!

Sepeket Mr Peanuts dah tinggal peketnya aje namun jus berkarya masih belum mengalir deras. Ehhh.. feeling very thirsty pulak.. Jap ehh.. nak minOm jap..

Air neskopi tinggal separuh cawan dah licin diteguk. Dah sejuk sebab buatnya tadi pukul 7. Minum minuman panas kat rumah aje. Kalau makan diluar, selalu minum yang berais. Bila kerumah orang, sangat suka kalau ditanya 'nak air panas atau sejuk' tapi kalau orang tak tanya, redha ajelah, hihi..

Bila diberi minuman panas, terpaksalah tunggu hingga ia suam baru boleh diminum. I dont have that kinda patience tapi benarkah pe'el sebegitu menandakan seseorang tu jenis tak sabar??

Minuman panas harus difuh-fuh dulu sebelum ia bearable untuk diteguk. Berfuh-fuh memang tak sesuai untuk perempuan anggun macam kita2 nih, kaan? haha... Rupa2nya, ia bertepatan dengan sunnah Nabi saw.. bahawasanya dilarang meniup makanan atau minuman panas (berlaku tindak balas berbagai gas, tidak sesuai untuk kesihatan). Wallahualam.

THINGS 2DO 2DAY ...
1. beli barang basah/kering
2. bayar bill astro/air/letrik
3. pergi klinik
4. tailor (Dec/Jan banyak jemputan kawin)

Rumusan ringkas(lah sangat):
1. beras tinggal segenggam..
2. bil air RM8.65, letrik RM152.30 (last mth was RM114.65. Apa pasai NAIK?)
3. Dah seminggu D menetap kat klinik, sob3..
4. majlis nikah/resepsi/bertandang - anak2 jiran.. Takkan asyik pakai baju sama jer, kankankan? Sementelah dah lama tak buat or beli baju baru untuk kemajlis, makanya ...hmmmm... sekali sekala, ok whaat..

Penerangan agak panjang lebor item #3
Dah seminggu hati nih risau sebab D sakit. Tak mampu menjaganya sendiri sebab ngeri tengok keadaan kaki, telinga dan pipinya yang luka-luki (?) so lebih baik dia tinggal kat klinik aje dibawah jagaan mereka yang pro.

Meruntun jiwa bila tengok doktor picit kaki D yang bengkak untuk keluarkan nanah dan darah. Kulit pada mukanya dah mati so doktor tarik, zaap zaap! Dah takde kulit so nampaklah fleshnya yang merah menyala. Kita yang menengoknya rasa terangkat2 montot ngeri tapi alhamdulillah D tak rasa apa2 pun setelah diberi suntikan. Dalam 3 saat jer dia dah tak sedarkan diri.

Doktor kata D bernasib baik sebab dia hanya kena jangkitan virus bukan fungus. It seems jangkitan fungus boleh membawak maut.

Tiap hari I melawat D untuk pastikan dia makan dan minum; tapi lebih pada memastikan doktor buat dressing pada luka-lukinya setiap hari. Doktor kata D garang bila lukanya disentuh. Yalah, hero Umi mestilah garang.. Kalau tak camana nak jaga Umi dan jadi bodyguard Umi, kan D kan? haha..

Patutnya D keluar klinik Sabtu lepas tapi I extend penginapannya kat sana hingga kehari nih. Biar dia betul2 sembuh, kembali sihat walafiat.

Errrk...berapalah agaknya bilnya nanti ek? Takperlah, dah rezeki D. Duit boleh dicari, tapi nak cari pahala bukannya senang (wpun it is not impossible).

Tak sempat nak titipkan gambar D sebab I have GTG. Ndja tetiba mintak I bersiap2 wangi temankan dia kesatu tempat yang agak azab untuk dapat petak letak kereta..

Stay tuned .. nak sambung citer pasal double D pulak, hehe..
.

Thursday 10 October 2013

Syoping, ziarah n run errands ...

Assalamualaikum ...

Next Tuesday dah raya haji so mesyuarat tergempar dah pun dibuat sejak minggu lepas lagi. Mesyuarat dengan adik beradik, beres! dan lebih penting mesyuarat dengan The Boss (better known as TB) samada nak beraya diRD atau disini aje, juga beres.

Keputusannya, kita semua beraya di PJ aje. I telah diamanahkan memasak dhalca dan daging masak kicap stail Johor. Bila I dah sebulat hati setuju, Ndja plak kata "kesian you kena masak 2 lauk".

Pada masa yang sama dia nak oder kari kambing tersedap didunia so secepat kilat daging masak kicap distrike off dari list, yeayy. Dah makan kambing, makan lembu lagi. Usus pun konfius.. kejap mbekk, kejap mooo.. belum bunyi ayam lagi tuu..

SELASA temankan Ndja bersyoping. Dah kata 'temankan' maka sesampai aje, I terus duduk dikerusi empuk. Lebih2 lagi lepas mendaki tangga, mencungap mintak nyawa taw. Selalunya bergayut pada railing tangga takut 'malang tak berbau' tapi tempat tu railing tangganya dibuat dari kaca tebal. Kot kuat gayutan I, tak pasal2 kaca tu make way, innalillah ..


Last April kami kesini juga so takdelah I membelek barangan yang dijual. Jeling dari jauh cukuplah. Ekceli I pasang strategi biar Ndja tak lama membelek dan tak membeli banyak, hehe. Yalah, bila tengok I duduk aje mesti dia ingat I boring, tul tak? walhal dia tak tau I dah curik2 ambik gambar, hehe..


Kedai tu menjual tudung, baju, seluar, jubah dan macam2 lagilah. This shop is on the 1st floor, tingkat atas dan atas ialah pejabat travel agent sementara tingkat bawah ada cafe dan juga travel agent. Menunggu Ndja taklah boring sebab menghidu bau2an dari cafe kat tingkat bawah tu tapi tulah, laparlah pulak..

So Ndja berjaya beli beberapa helai tudung yang cara memakainya dibelit2 tu, haha.. Last April dia beli rona putih so puaslah hati dia tu dah dapat macam2 rona. I tak reti pakai cara belit2 tu. Ndja bought me 2 jenis selendang mayang tapi macam tak sesuai aje. I only look sweet (har3) wearing one or two tudung yang rata2 iri hati nak sembunyikkan or even bakar tudung tu as they said my tudungs have seen better days. Jaaaaa-at laa diorang semua tu..

Done bersyoping kita pun berluncheonlah. Dah my niece kerja kat bangunan tu maka kita ajak dia makan sama. Bonding time kekdahnya tapi bukan makan kat cafe tingkat bawah tu ...


Namanya grilled chicken salad kalau tak silap. Yang kurus makan tu aje tapi yang kurang kurus bantai segala karbo bagai, haha..

Siang masih muda. Harus habiskan petrol lagi. Petrol baru naik 20sen aje kan? So kita ke PJ ziarah Chik. Keadaannya serupa aje tak mau bercakap. Her cheerful self has gone for good but not when we were there. Macam2 kita buat supaya dia bercakap so asyiklah kita beri salam aje biar dia jawab. Jawab salam she did tapi takde bunyi kedengaran. At least we know she still has a sound mind, insyaallah.

Puas hati dah ziarah Chik, time to run errands. Bayar bill -- beli kueh -- beli barang dapur -- beli murtabak pastu barulah balik rumah.

MASA dikedai tudung I sempat memuji tudung yang dipakai oleh sorang pempuan manis. I gatal mulut bertanya staff disitu dapat diskaun tak (thinking that she was one of the staff there. Takde niat to downgrade her status). Dia mengangguk.

SEMALAM Ndja beritau pempuan yang I bertanya tu ialah tuan punya kedai. So, kalau dia tuan punya kedai, adakah salah soalan I tu? I tanya mana Ndja tau pempuan tu tuan punya kedai? Ndja kata dia baru aje tengok siaran yang dia rekodkan pada Ahad lepas. Ehh.. I pun rekodkan juga.

Sah pempuan manis tu tuan punya kedai. Segala barangan dibeli dari Dhaka, diekspot di Canada, UK dan Msia. Pereka tudung dan lain2 busana direka oleh muslimah berkulit putih dari UK.

Kalau barangan dari Dhaka, I percaya agak murah untuk mendapatkan stok tapikan tapi....... *kenot say sbb I dah plaster my mouth, hehe*.

Tapi nak cakap jugaklah. Sementelah pempuan tu is the boss, surely dia 'dapat' lagi good diskaun dari staffnya, tul tak? maka .... (sila habiskan ayat nih).
.

Monday 7 October 2013

Mood baik dan positif ...

Assalamualaikum ...

Mood baik pagi nih sikit tercemar sebab kena marah. Imagine I kena marah pepagi hari walhal I dah mandi, dah wangi?

Yang memarahi tu bukannya sesiapa tapi anak sendiri, haha. Why I haha bila kena marah? Haha tanda berjaya melawan bisikan syaitan. You see.. pepagi hari I tak sker nak jejaskan mood dengan membalas something yang negative.

I pilih untuk berdiam diri sebab I nak anak yang akan keluar dari rumah untuk menimba ilmu sentiasa diiringi beratus2 malaikat disamping doa dari I agar ia selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan usahanya.

Berdiam diri juga sebab mengaku I dah buat silap TAPI akan tetap beritau sianak cara yang dituntut bila menegur kesalahan ibubapa. I tau bila masa terbaik untuk bertazkirah namun episod tadi cepat dilupakan semasa sesi hugs n kisses.

Bunyinya macam I nih positif sangat? Haaa.. tulah kesannya sejak 2-3 hari nih jadi stalker kat blog seorang retis. Orang sebut retis, I pun sebut jugalah, haha. Dia tu jauh lebih muda dari I tapi cara dia berfikir dan cara penulisannya amat berkesan dan terkesan dihati. Tak disangka2 I dah jadi peminat setianya wpun takde satu lagunya yang I minat. Ehh.. maybe ada satu kot? hehe..

Pengalaman pahit manisnya yang lalu menjadikan dia sangat matang dan tidak cepat bertindak mekhinzir buta (hic) dengan tomahan, fitnah dan penindasan. I masih belum katam membaca blognya yang sangat menarik tu. Since I tamak, kankankan... I tak rasa nak kongsi blognya disini, hehehe.. Ada ke orang tamak tak nak kongsi blog best?

PETANG Sabtu temankan T makan SGM. Sedap benar katanya kat tempat tu. OK, ikutkan juga. Pergi situ hanya nak makan SGM? Mana boleh so I oder CKT. Sengaja makan yg manis dulu baru yang masin. Sesuap dua masuk mulut terpaksa mintak dibungkuskan sebab lori garam dah terbalik dalam kuali, hehe..

Cadangnya otw home harus beli sebungkus KT dan alter CKT tu biar masinnya tak ketara sangat. Jadilah ia my lunch semalam.

Keluar dari kedai makan, masuk kedai jual tv. Bos kedai kata kalau I nak beli, I boleh trade in my existing tv. Less RM80 dari harga asal tv baru kekdahnya. TV kat rumah dah nyawa2 ikan so what say you? Should I buy a new one now or wait until the tv betul2 dah koluinnalillah?

Lepas usha2 tv kita terus kePJ ziarah Chik, my beloved aunty. Sejak bedridden, Chik dah malas nak bercakap, cuma anggok atau geleng aje TAPIKAN kalau nak dengar juga suaranya, terpaksalah guna 'kekerasan', haha.. Kita geletek tapak kaki dia ke... kita cium dia bertubi2 ke.. Kita ambik bantal busuk dia ke ...

PAGI semalam ajak D temankan kepasar Ahad. Kali kedua kesana tapi keterujaannya tak sama masa pertama kali dulu. I thot harga dipasar Ahad lebih murah tapi tak jugalah. I beli ikan yang biasa dibeli tapi D pujuk I beli ikan yu. I memang tak pernah beli dan tak pernah makan tapi dah dia nak, belikan juga sekor untuk dia sorang. Tak sure TB makan ke tak.

D bersihkan sendiri ikan yu tu tapi sebelum tu dia check internet perihal ikan yu. Camana rupa sisik ikan yu yang sebenar blablabla.. Cantik sungguh rupa sisik ikan yu bila dah dienlargekan. Dalam pada tu, I pun belajar sesuatu.

Kulit ikan yu tak dibuangnya terus malah dikeringkan. Nak jual kat tabib cina kot?

PENJUAL ikan sangat paranoid dengan harga ikan yang melambong tinggi sampai tak paham soklan pelanggan. Kita tanya 'nama ikan' tapi dijawabnya "1 kilo RMxxx". Tak menjawab soklan langsong! Rupa ikan yu bila dah disiat kulitnya, manalah kita tau ikan apa? Satu jenis lagi 'ikan Mayong'. Never heard. Pulak2 tu dah siap dikerat 18, haha..

SANGAT hepi bila nampak sukun bergolek2an. Berbaloi gua mandi pagi, haha. Beli sebiji @RM3.70. Sekilo RM3.20. Murah kan?

DAN memang berbaloi bila goreng sendiri. Puas makan. Setengah biji jadi habuan bfast TB n I pagi nih, alhamdulillah. Setengah biji lagi untuk bfast hari Selasa. Alahai, nikmatnya.


Ikan yu pun nak enterframe ...


Belum terbukak hati nak makan youlah Yu ...
.

Saturday 5 October 2013

Sekeping sotong 2 ringgit ...

Assalamualaikum ...


Bulan Oktober ramailah pulak dikalangan keluarga yang menyambut hari jadi. 5 orang semuanya. Tanda ingat, cukup hanya beri ucapan dan doa tapi adalah harus kalau nak belanja makan. Yang muda masih ada harapan dapat hadiah tapi yang senior pandai2lah bawak diri, heheh.

Besday TB kita meriahkan dengan membeli grocery part 2. Sebelum tu kita cari makan dulu but really macam dah boring nak makan apa kat situ. Sebenarnya I know what to eat but I mogok going to that same mamak stall yang jual rojak. Jap lagi I beritau kenapa.

Since besday boy tergerak hati nak mamam ayam, I pun ikutkan aje. Lainlah kalau ke SubPred, kat sana pilihan ayam meriah sikit so kita sama2 beratur memesan lunch feast jenis G. Masing2 dapat 2 ketul, pilih peha n betis. Tu sebab I berdiri sama masa memesan (tak suka kalau dapat dada ayam).

TB basuh tangan sebab nak mengongkang ayam guna tangan. Dasat bunyinya ek? Mengongkang? Taklah cenggitu, cuma dia lebih selesa makan guna tangan tapi I nak guna sudu/garpu tapi malas nak mintak kat kaunter so I guna aje sudu plastik meant to eat coleslaw n mashed potato.

Mengada ke tak nak guna tangan? Ehhh.. kita ada sebab musababnya taw.

Tak sangka... sebelum TB menjamah ayamnya, dia terus berdiri dan berjalan kekaunter. Yeayyy... masa tu I rasa macam we all tengah hangat bercinta, haha.. Bila dapat perhatian, mestilah sukerr.. I rasa macam my knight in shining armour has come to my rescue jer (wpun hanya dapatkan sudu dan garpu, haha).

Dia dah selamatkan keadaan sebenarnya maka dengan bantuan sudu dan garpu besi, dapatlah I merobek2 ketulan ayam dengan sempurna dan selesa! Alhamdulillah (jimat masa dan tenaga tak yah kesinki basuh tangan sebab selalunya kat sinki tu lecak).

TB makan ayam tanpa sos tapi I suka campuran sos tomato n sos cili (Thai sos tak sedap) tapi alahai, alat menekan sos cili dah rosak. Entah bila rosaknya, mungkin menunggu orang baikinya atau mungkin diorang tak lagi sediakan cili sos pada pelanggan yang dine kat situ.

HARI sebelumnya I keMydyn juga, acara grocery part 1. Tulah I beli rojak mamak. Kalau tak beli rojak, TB selalu juga beli cendol. Kiranya muka kita berdua dah seasoned kat situlaa. Selalunya I tak ambik set rojak tapi I pilih mana yang I suka. So I pasrahlah berapa harganya yang akan dikenakan.

I mintak telur, tauhu dan 1-2 yang lain termasuklah sotong. Bila I mintak 1 lagi sotong selepas sekeping sotong dah dimasukkan kedalam pinggan, teruslah sitambi bersuara "satu 2 ringgit". Ewahhh.. dah lebih sitambi tu. Kenapa tak beritau harga telur n tauhu? Atau tanya dulu samada I ada duit ke nak bayar harga rojak.

Maka I pun bersuara dengan nada selembut taufoofaa "kenapa awak cakap 2 ringgit masa saya mintak lagi? Kenapa tak cakap masa awak ambik 1 sotong tadi?". Hambik kau tambi! I think dia rasa bersalah sebab muka dia berubah jadi tawar..

Sementelah dah orang ingat kita tak mampu nak bayar RM6, I pun keluarkan syiling2 yang ada seraya berkata pada bos sitambi "saya bayar duit syiling, boleh?". Dia mengangguk (maka ringan sikit my handbag, now tinggal syiling RM3 aje).

LAST day beli beras Siam wangi untuk pemegang2 kad MesraMydyn so I pun belilah sebab ada diskaun RM8, hehe.. Masa pekerja scan barang2, I dah beritau 'beras ada kupon'. Dia menganggok so I thought anggokannya tu berpekdah tapi rupa2nya "saya terlupa", katanya. Lupa nak tolak RM8 dari harga sebenar.

Tak pasal2 kenalah I masuk kecustomer service untuk dapatkan pulangan RM8 cash. Dengan RM8 tu belikan D his lunch, haha ..

Akhir kalam, selamat hari jadi pada rakan2 blogger serta pembaca senyap sunyi Al-kisah yang menyambut hari jadi dalam bulan Oktober.

Selamat hari jadi juga untuk T, TB's sista, Teh and my nephew. May Allah bless all of you till eternity, amiin.

Note: Pic from Google
.

Wednesday 2 October 2013

Tajuk hari ini 'rahsia' ...

Assalamualaikum ...

HARI nih nak cerita pasal mouse/tetikus yang dah berkecai beyond repaired so dengan ikhsan TB, dia berilah sebiji wireless mouse yang comel lote pada this infamous blogger, hihi...

Wireless mouse meh? Cakap benar, I tak pernah perasan such mouse exists. Sah, bangsa tak suka membaca (bab2 IT)!

TB pun ajar cara guna mouse tu. Kenalah ajar, manalah tau nak cucuk kat mana ada satu mende alah tu, kaan? OK fine, I dah paham. Kacang aje pon, haha..

3-4 hari berlalu so today is the day I feel like using the mouse. Menaip guna 'sensor pad' memang tak syok sebab ia menjejaskan produktiviti, cewah.

Dah buat sebagaimana TB ajar tapi curser tak keluar jugak, how? Ketuk mouse yang tak berdosa 2-3x atas meja tapi macam tu juga. At last D came to my rescue. Alhamdulillah ada anak yang cerdik sikit (sebab Umi dia cerdik banyak, hahah..).

D pegang tetikus "Miiii...kat sini ada on/off". "Muahahahahaaaa... apsal Umi tak nampak? Ekekekee... Ohhhh...yang tu abah tak ajar, no wonder Umi tak tau, harharhar...".

TB tak ajar part on/off tu mungkin dia pasti I will use my common sense but today tup2 gua manyak lemau, wa cakap lu, haha. Bila dah banyak gelak kat diri sendiri, seluruh badan terasa ringan. Gelakkan diri sendiri boleh jadi terapi juga rupanya ek? *cover line*

MALAM tadi mood membaca menyerlah sikit. Nak baca pasal 'the rat that taught a couple to love'. Macam menarik aje, tapikan tapi ....


Dah terang takyah bersuluh lagi. Dah katanya RAT, mestilah cerita pasal tikus dan tentulah rupa tikus berkenaan terpapar dalam majalah tu...

I lebih bijak atau tikus dalam majalah tu lebih bijak? hahaha.. soklan cepumas kekdahnya nih ..

So, pelan2 I selak mukasurat satu persatu (walhal dah siasat glossary page, muka surat mana yang ada cerita pasal rat bertuah tu namun terleFAs FAndang). Ada cerita pasal kegunaan buah delima .. blabla .. blabla ...

Macam2 topik yang menarik langsung terlupa misi utama untuk mencari mukasurat mana menceritakan pasal RAT supaya berjaga2 takmoh terperanjat tapi tetiba OH MAK KAUUUUU .. terus melayang buku tu I lempor! Reallylah....muka rat yang comel tu penuh satu page memandang tepat kat I.

A pause of a second sebelum I lempor majalah tu sebenarnya. Sesaat untuk I pastikan yang I tengok tu ialah tikus. Woooshhh... kering darah! Terhantok siku kat meja lagi, adoii..

Alhamdulillah dapat anak yang tak geli pada tikus dalam sebarang bentuk (tapi geli cicak dan siput), D jadi penyelamat, tolong lipatkan mukasurat berkenaan supaya I boleh terus membaca tapi pagi nih I perasan mukasurat tu tak berlipat lagi. Mesti TB yang bukak lipatan tu not knowing a mishap has happened ...

JANGAN memain kalau seseorang tu geli pada binatang. Takde depan mata pun jadi. I takde masalah pada kucing tapi cuba dekatkan kucing pada my kakak, sure dia melompat atas meja, haha.. I takde masalah dengan froggy the frog, tapi tulah kegelian utama aruah Mak. Dia pernah lompat kijang taw... kikikik..

Happy reading and have a nice day.
.

Friday 27 September 2013

Telur,ayam,drama,tetikus...

Assalamualaikum ...

Telur, bawang n cili hijau
Tu gambar breakfast hari Khamis. Pagi tadi makan seketul drumstick aje. Memang tak kenyang tapi tu aje yang ada. Oleh kerana rasanya yummy (puji jgn tak puji) maka I beralah pada diri sendiri. Baiknya I? haha..

I know I have eaten something before I had that drumstick but what is it? PK punya PK, nasib baik ingat, camanalah boleh tak perasan I dah makan roti dengan sambal tumis sebelum tu? Patutlah perut I steady aje, tak merintih2 ..

Haaa.. apa hal dengan 2 biji telur nih?


Patut ke diorang letak telur yang berlainan saiz dalam satu bekas? Patut ke? memang tak patut. Dalam perasan tak perasan, I baru dikejutkan dengan realiti iaitu harga telur memang dah naik. Cam nih, I nak bela ayamlah! Ayam yang kerjanya semedang keluarkan telur and nothing else.

Soalan cepumas petang Jumaat berbunyi: Thigh ialah peha, kalau drumstick? Orang Melayu sebut apa ekk?

SEMALAM I tengok drama Melayu yang I rekod dah agak berzaman. Thot of deleting it tapi bila tengok heroin lawa yang dipaksa kawin oleh mak tiri, terpaksalah I lekatkan punggung erat2 atas kerusi, hehe..

Rupa mak tiri pada heroin lawa ...


OK, I mengaku. I bukannya nak tengok sangat drama tu, I cuma suka nak tengok apa jadi pada Mrs Kalsom yang eksyen aka timing sangat tu. Dapat pembalasan setiimpal ke tak? Hehe... sadis jugak I nih ye?

Macam2 kerja jahat yang Mrs Kalsom dah buat hanya kerana dendam pada emak sianak tiri. Malas pulak nak elaborate tapi kelakarlah juga bila mak tiri suruh anak tiri panggil dia aunty (bila dirumah) dan Puan Kalsom bila diofis (kebetulan anak tiri mintak kerja kat ofis mak tiri).

OK, I mengaku sekali lagi. Sebenarnya I tak suka nama Kalsom digunakan untuk watak jahat dan sejenis dengannya. Sedangkan dunia tau nama Kalsom atau Kalthom adalah nama salah soranganakanda Nabi Muhammad saw tapi untuk watak yang baik2, takper, I skerr..hehe..

TU JUGA mungkin sebabnya peninju dunia Muhammad Ali aka Cassius Clay tak benarkan namanya terpampang didada sidewalk Hollywood's Walk of Fame kerana tanda hormat pada dirinya, lebih2 lagi pada nama Muhammad tu sendiri. Bayangkan kalau sejuta manusia memijak2 petak 'bintang' yang dilekatkan dilantai yang pada mulanya dianugerahkan tanda penghormatan, tapi sebenarnya??

Takde pulak hitam putih dia mengaku buat begitu kerana nama Muhammad ialah nama Nabi kita tapi common sense akan berkata demikian. Wallahualam.

INNALILLAH ... tak semena2 my tetikus jatuh kelantai terus berkecai. Tak tau camana nak cantumkan semula. Harus beli baru nih? hehehe... it's about time, yeayy...
.
.

Tuesday 24 September 2013

Tajuk hari ini ialah ....???

Assalamualaikum ...


2 hours on the road can be exhilirating as well as sakit jiwa. Tengah syok2 menikmati pemandangan indah negara tumpahnya daraku... ooops I mean darahku, tetiba bas peranginan bagai mencucuk2 kereta dari belakang. Memang mengerikan!

Bas peranginan memang selalu langgar peraturan. Mula2 santun aje ikut laluan kiri tapi dalam sekelip mata dah masuk ketengah terus pecut kekanan. Bas sama bas pun boleh berlumba2. Ntah berapa kali agaknya bas2 tu kekiri kekanan sebelum tiba kedestinasi.

Bayangkanlah kalau lori, tanker, trailer dan trak buat hal yang sama..

Apa kurangnya dengan kereta serta motor rakyat marhaen yang tak segan silu tunjuk bakat terpendam. On the road, Kancil memang juara. Tak padan kecik berlumba dengan Audi. Ada hamba Allah sorang tu bawak motor sambil meniarap atas tempat duduk gaya Superman terbang. Meniarap tak tererlah dek, cuba bawak motor tu terlentang sambil makan kacang. Evel Knieval tengok pun boleh menangis, huahua...

ALHAMDULILLAH selamat tiba RD ...


SELASA 8am. Sangat teruja bila tengok keadaan rumput cenggitu. Kalaulah rumput tu jenis rumput yang elok, nescaya pemandangannya lebih awesome.

The jakun in me feels so fascinated
Kehairanan sebenarnya. Kenapa tak seluruh rumput tu memutih kena embun? Kenapa ada 'patch' putih macam tu? Alkisah ianya begitu kerana titisan halus embun membasahi permukaan sarang labah2. I nih kurang ilmu.. mana nak ingat pasal eco-system bagai semua tu, kaan? until I sendiri buat onar kat salah satu 'patch' tu, barulah tahu, haha..

APA mendenya kat bawah nih? Tulah kerja I membawak pekasam dari RB (rumah bandar) ke RD. Basuh baju disana sangat best. Selain guna mesin basuh yang baru, auwwww... air paipnya sangatlah deras laju debaboom! Kejap aje done 1 load. Ceria aje ati bila tengok basuhan diampaian melenggok2 ikut tiupan angin.

Mesin basuh diRB dah menunjukkan unsur penuaan. Tak tahan dengar bunyinya (juga malu kat jiran) bila proses 'spin' sedang rancak. Bunyinya sebijik cam kapal korek YapAhLoy (wpun tak pernah dengar camana bunyinya).


Ikut cara orang dulu kala menyimpan baju bila nak lari dari rumah berjalan jauh/bermusafir.

SEMASA diRD I telah dikejutkan dengan berita my abang nak kawin lagi. I balas sms kakak dengan satu perkataan aje 'Whhaaaat???'. Terkejutlah juga sebab baru 3-4 hari sebelum datang cerita sensasi tu my abang kata dia tak nak kawin. Biarlah sisa2 hidupnya begitu dengan memori manis bersama aruah isteri disimpan rapi dalam lipatan qalbu. Dia tak cakap gitu, I jer memandai, haha..

I memang tak suka kalau abang nak kawin sekali lagi. Yes, I am being selfish here. I baru jer nak manja2 dengan my abang, tup2 ada orang nak sambar dia dari I. Tak kiralah kalau abang I yang menyambar pempuan tu, whoeva she is.

Apasal lelaki harus kawin setelah ketiadaan isteri? Mesti ke kawin? Kalau hanya nak berteman lawan bercakap, I think better tak payah. I tak mau pikirkan kebaikkannya cos I refused to do so. Am I not selfish?

Hari berganti hari..
Seminggu berlalu sudah so by now my abang dah sepatutnya berkahwin kan? tetapi ....

jeng jeng jeng ...
.

Wednesday 11 September 2013

RD dan komplen ...

Assalamualaikum ...

Pagi nih breakfast paling mudah. Sekeping roti, bagian kulit pulak tu (stemet) dicebis2kan masuk kedalam semangkok sup ayam lebihan dinner semalam. Dalam sup ada 2 ketui drummer .. ehhh I mean drummet n half biji kentang. Kenyanglah kot?

I suka beli drummet tapi ada 1-2 puak menentang sebab drummet kecik sangat, tak puas makan. Ngap 2 kali dah habis kekdahnya. OK, nanti kita beli drumstick ostrich, okay??

Agak kenyang jugaklah lepas semangkok tu licin but I want something more, can'uh? Selamanya balang tutup merah berisi tart nenas dipandang sebelah mata kiri jer tapi hari nih, sebelah mata kanan memandang sama, haha..


Kalau tak cuit sekarang, agaknya sampai raya tahun 2020 pun mesti tak bercuit. OK tak makan tart nenas tapi dibuang 'kulitnya'? Sangat OK. Bayangkan kalau tepung tu I ngap sama (salutelaah.. tetiba so health conscious?).

RD ie rumah desa. Dah lama tak story pasal rumah desa ekk? The last time we were there was during hari raya. Paling lama kat sana selama 6 hari. Kira pecah rekodlah nih. Kadang2 windu dendam juga nak kesana, hehe..

I takde cerita sensasi pasal beraya kat RD, ek ek ek?. Mana boleh cenggitu, sia2 aje ada blog sendiri, blog FOC plak tu *sengih*. Takper, maybe next time (haha.. mesti ada yg kata 'thank god' sebab takyah baca celoteh berjela2 dari I, khaan? That's Ok, gua chill aje, haha).


9 bulan dulu, kebun sebelah rumah macam tak bertuan sebab dah jadi mini rimba; not until 2 months ago bila tanah bertukar tuan (yang sangat rajin), teruslah senang hati dan mata memandangnya. Memalam taklah I takut sangat, hehe..


Keadaan belakang rumah juga kurang 'ngeri' sebab tanah hujung tu dah dilapangkan untuk menternak sekor dua lembu namun lembu2 tu bukan I punya. Sebelah kiri nun, pemandangan yang menyenangkan hati sebab nampak kawasan perumahan dan kereta bertali arus dikawasan Rim. At least I know there's a life there...

2-3 batang pokok durian berbunga dengan galaknya dan berputik like there's no tomorrow. Tengoklah camana rezekinya nanti samada jadi rezeki monyet, tupai, manusia ATAU .....? errk..

SEDANG menaip nih tetiba ada satu panggilan masuk. Selalunya I tak layan or rather malas nak angkat nombor yang tak familiar namun hatiku tenteram hari nih, so I jawab.

Orang Astro rupanya.. Nak suruh kita bayar, ooo la la.. Astro kat RD guna nama I so afdallah diorang call me. RM40 patut dibayar pada 15/9 n now only 11th. I taulah dia menjalankan tugas tapi cakap benar I sakit hati receiving such call. I bukan kaki delinquent pun. Sentap nih..

Takat 40 ringgit, bukan 40 ribu ringgit. Haaa... "tapi saya ada 4 hari lagi kaan?"; jawabnya lembut "just a reminder". Sangat marvellous, tetiba I ada PA yang lembut berbicara mengingatkan suruh bayar bil.

Time like this, lembut ke tak lembut, tetap nak rasa sentap, haha.. Lagi satu senario sentap bila terima call dari bank nak 'beri' kita 8-10 ribu ringgit untuk kita berbelanja sesuka hati. Waddahek! (sepatah kata Yatt).

Have a nice day. Don't sentap2, no good :-)
.

Monday 9 September 2013

Tajuk hari ini ialah MACAM2...

Assalamualaikum ...

Baru selesakan punggung atas kerusi tak empuk dan mula menaip tetiba someone makes me sentap! Ehhhhh....? *sigh*

Bukan senang nak padamkan api sentapan walaupun sekadar sentapan manja. Tiak pun boleh berpeluh menahan ledakan mini gunung berapi meletop.

Anyway, pernah dengar istilah sentapan manja tak?

Sentapan manja berlaku bila suami sendiri yang buat kita SENTAP tapi hati akan cepat cair bila suami berdiam diri, dengar dulu penjelasan kita. Oleh yg demikian rasa kecintaan akan lebih menebal pada dia, setuju tak?

Kalau suami bersikap defensive bila kita baru nak menegakkan benang kering, alamatnya seminggulah dapur tak berasap, ahaks. I think he knows his wife better, haha..

SARAPAN pagi nih ialah nasi gor kampung, D yang masak. Boleh tahan sedap dan boleh tahan pedasss. Tak ingat nak klik klik tapi nak juga tampal my 5-minit meal for breakfast yesterday ...


Char KT lambong2 diberi nama. Kalau tak lambong, takkan dapat effect atau rasa sesedap seperti dimasak oleh penjual Cina. So bila dah lambong2 tu serupa ke rasa sedapnya?? isssh2...soalan provokasi namanya tu so takde jawapannya. Tanya lagi esok lusa, ok?

LAST kopek open house semalam kat rumah kawan sama sekolah tapi dukacita tak pergi pun. I thot on weekend bolehlah I berpeleseran dgn kengkawan tapi T pulak ada juga last kopek beraya, terpaksa bawak kereta kesana. TB pulak kerja (hari Ahad pun kerja, cian dia) balik lewat. Boleh aje mintak D hantarkan tapi risikonya hebat sebab kereta tu menanti hari untuk diservis/overhaul. Takutlah apa2 terjadi nanti langsong terbengkalai I kat tengah jalan.

SELASA lepas kepejabat TNB. Selagi I tak faham sebabnya tertera 497.48 dalam kolum debit/credit, selagi tulah I tak moh bayar. Why suddenly ada debit/credit sedangkan bulan sebelumnya tunjuk MINUS RM52?

Nasib tak baik system TNB down syndrome! Kiosk bayar bil pun down. Mood I lagilah down sebab bukan senang I nak mandi pepagi kepejabat tu dan bukan senang ada orang dengan sabarnya menunggu kita dalam kereta.

JUMAAT pergi lagi. Kaunter pertanyaan dijaga oleh encik guard. I blablabla terus dia hulurkan nombor. Well... sebenarnya I tak perlukan nombor, I boleh aje naik tingkat 2. Alhamdulillah, untungnya kalau ringan mulut suka bertanya, khaan?

Penjelasan dari petugas boleh tahan detail siap tunjuk skrin lagi tapi adakah I faham?? Not at all. Maybe 5% aje I faham, ekekeke.. Apa pun, kalau berdegil tak nak bayar bil yang agak melambong tu nescaya bergelaplah kami anak beranak. Kenot watch tivi, kenot wash baju, kenot iron clothes, ALL kenot kekdahnya.

So bye2 1K... (semua nih angkara meter yang baru TNB ganti. Apa pekdahnya ponn?) *sentap nih*.

ASTRO satu hal, hehe..ada jer nak komplen ek?? Yalah youuuu...tengah sedap2 I flip flop channel tetiba tivi gelap gulita pastu bertukar rona biru, kothong! Takkan my tivi yang menanti saat2 kehancuran failed on me?? Hehe.. memang tak sebab decoder Astro punya angkara. Tak boleh record program, tak boleh view program yg dah direkod; pendek kata semua fungsinya kiok!

I pun telefon cust. service. Petugas ajar hands-on cara memanipulasi decoder tapi tetap tak berjaya so dlm masa 2 hari, technician akan mencemar duli dan kalau perlu decoder diganti baru, that will take 5-7 days. 2-7 hari sangat lama OK? Tapi I pasrah atau buat2 jer pasrah.

Malamnya I ngadu pada in-house technician, siapa lagi kalau bukan suamiku itew? hehe.. I serah bulat2 pada kebijaksanaannya (auwww) sementara I didapur menyediakan santapan kebaboom.

TCTLSShort, TB berjaya menggodeh!! Yeahhhhh...alhamdulillah (bini in-house technician senyum simpul mati sampai sekarang).

SABTU baru nih I temankan T tengok wayang. Kira kena paksalah nih. Ekceli I fobia masuk panggung wayang tapi kesianlah pulak. Wayang tu dah sebulan setengah dimainkan so as expected panggung wayang tu takkan ada ramai orang.

Mula2 kita berdua aje. Wayang pun bermula... Alamak, nak nengok cerita hantu mana boleh kita berdua aje dlm panggung? So enter one couple, another couple and another. OKlah tak takut sangat.

T nih penakut tapi tetap nak tengok cerita hantu. Dia buatnya lengan kita sebagai perisai, har3. Dia kepit lengan kita pastu bila dia benar2 rasa takut, dia lekatkan muka kelengan kita. Dia intai menerusi celah2 jari jer.

I takdelah nengok celah2 jari sebab I sedang menikmati kacang so kenalah pegang peket kacang. Agak rasa seram, I sepetkan mata pandang dinding. Senang aje kan? Selesai masalah.

SEKIAN aje celoteh pagi Senin. TB baru telepon dari SA "I otw nih". Yes, hari nih hari kami berdating diMydyn, har3. Dia pergi bank dulu while I kat rumah bersiap2 molekkan diri tapi adakah I bersiap2? hehe...shhhh...

AKHIR kata, JOM ikut I JJCM, jommm??
.

Monday 2 September 2013

Mood nak celoteh ...

Assalamualaikum ...

My 2nd mee-deka for the week
Kali nih perisa kari. Bahan campak adalah 3 ketul drummet goreng dan daging masak kicap leftover semalam.

Initially nak makan roti dengan telur aje tapi tanpa disedari dua2 tu dah habis. Nak buat jejemput masin pun tak boleh sebab takde telur. I tak berani ambik risiko, haha.. I perlukan telur sebagai bahan 'pemujuk' agar adunan jejemput tak meletop semasa menggoreng. Terbukti, jejemput digoreng guna telur memang tak meletop, insyaallah.

Bercanggah dengan statement diatas, sebenarnya I sangat suka jejemput hasil letupan semasa menggoreng sebab teksturnya sangat spesyel... garing semacam diluar dan lembut semacam didalam, hehe... tapi tulah... I memang fobia dengan segala jenis letupan termasuk letupan dari mercun padi, hahaha...

Ahad:  terjaga awal sebelum azan so cadangnya nak tarik selimut rapat2 bawah dagu lepas solat tapi terasa rugi pulak sedangkan I dah congak2 nak kesatu tempat tu. Semalam hari sejuk kan? So I bersiap tanpa mandi terlebih dulu, woot woot..

Well... I sengaja tak mandi sebab I nak berlibur kepasar Ahad dekat rumah. Pasar Ahad aka Sunday market bak kata omputih. Lama dah pasar tu dibukak kat situ cuma I aje menyombong tak nak kesitu, haha. Menyombong yang bermaksud malas to the max!

Kesanalah I sensorang diri. Whoaaaa..... I like what I see. Semua yang dijual nampak segar bugar belaka. I cekut ikan harem, gnarap, lawab, isirek dan gnigad ubmel, ngeh2. Rasa nak beli lagi tapi takut freezer tak muat pulak.

Lalu kat stall jual pisang... I dah juling mata tapi tetap bertahan. Kalau beli lebih, berat pulak nak bawak kekereta nanti (park jauh sikit) sebab I dah beli seikat rambutan. Sejak dua menjak, buah rambutan kembali jadi my favourite local fruit disamping buah mangga.

Lalu kat stall sayur pun rasa geram juga.. semuanya fresh belaka tapi cuma beli kacang panjang dan pucuk paku kegemaran QJ aje, hehe..

Berbaloi beli sayur kat situ berbanding beli diGiant atau diMydyn. Memang selalu buntu bila nak beli sayur kat pasaraya besar sebab kualitinya mendukacitakan. TB pun heran. Dia selalu kata "kan banyak sayur2 tu?". Memanglah banyak, tapiii...? Alternatifnya, sayur dibeli kat mini market atau kat kedai2 kecik dekat rumah.

Nak tunggu sayur2an yang segar bugar dari 'potager' sendiri ntah bilalah agaknya. Ratna oh Ratna, kirimkan sikit kacang buncis, boleh tak? Kita nak goreng dengan telur, nyumsss...

Dah beli perishables tu bukan nak terus balik rumah. Ada aje plan nak melencong so I telepon my abang (yang kematian isteri June lepas) tanya samada dia dan bujangnya dah b'fast ke belum. Dalam masa 20 minit I dah tercegat depan gatenya penuh tangan dengan 3 peket nasi lemak, sambal sotong, apam gula melaka dan kuih gegetas. Bertiga kita jamu selera bersulamkan air sirap ais.

Tiba rumah terus sengseng lengan bersihkan ikan2, pack dan nyah terus kedalam freezer dengan ucapan I see you when I see youlah. Done that kita tak terus goyang kaki okaay? malah kita terus masak ..... yang simple2 aje, hehe.

Nampak tak sebabnya kenapa I tak mandi dulu sebelum keluar rumah. Kalau kepasar memang tak berbaloi mandi dulu. Jimat air amalan mulia sementelah seluruh Selangor ada masalah air kerana pencemaran diloji.

Kejap tadi TB ajak keluar tapi I kata I belum siap berkarya lagi. Berkarya punya pasal I sanggup tak keluar rumah tapi bila TB dah berlepas baru teringat.. Ruginya tak keluar... kan boleh terus makan??

Tapi takper, hari nih I rasa rajin sikit dan dah tau nak masak apa.
.

Saturday 31 August 2013

Tajuk hari ini ialah MEE-deka...

Assalamualaikum ...
31 Ogos hari Merdeka maka sarapan hari nih ialah Mee-deka yang dibuat khas untuk diri sendiri.

Mee-deka nyums...
Mee dari jenama MameeChef perisa ayam pedas shitake. Namanya 'ayam' tapi takde kelibat ayam pun, hehe. Takpe I mahapkan kot mereka terlepas pandang, kaan? Anyway, mee-deka my version itew tersangatlah spesel ..... sebaaaab?

Nak tau ke sebabnya? OK...sempena hari Merdeka, teruja pulak nak berkongsi resipi, heheh.. Gini ... Semalam I goreng telur dadar 2 biji (tu ajelah yang tinggal sebab ayam dah lari dari reban, har3) sebagai salah satu lauk (yg digoreng dgn penuh kasih sayang) untuk TB makan tengahari tapi dia cuil 2cm aje.

Malam menjelang, telur dadar (TD) tu masih tak bercuit juga so for not wanting to befriend the devil, I hangatkan dan sediakan untuk TB sekali lagi for dinner (tetiba rasa diriku menzalimi suami sendiri pulak). I think TB pun malas nak layan TD tu lagi sebab dia dah terkesima dgn my mabeles ikan masak kicap yang dimasak sekelip mata, siap!

Haha... kan I kata I terer memasak? *kata gurauan semata2 bak kata omputih pun intended*. BTW, ikan goreng yang dibuat masak kicap tu sebenarnya recycle dari tengahari jugak, oooops!!

So what happen to that TD, you mesti nak tau tapi malu nak tanya, tul tak? Well...pagi nih TD dah selamat dijadikan bahan mee-deka. I tak bubuh sawi (sebab malas nak ambik dari kebun, hehe...) tapi I lemporkan sayur apa-ntah namanya (sila amati gambar diatas).

Bila dicampur dgn mee-deka maka rasanya serupa rasa taugeh dan krup2 bunyinya bila dikunyah. Overall, dengan perisa ayam pedas shitake, one-day old TD dan sayur ala taugeh tu, garapannya tersangatlah aweful....!

Haha...acah aje tu. Mana bleh aweful.. it was sang-ngaaat awesome. Apa pun tipnya harus bubuh a-day old TD (dan TD bukan sebarang TD..mesti ada bawang dan cili ijau).

Cerita TD berakhir dah, now cerita pasal TB plak, hehe... W'pun hari nih cuti, TB tetap bangun pagi. Haruskah dia dipuji? hehe.. harus, memang harus. Lepas buat sendiri kopi 'male'nya dia terus capai makanan kucing untuk melunaskan t'jawab hariannya. Kucing perlu dibersihkan, diberi makan dan minum or else satu keluarga menanggung dosa.

Done that dia pun bersiap wangi2an dan kelihatan agak segak jugalah pada pandangan I yang belum mandi ketika itu dan juga sekarang, har3... Komain lagi dia ekk? Melaram dgn shirt baru lagii (hadiah dari adik kesayangan 2 helai, alhamdulillah).

I iringi pemergian TB dengan doa dan harapan. Ehhh..macamlah dia nak keGaza ke apa, haha... TB sebenarnya nak pergi FamilyDay yang dibuat kat hotel sepelaung dari rumah aje. As in previous years dah jadi lumrah that TB's presence is without his beloved mrs (beloved katanyakah? oh yes.. memang pun, heheh).

Diiringi doa agar TB selamat pergi dan balik kerumah dan harapan tu, apa kes?? Haaaa-rapan tu agar TB bernasib baik nombornya naik semasa lucky draw nanti. I tak harapkan apa2 ... chomaa..kalau boleh..yalah kalau boleh dan ada rezeki, TB memikul TV balik kerumah dengan jayanya, insyaallah (almaklum TV kat rumah nih dah menunjukkan unsur penua'an. Kelabu asap dah ronanya).

Harapan menggunung kekdahnya tu. Apasal nak harap FOC aje?

Tapi apa salahnya mengharap lagi pun bukannya dosa unless dah termaktub menerima hadiah cara cabutan bertuah gitu berdosa?? If so, oklah, nanti petang (tahun bila tak pasti) I pergi beli TV seluas dinding kat rumah nih untuk menggantikan TV yang ada sekarang. I tenyeh aje ok tak?

Tenyeh adalah istilah menggunakan jasa baik kad kredit tapi I dah janji pada diri sendiri tak nak tenyeh2 lagi. Kerana peramah pada bank, I menyimpan 2 kad kredit. Satu tu I dah simpan since 1987 dan satu lagi since 2000 (kesian punya pasal dan kerana I nak cepat penuhkan tank minyak dan beredar, I setuju. Tu pun sebab dia kata NO annual fees WALHAL dia cajnya kita, MENCII..) Tak sker kena tipu taw...

I plan nak discontinue satu kad dan simpan satu (in case of emergency kekdahnya) tapi dalam dilema nak pilih mana satu patut bercerai badan, hehe.. I kinda sayang both cards, suka bank 'A' tapi tak suka guna kadnya walhal credit limitnya quite vavavoom. Suka bank 'B', guna debit kadnya juga (dapat beribu treat points tapi tak pernah redeem) tapi credit limitnya cikit jer.

Discontinue satu kad, bolehlah juga jimat 50ringgit setahun. Yang geram tu tak memasal kita bayar RM50 walhal takde trnxn apa pun, so?? Nak komplen kat bank atau kat BNM pun tak guna sebab kita nih sengkuang jer (tak nak jadi mentimun sebab mentimun 'banyak jasa').

Hari nih I memerdekakan diri bercerita sesuka hati dalam blog sendiri, semua cerita bercampur aduk. Sebenarnya I ada lebih masa sebab hari nih chef Thom bercuti beraksi didapur. At 2pm ada jemputan open house dari jiran 1.5 pelaung dari rumah. Dulu kita berjiran lat 2 rumah aje tapi dia dah berpindah sejak 6 bulan lepas.

Lately sejak seminggu Syawal, masa lapang I dipenuhi menziarah my mak sedara di PJ yang sedang gering. Umurnya baru mencecah 90.. 'baru' sebab harijadinya jatuh pada 28hb lepas..

Baru 2 kali I bersama2 yang lain (maid, my sister, T) membersihkannya. Cakap benar, I insaf to the max dan I malu pada diri sendiri sebab I tak berdaya dan terdaya takat nih untuk buat apa yang maid buat untuk my mak sedara yang I kasihi dan amat sayangi tu.

Dia bukan any mak sedara yang I ada atau orang lain pernah ada. Masih ingat kata2nya masa kitorang kecik2 dulu bahawa dia adalah emak kita juga w'pun dia tak melahirkan kita.

Cerita selanjutnya akan dicoretkan bila masa mengizinkan (tup2 teringat satu load basuhan belum berjemur lagi, hehe... dan nak kena gosok baju untuk dipakai kejamuan rumah terbuka tu nanti).

Nilah I nih... bila dah mula menaip, susah nak berenti tapi bila nak mulakan menaip tu, rasa azab semput macam mendaki bukit Broga pulak.
.

Thursday 22 August 2013

Tajuk hari nih ialah MENCI!

Penurunan mood untuk berceloteh berkarya terbantut dan terkontot gara2 blogspot.com membuat onar. Maybe blogger lain tak alaminya sebab I tak terbaca mana2 blogger komplen samada tak boleh buat entri baru, tak boleh tampal gambar atau komplen tentang apa2 yang tak memuaskan.

Apa dosa yang I dah buat sehinggakan I menerima nasib seburuk nih? Cewahahahahaaa...

Sedang menaip nih pun I rasa pelik. Sebab apa pelik? sebab cursor tak boleh gostan tapi gostan semasa delete boleh pulak. Haishhh....*urut dada*.

Gambar kat atas tu sepatutnya diselitkan pada 4 entri yang lepas tapi masa tu macam2 masalah yang timbul. Cakap benar I had enough of bersabar dan memanjang urut dada untuk simmer down the ledakan didada nih. Hantar feedback pada Admin tapi masalah masih ada. I have half the mind to say they are a bunch of bengaps...Haaaa... kan dah terkeluar huruf terlarang itew? I marah okay???

Bila cursor tak boleh gostan guna tetikus maka terjadilah satu masalah baru, THUMP! *marah sambil ketuk meja guna buku lima* ...

Tu diaaa...tetiba aura KLGangster dah meresap kat jiwa I. Grrrr...

Nampaknya kena jugalah hantar feedback pada Admin. Memang menyampah nak buat tapi dah terpaksa sebab I masih suka nak berhibur bercerita berkarya dan menjadi blogger syok sendiri tapi diorang (blogspot people) yang mematikan kesukaan I.

Banyak cerita ceritut dan banyak hal2 pahit manis berlaku sejak I 'dibekukan' dari berceloteh kat Al-kisah. How could they do this to me?? Bila I tak berceloteh maka takdelah orang nak baca celotehan I, tul tak? Bila takde orang memeriahkan Al-kisah maka camana I nak dapat duit poket dari encik Nuff?? haha.. 

Terpaksa berenti disini dulu.. Kang penat taip berjela2 tapi takleh publish. I juga yang rasa sakitnya nanti. Menciii...
.

Sunday 4 August 2013

26 Ramadhan ... Blessed!

Assalamualaikum ...

Buat entri baru memang terpaksa guna HTML. Kotak 'compose' masih koma namun pagi nih tetiba 'ting' light bulb mengerlip2.. I memandai enable fungsi 'press "Enter" for line breaks', yesss! Dari pahaman omputih I yang tak seberapa, ia bermakna 'paragraph' ler tu.

Jap nak test dulu samada OK ke tak.

Alhamdulillah, tak sangka I ada bakat trouble shooting tanpa guna rifle, har3. Takat nih masih tak boleh tampal gambar tapi takperlah, I redha (ye ke?). Mungkin ada hikmahnya.

Sebut pasal hikmah nih kaan.. Selalunya kita alami musibah dulu barulah datang hikmahnya; tapikan tapi pernah tak orang alami hikmahnya dulu pastu baru datang musibahnya??

Anyway ...

Nak cerita hal minggu lepas masa balik kedesa nan damai. Bila balik berdua yang bestnya selera tekak kita jadi buddies. Tulah untungnya jadi pemakan yang tak cerewet, tak banyak hal. Jangan teka siapa yang tak cerewet sebab takde hadiah meneka tepat. Yang pasti orangnya bukanlah TB wpun dia dalam kategori boleh bawak berbincang.

Rumput, lalang and whatnot semuanya dah panjang so kita uruskan cari orang memotongnya. Mana patut diracun kita racun sama dia, haha.. Nanti nak buat BBQ ke, selesalah sikit.

Oh ya, peputik bunga durian kelihatan tersengeh2 dari kejauhan (kejauhan?). Berapa lama nak tunggu sebelum dapat dengar bunyi gedebak gedebuk sidurian runtuh kebumi?

Kali nih rumah yang ditinggalkan selama 3 minggu kelihatan ok sikit. Takde serangga mati bergelimpangan dan takde bukti aftermath sicicak mulas perut (adalah sikit tapi tak sehebat masa mula2 dulu). Agaknya para cicak dah tobat lahommm kot? ekekeke..

Satu jer yang I heran tentang para semut disana tu esp semut yang selalu kerumun pokok/buah rambutan. I think 'diamut' dah hilang instinct sebagai semut berkaliber. 'Diamut' konfius diantara pokok dan rumah manusia.

Kalau you tengok betapa 'diamut' seronok sangat menguasai dinding rumah dan celah2 tingkap, you mesti mengucap panjang. Dah nampak macam batalion enfantri ke berapa ntah, haha.. I tak larat mengucap panjang lagi dah but instead I dah bertegur sapa dengan 'diamut' semua tu. Mesti ada yang paham BM bila I menegur "hai...seronok nampak?".

Sebelum balik kesana kita dah beli spot light. Kata hari raya so kawasan hutan sekeliling haruslah dikejutkan dengan kilauan cahaya lampu biar burung hantu, musang pandan, ayam hutan dan sang serangga sama2 rasa keseronokannya. Layankan juga kehendak T yang idamkan lampu liplap dan colok lampu (5 batang @RM2.90 each).

Cakap benar, raya kali nih I rasa gugup sikitlah. Gugup sebab julung2 kali kena masak dlm amaun yang banyak, huwaaaa... help me QJ, helpp! Kali nih jadi tuan rumah, kalau tak selamanya I jadi adik bongsu yang manja. Habis kuat masak kuah kacang JERrrr.

Kata sepakat dah dimeterai. Kita tak nak makan ketupat rendang kuah kacang lodeh bagai dipagi raya (kita pergi makan kat rumah jiran ajelah, hehe) tapi kita nak masak makanan tradisi orang Johor. Siapa yang mengidamkan makanan nih telah berjanji taat setia akan meringankan tulang 4 kerat memasing OR ELSE chef akan mogok sembunyik 'dalam' pokok tumpang rumah burung hantu! Serius...

Semalam Sabtu kan? I dah buat onar kat Mydyn. Sah cari pasal sementelah tau tempat tu packed on weekends. Park kereta jauh sebatu tapi I tak komplen. Syukur diberi kesihatan yang baik w'pun kengkadang lutut kurang nak cooperate. Setelah mengerjakan umrah April lalu dimana banyak menggunakan tenaga, I dikejutkan dengan sesuatu 'yang baru'. Alhamdulillah.

Semalam juga I keklinik haiwan. Ikutkan hati I malas nak pergi tapi lepas T mentarbiah I, haha.. terpaksa ikutkan juga kehendaknya. Rezeki vet melimpah ruah sebab ramai betul yang bawak pet memasing kesitu. I tak bawak kucing tapi bawak arnab yang mengidap conjunctivitis. Dapat ubat titik untuk mata kirinya. Kalau matanya tembel, puas pulak I selidik siapalah selama nih dia duk ngendap :-)

Biasalah dalam klinik haiwan kita nampak kucing atau anjing, kan? Tapi semalam tetiba masuk sorang pakcik diekori maidnya memeluk sekor ayam belanda. Kitorang agak teruja. Pakcik kata ayam belandanya demam. Sopan santun aje ayam tu dalam pelukan maid, hehe.. Namun PakCik diminta keklinik lain.

I suka pergi klinik tu sbb doktor dan pekerjanya baik budi bahasa, peramah n most importantly doc tu ensem, ahaks. Ensem2 pun dia caj I RMTelu2, whatlaa..

Hari nih hari Ahad. Kejap lagi nak kePJ visit Chik. Kita adik beradik bergilir2 ziarah dia selama Teh berkelana jauh. Chik banyak berubah kelakuan almaklum umurnya dah mencecah 90. Last week I kesana saja berbual2 dgnnya. Dia tanya lepas jumpa dia, I nak kemana? I kata nak beli ikan dan barang2 dapur.

Sejak tu dia akan bertanya pasal ikan. Soalan yg berulang2 kali kekdahnya. Bila soalan ke-7 tanya pasal ikan lagi, dengan nada gurau I kata "Chik dah tanya 7 kali pasal ikan...." pastu I terus baring kat ribanya as if I pengsan dan sekelip mata I bangkit. Deraian gelak Chik was so priceless. She knew I was just pulling her leg, bergurau anak beranak kekdahnya. All in all, soalan pasal ikan = 10, hehe..

1-2 hari nih I dengar cerita pelik. Chik dah mula nampak 'perempuan kat pintu', dan selalu buat hal dengan maid yang menjaganya. Dia kurang berkenan dengan maid tu walhal maid tu punyalah sabar melayannya.

Cukuplah coretan tanpa gambar untuk kali nih. Hingga jumpa lagi..
.

Tuesday 30 July 2013

21 Ramadhan ... Juling mata pt 2 ...

WARNING: Kalau mata pedih berair selepas baca entry kat bawah nih, sila jumpa Dr Muhayah but never2 blame me OK AA/Azie? :-) Assalamualaikum... Nak marah boleh tak? ........ Tak kiraaa, nak marah jugak! Blogspot.com nih kaaaan memang nak kena cubit! Mentah tidur agaknya dia asyik meragam aje ........ Kurang dari seminggu dia OK, now back dah tak OK seolah2 melarang kita berkarya. Masalahnya lebih kurang sama. Kotak 'compose' dan cursor macam dah jem. Nak load gambar pun tak boleh ........ Taulah free, tapi janganlah buat oghang hot tak tentu pasal. Nasib baik puasa, tebal jugalah tahap kesabaran nih, ehem. Apa pun, ada ubi ada batas, okay?? You dont like me when I'm angry (dahlah guna free, nak warning2 lagi, har3) ........ Since fungsi 'perenggan' juga buat hal maka 8 biji noktah mewakili setiap perenggan ........ Why do I bother to make a new entry if the situation now is so aarrrghhh? Dah lama tak menaip akan mendatangkan kekejungan pada jari jemari Menaip nih macam buat fisioterapi jugaklah ........ Lebih kurang seminggu lagi nak raya ek? Dah bersedia ke I menyambut hari lebaran? Jawapannya belum. Masih tak habis mengemas, masih lum beli baju raya wpun ia tak mustahak. Lepas raya boleh beli atau tempah, if not TB bithing kang. Dia suka tengok bini dia yang colang nih 'terbela' kekdahnya. Takut oghang kata dia tak menjalankan t'jawab ........ Raya kali nih I stemet beli kueh raya. Lagi pun oghang yg buat tart nenas dan kuih makmur mogok (selamat I) so I beli 2 ketul kek kukus buah aje. Each priced at RM49.. dah naik harga. Tu pun Njah dah sedekahkan 3 jenis biskut and I am sure my SIL will bring loads of them. Oh no... I rimas kalau banyak sangat sebab tempat menyimpannya sangat terhad ........ I ni sebenarnya banyak kerja, macam2 nak buat tapi tetap nak berlegar2 kat dada Al-Kisah. Lepas Zohor nak keJasaint. Expected to bring macam2 harta karun kesana sebab raya tahun nih kitorang beraya disana. Ekceli sedih juga, sekali lagi beraya tak cukup korum sebab Ndja n family + Teh akan beraya kat benua lain. Esok diorang berangkat dan akan berada disana selama 3 minggu. So for 3 solid weeks I am without my sparring partner, sob3 ........ Kalau blogspot.com tak meroyan nak juga I tampal gambar masakan I, hehe. Masakan julung2 kali I buat ie ayam percik berkuah putih. Resipinya mestilah dari internet. Rupanya senang benar buatnya, syukur alhamdulillah. Next time kalau nak buat lagi, taulah I supaya lebih menderhaka pada resipi tu ........ OKlah, sebelum TB tau I curik tulang, lebih baik I mula menaikkan prestasi diri. Bestnya kalau ada maid ek ek ek???? ........ Hingga jumpa lagi. .

Thursday 25 July 2013

16 Ramadhan ... Alhamdulillah!

Assalamualaikum ...

1 Ramadhan I timbul and now dah masuk 16 Ramadhan baru timbul sekali lagi, hehehe...

I am so happy blogspot.com dah kembali waras so bolehlah I berjimba berkarya bermerepekan sambil makan kerepek raya cam dolu2. Perasaan sekarang nih diibaratkan macam dapat typewriter letrik kalau dulunya biasa guna typewriter manual; atau pun macam dah biasa drive manual tetiba drive auto........... gitu kekdahnya I kasi 1-2 contoh yang sangat humble. Lalalalalaaaaa ....

The past 15 days apa aje I buat? I buat2 sibuklah, apa lagi? I ngait gebar, mittens n booties; I jahit sampul bantal dan alas cadar untuk bakal cucu angkat. Dah pun melihat dunia cucu angkat tu pada 22 Julai lepas.. dapat cucu lanang you, hehe..

Nihlah cucu angkat yang dimaksudkan tuu... best apa perasan2 nih, hehe..

Musyuk2...comel tak?
Sajalah sukerrrrrrr sbb cucu angkat pun KETAM juga just like his late-grandma n his grandma angkat, hehe..

Dah dalam bulan Ramadhan maka bahan bercerita mestilah bercirikan jjcm or jjcl dibazar Ramadhan, kaaan? I thot I boleh break rekod menjadi muslimah pertama (konon) tak langsung teringin menjejakkan kaki kebazar sebab dah berazam nak masak sendiri.

Dipendekkan cerita, kecundang juga azam tu akhirnya (atas ajakan T/TB). So far BARU 6 kali kebazar dan sekali berbuka diluar (batalkan puasa dan solat dirumah dulu lebih selesa). Kali nih I lebih fokus tak beli lauk atau manisan merepek meraban. Say no to nafsu! Cewah...

Beli makanan untuk berbuka saja so ia bermakna kenalah masak bila bangun sahur. So far semangat rajin sangat membantu keadaan. Depending juga pada kekuatan tenaga dan iman (ehem), selalunya segala amal ibadah akan selesai sebelum 10malam.

Kadang2 tak sempat bukak telekong, kat atas sejadahlah mimpi indah atau nota2 dengkuran syahdu diadun, ooops! Tidur bertelekung atas sejadah berbantalkan lengan gebu dah terasa sangat nyaman. Lagi nyaman berlipat ganda bila guna bantal busuk tapi wangi bau Mystique *sempat promo*.

Niway, dah tidur cepat maka terjaga dalam pukul 2-3 pagi gitu. Kalau minda dah set 'berkobar2 nak masak' pepagi buta maka takde masalah. Redho jer terus menonong kedapur. Nasi ayam jadi, nasi lemak pun jadi tapi kalau minda tak berapa set macam lengkong terlebih air, maka mengesut2lah bila kedapur tu.

Ahad lepas berbuka puasa dirumah my 2nd sister. Best tak payah masak. Best dapat tapau dan lagi best bila dapat berkumpul adik beradik ipar duai dan anak2 sedara. Berniat nak buat kek pisang untuk dibawak kesana sementelah ramai monyet jadian yang sukakan apa2 berasaskan pisang :-)


Kehairanan dan kepanikan melanda. Belum lagi selesai 45 minit waktu memasak, permukaan kek dah mula perang dan terus perang. Bila cucuk guna skewer memang takde adunan melekat so it means the cake is well cooked ...... but?

Hati berbunga2 tapi hati kecik kata jangan nak berbunga sangat ok? True enough bila kek dibalikkan nah kau, kat tengah2 sebelah bawah kek masih wobbly lagi. Relax...tarik nafas panjang jangan panik wahai CikSom; dan2 *ting* idea timbul.

Kek tu dipotong memanjang selebar 2". Mana2 bagian yang masih mentah dibakar atas non stick pan dengan api pelahan. Tetiba cara memasak kek dah berubah, mcm nak buat lempeng pun ada, har3.

Dah buat post mortem dan taulah sebab musabab kek perang sebelum masanya. Nak blame kat oven tu boleh tak? All the same, alhamdulillah. Sebijik kek dimakan sambil kedengaran kata2 pujian dan kutukan dari monyet2 jadian yang dikasihi semua tu. Sesuai sangat.. yang memasak kek pun monyet jadian jugak.

Pertama kali buat kek pisang guna cheddar cheese so rasanya ada unsur lemak. Sedap!

Special thanks to sahabat blogger dari Georgetown yang mententeramkan jiwa masa I sedang panik kalut kek masak cepat. I text dia mengadu domba seketika, hehe..

Pada satu pagi subuh I tertengok siaran memasak kat chan. 119. It was a local cooking program hosted by our petite local cook but diorang shooting kat satu negara di Eropah.

Gross tak??
Cuba bayangkan jika benarlah bahan yang digunakan tuuu??? errrkkk...

Anyway, untuk orang baru guna smart phone, kesilapan selalu sangat terjadi. Kadang2 sendiri tekan, sendiri tak faham apa yang ditekannya, har3..

Mana silapnya? Jemari yang terlebih gebu atau key pad yang over sensitive to the touch??? Kadang2 bila tekan butang jarak/space, dengan tak sengajanya tertekan huruf B atau N. Kita tekan S tapi A yang keluar. Begitulah seterusnya. Sakit hati juga dibuatnya tapi kadang2 tergelak besar jugaklah of our own silly mistakes bila semua perkataan bersambung tanpa jarak.

Cukup sampai disini ... bestlah menaip guna kesemua jari jemari... taip laju2 sambil koner baring pejam mata... haha.... riak ler tu!
.