Thursday, 29 September 2011

A picture speaks a thousand words ...

Pembeli: bestlaaa... saya boleh muat baju nih (selepas gigih menggayakan 3-4 lai blaus)

Penjual: phewh, at last! *cakap dalam ati kot?*

Pembeli: kenapa kedai2 kat luar tu takde jual baju macam nih??

Penjual: kat sini memang jual baju besar macam nih aje *tersengih sambil tunjuk papan tanda*

Pembeli: *mata beralih kepapan tanda pastu fokus pada label baju* ooops!! patutlaa pun..

Penjual: satu aje ke puan?

Pembeli: dah tu? ehh.. cukuplaa satu







Sekian dari empunya cerita yang memilukan :-(

Wednesday, 28 September 2011

Trauma serviette berkecai & kutipan sampah ...

7am today: Had 3 pcs mini karipap, 1 piece roti canai cicah samtum bilis n a mug of mild neskopi. Alhamdulillah. Lunch nanti makan leftover dinner semalam. I sorang aje yang makan pun ...

Rezeki tengahari semalam ialah mcgee goreng. Yes, mcgee lagi. Tak bubuh sawi or udang tapi bubuh daun bawang, daging n 2 biji telur. Rancang nak goreng sepeket terus jadi 3 peket sebab tetiba D muncul. Ditakdirkan masa dia balik sepeket aje yang siap digoreng, memanglah I makan senyap2 sensorang dalam belakang esbok tapi tak baik lelokek, rezeki harus dikongsi bersama, kan?

Al-kisah semalam yang tragis ... Bila I kuak penutup mesin nak tuang S*flan tetiba "ohh man!" .. basuhan dah bergesel bahu dengan serviette pink yang dah berkecai! Baru 2 hari lepas I bersihkan segala manikam yang terperangkap bawah perut mesin .. segala kerak, selut, intan batu permata habis dah dikeluarkan cuma kalau dijual sesen pun tak laku, haha.. sebab yang ada hanya selut, keji sungguh!

Dalam keadaan taring dan tanduk nak tumbuh tak tumbuh, I hangkut basuhan terus hum-ban dalam bilik air! Kekdahnya kena bilas satu persatu dalam baldi dengan air mengalir tapi I tak buat a.s.a.p. as I ain't got the mood! Sebenarnya serviette tak sesamseng tisu. Bila tisu berkecai dalam mesin basuh, for sure it's sheer hell esp kalau ada baju hitam! Tobat tak nak basuh baju selama setahun (kalau bolehlaa..).

Membersihkan bagian perut mesin bukan kerja yang menyeronokkan. Kena bongkokkan badan 90 darjah, kalau tak jangan harap tangan pendek boleh capai bagian bawah mesin. Bila membongkok, perut/lelemak surely berlaga2 dan terhimpit tepi mesin, sumpah sesak nafas! It's quite hazardous to health makanya kerja nih tak sesuai untuk orang semput, gendut dan osteoporosis. Serius nih *berkata dengan muka ketat*

In the first place, apsal I rajin sangat nak basuh perut mesin tu? Memang tak rajin pun tapi bila basuhan putih dikotori by some kind of brownish n blackish particles, memanglah hati ada panas beb! Maka haruslah atasi masalah hingga keakar umbi (ishh..macam cakap orang politik plak ek?).

Manual says to 'tub dry' lepas selesai membasuh tapi I jarang sangat buat cenggitu sebab I degil. Mesin berpusing 10 minit tanpa basuhan, rasa macam membazir aje. Dahlah rate letrik semakin mahal.

Tamat cerita tragis serviette pink berkecai, sekarang cerita pasal sampah pulak. Plastik2 sampah yang diletak dalam kawasan rumah akhirnya dikutip pukul 3 ptg semalam. Schedule kutipan sampah kerap bertukar. Kejap pagi, kejap tengahari, kejap petang. Soon, diorang kutip sebelah malam kot? Sigh and looking at those men yang kutip sampah2 tu, terbit rasa insaf.

Hal plastik2 sampah dicarek2, dirobek2 dan dibiarkan bersepah oleh 'scavengers without wings', gambar bawah adalah buktinya (bukti orangnya aje tapi takde bukti sepahan sampah, hehe).

Susah juga jadi Magnum P.I. pengintip amatur nih... terpaksa panjat kerusi berdiri gigil2 & semunyik belakang langsir tak basuh setahun. Camana I tau kehadiran orang itu? Petandanya senang aje. Bila anjing jiran menyalak goong goong, taulah I .. hehe..

Kebetulan jiran sebelah caught that guy red handed (pakai baju merah lagi, kan dah?) bila dia mula capai plastik sampah yang jiran letak depan gate. I decipher body language jiran: lepas ambik apa yang patut, buang selebihnya dalam tong kat depan tu (yuhuuu achi.. itu tong gedabak bukan untuk buang 'sampah kita' taw, you ada tau ka?).

Monday, 26 September 2011

Last kopek openhaus ...

Tak boleh keluar jenjalan selagi sampah belum diangkat. Boleh aje letak kat luar rumah tapi 'scavenger without wings' akan buat hal pulak. Plastik sampah akan dirobek2kan, diorang ambik apa yang berkenan dihati pastu biarkan aje sampah2 tu bersepah.

Depan rumah ada satu tempat buang sampah khas untuk pembuangan sisa rumah. My jiran renovate ntah apa dah 2-3 bulan and it takes like forever nak siap. Mende tu tak diletakkan depan rumah dia tapi sebaliknya letak depan rumah kita pulak; maka susah senang, sakit hati kita nak gohead gostan kereta, kita sendiri tanggung. Bravo!

Time like this (where the devil geletek n cucuk2 hati nih), I sure feel like humbaning my garbage into that big bin tapi tulah, hormat jiran punya pasal *cewah*, I refrain. Lagi pun I memang tak sker tengok 'scavenger without wings' sepah2kan sampah yang dah rapi dibungkus dalam plastik beg hitam tu.


Last Friday-Sunday was quite hectic! Hectic jadi supir, hectic mengemas (tapi rumah cam TU jugak, ishh), hectic kesana kemari dan tentunya hectic memboroikan perut! burp

Sabtu/Ahad: ada wedding & doa selamat @MBB. TB n D aje yang pergi dan bermalam disana. I duduk rumah dendiam jaga kucing, ayam, itik, kambing..hic! Hari Sabtu tu juga jiran ada buat openhaus. Dah plan nak makan polok2 tamak2 sememeh2 mulut tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang ... (tapi I nak blame seseorang jugaklah, hehe).

Since b4 bulan puasa I dah bitau Ms S, I nak pinjam kudrat 4 keratnya tapi dia sibuk memanjang, gering n at one point moodnya merundum sebab hati manyak sakit. I kinda melompat bila terima sms "Kak dot3 yang manis, besuk saya buleh datang?". I kenot resist her 'offer' eventho my berkemas mood is minus zero; tapi dah dia menyerah diri, terpaksalah I buli dia secukup rasa, heheheh *evil*

I delegate kat Ms S lap tu, lap nih, buang tu, buang nih, hehe.. I was a mandur alright but being a committed mandur ditambah pulak kerja bersihkan kucing, ayam, itik, kambing semua tu jatuh kebahu I 2 hari berturut2 maka sesak juga naFAs nih dibuatnya. See my tapak tangan? Dah kasar taw! Thought of out-sourcing the job bersihkan kucing etc pada H d'Bangla tapi pikir punya pikir, sayanglah pulak nanti terluak duit raya I, hehe.. (tengah gigih kumpul duit nak naik star cruise. Jom??).

3pm: Dah penat jadi mandur, harus hiburkan hati jugaa, kaaan? I tumpang Ndja who came all the way from Sban to Ngah's house tapi sebelum kereta meluncur lebih lajuu kita singgah restoran murtabak dulu. Since kita dah preorder thru d'phone maka kita tak buang masa menunggu. Murtabak ditaja oleh Ngah tapi tak taulah kalau ada 'pergelutan kuasa membayar' between Ngah n Ndja. I baru jer tau siapa menang, hehe...

6pm: Last kopek juadah hari raya somehow terasa lebih sedap nyum2 disamping kueh2 Melayu dan kueh2 tak berapa Melayu macam kat bawah nih..


Did I bake all these cupcakes? hahahaaaa ... "lembu punya susu, sapi dapat nama, mooo", so says silembu.


Cream caramel tajaan Ms Longevity. Kombinasi pahit-manis-lemak, yum!


Murtabak nih tetap sedap tapi masih kureng dari segi penampilannya. The expert yang berpengalaman 16 thn menggoreng murtabak kat Spore nun sedang cuti mengerjakan umrah. Yalah, lain orang lain air tangannya ..

Ahad semalam ada 3 jemputan, 1 majlis kawin dan 2 openhaus tapi masih juga tak berpeluang pergi. Tuntutan t'jawab pada T n her 2 BFF terpaksa didahulukan .. F1 dari SJ-SA-PJ(lrt station)-SJ. Tension betul bila drive ketempat yang tak familiar. Lebih tension bila bas besar gedabak bertindak macam Megatron!

Tension! terpaksa telan Panadol. Nak sihat atau nak sakit? Tentulah nak sihat tapi bila dah sihat takdelah alasan sahih tak nak masak dinner.......kaan?

Thursday, 22 September 2011

150 vs 50gm less ...

Tiap tahun, hati I bersemarak nak beraya kerumah dia, dia & dia namun hajat masih tidak kesampaian. Persoalannya kenapa hajat masih tak sampai2??

Kenapa ek???? *sambil mengusap janggut halimunan lalu melontarkan pandangan tajam kedinding sopak tanpa pembelaan dah 4 tahun* kahkahkah.. <-kensel gelak sebab tak lawak!

Dia: don't ever blame us if you chose to live like a recluse
Dia: sikap terpuji memaafkan orang tapi jangan lupa you juga perlu mohon maaf!
Dia: be fair to me afterall I was only and still am a bystander

Isshhh...nyampahlah! tak bestlah nak citer something yang akan membangkitkan emosi dalaman. Lebih baik kita tukar kemudi citer pasal my rendezvous with my sisters mengumpul lelemak. Lagi berpekdah!

Bila jenjalan dengan Ndja, ucapan sulungnya mestilah kat mana nak makan? Since I ada 'niat murni' and sort of ada idea hebatlah jugak nak makan kat mana, I cadang kita pergi dengan Teh sekali. Jom bergumbira bersama kekdahnya.


Kita kerestoran Kelantan Del*ghts yang baru dibukak berhampiran Sub.Pred n Empire. Our order was taken by one good looking lad and later one pwetty lady served us the food. Those two are natives from negara 'stan-stan' tulaah. We are the kepo lots, that's why we know they came from something 'stan'.


As expected if the food originates from Kelantan, kan?? You'll get 'free' drinks n dessert should you choose any of the set lunch offered. I did a quick congak, hehe.. bolehlah save RM2, har3..


Cone daun pisang menyajikan nasi himpit diselang seli dengan serunding daging, samtum udang (sekor jer), telur dadar from 1/4 telur & secebis ikan masak lemak kot, hehe. Kalau dilebihkan serunding n kuah samtum, gerenti rasa Nasi Tumpang lebih ummph! Dahlah saladnya makan gitu2 aje tanpa sos, hehe.. If only they are a bit more generous.

A set lunch offers 3 different desserts/drinks. Choose one each takleh lelebih, hehe.. Paling berbaloi adalah kuih lopes 9/10. Sagu gula melaka dapat 6/10 tapi bila kita tuang sos gula melaka cilok kuih lopes punya, ratenya mencanak 9/10 (pekat gula melaka really does wonder). Last but not least tanpa rasa belas pada sira pithang, kita rate 4/10 aje. Keputusan adalah muktamad! No rasuah okay? nonono!

Bila waitress manis bersumbi gigi emas hampiri Ndja, I pun signal kat dia mintak dihantar bil. Least expected dia dah siap bawak bil untuk Ndja yang licik itew! Pergelutan siapa patut bereskan bil berlaku, har3.

TCTSSES, segalanya kembali tenang. Dalam setiap sengketa, haruslah ada satu pihak yang mengalah dengan rela, tak gitu u'olls? heh..

Nota: TCTSSES = to cut the short story even shorter ...

Tuesday, 20 September 2011

Rezeki jangan ditolak ...

Sesungguhnya rezeki jangan ditolak walau sebesar mana sekali pun.


Semua tu cenderahati dari Teh, Ndja, my adik bongsu n his wife. Barang2 yang terkumpul dari lawatan yang dibuat sejak 2-3 bulan dulu hinggalah 2-3 minggu lepas.

Pembahagian 'harta' berlaku semasa beraya kat rumah Long/Ngah pada Jumaat n Sabtu lepas.

Dalam pada suka menerima barang2 semua tu, terdetik juga rasa nak menangis bila sedar dah banyak sangat koleksi key chains (KC) yang sedia terkumpul. Lagi gerun (so to speak) bila tengok bilangan fridge magnets yang I dapat dalam masa '2 hari tu'.

Semua tu ana yang punya tak termasuk yang diterima oleh TB, D n T, masyaallah! Bila dah banyak sangat terasa satu pembaziran pulak. Kalau tau akan dapat berkeping2 KC, sah awal2 lagi I dah 'beri amaran samar' kat diorang not to give us KC anymore.

As for the fridge magnets I tetap terima dengan dada n tangan terbuka w'pun I tak lekatkan segala koleksi FM kat badan esbok. Ada setengah FM yang poyo.. over some time terlekat kat esbok, ada yang tinggalkan bekas atau stain. Tu yang I tak skerrrrrrrr tu so I tampal half of my collection kat magnetic white board dan kat tin biskut. Tak pernah dibuat orang tapi orang nih buat, ekekeke..

Baideweiiii .. ada sesiapa terkesima nak tengok camana rupa tin biskut tu tak? heheh..


Pemberian tak terhenti pada FM dan KC malah ada berbagai2 benda lagi yang diterima *sambil geleng kepala* termasuklah chocs, t-shirts, pen, small note books, purses, tea towel, apron, sejadah, kopiah, tote bag dan tasbih .. alhamdulillah ..

Tapikan ... I paling seronok dan suka tersangat suka bila Teh beri si V nihaaa, hehehe...

Ni bukan FM atau KC but it's the real fresh vanilla beans, yeayyyy.. (yeay2 nih macamlah rajin sangat nak berpuding muding? Jangan sampai dah expire baru terhegeh2) <- ishh.. mesti nak berleter ek??


Monday, 19 September 2011

Susah untuk pecahkan bongkang ais bila lama tak berkarya ...

Terang bulan kerana matahari

Hadir bayang kerana cahaya

Hadap blogger.com berhari-hari

Tidakkah ia mengundang bahaya?


2 kerat pertama pantun tu

I salin dari lagu Jamal, hehe..

Siaran hari raya Jamal & MNasir

which I taped kat tivi masa 1st day raya

baru sempat tengok pagi tadi


Sejak berlanggan astro PVR, watching tv is bliss!

Mengapakah?

Ada sikit personal views untuk dikongsi

"tapi cam malas jer nak berjoget2 atas kibod"

kata jari jemari

maka terpaksa akur kehendaknya

Jangan maragh hehh?


Dah petang tapi siempunya blog masih belum lunch lagi

Nak makan apa, masuk dapur pun tak?!

Sejak TB kembali kerja waktu biasa pejabat

kemalasan I menjadi2lah pulak

Selalunya masak ikut waktu kerja dia

tapi sekarang, lalalalalaaa..




My breakfast some leftover spaghetti

Makan cikit jer patutlah perut dah berkriok2

T tambah 3x masa dinner semalam

Selera orang berpuasa kekdahnya

Dia tanya bila beli bebola daging tu?

Heh.. apa lak beli?


Dah lama tak masak mee McGee

campak udang 2-3 ekor udang dan daun bawang bebanyak

sawi? hehe.. elek!

Ngap 2 hari berturut2 lepaskan rindu

slurrrrp mee riuh2 gaya orang Jepun



Mee bandung gerenti takde jual di Bandung, hehe..

Bila nasi n lauk tak ngam dengan selera

harus 'find solace' pada Puteri Hang Li Po's fav food


Bila mood nasi berwarna datang

makan dengan satu lauk pun jadi

sarat dengan kentang, carrot n telur rebus

takde basmathi kita guna bas metro

ekekeke..

Sekian adanya cerita

Wassalam


(berkarya bila mood hilang ntah kemana adalah sangat tak beshh)


Bloggerdotcom masih viol maka tak berbaloi for me to edit kasi cecantik.

Thursday, 15 September 2011

Dear Kelly of Al-kisah ...

Dear Kelly,
Anak saya tidak suka makan daging pukal, boring katanya. Dia suka daging yang berurat tapi bila dimasak lama, urat tersebut akan jadi empuk dan bertukar seperti kaca. Saya ingin tahu bagaimana boleh dapat daging seperti itu.


Dear Kelly,
Saya jaga dara saya molek2 sampai saya kawin tapi selepas berkawin saya baru tau suami saya dah takde 'dara', wajarkah saya minta cerai?. Atau pun bila saya hampir berkawin, saya baru tau bakal suami saya tiada 'dara' lagi. Haruskah saya teruskan niat berkahwin atau batalkan saja?.


Dear Kelly,
Tiap bulan saya mesti terima s.o.s. mesej dari orang2 tertentu meminjam duit dari saya. Pinjamnya kerap tapi sesen pun tak pernah dipulangkan pada saya. Niat mencari pahala tapi bila setiap bulan begitu, hati naik hangat dan hangit maka pahala pun hilang. Saya faham perasaan bila tak berduit maka saya rasa apa salahnya saya membantu tapi tidak pula menjangkakan perkara 'harus' bertukar 'wajib' untuk saya pikul.

Saya dapat bayangkan perasaan malu bukan kepalang bila meminjam duit dari orang, lebih2 lagi jika permintaan saya ditolak. Itu juga sebabnya saya masih memberi pada yang meminta namun sedih juga bila sedar para peminjam tidak mencatit apa2 pinjaman yang telah diterima sebaliknya saya seorang saja yang menyimpan 'bukti'.

Saya teringat cerita seorang hambaAllah, tanpa berfikir panjang telah memberi kad ATMnya pada seseorang lalu membenarkannya mengambil seberapa banyak yang diperlukan untuk membayar hutangnya ketika itu. Saya bercita2 menjadi seperti hambaAllah tersebut untuk tidak berkira2 membuat kebajikan namun ajarlah saya cara untuk berkata 'tidak'.

Oleh kerana Dear Kelly masih dalam mood berhari raya maka TAT (turn around time) memberi jawapan dilanjutkan hingga akhir Syawal. Sekian terima kasih.

Wednesday, 14 September 2011

Sigh ...

Location: R&R Muddy Water, MBB
Hasil tindak balas ganas dari rendang, sambal goreng, sambal kacang dan segala manikam yang dah termasuk keperut, TUP2 perut buat perangai. Usus besar perlu dikosongkan segera tapi keadaan tandas tak berapa mengizinkan. Adakah kita terus pintal dan pintal baju kita (tip orang2 tua agar kita mampu bertahan) atau kita lepaskan aje janji 'aaaaah lega'?


Memang sakit hati bila ramai yang buat perangai macam tak pergi sekolah. Dah semua orang sabar Q up tunggu giliran memasing, ada aje yang pilih, mahap cakap... jadi beruk dalam hutan batu! Ada sesiapa pernah buat cenggitu tak?

Kalau ada dikalangan pembaca yang kenal atau andalah tuan punya kereta hitam dan silver tu, meh sini kejap meh!!! *sah kena piat thelinga tuu!*

Satu lagi hal yang I baru tau semalam. Bila kita bayar certain amount untuk cagaran bil letrik, kita sepatutnya guna letrik bernilai separuh dari harga yang kita cagarkan. Katalah kita bayar cagaran RM170, kita harus guna sekitar RM85. Makanya I was asked to pay RM150 more to the existing deposit.

Oooolalaaaaa ...

Sunday, 11 September 2011

Rusa masuk kamp!

Dah lama juga I menjeruk perasaan dengan bloggerdotcom. Really I can't fathom what went wrong. Helllppp!!! *melolong sampai nampak anak tekak*

Pagi nih ntah camana, bila I log in to Al-kisah, I saw the following pages siap ada those functions. Kalau tak, it will just show a screen as if I haven't logged in at all.


Maybe tu juga sebabnya I takleh komen kat beberapa blog kawan2 sebab my google ID tak dikenal pasti sah. Tapikan tapi, bila komen guna hp, boleh pulak! Maka, silap siapa agaknya ek?? Aisay... blog pun ada misteri nusantara meh?


I juga rindu dengan skrin yang ada 'tools' as without it, macam susah juga nak add new friends to my existing bloglist (tapi) berkat some hidden talents tak pasti I warisi dari siapa (pengakuan meletop nih!), somehow I reti juga nak buat camana, alhamdulillah. I hope this good news stays foreva!

Now cerita hal rusa masuk kampong plak. Siapa lagi kalau bukan TB n me! haha.. Majlis kawin bermula 12-4pm tapi kita bertolak seawal 1030 pagi. Macam tak pernah makan nasi minyak pengantin pulak :-)

Berpandukan koordinate gps dan peta yang disediakan dalam kad pengantin, kereta meluncur penuh yakin, lol.


Lepas satu tol kesatu tol .. RM2.20..2.20..1..1.. hinggalah I tak mampu nak congak berapa duit tol dah dibayar sebab terlelap 30 saat (too short a time to even bermimpi disiang hari) terus terjaga bila suara TB bergema dicuping telinga "you tidor ke? I mintak tolong you tengokkan jalaaan".

I tersentak n mini sentap ensued pastu terus attentive giler (tanpa rela!). Pandai plak dia sejukkan hati kita "ambiklah gambar.....", heheheh... I pun apa lagilah.. terus attentive serela2nya!

Somehow gps n map tak bekerjasama langsong, what a joke! I turun padang bertanya pada 3-4 orang hala tuju rumah pengantin namun they were no help. Tangan kiri pegang Galaxy, tangan kanan pegang kad pengantin; kejap mata pandang kiri pandang kanan, kejap mata pandang depan... at last I mabuk todi darat!

TCTLSS, sampai juga kita kerumah pengantin. Kaum kerabat TB ramai betul yang datang and as always I am ever so happy to see him mingle2 with his own kerabats. Sambil makan sambil bertanya kabar almaklum they have not met each other since zaman Bob Dylan (kot??).

Makanan yang disajikan lazat2 belaka tapi kenalah jaga tata susiladewi. Sampai sekarang teringat2 pada lauk daging yang hitam legam tapi rasanya owhhh heaven! Adalah tersangat pelik bila tengah makan I tangkap gambar makanan, kaan?? Pelik untuk mereka yang memandang tapi OK jer pada I, hehe ...

... namun, I tak sanggup hampakan permintaan kali kedua sikambing agar gambarnya diabadikan dalam blog, blog I pulak tu? I'm touched so I obliged :-)


Tadaaa.. malu tapi mau, discreetly keluarkan hp cap kijang. Tak sempat hokus pokus, klik aje.

Perjalanan balik kerumah sesat ntah kemana2 ntah but I would not want to complain as it was quite a breath-taking journey. Indah sungguh negara tumpahnya darahku, cewah! Sekali sekala keluar dari tempurung dan tengok kejadian alam semesta, masyaallah!

Tu baru berjimba keSemenyih aje tu ...

Saturday, 10 September 2011

Breaking news!!!

Breaking news: anak kucing warna putih berusia 1bulan 1hari bertemu ajalnya semalam. Forensic report masih belum dikeluarkan lagi, heh!

Ramai tak minat kucing atas sebab2 tertentu. I sebut kucing (lebit, itik atau ferret) sebab buat masa nih binatang2 tu ada depan mata tapi I faham, sesuatu yang datang purely dari hati adalah nikmat dariNya. Makanya, jika Allah tak beri kita nikmat belas kasihan pada sesuatu jenis binatang, Allah akan anugerahkan nikmat lain. Wallahualam.

Pagi nih breakfast roti canai cicah sambal sadin yang dah lama menginap dalam esbok. Masih sedap esp terasa serai. Tak pernah I masak sambal sadin bubuh serai. Tak sangka yum! Hari nih I ngelat masak for lunch sebab nak jelajah to somewhere unknown for majlis kawin anak sedara sepupu TB.


Breakfast semalam buat 2 sets, one for me n one for D. Roti seketul tu tersangat mahal pada piawaian my wallet namun kalau tak mencuba, mana nak tahu apa rasa si Ciabatta tu, kaaan?


Ciabatta yang sarat dithumbat dengan bahan2 yang menyihatkan (kononnya). Oh ya, roti tu I beli kat satu new bakery shop kat Taipan, namanya the Carpenters' Daughter (gitulah bunyinya but for sure kedai tu bukan hakmilik Richard atau the late Karen, lol).


Petang semalam temankan T pergi tengok wayang kat the newly opened cinema at SubPred. Kita tengok cerita quite basi .. KungFu Panda .. RM10 for 2 persons. Bestlah cinema tu.. since baru jer dibukak, adalah budak2 yang bertugas mengiringi kita hingga kepintu punggung.. I mean panggong!

Masa TT (tambi tua) sedang membasuh my kereta, I stayed inside the car sambil mengunyah goreng pisang. Talking about bliss... haha.., I like! Lepas selesai semua, I pun keluar dari kereta saja buat final check kot ada spot2 yang tak betul digilap oleh encik TT kita tu. Memang ada, so ..

CS: kenapa ada banyak macam ni? (I guna BM yang betul)
TT: pakar ... indon ...
CS: (baffled) pakar?? indon??
TT: pakar itu kalimantan
CS: ohhhh...bakar dekat kalimantaaaan....

Nama TT sebenar ialah Pandi. Baik budi bahasanya I terus jatuh kesian yang amat lalu lebihkan duit upahnya.

The above pic of Pandi is dedicated specially for Ja yang menetap di SP yang masa nih dalam gundah gulana sebab laptopnya buat perangai. Sabar ya Ja .. sabar tu sefaruh dari iman, kan Ja kan?

Friday, 9 September 2011

Khas untuk Nicole, Brad n Angelina ...

Sekarang nih I memang bela kucing tapi kucing yang dibela bukanlah sengaja yang dicari untuk dijadikan teman bergurau senda. Para kucing liar macam tau2 aje kat mana the best spot to give birth. Fakta belas n kesian tuan rumah sangat2 menyumbang keadaan nih terus berlaku. What to do??

Unlike when I was a lil gal, memang tercari2 nak bela kucing, sekor pun jadilah untuk diagah dan ditimang melambung kesiling, hic! 4 beradik, no. 6-9 beriya2 convincekan Mak yang kitorang memang boleh diharap menjaga sekor kucing; berjanji kita beri makan pakainya, minum dan pastikan najisnya tak bersepah merata tempat; or else the big daddy will murka big time once terhidu najis kucing tak kira dalam apa bentuk sekali pun.

It was tough being small, couldn't sebarangan empower ourselves to do what we like, harus mintak approval dulu. Syukurlah kita pun memang anak2 yang tersangat obedient, uhuk2. Bila Mak kata OK, sesi mencari kucing paling cute didonia bermula. BTW, kita dah tau kat mana nak dapat pun, hasil kerja belakang tabir abang no. 5, hehe.

At last, we were the proud owner of a siamese cat. Mekasih pada Man Gemuk (BFF abang no. 5) sebab bersekongkol dengan kita. Muafakat membawa berkat maka kita sebulat suara setuju namakan kucing tu Lulu sempena penyanyi ToSirWithLove yang cute! (w'pun kucing kita tu jantanz, har3).

I memang excited nak bergurau senda dengan siLulu tapi masih tak berani nak pegang let alone cuit2nya. Den goli! Lulu tak paham kita geli kat dia, lagilah dia nak gesel2, mencii taw. Lagilah pulak masa tu leher dia got kudis, shoooo go away you filthy cat! cewah..

Somehow, kudisnya cepat pulak sembuh hasil kerja bijak Tok Munah, my grandma. Dia bubuh bedak Johnson&Johnson kat kudis Lulu. Somehow perasaan geli kat bulu kucing hilang cam magic maka bermulalah hari2 bahagia yours truly dengan siLulu ...

Tu cerita dulu kala, now nak cerita hal terkini plak ...



Perkenalkan Pin2 atau Pin sikucing licik! She's one of the active baby machines. Sekor lagi is Tam. Kerja berdua tu asyiklah beranak so terpaksalah dikurung; DAN dalam pada dikurung tu, (ku)cing berdua tu masih lagi boleh beranak. Haiyaaa...

So sekarang, it looks like binatang lebih pandai dari manusia, haha.. biar betul? Contohnya si Tam tu. She was being caged with her 2 kittens. As time goes by, manusia terlefas fandang iaitu one of the kittens is a male. Sila habiskan jalan ceritanya sendiri, sekian terima kasih :-)

SiPin plak, terlepas sehari semalam dari cage and that time it wasn't during bulan terang mengambang pun and yet IT still happened. Haiyaaa Pin, lu memang ehhh..

Satu pagi masa I bersihkan kucing2 tu, pancut air kat tempat berkenaan, tetiba terdengar bunyi suara halus anak kucing. Ya Allah! SiPin tengah diambang maut kekdahnya. Anak dia masih tergantong kat dot3 masih tak lepas lagi. TCTLSS, Pin dikurniakan 2 lil kittens.. one orange in color and the other mirip kucing siam.

Above pic was taken on 9.8.11, baru berumur sehari. Dah ada nama tapi since T yang beri, I tend to forget. Susahlah nak ingat nama yang diberi oleh budak2 muda nih. Kalau I senang jer. If orange in color, I panggil Ren. Kalau putih I panggil Tih atau Put aje, kan senang??

Keadaan terkini, yang putih tu macam sakit aje. In no time, for sure she will.., faham2 ajelah while yang oren tu membesar sihat sejahtera adanya.

Wednesday, 7 September 2011

Croquette it is!

Thought of puasa 6 tapi kekuatan dalaman masih ledut cam lengkong terlebih ayer. T dah selamat puasa kada', dah dapat 8 hari termasuk hari nih, insyaallah. Dia teragak2 samada nak himpunkan puasa kada' dan puasa 6. Makanya, dia ikut nasihat ustajahnya aje ie buat yang wajib dulu, baru yang sunat.

BTW, apsal I eja ustazah jadi ustajah? har3 .. saja teringat kat my step mum yang susah bebenar nak sebut nama TB n my BIL yang bermula huruf Z, ngeh3.

Perihal kekeliruan samada boleh dihimpunkan puasa kada' dan puasa 6 nih kaaan... Kebetulan plak (alhamdulillah Allah permudahkan nikmatnya) 3 hari lepas, ada sorang hambaAllah bertanyakan ustaz kat program Ask d'Ustaz, soalan yang sama.

Ustaz janggut ciput kata ada 3 pendapat. I simpan pendapat pertama (haha, saja dengki gitu); tapi I tetap kongsi yang 2 lagi tu. Pendapat #2: Bayar kada' puasa dulu pastu buat yang sunat. Pendapat #3: Boleh himpunkan puasa kada' + puasa sunat dengan satu niat kada' puasa Ramadhan (pahala puasa sunat akan dikira secara otomatis).

Ustaz janggut ciput pilih #2 tapi I sangat setuju dengan #3 tu. I have that program taped so that T could be convinced. Senang sikit kerja Umi dia takyah nak convince apa2 lagi.

Lepas hantar T balik ke markas semalam, I terus ke Mydyn. Pukul 9 pagi on weekdays memang ada ample indoor parking space. I was a happy woman! Jimat sket peluh, heheh. Beli lebih kurang jer pastu singgah kedai magazine to get my fav BBCGF. Ada macam2 resipi termasuklah yang kat bawah nih ...


Macam dah berjanji... Chef yang buat peppered mackerel fish cakes nih mesti dah baca my entry pasal my disaster bagedil turned croquette; terus dia dapat idea buat fish cakes ala croquette. Who knows kan? Sesiapa kata I perasan, siap! Kita baru jer jilo-jilo, kaan??

My version of fish&chic croquettes dengan 2 penataan cahaya yang berbeza, cewah! Resipinya, I concocted sendiri. I rebus sekeping ikan tenggiri dan seketul isi ayam in one pot (jimat gas n jimat masa).

Lain2 bahan: kentang goreng, lada sulah, garam, daun sadri/sup, cili merah, bawang, telur n sikit tepung gandum. Bentukkan ikut firasat samada bulat leper, lonjong leper atau bentuk mini hot dog. Sebelum goreng golek2kan dalam bekas berisi breadcrumbs (I tak lumur dalam telur sbb tak suka messy). Gently shallow-fry them.

Tip: Bila dah siap digoreng, makanlah senyap2 kat dapur dulu. Bila dihidangkan pada keluarga, biarlah kononnya kita sentuh sekeping aje; kekdah berkorban apa saja untuk family. You get me dear friends?? aaahahahaa....

Did spring cleaning to my pantry last week... segerombolan bahan buat kuih terpaksa diusung keluar sebab dah over expired! Membazir kawan syaithon tapi I nekad, takut gak nak consume mende dah bertahun expired. Since syaithon diikat dalam bulan Ramadhan maka I bukan tergulung dikalangan mereka, kaaaan?

Masih dalam simpanan ... lambat lagi nak expire, hehehee ...

Jangan berkemas masa anak2 berkeliaran dirumah sebab tu akan melengahkan kita buat decision. Nilah jadinya bila T ternampak pistol tu "simpan Mi .. buat kenangan". Yaaa, masa T dara sunti, dia memang main pistol, bang bang!! Last2, pistol tu dibuang jugak, alhamdulillah.

A few garbage bags full of nonsense selamat dibuang. Nasib baik D&T takde rumah masa tu so takdelah sesi memunggah berlaku n thank god, takde juga sesi siNaga tua keluarkan bola2 api ... rohrr...rohrr..

Monday, 5 September 2011

The epic burger-del and alkisah simonyet, nyet ...

Celebrating raya in PJ was a sombre one almaklum 2 of my becok sisters, Teh n Ndja weren't around. By now they are already in Dubai enroute home sweet home.

Some people still don't understand or pretend not to understand the meaning of hari raya. Kalau dah 40 tahun masih beri alasan yang sama untuk tidak bersama ziarah menziarahi; jauh sekali untuk bersalaman mohon maaf dan memberi kemaafan, maka apa nak kata lagi?

Apa nak kata lagi? Ehh...banyak nak kata lagi sebenarnya, haha.. Seperti dimaklumkan, tahun nih I 'didera' dengan t'jawab memasak juadah hari raya so selepas 2-3 hari bertafakur, dapatlah idea dan semangat nak masak apa.

Standard lauk raya -> kuah kach, lodeh, rendang so inilah yang I masak as potluck to be brought to Teh's house. As Teh's maid cooks soto maka I bermurah hati sponsor begedilnya. Never before had I made begedil untuk jamuan besar2an untuk santapan banyak mulut. Selalunya guna 4 biji kentang jer tapi kali nih guna 'sikit punya banyak kentang', so naturally hati ada gentar n getarrr sket *dubdabdubdab*

Selalunya kentang digoreng tapi kali nih I rebus aje. Siap direbus, TB tolong kopek kulit kentang n melenyeknya. Bakat terpendam TB harus diberi standing ovation, kankankan?

Anyway, my begedil project turns out to be quite a dizazzz!!! That day, I have half the mind to chuck the whole uncooked begedil into the freezer.. tapikan tapi, since I've promised rakyat jelata that I'd present the begedil to be eaten with soto maka terpaksa kuatkan iman hati menggentel dan terus menggentel.

What is soto without begedil ............................. kan?




Sebelum sesi menggentel selesai dengan jayanya, adunan malang tu terlebih dulu ditambah dengan tepung n breadcrumbs. Saja nak test ISO samada begedil lulus atau tak lulus, I goreng dulu sekeping begedil biasa dan 3 keping lagi covered with breadcrumbs. OMG! the one covered with breadcrumbs was so sedap, dah jadi croquette kekdahnya.

Since both begedils turned out quite handsomely, the decision then was either to make both, croquette or just begedil. Bertafakur sekali lagi, have to make a wise decision, haha. Last minute change of menu is a big no no so begedil menang tanpa bertanding, yeayy....
2nd-5th raya kita beraya kat bandar Ja-saint. I was just so happy to see TB 'mingling' with his own clan. AND I was happy too dapat merayap2 kat belakang rumah orang lalu terserempak dengan setandan pithang yang dah tombang! *rezeki*. Ehhh..but no, bukan I yang tombangkan pokok pithang tu, okay??

Tak sampai satu jam setandan pithang tombang, baunya dah merayap n meresap kehidong monyet2 dihutan. Diorang hantar wakilnya aje, sekor yang agak macho duduk bertenggek atas gate batu. Bila kita halau dia, dia tunjuk muka garang kat kita sambil tunjuk gigi lagi. Apahal lu? haha...

Katanya kalau perempuan yang halau, monyet tak heran dan tak takot pun malah ia semakin berani anytime nak smackdown kita so kita pun panggil tuan rumah yang memang arif dengan modus operandi monyet. Berbekalkan lastik getah (catapult), monyet got the hint oredi, hehe..

Monyet diantara binatang liar yang mengamalkan 'self-service': Suka cabut ubi, cabut anak pokok pithang pastu carek2kan just to get its umbut, cabut putik nenas dan ragut buah betik. Bila tak cabut itu ini, terperanjatkan orang merupakan ad-hoc aktiviti para monyet.

... and according to the Chinese calendar, monkey seems to be my birth year. Masa kecik2 dulu bila bergurau2 manja dengan Mak, Mak selalu cakap 'monyet punya budak'; and with that 3-letter-word, I feel loved! Strange but true ...