Monday, 30 November 2009

Happy birthday to Al-kisah ...


November 2009 genap 2 tahun usia Al-kisah. Siapa sangka tetiba I jadi 'columnist', kan? Sumpah I tak sangka, feewit <- girang dihati. Al-kisah memang dah 2 tahun tapi 6 bulan pertama, I tak aktif berblogging sebab I belum tau kenikmatannya lagi, cewah! Truth is masa tu I masih seronok 'bercanda' dengan kawan2 siber yang I dah kenali, dah jumpa, dah gaduh, dah bertengkar, dah sayang, dah dah dah cukuplah tu, heheh. Gitulah ceritanya.

Tapikan tapiii ...

... setelah kewibawaan I dicalar dicabar oleh si Folan tentang gersangnya Al-kisah, maka I pun apa lagilah .. I take the challenge siap junjung sepanduk dan bakar obor untuk anjakkan sket semangat. Sejak hari tu, I hanya pandang kedepan, cuma sekali sekala aje I toleh (mana tau kot ada idea bagus tercicir kat belakang tanpa disedari, kaan?).

To my dear Al-kisah "selamat hari jadi, semoga jodoh dan kasih kita berkekalan selama mana diizinkanNya, amin" <-- syahdu kan kan kan??

Terima kasih pada kawan2 yang sudi singgah disini. Sudi singgah satu hal, sudi baca dua hal, sudi memberi komen 3 hal dan terus sudi singgah disini 4 hal. Cik Som sebagai pemegang mohor Al-kisah sangat menghargainya.
.
Sekali lagi, thank you very much, kesuwon, kimchi kamsia, kamsia-hamnida, toche, nandre .. (kot ada 1-2 peminat seluruh donia berbagai bangsa, beranika bahasa, mueheheh).

Ni gambar favourite - 2005

1st time jumpa kawan2 siber, excited bukan main mengalahkan dapat cucu pertama. Ehh, excited ke dapat cucu pertama? Tak tau nak kata sebab I masih takde cucu lagi. Bayangnya pun tak nampak. Lagipun I kan masih muder belia, kan kawan2 kan?

Sunday, 29 November 2009

1 malam disana ...

Semalam I berkelana ke PJ temankan Chik untuk 1 malam. 2 hari sebelumnya D temankan. Malam nih dan malam2 berikut giliran my SIL pulak until Teh balik dari telan makan angin. SIL and doter duduk rumah Teh bila weekdays saja tapi 2-3 hari lepas dia takde sebab balik beraya kat rumah parents dia.

Eversince Teh's husband passed away, bro no. 7 and family had been staying there (for safety's sake maklum rumah tu ada 3 'dara pingitans' -Teh, Chik n maid). Secara tak langsung bro jadi orang harapan Teh dan kita semua. He was the family's courier man. Kita tanya apa nama company dia, jawabnya tersengih "fed-ups" (gabungan fedex n ups). Haha, I thot it was so kelakar, kan? kan?

Jarak rumah Teh n bro hanya 5 minit naik kereta .. so memanglah dia very indispensible until 2 tahun lepas .... dia pergi buat selama2nya. Dugaan kehilangan Bak n Mak was beyond anything I've ever imagined, but it turns out kehilangan abang juga merupakan 'tamparan' boleh tahan hebatnya. Semoga Allah terima taubat dan amalannya, amin.

Back to cerita bermalam temankan Chik. Lepas berbual2, tengok tv, selak2 magazine .. I terus zzzz... terjaga pukul 4 pagi. Aduhh.. whylah terjaga.. Dah terjaga tu, ingatan I jauh mengembara. Terkenang waktu2 manis (dan pahit) selama 4 tahun I duduk kat rumah tu - masa dikolej, masa mula bekerja dan masa sebelum I lari pindah selepas kawin. 1-2 tahun kemudian, Ngah jual rumah tu pada Teh. Memang banyak kenangan .. 4 kematian dan 6 perkahwinan.

Lepas solat subuh, I sambung tidor. Tersedar pukul 9 .. whahaha bagus punya pe'el (nasib baik kat rumah kakak sendiri). Lepas breakfast I pun beredar (takat ni takde sebut pasal mandi2 khaan?? heheh). I dah plan which route to take to go back to Subang. I ikut jalan Sect.14, a place I once called home. A place full of wonderful memories and everything looks so familiar .. just like 20-30 years ago.

Tuhan aje tau betapa syahdunya I rasa masa driving tu. Tak pernah terfikir that I could drive kat kawasan yang pernah I ulang alik satu masa dulu - pagi2 tunggu taxi, kelek D masa baby, hantar ke rumah babysitter/Teh etc. Kalau I tau driving tu senang dan tidak menakutkan, dari dulu lagi I dah belajar. Oh well ...

Terlanjur ada kat kawasan tu, I singgah kat satu kedai tu tapi 'closed' pulak. Mungkin dah rezeki, tuan punya kedai rupa2nya ada dalam kedai tu. Dia keluar dari kedainya dan I tak menyempat berteriak dari kereta "u tak bukak ke?". Dia tau apa I hajatkan, dia masuk kekedai untuk pastikan benda yang I hajati tu ada stok dan keluar bersama 2 peket black pepper sauce, heheh. Dah rezeki, I membeli tanpa keluar dari kereta. Syukur.

Dari situ, I konar menghala ke Sek. Sri Aman .. dekat roundabout tu .. belok kanan.. There.. kat situlah rumah lama I. 10 tahun I duduk rumah tu - kawin hinggalah beranak 2. Sedihnya! Lokasi yang amat strategik tapi I teruja nak pindah kerumah baru (kononnya). Rumah tu we all jual pada my abang (aruah). Masa I kesitu, rumah tu kosong sebab my SIL n doter pergi beraya rumah parents dia.

I terus menuju ke highway .. banyaknya kereta but the flow was smooth .. tiba depan Summit ada pulak accident kecik .. then I menuju terus ke Jaiyen .. beli then blah :-) .. singgah kiosk masukkan cheque dalam mesin .. phone TB "u katne? I nak beli lunch.. you nak apa2?". So I bought 2 laksa Johor and one soto for D. T dah balik ketempat dia malam semalam.. I drive ke PJ, dia drive ke SA .. seiring .. dia belok kekiri, I kekanan. Hanya Allah tau betapa 'pilu'nya I rasa malam tadi *sigh*

Tiba rumah beri salam .. tanya TB "you tak kemana2 hari nih?" .. "Nak pergi mana, kan I kerja?" .. OMG!! I lupa TB kerja hari nih .. hehehe.. Cian dia, hari Ahad pun kena kerja..

Friday, 27 November 2009

Apa yang best bila raya?

I suka bila Chik, adik-beradik, ipar duai dan anak2 sedara berkumpul ramai2 pada setiap perayaan. Kita masak sama2, makan sama2, berbual, bergurau atau hanya berbual kosong. We just be ourselves but the utmost importance is.. we still have each other - boleh mengadu, boleh menumpang kasih dan macam2 boleh!

At the end of the day, semua happy, semua enjoy (albeit the cholesterol intake yang tak dapat dibendung), dan semua mesti ambil peluang bermaaf2an (tutup buku lama size A4 dan bukak buku tiga lima aje.. ).

Itu adalah situasi paling ideal untuk I bila menyambut hari raya - aidilfitri n aidiladha, tapikan tapiii ...
.
Sambong tulis pagi Sabtu

Sambil makan sambil ketuk kibod. Nyummm, sedapnya!! Siapalah yang masak tu ek? hek3. Yang hitam2 tu ialah cendawan yang suka menangis (aptly called kememeh), kat tengah tu rendang dag and tepi sekali kuah kac.

Seperiuk lodeh, auwww. Dengar cerita ia memberi kepuasan tanpa tepian pada si tukang masak. Heheh, beliau amat vvangga.. (sebut dengan menjungkitkan bibir atas keatas dan temukan bibir bawah ke gigi kapak - ala chipmunk).
.
Seperti biasa tukang masak tak ikut law n odar. Lodeh versi my famili, 'ada macam2' tapi lodeh I masak semalam takde benda wajib seperti kacang panjang, tauhu atau kincam (nasib tak bubuh sebab kincam ada aura buat kuah lodeh masam. Agree with QJ).
.
Bahan lodeh (time rajin): tauhu kering, tauhu (versi mee kari), timun, sengkuang, cendawan kememeh, carrot, kentang, so'un, tempe, bawang/lada/udang kering/santan dan garam jangan dilupakan (dashkan agak sekilo bior BP go upstairs.. har3).
.
Ada sorang budak tu kaan .. sebuklah dia buat promosi suruh orang rasa sambal sotong dan kuah lodeh .. just because dia tolong potong sotong, tauhu n potong cendawan to bite size. Dia nak claim 50% share atas kelazatan masakan tersebut. Patut ke tak patut tu?
.
Nota tak tahan :
X1 datang solo - kini dan selamanya. Yang '2' tu memerap kat rumah. Whatever for?
X2 datang 3 beranak - kini dan mungkin selamanya. Oh well ...
X3 tak tiba2 hingga kemalam. Kini dan selamanya memang tak cukup quorum *deep sigh*
X5 datang sekeluarga, alhamdulillah.

Hari ni hari raya ..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA PADA SEMUA KAWAN2 ... MAAF ZAHIR BATIN.


Raya haji tahun ni I menggalas tugasan yang amat berat. Berat pada I yang memang berat slow coach nilah kan? Raya ni, korum adik-beradik sambut raya sama2 masih tak cukup. Teh, Ngah n hubby beraya di benua lain. Yang menanti disana is Ngah's son dan sorang lagi anak sedara. As usual, Ngah mesti masak cam nak rak kat sana tu. Gitulah qurban sorang ibu (macam kita2 ni jugaklah.. mulianya kita kan kan?? hahaha..)

Wpun Teh takde, kami tetap berkumpul di rumahnya sebab Chik ada kat sana. Kesian pulak kat Chik, lately dia mudah sangat terasa. Ketiadaan Teh, Chik tinggal berdua dengan maid aje so I hantar hero terakhir Malaya, untuk temankan Chik. Hero tu komen "Mii, boringlah sorang2 kat sana. Mehlah pergi sama". I kata "korbanlah sikit masa tu untuk TokCik".

Long, Ndja n I - kami bertiga dengan sendirinya memikul tanggung jawab yang amat besorrr. As agreed, Ndja nak masak nasi apentah + 2 lauk berasaskan 'ayambing'. Long masak 3 lauk, salah satunya ialah dalca. I masak ..... jeng jeng jeng .... tak pernah dibuat sokmor hidup, I kena masak 4 lauk sekali gus!!!! Huhuh, fengsan! Tak pernah I dibuli begini, mentang2lah mak bapak I takde ..

Sebelum uar2kan masakan, I kena bitau you dulu.. cik T kembang semangkok tu macam heran n takjub dengan keupayaan dan kemampuan Umi dia memasak. Yalah you, selama nih I memang lemak, selalu aje escape unscatched tak yah penat lelah masak apa2. Betapa untungnya nasib anak bongsu (seperti I, har3. Jangan jeles k?)

Tiap tahun (almost) my portion of a potluck would just be kuah kacang. Pastu I upgrade kerajinan masak sambal sotong pulak (read: untuk tutup malu). And this time around, I tambah 2 lagi ie sayur lodeh dan rendang. Thought of cooking rendang Tok tapi malas nak bukak buku resipi so I masak rendang Wan ajelah .. campak, lempar, baling.. done!

By now you mesti dah 'ngaku' sebenarnya I nih 'boleh tahan gak orangnya', kan? Hehehe.. I sker macam tu, keep it up beb (but I must admit that all the extra cooking was made possible because of? ... "Mi, hari raya takde rendang dengan lodeh, bukan raya namanya tu Miii..." Ishhh budak nih .. maka I drill dia potong/bersihkan cendawan kememeh, tauhu kering dan sotong.

I dah breakfast dah .. seketul nasi impit, rendang n KK tapi macam ada yang kurang aje - garam, gula, asam? Takleh jadi, kena alter ..

P/S: How to jamu orang like this? Asyik ada yang kurang jer .. Oh yes, lupa nak bitau... I baru nak masak lodeh ni haa, heheh. Sempat lagi sebab kita plan makan tengahari nanti. Lagi pun Ndja tengah lintang pukang masih memasak di Sban tu.. Cian dia.

P/S: Ngantuklah pulak .. slept at 3.30. Mmmm... tidur - masak - tidur -masak - tidur! Yeayyyy... (sambil mencari2 bantal busyuk).

Tuesday, 24 November 2009

anak n cucu ...

Setiap minggu bila T balik semula ke kolej, mesti tinggal satu dua bajunya yang perlu I basuh termasuklah satu tuala. I tak basuh tuala tu cepat2 sebab adanya tuala yang tak berbasuh tu, I anggap T ada depan mata I. Kadang2 I syium tuala tu... masih wangi. Kalau masam? Lagilah I syium .. heheh.

Apa kena dengan I nih? Sentimental or terlebih emosi? *sigh*

Minggu nih I tak hantar T balik kesana sebab dia drive sendiri. Adusss.. betapa risaunya I bila dia drive sendiri kesana. I tenung aje jam didinding sebaik saja kereta meluncur membelah jalan. 5, 10, 15, 20. Dah pesan "tiba aje sms Umi". Alhamdulillah 20 minit kemudian "T dah sampai".

Tiap kali dia perlukan kereta, I pasti risau. Bila dia mengeluh2 penat sebab kena tunggu bas 45 minit untuk ke kolej dalam panas/hujan, bas kurang/tempat makan tutup sebab sem break, makanan tak ngam sebab cirit beret, blablabla .. maka terpaksa benarkan dia bawa kereta kesana (untuk 3 minggu saja).

Oleh kerana tak sihat - demam & cirit - maka manjanya pun dilebih2kan. Nak makan tapi takde selera. Nak makan tapi tak nak makan nasi. Nak makan bihun kung fu aje. Bila I tanya nak makan nasi tak? "Naaak.. tapi Umi suapkan". Bertuah punya budak ..

Kejap lagi I nak jenjalan ke Bukit Naga dengan 2 'wan' kenalan siber. We all nak ziarah 'cucu'. Kalau dapat kidnap cucu tu, best ek? Diam2 kita bawak lari, biarkan Umi n Abi dia panik, harrharrharr (gaya gelak puas lepas dapat harta karun).. Pastu kita mintak ransom RM60K. Kami bertiga share RM20K sorang. Cukuplah tu kan? Jangan tamak, tak baek ..

So bebeh, daaa.. jumpa lagi (siapakah bebeh yg I maksudkan tu? YOU lerr, saper lagi kan??)

Sunday, 22 November 2009

wahai hati ...

wahai hati yang tak menentu
mengapa layu lesu
samar
kelabu asap
hitam pekat
.
wahai hati yang tak menentu
bercampur aduk berbagai perisa
benci semangkok
muak sebelanga
menyampah sebaldi
loya secupak
lara sekilo
bosan segantang
poyo .. poyo??
aaarghhh ...

wahai hati yang tak menentu
mengapa begini, tidak begitu?
pintaku wahai hati
jeritlah jika mampu
hentaklah jika upaya
sambutlah jika ringan
buanglah jika keruh
telanlah jika jernih
berselawatlah jika pedih

Wahai hati yang tak menentu
tenangkan hatimu
pastikan keperluanmu
temukan kehendakmu
leraikan kekusutanmu

wahai hati yang tak menentu
bila patah perkataan mula beralun
bila limpahan kata2 tak mampu dibendung
tidak secacat dan sekontot dulu
maka .. kembalilah
Dia yang satu, akan menemanimu...

wahai hati yang tak menentu
siapa lebih mengetahui?
aku, engkau atau Dia?
Dia, aku atau engkau?
engkau, Dia atau aku?


Cewah!! Mentang2lah baru lepas baca blog orang teater.. terkesima juga kita dibuatnya tapi cukuplah tu, takkan nak ulang benda yang sama - aku engkau dia, dia engkau aku, aku dia engkau, kan? (petanda dah takde modal sebenarnya tu, hehe).

Lepas ni bagus buat apa eh? Lipat baju? Tengok Melodi atau rajinkan diri m.e.m.a.s.a.k.?? Kena masak juga ke??

P/S: Lebel post ni I selit as 'Hobby' tapikan tapii.., sejak bila tulisan cam tu jadi hobi I? Hmm..

Thursday, 19 November 2009

Pasti pasta .. dll

Semalam bermulanya SPM. Semoga setiap pelajar dapat keputusan cemerlang. Amin.

Hari ni I duduk dendiam kat rumah sebab semalam dah puas membelah jalan. Mula2 kami ke SA tapi bukan nak lawat T, Ndja saja nak tengok kolej T dan saja nak tinjau keadaan sekeliling. Memanglah ada beza dulu dan sekarang - masa dia belajar kat situ dulu, dia sungguh ayu tapi sekarang dah layu, heheh (KakNdja, dek guwau2 aje eh Kak eh :-))

Dari SA ke PJ. Singgah kejap untuk lepaskan rindu kat Teh n Chik. Ndja bawak disposable diaper untuk Chik (guna sebelah malam aje). Overall, kesihatan Chik memang memuaskan. In case ada yang bertanya siapa Chik tu? Dia adik bongsu my Bak. Umur dia baru jer 86 thn :-)

Dari PJ terus ke SubPred. Kononnya nak temankan Ndja bersyoping, tapi ....? Setelah penat I kepit2kan handbag celah taik tiak to refrain myself from buying the things I don't really need .. tapi alahai tergoda gak maka TERpaksalah I beli 2 helai sampul kusyen n 2 jenis table runners (murah n simple tapi cantiq taw). Pastu singgah kejap kat supermelekit beli barang kecik2 aje tapikan tapii .. I teruja bila terpandang pada herba omputih nih .. sage. Besok2 kalau ada cerita lanjut tentang sage nih, I akan lapurkan.

Dah penat berjalan mundar mandir .. lapar dari pagi tak makan .. kita berdua sehati sejiwa masuk ke Pitzahat.

Salad & spaghetti olio airliur tu untuk orang yang jaga kesihatan - macam2 pantang, aishh!

Sup cendawan, coke (diorang malu, tu sebab takde dalam gambar) dan pitza I punya. Gum masih tak selesa untuk mengunyah2 namun .. napsu ku hanya untukmu pitza .. hempap2 ajelah jawabnya setelah disimbah dengan sup cendawan. Acih eh sup..
Kalau mood baik .. dengan sage ni akan I cuba masak sup labu. Teringin nak tau camana rasanya.. Nilah padahnya suka intai2 kat dapur orang .. dapur orang Jarman plak tu.. hehe. Sage ni baunya macam apa ek?? Ada bau daun pokok tomato and a tinge of daun sadri .. Boleh percaya ke hidung I menghidu??

Anyway, lepas Asar Ndja and G, bujangnya balik ke Sban (Ndja carik peluang kesini sebab anjer dia pi autstesyen, hehe). Esok diorang mai lagi, yeahhh.. boleh JJCM or JJCL lagi..

Wednesday, 18 November 2009

Laalaalaaa...

Assalamualaikum ...

Pagi ni ... tanpa rasa bersalah, I makan nasi (lagi); nasi sunkuik dan kuzi ayam yang dibawa khas dari Sban oleh chef Ndja untuk adik dia yang nih (.. yang nih, nampak tak?). So malam tadi, dia tidur kat rumah dia, atas tilam empuk yang dah tak berpenghuni for so long. Lupa pulak nak takut2 dia, jin suka tidur kat katil yang lama tak ditiduri (auww) .. pulak2 tu bilik dan rumah dia dah lama takde orang bersolat almaklum rumah tinggal. Owh.. eeerienyer.

D yang baik budi pekerti tu mengusik Ndja "ibuu, kadang2 dengar macam orang batuk kat bilik ibu taw". Ndja pun menjerit "Maaaaaakkk ....". Ngahahahahuh <- hilaian keji dari anak sedara Ndja (tapi anak siapakah itu? Hmmm..)

Apa yang I borong semalam kat Mydyn? I beli toiletries, makanan kucing dan serba sikit ikan, udang, daging n ayam. Apa lagi nak beli selain benda2 tu? Ketam? Sotong? Tak nak, takde mood. Sayur pun I tak beli, tak berkenan dimata dan dihati tapi I teruja bila nampak daun selasih. I angkut sejambang w'pun takde idea nak masak apa. Dalam pada tu, teringat pulak masak 'bening' betik muda bubuh daun selasih. Sedap kan?

Siapa ada betik muda? Siapa pandai masak lauk tu? Siapa nak tolong masak kan? Yeahh, ramai yang angkat kibod.. best, best..

Pagi nih Ndja dah buat rancangan membelah jalan. Dia nak pergi SA, SParade dan ke PJ rumah Teh. Mestilah dia angkut I sama tapikan tapiii .. kena mandi ke?? Alaaaah!

Hani secomel WanSom

Ni gambar 'cucu' I dan bondanya. Dah dua bulan dah, kejap aje kan? Maybe nak visit dia minggu depan dengan 'another grandma'. Hello, CL .. are you there? Jom kita gomol2 dan gigit2 dia .. I chup peha dia, you ambik pipi dia aje eh eh??

Tuesday, 17 November 2009

Nak jugak ...

Alhamdulillah .. the sun is shining ever so brightly! Yahoooo ... maka berbondong2lah basuhan yang tak kering semalam berlari2 anak ambik tempat memasing diampaian bulat ..

Dengan gums yang berdenyut masih tak selesa untuk dibawa berkunyah, lunch semalam hanya mampu makan sup mee su'a <- sebutan kena sengau sket. I bubuh bebola ikan, sawi n brokoli. Mana yang agak keras, I hempap2 aje guna gigi depan dan telan, haha..

Dinner semalam I masak nasi gor. Oleh kerana kuantiti yang sangat sikit dimakan, maka seawal 6 pagi perut nih dah merintih2 "nak makan". Hmm.. kat dapur ada 2 keping roti aje .. Hmm (lelebih hmmm sebab cari idea, ok?) .. hmm.... apa ada dalam pantry? hmm.. ada tilam Vono mushroom soup. OK .. idea sudah mari..

Dua keping roti yang tadi digunting2 jadi dada .. <- alaa, kita sengaja jer eja cenggitu, har3. Pastu panaskan hot plate (almaklum oven dah setahun rosak) dan taburkan roti dadu tu, golek2kan sampai garing.

My breakfast for today .. semangkok sup cendawan dan 'crouton' .. (bini saperlah yang rajin sangat nih? ehem)

Dinner semalam, nasi gor aje tapi bukan calang2 punya nasi gor taw..haha.. Ni ha, 1st time cuba nasi gor briyani. Kat paket tulis 'bubuh ayam dan sayur campur' (among other ingredients) tapi I bubuh hirisan daging + lelemaknya yg melekat (dah direbus 2 hari lepas), I rajin ek?? hehe, sempat lagi meriakkan diri but oh no tak bermaksud. Gurau jer then I taburkan pis pis kacang pis + tomato ceri. Walla!

I dah siap reka nama nasi gor tu kalau2 TB tanya "nasi apa nih?" tapi dia tak tanya pulak, issshh.. buat penat aje.

Nilah dia sup mee su'a <- kali ni tak payah sebut sengau2 k? yang I gembar gemburkan. That's for TB .. dia dapat 4 biji bebola ikan, I dapat 2 jer. Tak banyak rencah sebab esbok dah ketandusan modal. Masa I tangkap gambar sup mee su'a tu, TB komen "ni pun nak amik gamba?". Mueheheheh .. tau tak per...

Jap lagi nak keluar beli barang dapur. Pastu JJCM sementelah TB cuti hari ni dan besok. Pastu... pasti... pasta .. ha'ah ek.. dah lama tak masak pasta!

Salam to all ...

Monday, 16 November 2009

hujan oh hujan ...

Dari subuh sampai sekarang hujan tak berhenti. Tak sangka pulak hujan sampai ke petang membawa ke malam. Kalau tau, I tak basuh towel dan basuhan lain yang berkehendakan pancaran mentari supaya basuhan kering dan garing.

Keadaan sejuk bertambah sejuk bila I 'bukak' 2 kipas angin full blast. I gantong basuhan dalam rumah aje. 1 load masih ada dalam mesin basuh. Besok ajelah I settlekan. Diharap sang mentari menyinarkan cahaya yang baek punya esok :-) insyaallah.

Nak tanya sikit .. Ada sesiapa tak mandi2 lagi? (sambil mengembang2kan hidung menghidu kot ada bau2an masyam datang dari arah sana, heheh).

Semalam punya hal lepas I beradaabrakadabraa bagai, I berjaya masak 3 lauk. Kacang panjang gor, kari udang n sambal sotong. Bahagia tak terhingga bila I berjaya atasi kemalasan diri. I sekarang dah ada sebekas blended bawang, yes.. cayalah!

Satu lagi cerita semalam .. benda kecik ni punya kerenah, I terpaksa re-wash basuhan sekali lagi.

Dah 2-3 kali TB tanya nampak tak 'note book' dia. Notebook yang dimaksudkan bukan jenis yang canggih tu taw tapi notebook serupa 'buku tiga lima' yang femes tu, hehe. I pun takdelah tolong carikan ke apa hinggalah semalam bila I pick satu load basuhan dari mesin ..

Heran.. kenapa ada 'dirt' warna coklat berleluasa pada setiap basuhan.. hinggalah I encounter benda alah kat gambar tuu...

Heiii, menciiii aaaah nak sambong ceritaaaaa .. menciiiii !!!

Sunday, 15 November 2009

tak berapa ceria ...

Dah seminggu beli buku hasil kerja Chef @ blogger yang famous tu. Harga RM5.50 aje.

I tertarik, terkesima dan teruja nak CUBA masak Rendang Tok. Ada juga resipi lain yang nampak sedap. Semuanya berasaskan daging dan nampak macam senang aje (senang aje? haha)..

Bila agaknya I akan jadi rajin? Hari ni kah? Oh tidaaaaaak sama sekali. Niat dihati nak ke rumah Teh di PJ sebab Ndja dari Seremban nak kesana bawa nasi Sunkuik special serta lauk pauknya sekali. Tak sangka, dia juga buat acar buah. Unbelievable, I tell you (memandangkan .... eh, tak leh kutuk2 dia mana tau tetiba dia beri salam kat my shoutbox tu, habislah I).

.. but *sigh* I takde mood nak pergi (w'pun dapat makan free dan dapat peluang bergusip with my sisters). Lebih2 takde mood sebab hari ni TB kerja, D tetiba demam dan T pun dah keluar bawa kereta I. I ni jenis tak reti dan takut drive kereta lain dari my baby tu.
.
Satu lagi sebab takde mood .. badan I rasa semacam pulak hari ni. Tarik2 rambut rasa sakit. Maybe perut I dah masuk angin. I tak makan apa pun lagi sebab my
gum rasa berdenyut2 dari semalam. Tak tau kenapa. Nak kata ada sisa2 makanan terselit, I dah check takde.

Kalau tak jadi ke PJ maknanya I kena masaklah ehh? Well ...... aabraakadabraaa ..

Friday, 13 November 2009

nyiau.. nyiau ..

1040pagi bertolak ke SA menjemput anakanda. I harap sangat dia takde plan nak kemana2 sebab niat dihati nak ajak dia sama2 pergi beli groceries. Belum sempat lagi I keluarkan perkataan, dia dah kata "Mi, boleh tak makan waffle?". Sanggup ke I kata tak boleh or tak cukup duit or I tak bawak wallet or whateva? <- banyak reasons boleh beri, kan?

.. and so T had waffle with dollops of vanilla ice-cream, I had root beer floats (all time fav) n deluxe burger (kecik jer tu pun kena cukai..sob2). Tapau for D a set of double deluxe cheese. Dah bitau dia I belikan burger set (banyak tu), tapikan tapii.. "Tq Mi.. make the burger 2 boleh? I pay u back" <- cantik ek? Kasi betis nak peha.

I nak jadi jahat sikitlah, since dia kata nak bayar balik, I akan tunggu. Janji tetap janji, kan? Proses pembelajaran .. kena tepati janji w'pun dengan emak sendiri. RM6.50 boleh beli jus oren Tropicana; perap dalam fridge kejap and whoaa best ... sejuk tekak I.

Tiba rumah aje, 'benda oren' tu yang dicariknya. Nak mandikan, nak main2..

Nak main2 dengan kucing yang tak tau dari mana asal usulnya. Ntah2 pet Nenek Kebaya tak? Owh! (tepuk dahi sat). Tak cukup dah ada 12 ekor kat luar tu, ambik yang oren tu lagi. I think D dah goreng I taw .. dia kata kawan dia punya, jumpa kat padang - tapi kenapa kucing tu ada kat rumah I? Ni bukan pertama kali. Dulu cam tu juga. Kata kawan punya tapi ...

Bila I dah sayang .. nilah menciii nih .. I HATE IT BILA I SENDIRI TAKLEH KONTROL RASA BELAS, KESIAN, dan ntah apa2 lagi rasa kat anak kucing. Pulak2 sidia tu respond bila namanya dipanggil... "GB.. GB.." "nyiau.. nyiau" <- pelat lagi, hehe.

Bukak laptoplah konon tapi dia berlayar ke lautan biru .. bersama2 si GB .. Alahai .. anak beranak dapat virus kesian kat kucing. Penyakit hidup .. taaaaaaaaaak sukaaaaaaaaaaaa!

Thursday, 12 November 2009

Editor Al-kisah terjumpa c-fu ...

Salam to all ..

Kalaulah harga laptop macam harga sedozen Vitagen perisa peach, dah lama I tolak mine dari meja ni biar dia bersephai kelanthai. H'aa, marragh nih! (yalah.. bila tengah marah, cakap berdegar2, tapi ada beraN ka? hehe, sumpah tak beraN). Sakit hati bila sesi berkarya tergendala. Dapat singgah kejap kat dapur kengkawan seminit dua aje, pastu 'dia hang' lagi dan lagi dan lagi. Grrr... pedap, geram, sakit ati, nyampah, menciiiiiiilah!!!


Ya, semalam adalah hari I berduka. Bila berduka, mood mestilah takde maka I jauhkan diri dari masuk kedapur. Bukan apa, takut tak dapat kawal diri, I mungkin baling periuk dan kuali kedinding. Bila dah berdentam-dentum tu, for sure 2 maid jiran sebelah duk pikir "ehh, mungkin nggak bojonya mau kawen laaen?" <- dapat idea dari 'madu 3' siMat D tu (oh ya Pak, moga royaltinya nggak dimangan sorang2 aja, ya Pak ya?).

Tak kuasalah nak baling apa2 pun. I tak rela jadi bahan gosip sokabar on-line boss 2 orang maid tu.

Dari pengalaman silam bila bercinta berduka, harus jauhi diri dari masak memasak sebab lauk2 yang dimasak tak kan jadi lazat punya, percayalah; so jawabnya JJCL ajelah. TB tanya "kenapa you tak masak. Penat eh?" ... Tulus aje I jawab "I malaslah you .. hehe" (memang malas pulak2 tu stok blended bawang dah habis. Liat betul nak buat benda2 tu semua ....).

Mr Gadgetman cuba 'trouble shoot' apa yang patut tapi lepas menembak2 tu, alignment skrin jadi terkontot pulak. Ntahlah, I dono hautueksepelen. Apa pun, kamsia hamnida Mr Gadgetman, you dah kembalikan sang mentari ke wajah I yang suram nih. Wo ai ni! (sambil tunduk malu).

Lain kali bila nampak I macam cacing kerawit kepanasan, please come to my rescue, ok LIng?? (sambil moncongkan bibir keside bar tu .. fokus kat nama my kembar tak siam yang malas err ... pepagi tu ).

Ni cerita basi Selasa lepas. Kali kedua minggu ni menyukakan hati makan2 kat sini. Bezanya dengan yang dulu, bila abis makan, wallet I terus kempis. Makan kali nih wallet TB plak yang kempis, heheh. We all had gado2, belut garing, gulai tunjang, sambal merah/hijau, dan ayam gor berempah; tak ketinggalan es teler. Kali ni diorang tak bubuh nangka langsung tapi ada pulak mangga. Suka ati aje diorang nak bubuh apa...

Masa menunggu juadah tiba, mata I memandang sekilas pandang orang2 dalam restoran tu. Jangan tenung pulak, kang lain jadinya; tapikan tapiii .. kalau your sekilas pandang tetiba berlabuh kat wajah mentera semerah padi yang dah tercegat tepi mata, HOW? ha! teruskan tenung pandang biar siSifu tu tersifu2 malu campur perasan campur apa ntah, haha.

Plan A: What if I buat muka tembuk n pergi ambik gambar lentuk sebelah dia. I cuba imajin (=perasan), gamba 'kami berdua' mesti cun punya.. Dia pakai shirt kotak2 biru manakala I pakai shirt kotak2 coklat. Mesti cantik sedondon, kan? Uhh? tak eh?? (ala jeleslah tu).

Since plan A tak menjadi sebab segan, I cuba plan B pulak. Dapat senyum kambing kat dia .. jadilah, kan? At least dia taulah I ni peminat dia (wpun once-upon-a-time aje) bbbbbut HOW?

Tak sangka, peluang terbuka luas bila dia menuju kehala I tanpa disuruh2 (yes..yess.. kehala I, percayalah). I dah siap mengukir senyuman (sudu berkilat jadi saksi) .. dubdabdubdab ... agak2 dia dah dekat .. I pun palingkan muka kekanan **whatda?** anti-climax betullah! tetiba ada 3-4 pompuan keluar dari ceruk sebelah kiri .. Ishhh! terlepas peluang I. Sifu boleh senyum manis kat diorang tu, langsung tak endahkan senyuman I. Patutkah?

Pahit untuk ditelan tapikan.. dia memang jalan menghala kemeja I. I swear he did that but, heheh.. mencii.. it was only because sinki basuh tangan tersangat dekat dari lokasi meja I.

I sms T "met my heart throb, guess who?".. Tekaan T tak tepat tapi bila dah tau siapa "Umi tak amik gamba? Umi tak senyum ke?" I sempat ceritakan 'mishap' yang terjadi tu, tentang segerombolan pompuan yang mencantas senyuman dari Sifu untuk I (haha, perasan jap). T masih tak puas ati "lepas makan dia basuh tangan kan? Umi boleh aje senyum kan?".

*hehehe* "by then Umi dah malu, lagi pun Umi tengah fokus kat es teler.. bestlah, diorang bubuh mangga banyak naa".

P/S: Namun I tetap curik pandang hinggalah diorang masuk ke kereta.

Tuesday, 10 November 2009

WAI-EM ...

Dear You ...

Perlu dimaklumkan, memang dah lama I tak berchatting thru YM. Selepas my sparring partner yang TU alami perubahan besar dalam hidupnya; dan kebetulan pulak dia takde kemudahan internet, maka I am back to square one. I dah takde teman untuk berchatting, tak seperti 3 tahun dulu. Sob3 ..

Adalah sekali sekala I berYM dengan my hubby (dia dibilik atas, I dibilik bawah - romantik kan?). Pernah juga kitorang guna webcam testing 123 gitu. Tapi as usual I ni pemalu kan? Makanya, webcam tu taklah diguna pakai untuk tujuan ber'flirt' with each other. Sekali sekala bila anak I datang virus ngengadanya, dia pelawalah I berchatting (walhal dia kat bilik depan tu aje aah). I layankan juga cos that makes me happy. Ni cerita dulu..

I ON YM sebagai short cut untuk ke inbox e-mail. Selalunya my status memanglah 'halimunan'; I become invisible. I selesa bila jadi invisible woman. Sekira adanya orang buzz tatkala I became invisible, I pasti layan without fail.

Pernah dulu, I terima YM dari kenalan siber (kawan kita) tapi text yang diberi dah terkena virus .. tetiba bahasa Vietnam timbul. Masalah untuk dia tapi quite unsangkarable, masalah tu dah berpindah kebahu I.

Only lately I perasan .. I tak boleh aktifkan my YM. Pastu semacam ada message in English flying fuuh fuuh fuuh which I tak ingat apa + that virus Vietnam tulah. Sejak tu I tak guna jalan pintas bila baca my e-mail messages.

.. and yes, I memang ada terima short text dari you tapi bila I balas, jawapan dari you memang dah bertukar jadi bahasa KhmerRouge. Bahasanya guna 3 huruf aje. I ada jelaskan kat situ that my YM was inflicted with V-virus. You dapat tak message tu? Apa pun terjadi, I bukan sengaja tak balas. You know me very well, don't you?

2 hari lepas bila cuba baca my e-mail msgs, boleh pulak I terima offline messages tanpa I activate the usual YM screen (dalam domain e-mail). This is new to me. Am I that kuno? I was like 'so yesterday' huh?

You ... I need to write more ... but I can't, not right now. It's almost lunch time .. I need to get ready. My hubby dah signal2 tu mintak I bersiap cepat.. Dah lapar lah tuu..

Jumpa lagi .. lu tunggu wa ok??

Monday, 9 November 2009

KT n BH KF ...

Tu maknanya kueytiau n bihun kung fu .. Yaaa, I telah merajinkan diri semalam. For lunch T & I had kt kf and for dinner bh kf. Sebenarnya tak susah nak buat masakan nih tapi susah tak susah, sebelum go ahead with the actual cooking, I sempat intai resipi @ internet; just to get some ideas.

Untuk kueytiau, I goreng bersama telur yg telah di'cokcokcok' <- sepatah kata T. Orang Melayu kata 'pukul', omputih kata 'beat' (whisk also can), dan untuk bihun I goreng as if nak goreng telur mata lembu, then baru masukkan bihun.
Kedua2 proses tu guna minyak sikit aje. As for the kuah, I bubuh basic 'articles' aje .. daging + udang + sawi).

Lebihan bihun dan kuah masih ada, so nilah my breakfast. Olehkerana hasil kerajinan semalam tak sempat dijadikan bukti, maka inilah dia .. hasil tangkapan pagi tadi ...
.

Mula2 goreng telur mata lembu then bubuh diatasnya bihun yg dah direndam

Rupa 'flip side' selepas bihun ditaburkan atas telur tadi

Tu aje yang tinggal: 2 ekor udang (satu semunyik malu), pieces of meat n vege.


Bihun yang sama selepas HP digode2 untuk dapat effect berbeza (konon)


Family day yang TB pergi semalam tak membuahkan apa2 hasil dari lucky draw. Takperlah, kasi chan kat orang lain pulak kan?
.
Ada satu cerita aneh semalam .. si Tam, kucing menumpang kasih which we dubbed as baby machine boleh beranak 3 ekor dalam cage walhal selama nih kita kurung dia supaya dia tak membiak.
.
What has gone wrong? Hmmm .. (sambil garu2 dagu yang tak gatal).

Sunday, 8 November 2009

I wish ... I wish ..


Yesterday, all my troubles seem so far away just as I was terkebil2 thinking of what to have for breakfast, Zai my neighbour called up "Som, meh datang umah ambik bihun goreng" .. "huh? bestnya.. tapi I belum mandi .. alaa.., malaslaa nak pakai2 tudung lagi" .. "you pakai tudung macam I tu, sarong aje senang" .. "I ada cam tu tapiiii .. I tak kelihatan anggun pakai tudung cam tu laaa" .. "aharharhar .. datang cepat tau".

Alhamdulillah, I had hot spicy bihun. Was it MeeSiam? No, it wasn't as MeeSiam should have taugeh, kucai, taucu - the basic ingredients; but other ingredients like sawi, tauhu, prawns, fish cake n dried prawns were visible. Whatever it is, it was delicious!

Apa nih komen2? You tu reti ke masak Mee Siam - the authentic way?.. Eeesh.. see the leglah beb!

A while ago, I was reading this article "my arms are growing shorter" . Whoaa! so it is confirmed that I am having this so-called 'condition' caused by an age-related process, Presbyopia. Penyakit apakah ini? Well, it's just this "when you hold a page up close to read, the words appear blurred; but push it further away, the words snapback into sharp focus".

Oh well, I think it's about time to upgrade my present reading specs .. and that means? I have to send a quotation aka sebut harga to Messrs TB Sdn Bhd., heheh.

OK.. back to penggunaan bahasa Ibundaku ..

Pepagi lagi TB dah membelah jalan. Almost tiap tahun bila dia pergi Family Day, dia sure dapat something. Itulah harapan I untuk pagi Ahad 8 November nih (I am a sucker for lucky draw, jgn marah eh?); smelly2 dapat oven toaster pun OK gak ..

Nape T,D and I tak ikut sama? Dulu masa D&T masih kecik, pernahlah sekali dua kitorang pergi tapi tengok pada venue family day tu diadakan. Ngader ek? Masa kat SunwayLagoon, D&T aje yang pergi. I? Hmmm... tak sker aah, panas, mekap cair, berpeluh melekit2 cam tu. Lagoon tu adalah 20 minit dari rumah namun till now I lum pijakkan kaki kesana lagi.

Masa zaman kerja dulu pun sama. Buatlah family day, company's dinner atau children's party .. I tetap tak terkesima. Jemput Sudirman as guest singer pun I cool aje; tapikan tapiii .. boleh pulak I pergi masa Khatijah.Ib datang menyanyi; and all because of? Haaa.. aler cilitha manyak hoth taw..

Yang bestnya .. (best apa.. sebab kitorang tak gaduh2 pun), TB boleh pergi sensorang to whateva functions yang dia ada, dan I pun sama cam tu. My 1st time pergi to children's party bawak D bila I tau venuenya kat HiltonHotel. Orang Johor kata kalau aksi yang berbau2 sombong, riak dan eksyen ni, dipanggil 'timing', hahaha. Gua tak kesah beb, janji gua senang melaksanakan tanggung jawab kat budak kecik aka D yang masa tu baru umur <>2 tahun.

Jika di hotel, suasananya sejuk, bukan? Bilik air @ wash roomnya tentu sekali menyenangkan pancaindera namely mata dan hidung, bukan? <- hehe, bahasa baek punya nih. Makanya, senanglah I membasuh bahan kumuhan si D tu nanti (as you know pundi budak2 kecik tak dapatlah dikawal ikut kesenangan kita aje, betul atau tidak? heheh).

Truth is, I have more reasons not to go to TB's functions ..
1. malas aah nak senyom2 kat orang (pelik ek? I yang suka senyum semanis kurma tetiba..?).
2. malas nak strike a conversation (and yet D&T selalu komen "Umi ni terlebih ramah")
3-8. takot/malu/nerbes jika dipanggil suruh bagi hadiah (auwww.. bayangkan .. bayangkan..). Terkena sekali .. kedengaran sayup2 AJK memanggil "we would like to call upon Mrs Raaa.... - alamak too late, kenot run, kenot hide, all kenot).
.

Saturday, 7 November 2009

Ais 'teleng' ...

Line internet malam semalam tersangatlah dot3, tersangatlah 'moist'! Intai2 kat dapur Aunty Yan (bukan thephuthat thephuthing with Uncle Yan yang ada Wok tu taw), baru nak bukak tudung saji, dah ditepisnya kita (awat? hang ada poweroot cam NekKebaya ka?). Lepas 3-4 kali asyik kena tepis aje, I fedap maka I terus givap. Afterall it's only BOTOKs (katanya it's plural for botok2); and pau kari jerr (tapikan tapii.. pau dia nampak thedhaplah pulak. Menciii aahh!)
.

Mengidam 'ice teler' punya pasal, T and I bergerak ke SubangPred. Yes! Nilah rupanya 'ais teleng' tu, very colorful kan? Masa 1st time makan (kat lain 'branch'), nikmatnya lain macam sebab al-jakun. I suka gilerr buah kabong tapi kalau dah terover banyak, I serender. Semalam punya was OK tapi ngelat taw, tak bubuh mangga dadu pun!
.
Seumur hidup, baru 3 kali I makan avokado, tu pun the first time tak boleh dikira 'makan' tapi cecah kat lidah aje, yukkh! Masa tu I kecik lagi. Bak was thrilled tiap kali dapat avokado. Dia mesti makan dengan susu cair dan taburkan dengan gula sikit. I tak pasti samada dia jolok dari pokok, buah tu gugur sendiri atau ada sesiapa yang panjat .. Bak tak mungkin panjat pokok tu, hehe.
.
Maybe Wak Shuib gardener kerajaan yang usahakan; or maybe anak2 angkat Bak n Mak, si Roger (yang punyalah khedhekhoot dalam donia) yang jolokkan? Couldn't be AbangKarim @ TomSelleck yang perasan macho buatkan sebab masa tu dia tengah bercinta dengan KakSabar. OR maybe of all the people, it was KakZizah? The ever so sopan santun and demure anak angkat Mak n Bak. I don't think she did it cos that time she was like uwekk..uwekk puking every 5 minutes. Ehh, semua bukan tapi siapa ??
.
Ntah2 kerja siRaju aka Hunchback of NotreDame KotaTinggi tak? Raju selalu datang rumah mengelap dan menggilap lantai; almaklum part of lantai rumah kerajaan kan guna kayu. Tiap kali Raju datang, I rasa sangat takut atau takut sangat2. There was something about him. Dia ada aura yang eerie. Cara dia jalan senget2, teleng2 maka tulah I samakan dia dengan si Hunchback tu (luaran tak berapa tapi murni didalam?).
.
Panjang cerita pasal avokado ek? You know, bila dah tua2 nih, ingatan I semakin menjadi2 terkenang zaman silam. I pernah duduk KotaTinggi dari umur 4 tahun hinggalah I mula bersekolah. Adakah segala yang I tulis tu benar2 berlaku, I bermimpikah atau memang I ingat semua tu? Boleh percaya ke? Yang pasti, semua tu ingatan menyentuh jiwa. Untuk makluman, 'Raju' bukan nama sebenar. Gilerr aah I nak tanya nama dia time tu kan? mueheheheh..) and that avocado tree .. sob3.
.
Sambong cerita ... Boleh ke masuk restoran tetiba oder dessert? Boleh memang boleh but not when what you saw may crush your jiwa raga .. mana boleh tahan tengok gulai 'tendon', ayam goreng berempah, crispy belut (yes belut) and the array of delicious Minang food? Takleh jadi, takleh ..
.
Since I berdua dgn T aje (awat selera dia serupa Tiger?), I oder ala berhemah .. Sambal merah/hijau (killer), daging dendeng (sekeping cukuplah.. gigi Tiger aje yang boleh hancurkan dendeng tu), seketul ayam berempah (I punya tapi T kacau gak), sepiring belut berempah (T perasan hak dia sorang); and last but not least, their specialty tu .. gulai 'tendon'.
.

Sekejap ada ...

... sekejap takde! Tapi bukan kerja I okay? Bukan, bukan, bukan ..
.
Alhamdulillah! .. Elok aje kami kuak pintu restoran menghala ke kereta, azan Maghrib pun bergema .. terserempak pulak dengan singer yang suka berkaki ayam bila menyanyi .. kalis rindu, kalis peluru tu .. hehe ..

Friday, 6 November 2009

Rebung ...

Oleh kerana ada kerja yang menanti (macamlah selalu takde kerja menanti?), I terpaksalah sekat diri dari merayap jauh2 ke blog orang. Selalunya I merayap to almost every benua, haha.. tapi tadi sempat juga jengah kat dapur 'orang Jerman'. Kalau dah merantau, bakat yang terpendam semuanya resurface. Hebat kan? Yang tak pernah buat roti canai, tetiba tebar roti kalah the expert.

Hari ni I masak cepat dan makan cepat. By 12 noon I dah kenyang. Selalunya I'd have lunch with TB at 4+pm. Bila dah kenyang maka perlu gi jenjalan cari dessert ais teller. Ngidam nih.. Siapa pernah makan ais teller? Sedap kan??

Hari ni I masak simple aje.

Selalunya I guna rebung dalam tin tapi best pulak terjumpa rebung dalam peket nih. Suka jenis nih sebab baunya tak over-powering (jenis lagi satu tu baunya masyaallah.. tak best ahh).


Ni baru betul MenaraRebung, kan? I asyik membelek2 rebung nih, hairan dan takjub dengan ciptaanNya. Cantik sesangat.

Nilah jadinya, masak lemak cili padi 8 bijik dengan beberapa ekor 'pron'. Warna tu tersangat kuning sebab I adjust something kat hp tu sebelum klik klik.

Lauk2 lain .. sup kambing + kentang, ikan kering dan sambal tumis udang kering semalam punya. Sayur? Semalam dah makan, hari nih takyah lah. Malam ajelah.

Hari ni tak berapa nak cakap .. maklum hari Jumaat. Kena jaga kata2ku ini. Jumpa lagi.

Thursday, 5 November 2009

Ada2 aje ek??


Pagi ni minum neskopi aje. Takde mood nak makan, takde, takde, takde! Bunyinya macam majuk nak masuk BBBB aje tapi oh tidak, I simpan perut dulu. Later on bila I jemput T my PGL tu, adalah yang dia idamkan nanti. Nak makan mozza lah (tak jemu2 lagi), kebablah, mee kung fu lah. Pendek kata macam2. I think I nak masak mee/kuetiau kung fu nanti <- nanti ni, bila2 lah maksudnya kan? hehe.. I kalau nak masak kena sefontan2, barulah menjadi. Kalau plan2, mee kung fu nanti sure jadi mee Tai Chi (terbayang nyonya n apek tengah berTai Chi kat padang belakang rumah... waah.. like sloth aje .. slow and steady ..).

Gambar rajah menunjukkan I betul2 keluar beli barang dapur. Keluar tu dengan badan yang wah sungguh wangi sekali (namun tak pakai perfume pun.. ). Apa yang I borongkan tu? Adalaaa... 2 tebak daging knuckle (I sker part nih), 3 ketulan kambing (frozen), beberapa keping ikan tenggiri, udang, ayam, minced meat dan lain2 non perishables.

Sempat juga I tukar kad Mydyn si"Mesra' tu. Tukar sebab dah nampak tattered. Plastik dah terkopek2. Bukan kerana tangan I gapel mengopek2 benda alah tu, tapi diakui oleh staff kat situ kualitinya memang kurang. So dapatlah I kad baru yg rupanya sama macam kad kredit.. siap ada nama lagi.. I difahamkan telah mengumpul 10,000+ points. Jika RM1 = 1 point, maknanya apa??? atau jika RM10 = 1 point, maka maknanya??? heheh, nantilah I beli calculator yg canggih untuk dpt jawapannya... (I kan fail my maths, kan?). Bila I tengok hadiah2 untuk diredeem tak berapa ceria, I terus sorong troli.... (simpan niat beli lauk aje wpun troli penuh dengan bahan untuk dimasak. Aaahh.. penat taw sorong2 troli tu).

Sebut pasal troli .. I bitau my friend Lina, I rasa I boleh bawak kereta (masa tu Allah belum pinjamkan I keberanian membelah jalan..), sebab apa tau? Sebab I boleh, pandai dan bijak <- sori terlebih riak nih - maneuver troli bila I masuk lorong yg sempit.. boleh konar baring lagi. Bila dah reti drive, memang ada persamaan sorong/tolak troli dgn the actual driving (cumanya I tak berani konar baring. Lainlah baring atas bantal, yang tu selalulah konar2 kekiri, kekanan, ehem).

Semalam .. oh semalam ... I begitu emo.. pertama kerana ... *sigh* dan kedua kerana I terpaksa meluahkan perasaan yang terkumpul didada. Dimanakah luahan itu berlaku wahai CikSom?? Ia berlaku disatu perkampungan halimunan yang indah dimana terdapat sebuah RESORT yang sikit masa dulu amat ceria, tenang, happening dan berupaya menyambung ukhuwah/silaturrahiim. Wallahualam..

Yang sempurna hanya dari Allah ... hingga jumpa lagi ...

Wednesday, 4 November 2009

Selamat pagi kawan2 ...

Assalaamualaikum ..

You all dah breakfast lum? Pagi ni as per dinner semalam, I makan 2 keping roti bakar dengan telur yang dah dicampur capsicum, bawang dan cendawan shitake. I buat teh-o mug besar. Diharap I kembali segar lepas breakfast dan makan ubat kejap tadi.

Ndja pesan minum air banyak2 at least 1 to 1.5 liter. Yalah Doc Quack.. nanti I panggil JAS suh sembur air kat I, heheh. Bagus gak, sambil kena sembur I boleh minum dan mandi sekali .. hmmm.. Ja mesti seronok main air kalau dia ada sama.

Breakfast

Dinner

Semalam tu konon aje I nak keluar beli groceries. Ingat nak beli lauk kat stall luar tu aje tapi malas nak keluar. Baring sambil mengulit bantal busuk tengok drama baru kat tivitiga tu.. tajuk pun kelakar NenekKebaya. Tak habis pun tengok terus zzzzzzzzzz.

Hasrat hati nak keluar juga tapi nak beli dinner saja. SMS TB "you rela tak makan murtabak malam nanti? Kalau ok, I nak keluar beli nih" <- strateji hanya satu ie minta dikasihani (kan I tak sihat kan?). TB yang amat jarang bersms tu, fon I "takperlah.. balik nanti I beli something. You nak makan apa?". Wah!!! tak dapat emas sebungkal pun takpe, ITU aje pun yang I nak dengar.. layanan mesra, auwwww... Sejuk rasa hati w'pun masa tu kepala I dah mula hangat. Sementara tunggu TB balik, I rajinkan diri buat roti bakar dan telur tulah.

Semalam I pusing2 kat blog orang. Ada cerita pasal kawan2 yang favouritism, yang suka membezakan kawan2, selalu judge a book by its cover, dll. Ada juga yang dah delete akaun dia di FB. Bila dah delete akaun maka bertaburlah nama kawan2 (samada kawan rapat atau kenalan). Dia tak rasa FB tu jalan terbaik untuk mengekalkan persahabatan (lebih kurang begitulah) sebab bermacam2 cara lain yang boleh diguna pakai. Well.. it's up to the individual.

I ada akaun di FB semata2 kerana desakan sorang kawan sekolah. Lama dah terbengkalai cuma baru2 ni aje I cuba masuk. Takat ni I belum ada keinginan nak main apa2 games pun. Tak reti sebenarnya, heheh. DAN (takat ni) FB tidak memberikan I kegembiraan dan keseronokan kerana sebab2 tertentu .. Salah satunya.. hmmmm..... In fact ada 2 sebab .. *sigh*.

Satu lagi blog cerita pasal sang suami yang tak tahan dgn kerenah isteri yang suka bertanya macam2 soalan. Contoh -> suami: I balik lambat sikit eh? isteri: pukul berapa? suami: pukul 11 isteri: kenapa? you nak gi mana? suami: nak jumpa kawan kejap isteri: siapa? suami: kawanlaa, kalau bitau pun you tak kenal isteri: habis tu, makan kat rumah tak?

Itu baru perbualan dalam telefon. Bila suami tiba rumah mesti jalan ceritanya berubah, betul tak? Salah ke kalau si isteri nak tau lebih2? Salah ke kalau sisuami beritau lebih2??

Apa pun yang bergolak disana atau dimana2, I nak mandi sekarang nih (heheh.. boleh percaya ke?), nak bersiap2 membelah jalan untuk menjalankan tugas mengkayakan Jaiyen atau Mydyn. Daa...

Tuesday, 3 November 2009

"hidung berlari ..."

roti nan & tandoori
.
Suasana malam semalam tenang aje .. takde bunyi gorilla menepuk dada, singa mengaum maupun anjing menyalak. Walaupun tenang, tidor I tetap terganggu (bukan diganggu). Apsal hidung mancung I tetiba sendat, mata rasa layu dan kepala ada noneng2? Aahh.. dah berjangkitlah nih.
.
Tu namanya tak sihat makanya perlulah bermanja2an mintak dibelikan makanan. Alhamdullilah, dapatlah roti nan dan ayam tandoori. Tak sihat tak bermakna sakit, jadinya ia tidak menjejaskan selera namun telankan juga 2 biji Pana.
.
Tiap kali I makan ubat, I mesti terkenang zaman siiiilaaaaam ie zaman I takut nak telan pil. Panadol yg kenit tu I karate jadi 4. Bila dah besar dan dah berani, I karate jadi 2. Makan ubat mesti disulami dengan air manis (manis2 buah pun ok); if not I'll puke .. aahh.. penatlah nak karate2 lagi kan?
.
Satu malam di rumah Jalan Merdeka .. sedang I menganga nak menyuap pil, tetiba bersiung sang lipas! Biadap sungguh. I pun terkejut (memang terkejut) lalu menitiskan airmata. Takdelah meraung tapi adalah bunyi dengung2 orang nangis. Over the years bila Ndja ingat peristiwa nih, asyiklah dia kata "ko ni manja betul ek?". Apa perlu I cakap lagi untuk mengiyakan telahan itu? I hanya mampu 'shrug off my shoulder' sambil berkata "well....".
.
Siapa pernah tuang ubat batuk dalam lubang sink? I pernah. Dengan riaknya I mengaku, har3. Kerja keji ni dibuat masa I dah anak dara (kiranya tak patut segan silu telan ubat), tapi bisikan syaitan, kadang2 kita tak boleh lawan, tul tak?
.
I tak suka sakit masa kecik2 dulu merely ubat punya pasal. Dalam pada tu I suka sakit sebab dapat pakai sweater, heheh. Abang no. 7 selalu refer sweater as Omar Suwita, our bintang filim zaman 60an yang selalu berlakun jadi penjahat/penyamun tu. Alfatihah untuk kedua2 mereka ini.
.
I heran .. sejak kecik dulu I dah pandai heran2 taw. Bila kitorang sakit, nak ke spital JB yg warna merah ditepi laut tu, Mak or Chik mesti sediakan botol untuk isi ubat. Nak jimat ke? Tak pernah pulak I tanya. Tak juga ingat botol apa yang Mak bawak tu tapi satu botol yang lekat kat ingatan ialah botol Gripes Water. Ubat ni bagus untuk baby or toddler nyah angin pus2 diperut. In fact masa I sakit hari tu, I mintak TB belikan Gripes Water, tapikan .. tak mujarab. Formula untuk budak2 .. haha.. tau tak per.
.
Sesi makan ubat air tersangatlah 'tocheres' <- malas nak check dict. untuk ejaan betul. Sesudu besar ubat dimakan 3x (sulami dgn air manis ok?). Nak nak kalau ubat tu berkaki ie sebelum makan kena goncang bagai tak mau, lagilah ... Muntah2 tu perkara biasa. Mata merah2 pun perkara biasa. Syukur alhamdullilah D&T tidak mewarisi ketakutan I.
.
Masa confinement dulu .. I makan jamu seketika, cuma makan ubat doktor aje. Mana best makan ubat serupa taik kambhing?? Eeeeshhh .. tak sker (lainlah 'taik kambing, taik lembu atau taik telinga' , hahaha.. Tu semua nama pojokan untuk buah asam yang dibungkus kecik2 tu). Eh, tak nak cerita lebih2 pasal confinementlah, nanti ada orang marah sebab I tak ikut 100% etika orang dalam pantang..
.
Masa kecik kita selalu jumpa Dr Lim Kee Jin. Dia nih kawan baik Bak. Dr Lim panggil Mak n Bak, Hajjah n Haji respectively. I sukerr dengar bila dia panggil macam tu. Dr Lim is a great man and was instrumental in developing medical schools. Masa tu, kliniknya kat tingkat 3 dan nursenya nama Asiah (lawa macam KartinaDahari).
.
Satu yang I notis (observant gitu), bila jumpa Dr Lim.. dia akan tanya "hajjah apa kabar", dan tanya kabar Bak (hello doc, bukan ke I yang sakit nihaa??). I perasan doktor sekarang (melainkan bawak baby jumpa paeditrician) tak kesah ambik berat badan pesakit (wpun hanya demam) lebih2 lagi .. macamana I nak explain ek? Gini .. Dr Lim akan guna alat macam besi size kecik dan diketuknya kat lutut (nak test reflex). I suka bila dia buat gitu.. rasa toink, toink..
.
Sekarang dah moden, cara tu dah pupus. I ni dari old school maka I pikir ITUlah satu2 cara yang best, hehe. Ya ampun para doktor ..
.
Haa.. melencung lagi ..
.
Kat dapur tu macam2 dah takde. I terpaksa juga keluar beli barang2 ransom. Yeayyy, gaji dah dapat maka haruslah I ... (sebenarnya malas sangat2 nak keluar). Kesian TB makan lauk2 dari saki baki sayur yang dah lumpuh, haha. Tengahari semalam I masak peria goreng + taucu dan telur sapi masak kicap. Lauk simple aje tapi berselera pulak. Syukurr.
.
Nak bergerak kejap lagi .. Agaknyalah, kalau I keluar tanpa membazir air untuk mandi manda, boleh tak orang detect ??

Sunday, 1 November 2009

Jiran vs Doggy ...

P E R H A T I A N
Coretan kali ini teramatlah panjang dan berliku2
Mohon bawa bersama
minyak angin cap kapak atau cap singa berdiri
bawak kacang NganYin pun OK
(janji jangan buang merata2)
"amiret hisak anarek idus acabmem"
.
1130pm: I baru lepas makan. Lauk tak best pada pandangan mata tapi rasa nikmatnya tersangat luar biasa (read: saja nak mengiurkan anda). Ada orang takde selera makan sorang2 kan? Tapi alhamdulillah, I boleh pulak (psst.. makan sensorang tak perlu ikut 'etiket', so yunowadaimin..). Apakah lauk2 itu wahai Cik Som? Hehe, tak moh bitaulah.. nanti QJ tiru lauk kita.

Masa I tengah basuh pinggan, lap meja dan seterusnya baru nak melabuhkan punggung kekerusi, kat luar sana kedengaran anjing menyalak sakan "goof.. goof.. hwark.. hwark"; dan juga dengar suara orang bercakap2 agak kuat. I intai dari langsir, I nampak D keluar menghala ke gate Ndja (I juga berjiran dgn Ndja my sista, in case ada yg tak tau, hehe).

Oh, takde apa2 maybe si D dan kawan2nya dah makan terlebih gula, hyper seketika kot? I pun kembali melabuhkan anchor punggung kat meja kerusi tak empuk tadi. Ehhh, nape anjing menyalak begitu galak sekali? Ada intruders ke? Suara yang kuat tadi bertambah lantang dan ada bunyi ketukan yang lain macam aje. Ehh, time kita nak perah creative juice melimpah ke kibod, time nilah diorang buat hal ..

Dan sebagai jiran yang jelita caring, I terpaksa angkat punggung sekali lagi untuk mengepokan diri (mana tau ntah2 si D kena baham dengan anjing ke).. tapikan, tapiii setakat jadi peeping tompel ajelah, intai dari celah2 langsir.

Lo and behold!!! cewah I tersangat takot okay?? Eighh.. apsal my jiran (lat dua rumah dari rumah I) berdiri dan bongkok sambil ketuk2 lantai depan gate my immediate jiran? Keadaan boleh tahan 'happening' .. suara lantang manusia bercampur dengan suara lantang googoogaga 2 ekor anjing hak jiran sebelah nih. Hiruk pikuk I tell you .. takut punya pasal, nasib baik I tak ... dot3 dalam suar heheh.

Sebelum I lanjutkan cerita ceritut tu .. untuk pemahaman yang lebih telus, let me story a bit more ok? (cerita belakang tabir). Are you ready troop? (ikut gaya suara macho dlm game Counter Strike tu).

Al-kisah - mesti tulis nama blog, if not depa tarik lesen I kang.. :-)

Bayangkan ... (pejam mata sat). Jiran terdekat I duk konar lot, bangsa suka papadom (camana nih? I pun suka papadom?). Masa mula2 nak menternak anjing, Mem dia yang lembut berbicara dan sangat sopan santun tu bertanya kat I "Kak Som, do you mind if we ...... blablabla...obladi oblada.....".

Kalau boleh memanglah I tak setuju tapi apakan daya.. diorang ada hak juga kan? Jiran nih orang kuat sokabar 'on-line' yg selalu menjerit2 pasal hak asasi manusia sejagat; and psst.. samore every year they invited me to their Diwali do, so I terpaksalah bertindak profesional juga. demi seketul gulabjamun. Yanadeiii...

.. but I have my say too .. indirectly I berMOU dengan Mem tu".. but you know, I do mind about the najis....blablablacksheep". Dia faham maksud I dan berjanji dotdotditdat.. (btw, bonda Mem seugama dengan kita, so I harap sangat dia paham), tapi adakah dia betul2 faham?

Tang anjing2 tu pulak .. dua ekor ni memang dilepaskan dalam kawasan rumah aje. Luas juga kawasannya sementelah konar lot dan kereta2 tuan rumah park kat luar aje. Waktu malam aje anjing dilepaskan.. Up to the dogs nak buat apa; nak cari jodoh ke, nak ber'wili' ke, nak poohpooh ke. 2 ekor nih dah kenal sangat dengan kami berempat tapi kadang2 depa menyalak juga.

Bila menyalak tak tentu pasal, D pun beraksi guna jari buat sign pistol dan panjangkan sebelah tangan as if menembak kearah sasaran, maka terkedek2 dua ekor tu beredar (siap toleh lagi, cute pulak tu). Doggy tu pandai bahasa isyarat macam RinTinTin, hehe. I pun dah master the skill tunjuk2 jari macam tu.. tunjuk jari ala2 nak tembaklah, bukan yang TU.. (ishh..ishh.. KewJae n Ja neeeeh). Bila I pegang 'pistol' tu, terasa macam berperang ala Combat siap dengan hand grenade sekali. I ketap cunitnya guna bibir yang comel nih dan baling ............ kat rumah sebelah. Hehe, just my wild imagination, VicMorrow wanabe..

Al-kisah (terpaksa diulangi, if not..), OK sambung cerita peeping tom tadi ..

Huruhara betul.. Jiran yang pegang kayu ketuk2 depan gate tu, macam dah dirasuk hantu. Dalam masa yg sama, si tuan anjing sibuk menyabar dan menenangkan emosi 2 ekor tu (terus diikat dan diperap belakang rumah). Apalah agaknya yang dipikirkan dek anjing2 tu ek? Mungkin "alaaa.. kita nak guwau2 jer pun kena marah.. woof..woof".

Tuan anjing tu bila kena sembur oleh jiran pegang kayu tu, dia diam aje you .. tak defensive pun but he did apolo13gise "aiyemsoree" jerr.. I takot sesangat tadi tu sebab nampak D berdiri depan gate I together dengan jiran yang dah naik hantu tu (berdiri depan gate tuan doggy). I tak mau D berperang sama, no! Tapi rupa2nya D bertindak membawa bendera pengaman 3B (QJ, Ja & SOL, bukan bendera 4B okay?). Note: 3B BangsaBangsaBersatu whereas 4B batubelahbatubertangkup

Nak dijadikan cerita, jiran pegang kayu baru balik jenjalan dengan famili .. wife dan 3 anak2 kecik. Masa salah sorang anak turun dari kereta, si anjing meluru kearah dak syomel tu. Haa.. time tu, all hell break looselah kan?? Pernah sekali dulu, anjing2 tu cuba nak 'berkenalan' dengan wife n anak2 jiran pegang kayu tapi wife tu sempat bertindak.. dia ambik samting dan lontar ke arah lain dgn harapan anjing tu kejar benda yang dilontar tu, tapikan haha.. lain pulak jadinya. Anjing tu tiru gaya Lassie .. dikejarnya benda tu, digigitnya dan terus buat U-turn. Niat murni nak pulangkan benda tu tapi BO layan. By then, jiran dah take cover masuk rumah.

Situan doggy ni pun satu, lepas insiden melontar tu berlaku dia diberi kata dua; in short jaga bebaik anjing2 tu or .... ? Patutnya dia tak lepaskan anjing2 tu begitu aje tanpa diikat dan dia sendiri patut monitor gerak arah anjing2 tu, ni taak!

Pada hemat I, anjing tu mungkin takde niat nak baham sesaper; maybe anjing tu terlebih makan gula, tu yang hyper tak ingat dunia! As parents, tentulah keadaan tu mengejutkan, lebih2 lagi pada budak 7 tahun, boleh trauma. What if anjing tu betul2 baham peha comel anak jiran tu? *Blink2* I kenot imajin.

Kalau keadaan yang sama kena pada my family, apa patut kami buat? Patutkah I....TB cabut pembentung air kat luar sana tu untuk dijadikan senjata dan libas anjing dan tuan anjing tu sekali? Insyaallah tak, takde aksi libas melibas; maybe kita approach cara lain. concoct molotov cocktail? hehe, guwau jer

Perlu ke I tulis skrip jiran yang mengamok2 tu? Hehe.. sikit aje eh..
1. I don't care, if this happens again .. I make sure I kill you *help 911*
2. If this happens again, you know I will smash .. I will not smash your dogs but I smash you, you know! ... *ouch ouch ouch*
3. I don't care if you have a lion or a gorilla .. you keep insidelaaah *gorilla?*

4. Why you let your dogs out? What for? You have big place here .. *huhu*
5. Go ahead if you want to report *takotnya*

6. What if this happened to your children? *haaa..*

I pasti tuan doggy tau kesilapannya, tu sebab dia tak melawan. Lagi pun, soalan 6 tu memang kena tepat pada batang hidungnya. Dia juga ada anak2. Yang bongsu kembar dua umur 5 tahun dah sangat comel. What if the same situation befall on them .. Doberman Uncle Lee sinun terjah anak2 dia pulak?

I kata "Innalillah ..."