Friday, 31 December 2010

new year eve ...

Almost 12am now ... I can hear from my living room the dentam dentum of fireworks coming from as far as S*unway Pyramid. I can only hear the dentuman cos I am too heavy lazy to menapak the stairs but really if I want to view the so-so sight of the fireworks, I can view it from my bedroom window (sebut bedroom aje terasa nak auwww, hehe).

Apa I buat siang tadi? Apa lagi, basuh bajulah kan? Hari nih rasa seronok sebab mentari senyum riang seolah2 menyuruh I menjemur bantal dan tilam sekali tapi I tak tamak. Esok lusa tulat pun boleh jemur bantal tilam dan katil sekali, har3.

Hari Jumaat ingat nak cari pahala lebih maka nehi to JJCM (daku tak mudah digoda ok? hak3). Dah toying with the idea nak masak apa tapikan tapi kecundang juga bila Ndja ajak makan kat luar. So Ndja, SIL and I (tanpa rasa bersalah) NKCM kekdahnyalah. Kita ke Summit makan kat Ol'SeWemban KofiTiam. Nostalgia untuk Ndja sebab dia akan tinggalkan Sban for good after staying there close to 2 years.
.

Vege popia as an entree, heheh

Lepas makan cuci mata. Biasalah orang pempuan, kan? Kita bertiga membelek2 skirt labuh tapi tak beli pun. Belek2 macam nak beli tapi asyiklah bertanya sesama sendiri "ehhh, muat ke?" atau "you tengok pinggang dia macam kecik aje" .. har3 .. masih tak sedor diri lagi memasing tu.. Patutnya beli ajelah weighing scale, kan? Haaa.. sebut pasal weighing scale, I dah terbeli satu untuk menceriakan hidupku menjelang 2011. But psst.. digital weighing scale untuk buat kueh bukan nak timbang badanz.

TB sebenarnya dah lompat2 kijang tak tahan nak beli bread machine sebab nak makan roti segar sesegar embun pagi tapi bila dia kata "you buat nanti eh??", I seolah2 tersedar dari mimpi. Moi bake meh? I thot dia yang nak buat roti guna BM.

I pun buat2 mahal konon tak nak BM tahun nih, len kalilah tapi I mintak digital weighing scale dulu, pandai tak I?? Biar kita mintak yang kecik2 dulu baru yang besar... JANGAN mintak yang besar dulu nanti yang kecik kita kena beli sendiwi, ekekeke. Jiwailah nasihat dari orang yang tak pernah meminta2 nih selain minta dimanjakan aje, uhuk2.

T dah naik lemak.. setiap 31hb ingat aje dia. Sanggup beratur panjang just to get a tub or two of this BR aiskrim. "Rugi Mi kalau tak beli sebab dapat diskaun 33%". Yalaah .. yalaaah ...

Begitu tekun diorang fokus kat balang kaca dimana berbagai2 jenis rupa dan perisa aiskrim disediakan. Lebih seronoklah diorang tu, kalau tak beli pun dapat gak merasa setiap perisa wpun seco'et aje.

Akhir kata, selamat tahun baru pada sahabat alam maya Somuffins. Semoga tahun baru nih, kita saling membuka minda memasing.. calet sket!

Thursday, 30 December 2010

Rimau menang!

Alhamdulillah Msia menang, yeayy!! Ekceli I tengok sipi2 aje match tu semalam. Tension2 cenggitu I tak sker .. so I aleh arah menikmati dabel cis beger dihiasi jeruk lada hijau. Satu Msia tengah sewonok ngadap tivi, tak kan I ngadap dapur pulak kan?? So sahihlah makanan sekeluarga ditaja oleh Mek Dee belakang rumah.. heheh.


Rentetan dari entry semalam, rambling selanjutnya berkisar hal JJTW pulak. Ntah apa mimpi, dia ajak I tengok wayang (maka terciptalah JJTW). Dia yang tak suka tengok tivi let alone tengok wayang tetiba pelawa I kepanggung (tapi sejak dah pencen, komain leka dia folo drama Melayu, hehe).

The last time kitorang kepanggung was years ago tengok Dustin Hoff jadi pempuan. Apa nama citer tu ek?? mmm jap nak google jap .. Yess Tootsie dengan lagu tema yang teramat syahdu "it might be you".. owhhh.. <- feeling kejap.

Bulan nih dengan tak sengajanya I dah tertonton 2 wayang. Temankan T punya pasal, boleh I tengok Harry Pot??? Selama2nya memang I tak folo pun citer tu tapikan tapi ... hehehe.. ensem ek si Harry Pot itew? Best jugaklah citer tu tapi lepas tengok tu I rasa risau, kesian, takut, gentar dan juga sewonok! Kenapakah??

Sewonok sebab ada magik2 but for sure I tak nak hidup dan jadi kawan2 Harry Pot pada zaman tu, takot ahh nyawa asyik terancam jer! Wpun I blur dengan nama2 pelik ciptaan JKR tu, I tetap TAHU identiti siensem tetiba herot berot mukanya (psst Aida, I wasn't as bad as Tomi yang tak kenal sape simamat herot berot tu, kan? ngeheheh).

Rambling di FFkan, theehee ..
Maka berdedailah kita2 menuju kepanggung. 3 mak dara bersama 2 anak sedara masuk panggung sementara sorang mak dara n sorang lagi anak sedara just JJST (JJSyopingTingkap @ window shopping). 2 dara nih tak terkesima ponn.. nak nengok wayangnyaaa .. ponnnn (Fa, if you read this, I think you tau camana nak bacanya ponnn, kan? kih3).

Almaklum dah berpuluh tahun dia tak masuk panggung wayang maka tak perasan panggung ada sediakan tempat letak minuman/botol. I selamatkan keadaan yang mengaibkan itew bila dia baru nak letak air mineral kelantai, kih3kah3 .. jom kita gelakkan dia!!! Pastukan, dia asyik sigung2 lengan I "bila nak stat nih? lamanya iklan..." <- dasar tak sabar, kekdahnya nih.

Gelak tawa jugalah kita dalam panggong tu. Member sebelah I tu sejibik cam T, susah nak gelak bila tengok lawak tempatan (ngader ek?) namun tersengih jugaklah dia. Bagus ke wayang tu? OKlah kot saja nak tolong naikkan filim Melayu tapi kalau tak beriya2 memang I tak kuasa sementelah masih ada sisa2 fobia bila berada dalam panggong wayang.

Lepas jamu mata harus jamu selera, kan? So kita bertujuh makan2 dengan girangnyalah. Terlebih girang sebab takyah masak dan takyah berkemas basuh pinggan segala. Terlebih-lebih girang sebab ada orang belanja. Alhamdulillah semoga dimurahkan lagi dengan rezeki halal, amin.

Dah kenyang, maka memasing bersurai. Sebelum balik rumah, kononnya nak juga tinjau2 bagian supermarket tapi bila nampak stall tako, kita kesana dulu. Sedang menunggu tako siap, alamakhai.. pewut I sudah meragam! Nak 'disimpan', haru jadinya kang tapi nak 'dilepaskan' macam tak biasa pulak buat cenggitu kat public toilet namun kita mampu merancang ..

Goodbye tako I have to do what I have to do .. macam tak cukup kaki I marathon ke toilet. Aaargh lega beb! Kalaulah kejadian tak diingini berlaku masa tu, mampukah I capai alas meja Delifrance yg kotak2 biru putih tu untuk menutup keaiban?? Ngeri nak bayangkannya ..

Eh eh eh .. ramahnya menaip tak sedor dah berkajang rupanya I duk meramble. Perlu berhenti sebab Tuan Besar dah kenyit2 mata dah tu .. ajak suh I mandi bersama, suh I bersiap .. ehem ..

Alaa .. bersiap nak keluar beli groceries jer (terlanjur dah keluar tu haruslah jelen2 cheri meken, maka I bermurah hati beri cuti rihat pada pots n pans didapur sempena Rimau Malaya merangkul trofi, roarrrr ...). Rangkul? auwww..

Wednesday, 29 December 2010

JJCM n JJTW n JJST ...

Let's focus on JJCM first okay? *sambil senyum riang bubuh jari telunjuk kat dagu* Bajet comellah konon, heheh..


Ndja's breakfast mengalahkan trublu Italian, ngader jer!
namun ada 2-3 'ikan bandaraya' jadian tolong licinkan pinggan tu


Ayam pandan dipilih sebab kitorang takde tanam pokok pandan ..
alasan tak bleh belah untuk 2010.


Tako abalone n octopus harus dibeli kalau tak yours truly tak leh tidur.
Ralat jalan jejauh kalau tak beli tako!


Happiness is .. jalan2 cuci mata dalam bakery .. tak beli yang nih pun, hehe ..


... juga tak beli yang nih takut bijirin/bijiran tumbuh pokok dalam pewut
But guess which one I bought?? heheh ... sape teka tepat, u mmg my fwen!

Uhuk.. uhuk.. tau takper. I baru nak cekut satu tapi Ndja bolot those 4 pieces n agih2kan ...
Alhamdulillah rezeki.

Pagi nih a bit dingin tapi harus juga mandi2 itik sebab ada breakfast date. Till then ... (cakap nak mandi tapi kalau tak mandi pun, bukan orang tau ekk??).

Sunday, 26 December 2010

Mishap MJ ...


Dah seminggu sejak balik dari Ja-Saint (googlelaa.. JS memang tak jauh dari LA) keadaan perut masih meragam. Bajet sekali sehari tak cukup, mau 2-3 kali berulang alik, penat taw. Semalam cam tu juga so bila tetiba demam, I cepat aje buat pengumuman bisu pada pots n pans, suruh diorang berihat aje. T volunteer belikan ayam kolonel (peluang untuk dia beli egg tart sebenarnya). Hari nih kesihatan 95% cerah kembali, alhamdulillah.

Cerita minggu lepas semasa di Ja-Saint:
Hari pertama ialah majlis nikah. Siang dan malam kita dijamu lauk2 kampong masakan chef tersohor, Mdm Rubi. Lauk paling yummy ialah kari dagingnya yang wangi hasil rempah yang dibuat sendiri serta lauk masak lemak betik muda dan cendawan tekukur belakang rumah.

Hari kedua berlangsungnya majlis resepsi. Rasa seronok sebab nak pakai baju batik sedondon ala boria, heheh. Sepatutnya kuncu2 makan semeja tapi tak menjadi sebab masing2 sibuk dengan tugasan melayan tetamu. Somehow I terpaksa makan dulu dalam keadaan tak selesa sebab menemankan MakJah (MJ okay??).

MJ ialah jiran sebelah rumah. Usianya dah lanjut dan dah mula lupa2 namun dalam terketar2 tu, dia tetap hadirkan diri juga. Kita sarankan dia jamu selera dulu tapi katanya dia tak nak makan sorang2 lagi pun dia belum lapar lagi. Memandangkan keadaannya yang dah uzur tu, I take the liberty lantik diri jadi chaperonenya. I suruh dia duduk dulu sementara I melaram dengan baju baru habiskan tugas tanpa portfolio.

Sambil hulur cenderahati pada tetamu dan tolong tuan rumah dengan hadiah kaut2nya, I perhatikan juga MJ sambil buat bahasa isyarat 'nak makan?'. No angguk cuma geleng2 aje. I masih tetap buat2 sibuk, sebelah tangan pegang cenderahati, sebelah tangan lagi pegang kipas kertas sibuk mengipas diri sendiri, kah3. Panas you .. kang gua cair, siapa yang susah??

I tengok MJ cam dah boring duduk sensorang so I terus ambikkan dia sepinggan nasi, lauk pauknya dan segelas air sirap "aaaahhh lega". MJ eksyenlah pulak, dia tolak jer pinggan tu "tak naak makan kalau awak tak makan sama". Alahai kesiannya.. namun demi MJ, terpaksalah I ambik sepinggan nasi dengan lauk2 yang ala kadar untuk temankannya makan.

Belum pun habis makan, I terpaksa take 5 bila perasan Jana datang kemajlis (my old friend's sista whose husbeng sedara tuan rumah), so kita berbual lebih kurang halal w'pun masih banyak stori tak terkaver. Anyway, selesai dengan Jana, I teringat kat MJ.

Woit? mana MJ sudah pergi? Dia masuk kedalam rumah kah?

Sah, MJ diantara tetamu yang berpusu2 masuk kedalam rumah. I cuba pegang bahunya supaya dia berhenti berjalan namun tak sempat. MJ gigih melangkah setapak terus menjunam dan gedebuk cam nangka busuk. Terlebih ouchh bila kepala MJ terlanggar kerusi dan badannya berpusing 90 darjah. Dia terlupa living room tuan rumah bersplit level. Tulah yang I nak beritau dia awal tadi tu..

Tentunya I rasa bersalah dan rasa ralat betul, apa punya chaperone I nih? I tak perasan siapa 2 orang yang sama2 tolong 'tegakkan' MJ kembali berdiri. Rupa2nya dia masuk kedalam rumah nak jumpa pengantin so I pimpin dia kebilik pengantin untuk sampaikan hajatnya tu. Dah jatuh tadi tu, MJ masih steady berjalan (mesti dapat tenaga lebih dari nasi beriani atau dari papadom .. sebelum tu MJ kata dia sukerr papadom, hehe), cuma dia kata "kepala sakit sikit, nasib baik tak patah".

I cuba bayangkan camana keadaannya bila I mencecah umur MJ nanti. Ngeri juga. As it is MJ dah tak boleh letak nama pada wajah seseorang sebab dia plain lupa. Pada mulanya dia memang tak kenal I tapi bila I sebut "Som", dia tersenyum. Boleh pulak dia relatekan siapa suami (auww) dan mentua I. Psst.. ada rahsia nih, rahsia okay?. Ekceli kaaan, TB tu nyaris jadi menantu MJ, hehehee...

Kat atas tu kisah mishap MJ. I pun ada gak cerita mishap2 masa kat Ja-Saint sanaa, hehe. Insyaallah mood menulis masih mantap, tu pun kalau kibod tak buat hal like takde dakwat atau takde reben. Cerita selanjutnya ada kena mengena dengan perenggan pertama dan gambar kat atas tu, hehe..
HJL ...hingga jumpa lagi ..

Friday, 24 December 2010

AGM ...

... bukan annual general meeting tapi apam gula melaka jer.. , heheh. Buatnya dua hari lepas, makan tanpa kelapa parut sebab takde siapa nak disuruh belikan kelapa. Kalau kat kampong hari tu, mungkin boleh suruh simonyet muka putih panjat pokok kelapa kot?? Tak tau monyet jenis apa, tapi memang kiutlah muka monyet tu macam siapa ek?.

AGM 2 versi - kukus dan bakar atas hotplate. Gitulah kekdahnya kalau ahli keluarga berbeza selera.



Top pic: my version


Jangan tak percaya, hehe. AGM kat atas nih dibuat oleh my youngest brader. Dia memang terer buat AGM sejak umur 17 tahun lagi ie soon after Mak meninggal. Masa Mak meninggal, rumah kat JB tu hanya ada Bak n 3 hungry bears.

Sebelum Chik dipanggil balik kesana, diorang semua tu pandai2lah masak sendiri. Masak gulailah, masak apamlah dan ntah apa2 lagi. I think adik I buat AGM sebab kesiankan Bak kot? At least bila Bak makan AGM, sambil konyel2 tu boleh juga dia mengimbau kembali kenangan lama dengan Mak.

Sekarang nih bila adik I buat AGM, dia ada 3 assistants yang rela tolong menyibuk. Mungkin diorang amat terkesima sebab Bak diorang reti buat afamgulermelakerr .. yummy!

Nota: Disebut 2 Bak .. diharap pembaca tak konpius which is which, hehe.

Thursday, 23 December 2010

Hi ...


Salam ..

Bersiaran kembali dipagi yang amat dingin dengan harapan salji akan turun setitik dua tapi yang turun cuma salji yang dah cair. Alhamdulillah.
.
Cuaca pagi nih: Suhu 23 deg C - hujan 'ringan', angin bertiup manja dan pecahan awan bertompok2. 9 pagi mentari mula tersenyum riang so sesiapa nak basuh kelambu, cadar atau langsir sliding door, dipersilakan. Cepat tau sebab by 3pm mentari nak beri laluan pada simega mendung plak.

Ramalan keadaan cuaca untuk besok? Bukan aje besok, lusa dan tulat pun I nak bitau nih supaya senang kita merancang aktiviti berjemur bersama basuhan.

Jumaat: mendung --> mentari akan tersengih riang --> mendung
Sabtu: mendung + salji cair + mentari --> mendung
Ahad & Senin: Sediakan payung sebelum hujan dan banyakkan baca ayat2 menghalau setan sebab guruh petir kilat akan beraksi.

Sekian khidmat masyarakat untuk tahun 2010.

Pukul 4am terjaga dari tidur terus teringat kat nasi gor, boleh gitu? har3. Yalah you, membazir kawan syai kan? Dengan mata semi-terbukak terus melangkah kedapur, capai bekas berisi nasi gor masukkan dalam freezer (kalau nasi gor tu agak2 nak basi, kuman terus terkujat sebab dah dalam freezer kan?? Kasi terbantut itu kuman untuk beraksi, har3). By 8am nasi gor tulah jadi habuan my breakfast hari nih. Alhamdulillah.

Dah terjaga tu, I tak tidor lagi OK? Masa itu emas, bukan? (cewah.. lihatlah siapa yang berkata2 ini??); so dengan muka toya, I paksa diri beramah mesra dengan baju bajan yang agak membukit hasil basuhan selama beberapa hari. Nasib baik sidara dah kliarkan portion sendiri. Cayang dia..

Masa bercuti, I memang tak endah nak basuh apa2 pun selain yang 'kecik2' tu, ngeh3. Bila kat rumah orang memang segan nak buat macam rumah sendiwi tapi OK jer kalau tolong sapu habuk sikit2 dan tolong basuh pinggan mangkok, tu pun tiap kali lepas makan, ada jer tangan yang bergelut berebut2 capai sepan basuh pinggan dari tangan gebu I nih, kah3.

Untung gak jadi warga keemas-emasan nih ek?? Ada aje simpati dari orang muda. Katanya kaan, siapa suka basuh pinggan mangkok, hatinya juga akan dicuci bersih. Isn't it marvellous?? *sambil naik-turunkan kening*

Cukuplah bingkisan seco'et nih dulu, warm-up kekdahnya. Jari jemari dah ala2 lupa nak menari waltz atas kekunci netbook. Ngengader jer ek??

Friday, 17 December 2010

Makan angin sat ...

Salam Jumaat ...

2-3 hari nih CikSom akan berkelana jauh sket dari KL, heheh. Seperti biasa kalau nak jalan jauh, soalannya ialah 'berapa hari' supaya boleh bajet berapa helai baju nak dibawak .. baju tidur (kaftan dipakai untuk tidor jer kot2 yang dibawak tu dah terkoyak jahitannya hingga kepunggung .. auwww), baju jalan, baju majlis liplap, baju basahan dan tentunya 'pakaian kecik' yang tersembunyik bila dipakai (tang nih kalau terlupa pun orang tak tau, har3).

Majlis kawin anak sedara sepupu TB wajib kami raikan. Unlike kalau yang kawin tu anak sedara sepupu kupu2 I, memang taaaklah! .. (bunyi cam majuk aje ek? hek3). D&T tak kenal langsong dua pupu kupu2 sebelah I sebab tidak pernah berjumpa. Dasyat kan?

Kalau jodoh D&T dengan dua pupu kupu2 kelembak rama2 pun I tak tau yang kita ada talian darah, let alone budak berdua tu. Dah masing2 tau nama kawannya aje. Bila tanya kawan tu bin-binti apa, tak tau (selalunya budak lelaki memang tak kisah nak ambik tau tapi sejak dua menjak, pandai plak tanya kita samada kenal tak sifolan sifolin sekolah kat sini.. bapak dia nama.. tok dia nama so n so) <- berleter kejap.

Masa dulu bebila kawan2 kitorang datang rumah, Bak surely tanya 1. duduk mana 2. ayah siapa nama 3. kerja apa or kat mana ... and more often than not, Bak mesti kenal punya (dah kerja gomen, kekdahnya). Mak pun tak nak ketinggalan, har3. Dia kenal jugak kawan2 punya emak hasil terlebih peramah masa kepasar, jumpa kat parti tupperware, kat tempat belajar masak and so on and so forth <- suka plak nak tulis ayat tu.. teringat kat siapa ek??

I curi2 menaip nih walhal lum habis pack baju bajan lagi, hehe .. curi masa sementara TB kat luar beramah mesra dengan kucing2. Ntah apalah sekor2 tu dapat pesanan. Sure TB kata 'jangan bewak atau tencing dalam tempat makanan' .. if not ... siap! Has*** d'bangla diamanahkan menjaga kucing2. Hidup Has***, heheh.

Sementara muncul coretan seterusnya kedada Al-kisah, sila intai2 sekitar my to-be kampong halaman ...


kat situlah nanti I menternak itik Mallard

nanti I jual buah2an depan rumah
.
daun pudina/mint.. bahan lauk beriani


Rendang? masak lemak? daun kunyit setimbun

Daun I nih .. kesumuffins, auww..

durian belanda .. by now mesti dah masak

...
Hingga jumpa lagi dan lagi ..

Wednesday, 15 December 2010

Egg tarts for you ...

Egg tart versi Portugis dari kayefsee. Versi air tangan Somuffins ntah bilalah agaknya..

.
Cari masa nak buat tag ... dah banyak berhutang nih.

Monday, 13 December 2010

Seronoknya jumpa kawan2 n makan2 ...

Tertera harga sehala, gulp! Belum 2 hala

Dah 17 tahun I tak layan taxi merah/putih atau hitam/kuning tu lagi. Masa kerja dulu without fail mesti naik taxi keopes sekurang2nya sekali sehari, pagi atau petang. Masa tu tak reti rasa takut naik taxi sensorang. Bukan kerana perasan ada gene Tun Teej atau Tun Fath tapi mungkin kerana tak pernah alami kejadian horror. Alhamdulillah.

Ahad: I berpeluang naik taxi warna biru yang tersangat selesa. Dah kenal mesra dengan drebarnya, auww. Awal lagi dah buat MOU camana nak bayar tapi saja curious I mintak drebar ONkan meter sebaik saja kereta meluncur membelah angin. Mata terus zoom pada meter. Gulp! OMG, gulp gulp gulp (saliva-less terus jadinya, muahahahaa).

Drebar taxi tanya "tak nak duduk belakang?". Harharhar ... tapi I sengih jer, tetap nak duduk depan juga.

Opocot!

Perjalanan selama 45 minit tak terasa sangat sebab banyak story yang dikongsi dengan drebar. Sedar2 dah tiba ke dewan majlis resepsi anak bujang Datin MN yang ensem tu, hehe. Miss peluang nak berbisan dengan MN nampaknya *uhuk2*

Seronok rasanya bila ada peluang berjumpa kawan2 lama nih ek? It somehow rejuvenates the mind, body n soul!

Dipendekkan cerita, since dah lama tak jumpa, haus jadinya pipi gebu memasing akibat banyak kali berlaga pipi muah2 (macam ikan laga Ja kekdahnya). Tak sangka plak ada yang mengalirkan setitik dua tiga n empat airmata syahdu, auww.... Rindulah tu but nothing beats the sight watching S n cS hugging each other... syukur alhamdulillah.

Pose 'melendeh' (foto ihsan cikLina. TQVM)

Since memasing dah kenyang, pose lentok dah tak sesuai (nanti terus tidur plak). Pose melendeh amat afdal so that kawan sebelah menyebelah boleh support sesama sendiri. Can we blame it on the array of food yang semuanya marvellous2 belaka esp ayam goreng berempah yang sizzling hot itew??

Good food and good company, what more could we ask for?? Perhaps more money? har3 dasar mata duitan (I lah tu, heheh).

Semoga pengantin berkekalan sejahtera dan dirahmati hingga keakhir hayat. TQ MN&PN sebab menemukan kita semua dimajlis tersebut.

Sunday, 12 December 2010

Nak makan jer ...

Bila T bercuti panjaaang, Omeynya akan kelihatan lebih rajin keluar masuk dapur dari hari biasa; dan aktiviti mengukur jalan akan juga lebih meriagh! Ada aje mendenya yang diidamkan dan dicarinya ... Macau egg tartlah, aiskrimlah, sandwich 'submarine'lah (ekceli sandwich Subw*y tapi bila dah sebut 'sub', I terus jer sebut submarine much to T's chagrin, har3. Bear with me wahai anak, me not young anymore, tssk tssk tetiba perlu mengaku, heheh).

macau egg tarts (Umi punya 3 okay?)

the 'submarine' ... (buy 1 free 1 - save $, I like!)

mesti ada penyerinya ...
.
... and last but not least .. nak juga air tangan Omeynya ...

Muffins perisa semua-orang-pasti-tau-punya, har3.

Kejap lagi I akan ke Bangi tapi Bangi tu katne ek? heheh, ngader jer tapi I memang keliwu diantara Bangi, Serdang dan Kajang.

Insyaallah akan bertemu nanti dengan kawan2 yang dijodohkan berjumpa dialam maya. 5-6 tahun dulu I kinda gedik2 kurang segan nak jumpa kenalan baru but lately since dah kurang gediknya, perasaan segan dan silu tetiba menyelubungi diri. Mungkin belum sampai jodoh untuk bertemu (read: buying time semoga proses mengurangkan lelemak berjaya).

Pagi nih tak boleh makan apa2 dulu, minum air aje. Afdal menjaga penampilan perut diri agar kelihatan anggun n cun sejuk mata memandang... (kothongkan perut sebab nak makan nasi minyak pengantin kekdahnya).

Hingga jumpa lagi ...
.

Saturday, 11 December 2010

Tak sanggup ...

... memang tak sanggup kalau DUA EKOR tu ikut I kemana2 esp bila jenjalan cari makan. Tak sanggup. Can't imagine 8 ekor mengekori I sekeluarga bila jalan kemana2 tapikan tapi ... I bukan orang KL so tak applicablelah, kot?


Selingan: I baru reti buat 'frame' to the pic. Hehe, fandainya I..

Source: The Star 111210 Kee's World by CW Kee
.
.

Thursday, 9 December 2010

Musim kawin ...

Bulan nih terima 5 jemputan kawin. 1 di SA, 1 di Bangi, 2 di JB dan 1 di Melaka.

Jemputan di SA tak boleh direalisasikan kerana 2-3 sebab tapi akan cuba sedaya upaya kemajlis di Bangi manakala di JB memang impossible dream sebab lokasinya terlebih jauh dari KL (hic!); tapi kalau diberi peluang kesana, sekarang juga I go pack my baju. Majlis di Melaka merupakan majlis wajib pergi by hook or by crook almaklum jemputan sedara kamcing - kambing n kucing, har3.

Kalau elok rancangannya, majlis di Melaka memakan masa tak lama .. 3 hari jer .. bermula majlis nikah dan resepsi kedua belah pihak. 3 hari bermakna 3 helai baju lip lap, tul tak? tapi I buat sepasang baju baru jerr sementelah dah disponsored ;-)

Resepsi sebelah pempuan bertema gold/earth/orangey so kuncu2 terdekat disarankan pakai baju sedondon ie baaatek! Kerja mencari batik digalas oleh my SIL yang rajin itew. I bitau dia, kalau boleh I nak batik corak geometrical. Batik munger2 macam Putewi UMNO pakai, no no no, I dowan!

Dah seminggu lebih terima parcel dari SIL tapi baru 2 hari lepas hantar ketailor, hehe. Terlanjur ke tailor I bawak 3 helai blouse untuk dialter sket hemlinenya dan sehelai pants yang dah londeh (kena ganti getah). Each alteration costs RM7 so 7 darab 3. To unpick jahitan + jahit getah pada pinggang seluar costs RM10 and workmanship + kain lining = RMratus..

I would have saved that RM21 if only I could sew, sob3! It's even more vavavoom if I could sew my own baju. For sure I could save bewatus wibu winggit. Sigh... menyesal plak masa tunggu result dulu I tak asah bakat menjahit. Bak was jubilant when I enrolled myself in sewing class. He even bought me a new sewing machine, the one with multiple functions. We bid farewell to Tok's antique sewing machine .. Terasa emolah pulak cos I was buddy2 with Tok's sewing machine... (tersimpul mati rahsia2ku bersama cik Singer).

My SIL enggan bitau harga kain yang dikirimnya tapi I gertak dia kow2 punya. I kata kalau tak bitau harga kain, team kita mungkin kehilangan sorang ahli sedondon yang berkaliber, kih3. Dengan berat hati dia terpaksa juga bitau harga sebenar.

I bitau SIL punya abang to please please please bayar harga kain tu supaya I tak malu2 kucing bila pakai baju tu nanti, dahlah SIL tu selalu belanja kitorang macam2, so now untuk terima hadiah lagi, I truly am malu yang tak terhingga!

Bila SIL punya abang bercakap dengannya, instead of si abang bitau adiknya dia akan bayar harga kain tu, tetiba dua beradik tu boleh berkomplot pulak. SIL punya abang bitau I "kain tu dia hadiah kat you".

Aduhai .. harapkan suami, suami berpaling tadah kekdahnya. Suami dah bersekongkol dengan adiknya. Takleh jadi nih.. perjuangan masih belum selesai .. I have to think of something ..

Tukar cerita ...
Breakfast pagi nih I buatkan the usual kentang n telur untuk D&T. Abahnya makan fries n telur dadar manakala Omeynya makan 2 keping roti bakar cicah kuah kari ikan yang isinya kental serupa daging tetel. Apa dah jadi dengan ikan2 zaman sekarang nih dah tak terserlah kelembutan pada isinya lagi?


Mula2 goreng bawang n cili hijau. Dah naik bau terus masukkan kentang yang digoreng terlebih dulu pastu tuangkan telur yang dah diputar ala kadar guna garpu. Jangan lupa bubuh garam sekati dua, har3.

Nilah hasilnya. Of course gambar nih I re-tampal dari entry lama. Kadang2 penat gak jadi mamarazzi inda kitchen. Mana nak pegang sudip, mana nak pegang hp lagi ..
.

Tuesday, 7 December 2010

Jamu selera dulu ..

Mee Hailam
...
Fried Rice al-campak2
(without flash)

.. with flash

Mee Bandung

(sah dah lapar, potong daun bawang tak sekata)

Jamu selera dulu ... (the updated version)

Salam Ma'al Hijrah ... Diharap semua kenalan alam maya diberkati dan dilimpahi rahmat Allah. Amin.

Cerota Ahad lepas .. cerota? hehe, tersilap taiplah tu. Bercakap untuk diri sendiri, I tersangat tak gembira bila ada typo error dalam my own entry lebih2 lagi bila dah proof-read. To err is human, yes but ehh.. lupakan yang tu, now sambung cerota, haha..

Lauk2 diatas hasil jjcm 3 warga keemas2an pada Ahad lepas. Ada 2 lauk tak sempat enter frame ie sambal hijau dan sambal bebola ikan (SBI). Bila Ndja tau SBI tu ada petai, dia terus buat mimik muka yang kurang comel so tentunya lauk tu dikensel aje. Ekceli sambal hijaunya pun ada pengaruh petai but since Ndja tak makan pedas, I diamkan aje.

Jika Ndja dah keluarkan duit nak bayar bil, tak guna siapa2 bergelut tangan berebut nak bayar, biarkan aje. Sama gak dengan kakak2 yang lain, kalau ada yang berkobar2 nak belanja atau dah bayar secara senyap, biarkan aje.. tapi bila I berhasrat nak belanja, I suka to make it known awal2 supaya takde perebutan kuasa besar berlaku.

Selalunya kalau keluar dengan diorang, duit I macam tak laku aje. Best mmg best tapi malulah asyik jadi tangan yang menerima aje. Sekali sekala nak juga rasa jadi tangan yang memberi, ehem!

Restoran tu pulak macam baik aje, diberinya 10% diskaun untuk 3 gulungan tertentu. Somehow hanya Teh yang layak, hehe..

Alamak ... TB ajak I keluar lunch (psst.. lum mandi nih, hehe). Petang nanti I sambung blabber ehh?? Till then ...

Blabbering continues: TB n I had lunch at the same restaurant where the 3 of us went to last Sunday. We ordered gulai tunjang and 3 other dishes. What's the name of the restaurant? Tak surelah pulak .. it has something to do with masakan from Padang.

Lunch semalam, beriani ayam panggang untuk TB. Tak faham camana dia dapat nasi with that extra long basmathi rice whereas I got the normal basmathi. Terlupa nak tanya kenapa ada perbezaan.. maybe restoran dah habis stok beras kot?  
Apasal gambar nasi beriani nih jadi vertical tak horizontal?? Alahai, dah tak seragam jadinya. Thanks to my beloved Cokia HP. Siapalah Al-kisah tanpanya, ngeh3.

Bila lunch makan diluar, I make sure I cook for dinner. Ambik hati suami kekdahnya lebih2 lagi dah cukup tahun kot ada bonus, kaaan?? Hehe, gurau aje tu tapi kalau dapat best juga. Masa beli groceries kat Mydyn semalam, for the first time I beli daging kambing yang siap dimarinate.

I campurkan capsicum merah, bawang dan kentang aje. Put on mw for 10 mts pastu bake for another 10 mt. Juadah dimakan dengan roti perancis. Notice the baking dish dah retak 1000 tu? That's from Ikea locally made but I love that baking dish as it was given by my bro as bday gift.


Baked lamb dan kawan2nya (guna pinggan berbeli bukan free punya, har3). Kelihatan coleslaw tanpa bahan berwarna hence the coleslaw looks less attractive. Taste wise, lu tau gua tau laaa... ngeh3. Berbaloi juga beli yang dah siap diperap.

Sunday, 5 December 2010

Mangkok free, hehe ...

Hari Ahad. TB dah pergi kerja sejak 6.30 tadi. Pukul 10 nanti giliran D pulak. T tak balik sebab perlu mengulang kaji untuk final exam hari Senin dan Selasa. Masa tu emas!

Terlanjur buatkan bekal roti bakar dengan apa-ntah-nama-benda-leper2 tu untuk TB, I bakar extra untuk diri sendiri, dicicah dengan sambal tumis telur (STT). Minumannya biasalaa, yang 3-in-1 mild tu.

Sebut STT sure ada ceritanya, hehe. Masa mula2 kawin dulu, selalu juga mintak idea "nak masak apa" dari TB . Dia pun sebut STT. I tanya camana cara emak dia masak STT. I tak sempat menikmati masakan my MIL sebab baru nak kenal hati budi masing2, MIL pergi tak kembali pada usia 52 tahun di Mina.

Memang cara Mak n MIL masak STT differs a bit. Cara Mak .. telur rebus digoreng manja biar berkulit sikit. Cara MIL pulak, dia pecahkan telur dalam sambal maka sejak hari tu dan selamanya I ikut cara MIL aje. Adakah ini tandanya I memang menantu pilihan ?? muehehehehh..
.
Anyway, sedang I menggoogle cari gambar STT, terpandang pulak pada something so familiar, kih3.
.

Previous entry I tampal gambar semangkok sup dimana mangkoknya dapat free. No big deal tapi saja nak cewita, hehe. Bila I menggoogle kejap tadi ... kihkihkih ... kahkahkah ... *maaf terlebih gelak*, macam berjanji pulak cara kami tangkap gambar mangkok tu, harharhar ..
.
.
.
.
.

.
Agaknya owner of that bowl jenis tak kisah macam I, hehe. Guna aje apa yang ada depan mata atau mungkin dia ada pinggan mangkok berjenama tapi chose to use the free one. Unlike me, I memang takde pinggan mangkok berjenama, tssk tssk.

Dapur orang guna corningware, royal doulton, mikasa, corelle, wedgwood, or busuk2 pun guna Luminarc tapi dapur I takde tu semua, hehee. Dah semua tu takde, habis apa yang I ada? Ha'ah ek, apa yang I ada??

OKlah, nak bersiap2 dulu sebab CNN kata Teh n Ndja nak singgah kejap en-route to check on Ndja's new house which was ex-Teh's. Salam ...

Saturday, 4 December 2010

Nyamuk jahh-haat! ...

Bila TB kerja pagi atau malam, I mula memasak pukul 3 ptg. OK tak? Sejam untuk masak yang simple simpul memang cukup.

Semalam.. bila ikan dan daging dah tunjuk signal "masaklah hamba", kemalasan tup2 melanda (tup2lah konon). Ikan tu macam faham aje, pelan2 dia bukak pintu esbok terus sembunyikkan diri dalam freezer. Cian dia ek? ... apa nak kata, I mampu merancang aje .. :-(

I tak pilih kasih pada daging tapi I memang ada soft spot pada daging korban maka I rebus aje dulu. Kalau dah direbus, kan senang? Ada sekali dulu I dapat daging korban part dot3. I yakin it was IT! Berbulan2 I simpan dalam freezer pastu I buang aje (tak sanggup membelek2nya, tidaaak!).

4pm: lunch semalam kita makan bihun sup aje. Alhamdulillah, bihun sup yang rupa sesimple tu menepati citarasa TB. Dia tanya "kenapa kat luar takde jual cam nih?". Owh well laling .... dah kita tak rajin menjelajah keseluruh nusantara, camana nak jumpa makanan simple tapi sedaps? <- berkata dalam ati aje, heheh.

Daging korban dijadikan sup untuk dinner. Tulah satu2nya lauk kita semalam, alhamdulillah berkat hendaknya. Gambar semangkok sup merupakan my breakfast tadi. Tak menyempat nak garnish bagai, gua dah lapar. Sila berkenan pada mangkok tu. Manis rupanya kan? Mangkok free ntah apa T beli dapat tu, hehe..

OK ke tak OK bubuh dua keping roti atas mulut mug ?? OKlah tu, mug tak komplen pun :-)

Semalam I jadi komando bersenjatakan M-16 Mort*in. Dalam pada jadi komando, sempat juga cik NYAM menyerang dan menyedut darah I. Cik NYAM memang JAHHH-HAAT, cisss!
.
Sejak jiran depan rumah buat renovation dan kebelakangan nih asyik hujan aje, I perasan koloni cik NYAM makin menjadi2.
.

Fridge magnets 3 ...




Part of Teh's FMs collection

Friday, 3 December 2010

Ziarah dan bergumbira ...


Kat Sban tu macam takde bakery yang rotinya sedap2 sebab tiap kali Ndja datang menziarah adiknya (I-lah tu, heheh), dia sure singgah kat bakery nih. Pilihan rotinya berupa bun yang ada rye dan segala bijiran dan bijirin. Dalam pada tu, muai juga dia membeli roti beranika jenis. Ada bun inti keladi (ugh!), bun raisins dan bun perisa cinnamon. Bun-tal aje dia tak beli, ngeh3.

Sebelum kebakery, pastinya dia hangkut I dulu. Niatnya nak ke PJ untuk menjemput G yang berhari2 ditumpangkan kat rumah Teh masa dia berhoney-mooney untuk kesekian kali kepulau nun diutagha.

Dengan Ndja mesti ada detour dan U-turnnya. Ekceli sebelum kebakery dia dah bitau hajatnya nak selesaikan satu hal yang dah bertukar jadi masalah. Agenda tu takde dalam itinerary. Kalau I tak ikut sama tak patut juga sebab dia nak selesaikan satu masalah yang juga menjadi masalah I. Macam besar aje masalah tu ek? So lepas kebakery kita menuju ke airport lama di Subang.

Kita tau hala tuju ke airport lama tapi nak mencari that particular building, letih wa cakap lu. Habis segala jenis manusia kitorang tanya camana nak ke tempat tu. Parking pulak komain susah as semua parking lot ada tertulis plet kereta.. maknanya sesiapa langgar peraturan, siap!! kereta akan diclamp. Eleh.. eksyenlah tu!

Berkat kesabaran dua beradik warga keemas2an tu akhirnya terjumpa juga satu spot baek punya dibawah pepohon rendang. Alhamdulillah dah dekat sangat ketempat yang kitorang nak tuju. Dipendekkan cewita, masalah mungkin dapat diselesaikan dengan jayanya, insyaallah.

We had lunch at Teh's house. Lauk kat rumah Teh tak boleh dikira dengan sebelah tangan unlike kat rumah adik dia yang kengkadang ada satu lauk aje, har3. Lepas makan kita perlu rihatkan badan dan minda kan?? So berkumpullah kita berbaring2an atas lantai yang dingin bertemankan sebijik bantal seorang mengadap beberapa majalah terkini.

Bila dah dapat bantal dan majalah, paham2 ajelah. Siapa yang tak kuat imannya akan berlayar jauh tak sempat habis baca satu muka surat pun. Tak lama pastu kedengaran sayup2 dengkuran. Yang mahalnya dahlah dia berdengkuran, boleh pulak dia menyahut bualan kita. Terel ek orang itew?

Macam tak kenyang2, kejap aje terhidang teh/kopi dan roti rotan yang Teh beli kat d'Loaf sebagai hidangan petang.

Suka tengok Teh punya kitchen roll holder. Senyum jer lembu tu maknanya dia happy to be in Teh's kitchen kot?? I buat nyebok kat dapur dia .. Ekceli dah banyak kali I tangkap gambar all her fridge magnets, tapi semua tu gone diangin lalu masa my notebook pengsan hari tu.

Nak meramble lagi tapi ntahlah ... jus berkarya kian pudar. Satu jer nak bitau, masa Ndja hantar I balik, dia tetap singgah sekali lagi kat bakery tu. Haishhh ...

Dan I ada berita gumbira, heheh.. Tak lama lagi Ndja akan jadi jiran I semula. Sewonoklah I jenjalan kesana kemari.. Takyah I potel kekunci J-gua lagi, yeayyy...

Nota: J-gua vukan Jaguar ya.. vukan.