.
.
Pic dated 3/12/09 dlm file CSI - CikSomInquiry
Al-kisah .. ular dan monyet teringin makan rojak mamak. Ular oder mee-rojak full set manakala monyet oder sotong, jemput2 dan telur aje bukan full set (saja kurangkan makan nanti susah nak manjat pokok). Monyet juga oder semangkok cendul TANPA kacang "hantar sekarang boleh?". Best.. budak yang ambik oder tu angguk2 tidak geleng2.
Monyet harapkan cendul dihantar dulu tapi makanan pulak yang tiba. Tanpa lengah, ular dan monyet menyuap makanan masing2. Ular kelihatan puas hati tapi monyet dah mula berdehem2 (batuk2 kecik tanda ada yg tak kena). Sah!! Kedengaran monyet meluahkan perasaan hampa pada ular "ni yang tak suka kalau orang tak ikut oder, mintak telur tapi tak kasi telur", sambil melemporkan jelingan kat budak TU (sila pandang kearah gambar, dia yang sebelah kanan tu haa).
Monyet terus menyuap rojak "kalau tau bawak telor dari rumah aje tadi" (kedengaran monyet merungut guna 'silencer' supaya ular tak dengar). Dengan rungutan yg tak jelas tu, ular maintain cool. Cuba monyet buat kalut, sure ular tarik ekor monyet suruh duduk dendiam "dont create a sin scene, boleh tak?". Nasib baik monyet tinggi akhlaknya .. ehem!
Ekceli masa tunggu rojak tiba, monyet terperasan pekerja mamak hulurkan semangkuk cendul kat pelanggan yang baru jer duduk. Ehh? tapi monyet buat2 tak hirau until semangkok cendul berlabuh depan matanya soon after. Monyet pun balik2kan cendul tu biar rata rasa manisnya tapi monyet tak puas hati! "alaa.. ais dia dah keras, mesti dia buat tadi lagi nihh". Monyet pun pandai bezakan ais yg baru dengan ais yg lama disagat tapi ular tak tau monyet ada kelebihan tentang hal2 sedemikian :-(
Monyet tetap sabar menyuap sesudu dua cendul until .. "gheram tau bila orang tak folo oder.. dah kata tadi tak nak kacaaang". Ular yang dari tadi diam syok menikmati mee rojak (maklum dapat apa yang dia oder) serta cendul (oder kat stall lain) menyampuk "nyet nih dari tadi adaaaa aje..". Ular macam tak perihatin dengan masalah yang monyet hadapi. Mencii aah!
Perlukah monyet meluahkan ayat lebih power agar ular memahami dilema yang sedang dia hadapi tatkala menyuap WOJAK dan cendul yang tak ikut piawaiannya? Syukurlah ular tidak berkahwin dengan gorilla; nasib baik monyet yang NI sabar orangnya ... (Ehhh.. tetiba dah jadi orang si monyet eeetu? hehe).
I berharap sangat pada tahun Rimau nih, I kekal jadi Monyet yang sentiasa sabar, ceria cum nakal, perihatin dan rajin cari kutu, haha. Keadaan sekeliling memainkan peranan penting untuk mencanai mood dan berharap sangat2 agar tahap kesabaran I mencecah tahap paling tinggi. Dalam pada tu I takkan berkompromi dengan ketidak-adilan..
Akhir sandiwara: Monyet dapat diskaun 80sen sebab wojak takde telow .. wowowow.. Nasib baik monyet paham hak pelanggan. Ular akan bayar tanpa banyak soal..
I selamatkan epal Fuji b4 dia kecut berkedut mcm Granny
Wonder why my apple crumbles got puddles of black liquid there? hehe, takmoh cakap nanti orang gelak kat I. Rahsiaku rahsiaku jua tapikan tapii ..
kapkekpis al bentat (ada plak maruku tersesat tu ha)
Ada lagi saki baki 3 biji pisang. I godeh2 maka jadilah kek semi bentat tu. Padan muka, saper suruh tak ikut resipi? Memandai bubuh sekeping roti lagii .. alahai.. tapi keadaan diselamatkan somewhat oleh choc rice ... I curah cam nak rak.
Ingatkan T berminat nak bawak balik kueh2 tu ke tempat dia tapi "nehi" katanya. Suruh bawak beri kawan2 pun"malas" katanya. Gaknya sebab dia malu kuih tu dah terbentat? Wahahahhh.. biarlah I gemuk sensorang...
Semalam kaaan, of all the days, T bermurah hati ajar I hands-on cara nak scan gambar dan dokumen. Heheh, ketika 80 juta orang dah tau camana nak buat benda tu, I baru aje reti. Apa pun, alhamdulillah ... 'terang gak hati I nih', hahaha... (considering I tak tulis nota apa2 on how to operate the scanner .. kiranya I terel gak kan? kan??).
Intai dapur Tie ada kari tuna .. terasa tististis pulak teringat nasi dagang. So tak sangka TKTB bawa balik 2 peket ND sekembalinya dari ofis (beli kat kiosk), alhamdulillah (ehh.. kita cayang kat Apek tanpa X yang colang nih bila dia seperaiskan kita..).
Morning ritual: Mula2 kena makan sebijik Milk Thistle yang sebesar semboyan tu (helphh!!).. pastu di'dera' suruh makan EPO pulak.. haighh.. yang nih lagilah segedabak kapal selam .. tersengkang kat anak tekhak! Tolong!!
.
Masa I tengah menyuap nasi dagang kemulut TB sendiwi, D yang berada dikedai mamak bertanya "umi nak puri?". I yang stamak dah mula penuh terus aje tamak "naak, satu cukup" tapi si D tu tak reti simple arithmatic kot? Dibelinya dua keping (simpan for lunch).
Kes desperado .. masih tak beli barang dapur sepenuhnya, terlupa pulak bahawasanya MINYAK tak keluar dari tanah sekitar rumah, haha. Terlepas pandang nak beli minyak masak maka radar 'mencari' diactivatekan ... jumpalah 'minyak jeton tak dara' dalam pantry. Telek punya telek .. PROD 24/10/2006, EXP 24/10/2008 .. hmm dan semalam baru jer 02/02/2010. Bismillah ... insyaallah.
Untuk lunch semalam .. terjadilah mee kawi desperwado dengan jayanya. Untuk dinner lain cewita, memanglah kena masak lagi (owang tu dah mula wajin sejak awal tahun, kan?). Masak 3-4 lauk, apa ada hal? hahaha .. (liver berkata: sumpah ada hal.. penat taw) ..