Thursday, 28 June 2012

Misi seorang misi penuh dedikasi ...

3 hari lepas dah buat entry 'warm-up' dan entry hari nih dianggap sebagai 'warm-up v1.1' gitu..

Assalam pada semua peminat2ku sahabat maya seantero dunia yang mengenali diri ini dari hasil gedik jari-jemariku yang halus mulus ...

Seolah2 sepurnama Al-kisah tak bersiaran, kemana aje puan editornya menghilangkan diri? Kena buang negeri atau smelly2 pun kena buang daerahkah? ....... Haipp!! mana ada?

Al-kisah ...
Secara langsung aktiviti harian bertukar 180 darjah sebaik saja TB dibedah sebelah matanya (adalah iras MoshiDayan sket, hehe). Sebaik saja berkuatkuasa jawatan sebagai misi peribadinya, I dah tak boleh sesuka hati jadi LOL berjimba keluar masuk blog kengkawan. Waktu sangat2 mencemburuiku dan itulah setitik pengorbanan yang mampu dilaksanakan oleh seorang isteri mithali... *dlm ati "auwww"*

Post Op: TB dipaksa gandakan waktu rehatnya dan perlu berfikiran positif agar matanya cepat sembuh. (gitulah nasihat bernas dari Dr M, pakar mata 1Msia w'pun bukan beliau yg meng'op' TB). TB harus kawal diri dari keinginan membongkok, menonggeng dan melompat mengangkat barang berat (memang dia tak pernah angkat I pun, tssk..).

Pendek kata, no exertion whatsoeva even menyempu rambut pun ditegah. Selain putaran tangan pada rambut mungkin memberi impak maksima pada urat saraf mata, ditakuti juga buih shampoo akan menyebabkan mudarat pada mata yang baru dioperate. Pedih kalu, digenyeh2...habislah! Makanya, selepas seminggu barulah misi berani sengseng lengan sengseng hot pants, jadi shampoo gurl terjun (bukan bidan aje yg pandai terjun taw).

So apa tugasan misi sepanjang hari?? Selain menyediakan makan minum, misi juga menjaga pengambilan ubat2an mengikut jadual dan yang paling penting misi satu2nya makhluk didunia yang fana' nih dipinta oleh pesakit menitiskan 4 jenis ubat cecair kematanya. I'm honored, ahaks..

Nasib baik misi ada pengalaman 'bekerja' dengan Dr BenCasey dan Dr Kildare dolu2 (drama tv zaman Fred Flinstones kekdahnya) so rasa cuak bila mengadap sebiji mata yang baru dioperate adalah a piece of cake, wa cakap lu, huahuahua <- ekceli gua gerun to the max tapi bila lagi cita2 zaman silam nak jadi misi dijadikan kenyataan, kankankan? So ... the rest is history :-)


Yang paling tak tahan bila kena turun naik 17 anak tangga sebanyak 16x just to put eye drops pada mata anjer, auwww... Apsal 16x turun naik tangga you tanya ya? You see, ada 4 jenis eye drops. 2 jenis wajib dititiskan setiap 2 jam sekali; pastu sejenis lagi setiap 4 jam and then sejenis lagi ubat dititiskan sebelum tidur. Tu belum lagi diambik kira naik turun tangga extra sebab misi terlupa bawak ubatlah, lupa bawak hplah..

Kiranya tugasan berat adalah memanjat tangga, siang, petang dan malam. Tau2 ajelah kalau misi dah berpangkat matron (sila bayangkan rupa Ms Chantel DuBois of Madagascar 4, ngeri kan?), lutut, pinggang segala bukan boleh dipakai sangat. Tak makan keropok sambil naik turun tangga pun boleh dengar krup krup kekdahnya...kan?

Bila TB dah boleh bergerak dengan cergas lagi gagah, kah3.. maka dia bolehlah turun naik tangga so titisan ubat kemata dibuat kat bilik bawah aje. Misi dah takyah mendaki Bukit Broga lagi, ekekeke ..

TB tu sangatlah independent orangnya.. segala2nya dia buat sendiri melainkan memasak dan basuh baju. Lepas op., berbaringlah dia dikatil med. hospital tu .. First time I dengar TB bercakap dengan nada sebak bila dia kata dia helpless dan berkehendakkan my help n assistance.

Sebaik aje TB habis berkata, I pun meraong sekuat hati sambil mendakapnya dengan erat hingga bergegar katil spital... Yalah kan you? tentulah kata2 TB tu buat I sebak dan sedih lagi pun TB tak pernah sakit melainkan flu biasa (dan terseliuh pinggang, hehe). Ini soal mata, kalau matanya rosak, camana dia nak tenung I dgn penuh kasih sayang? kaaaan? <---- uuuwekkk!

OK now, jangan sedih2 ok? As you know I memang tak sker dan bukan hobby I bercakap bohong cuma I mengaku I suka berseloka berjenaka dan bergurau senda therefore sila abaikan perenggan hilited in pink itew sebab semua tu adalah rekaan semata2, heheh..gotcha!

TB is in confinement for a month. Sebulan cuti tapi kalau dia sihat walafiat cam hari2 biasa .. mau tak agaknya dia ajak I sama2 berjimba dengan Ndja n Teh ke Perancis?? Diorang kat Perancis tu kemain lagi. Dari Paris terus ke Lyon, dari Lyon ke Paris semula pastu merayap kekawasan sekitar. Ndja kata waktu subuh 3.05am, Maghrib 9.30pm dan Isyak 11.30pm .. "muai gitu ...".

Akhir kalam, I nak makan angin juga ........................... kemana lagi kalau tak ke Mydyn, kaaan?

Monday, 25 June 2012

Warm-up dulu kekdahnya ...

Assalamualaikum .... sesi warm-up dulu so it must be short, sweet n crispy, krup2. Nak bercerita panjang tapi ade aje aral melintang pukangnya. Akan kembali (at a blink of an eye) dengan cerita2 penuh sensasi, tungguuuu ... (tak tunggu rugi taww..).

Breakfast mee bandong lebihan lunch semalam
Aci tak, tunjuk pinggan kothong aje? hehe..

Dessert: roti diselubungi kuah durian, nyummm!
.
.
dan sedikit petikan ehwal semasa ...
 

Jiran sebelah ie Ndja sedang semi-renovate bahagian depan rumahnya
Aduhai!!! Terpaksa harungi bunyi bising dan habuk bagai selama sebulan
Nak grrrr pun tak boleh nak grrrrr
sebab rumahnya rumahku jua, hehe..
.
Indirectly, I melantik diri sendiri sebagai project manager
semasa Ndja & family cuti2 Perancis selama 2 minggu
Hubby Ndja ada urusan disana tapi Ndja?
sure dia beroolalaa obladi oblada sementelah Teh pun ikut sama
walla!
.
walla? ekceli menciiiilaa sebab tak dapat ikut :-(

Till then ....

Next entry: Misi seorang misi penuh dedikasi

Thursday, 14 June 2012

Labu, salmon, merajuk dan ......

Pagi semalam I singgah kedapur Ribbon & Circus aka RC diSpura. Takde masalah kesana w'pun paspot antarabangtha dah lama expired, heheh. Best jadi 'halimunan jadian' nih ek? Sekelip mata dah tiba Spura, Spain, France, Bristol, Perth, NZ pastu koner baring terus tiba 1Msia semula. I sukerr..

Dunia tanpa sempadan kekdahnya.. segala2 dihujung jari. Syukur alhamdulillah masih ada jari jemari wpun rupanya tak seruncing dulu. Kalau takde jari jemari sekali pun, tak mustahil menikmati dunia tanpa sempadan atau kedapur tanpa sempadan.  Tengok ajelah kawan kita, Stephen Hawking tu, dia guna bibiernya aje.. *dengan izinNya juga..*.

Thebut fathal jari jemari, u'oll dah khetip khukhu lum?? Khukhu FAnjang, sethan thuka vergayuth taw...

Kembali keblog RC tadi, terdapat 2 (entri) resipi/masakan terkini darinya. Mula2 harus hayati gambar makanannya dulu *mengusap skrin, pejamkan mata sambil mengunyah angin*, pastu dengan tekunnya barulah baca sosek2 dari empunya blog.

nyum, nyum.. *sambil kunyah angin*

1st para. dibaca sambil menjawab dalam ati (the hilited one) ...
"Yogurt is not a regular item in my fridge (I pon). I usually bought it when I have a specific baking project in mind (samalah kita). I don't use it often, (...kan?) so when I hold it for the baking matter, it always ended up in Mr. Bin's tummy (I just forgot about it), after weeks at the back of the fridge (I thot I sorang aje suka sorok). Ahem.. (ahem?? nape ahem? ohhh tidak..takkan ...) this reminds me of 'someone' :P <-ehh.. takkan I plak? I klik 'someone' .. kahkahkah....RC memang noty n jaaaa--aat. Dia ngata kita rupanya??). Bottom line, they don't last long, that's why I don't use them often (sedap sikit hati .. memang salah yogurt sebab kenot last long..).Thanks RC, you really make my day, yeeehaaa *pom3*.

Makanya my dear RC, sebagai cenderahati dari rakan blogger yang suka 'menyorok' barang, sudilah kiranya you terima sepotong labu yang nasibnya agak malang, sob3. Kalau rajin, munafaatkanlah sebaik mungkin.. buat bun ke, scones ke, untuk minum petang nanti, ahaks..

bukan salah ibu mengandung - sorok punya sorok, terus terluFA...

Dan pada 'pencinta labu' - you know who you are, tetuan loyer nasihatkan agar yours truly meneruskan sesi merajuk selama 3 hari 3 malam. Mana tau lepas 3 hari, kejelitaan dan keanggunan lebih terserlah maka barulah afdal 'wajah' ditampal disinun (tapi tetap tak janji).

Seterusnya, Al-kisah tak menghampakan 'pencinta ikang salmong' - gambar untuk diusap2 jer, heheh.

Garpu sebagai bandingan saiz ikan. Sekor harga RM118 @ RM25/kilo. Harga diJayaGrocer sekilo RM75. Giler ek?
Note: khidmat masyarakat untuk makluman yang berminat (tak lebih dari itu) 
Sibujang trang tang2 beli kat Kafu Puchong.

Sayang dan rasa rugi sebab I kenot appreciate salmon. Perhaps kalau Iha @ Artworld masakkan untuk I? mesti I gobble chomp2 cam nak rak :-)

Akhir kalam V1.0, merajuk pada yang kasih tapi kengkadang macam malaslah nak merajuk esp bila kita mintak dia belikan nasi lemak, dia belikan juga buah melaka dan jus tropikal.

Akhir kalam V1.1 .. Cerita semalam: T akhiri smsnya 'Love you Mi' tapi I tak balas 'love you T'. Rupanya dia perasan "Umi jarang kata love you kat anak2, patutlah kita jarang nak cakap love you juga"...

Hmmm... tapi I heran juga, D lebih kerap kata 'love you' pada I berbanding T, dan D akan paksa I jawab tanda sayangnya dengan 'love you' juga setiap kali I jawab "hmmph" kat dia..

I boleh sebut 'I love my children' secara am depan anak2 tapi I tak selesa kata 'i love you T or D' bila berhadapan. I lebih selesa kata "Umi sayang D/T", dan I tak pernah juga sebut those 3 letter words kat abah diorang. Kenapa? mungkin cara I dibesarkan begitu. Kasih sayang tak selalu/perlu diucapkan pun sebab actions speak louder than words ... (hanya pendapat dari orang 'sekolah lama' dimana sekolahnya masih kukuh lum nak roboh lagi, hehe).

Having said that, masa D n T kecik2 dulu, I taught them to say "sayang bonda" setiap kali diorang memeluk serta merangkul <- amboi3 tubuh uminya yang ketika tu masih genit dan selim. Selalu aje tanya diorang to make them confuse "sayang umi ke sayang abah lebih?". I juga tak kekok kata "sayang sikit" dan terus menggomol dan mencium 2 beradik tu. Tapi sekarang, macam segan nak buat cenggitu unless bersebab, hehe..


T n I will hug n kiss each other bila sesi bye2 setiap kali dia balik kemarkas. D will do the same tiap kali dia berjalan jauh atau setiap kali sesi 'mintak mahap' dilakukan sebaik saja hatiku dicubit2nya, disusuli "sayang bonda".


To each his own ... sekian.

Monday, 11 June 2012

Salmon, shopping, sup peha kambing ...

Bila berkarya, I suka keadaan tenang, sunyi, sepi, aman, damai, tenteram <- over ek?, hanya berteman deruan ombak bayu dari putaran kipas *pejam mata berangan tepi pantai*. I nih slow sket so dengan keadaan hingar bingar lagilah I tak boleh fokus - lelehan jus kreatif terus likat pekat dibenak <-  gitulah 1-2 pantang larang atau kerenah karyawan yang sedang meningkat naik namanya menjiwai persona JKRowling, ehem..

Sesuai sangat malam nih memang sunyi. D dah keluar sejak tadi lagi dan TB baru jer beransur keofis. Baru aje mengusap2 kibod, D pun balik dengan kawannya mengendong sekor salmon. Yalah tu, dia call dari 'kafu' tadi buat proposal "salmon murah Mi...kita share beli nak? banyak Mi..". I kata jangan beli banyak2 sebab my portion of perishables akan dibeli esok pagi, nanti freezer tak muat namun tak didengarinya kata2 bernas kita, sekor besar digendongnya jua, sigh..

Dipendekkan cerita, I agree to chip in separuh harga ikan. Ya pun D kongsi dengan kawannya so adillah cam tu.

Diorang terus kerjakan ikan tu dan memasaknya. Oh ya, sempat lagi tangkap gambar ikan gedabak sebagai bukti dioranglah yang memancing ikan tu dari lautan Pacific, heheh. Bau2an sos yang diguna buat hidung I terasa perit. 12 tengah malam ikan salmon siap dimasak *resipi garapan dari naluri sendiri*.

Sedap ke tak? Tengok D makan macam sedap aje.. yalah, dah dia yang masak.
*maybe sedap sebab dia makan berlawankan sup kambing yang I masak, tak?*
 
errk.. cam tak masak aje? I think D guna sos teriyaki
Ahad: Ngekor Ndja ke Parkson sebab dia nak beli something for her hubby pastu  rancang nak makan kat KDelight. Dari SParade keKD hanya beberapa langkah namun untuk hindari mekap maskara kita cair meleleh, ehem.. kita setuju makan kat Bawang Merah yang sah2 terletak kat SParade (selamat mekap kita remained intact, hehe).

Kita tak syoping kat Pavillion sebab KL kan jauh?
I tak rancang nak beli apa2 tapikan tapi tetiba TERcapai juga 1 long pants & beberapa helai blaus. Kalau tak kerana menaikkan ekonomi negara, takdelah I seronok bukak dan pakai baju lepas sehelai sehelai (dalam fitting roomlah, kan?) untuk pastikan baju/pants molek dan kena dibadan. Dalam pada tu terintai2 juga celah cermin kot ada terselit cctv cenonet ke.... mana tau kan? 

Bila tiba rumah, sekali lagi pakai blaus2 semua tu to ensure keselesaannya but sigh.. apasal sama brand tapi ukurannya lain2 pulak? Dahlah kita nih tak proportionate...kaan?. Cadangan: Harus ke SParade sekali lagi untuk menukar blaus yang tak berapa best dipakai tu.

Pagi tadi temankan TB keSA dan terus lunch kat sana. I nak komplen jap .. kenapa ayam KennyWogers semakin cenonet? Ayam2 berdiet ke? Anyway, selesai segala hal, TB hantar I keSParade...niatnya tulah, nak tukar 2 helai blaus yang 'something wrong' tu. TCTLSShort, lepas cari yang lain, cuba yang lain, akhirnya I tak jadik tukar. Tup2 takde plak blaus yang nampak molek (takpe, masih ada 4 hari lagi untuk tukar blaus2 tu..).

Petang tadi sedang I nonggeng2 cari bahan masak dalam freezer, TERjumpa sekeping ikan tenggiri bagian ekor dan 2 ketuls kaki kambing. So for dinner ada 2 lauk jer... ikan goreng dan sup kaki kambing, slurp..slurp..

Suka beli jenis nih sebab cepat empuk
Esok .. terpaksalah redha dan pasrah, malas atau rajin kena juga keluar beli bahan basah/grocery. Freezer dah lengang dan stok beras pun dah nyawa2 ikan. Tup2 TB bersuara "apa kata kita tanam padi kat belakang rumah?"..

Ehhh...you perli I ke? relaxlah.. masih ada beras simpanan untuk 'may day', at least boleh tahan lagi 3 hari 3 malam. Bila takde beras maka tak makan nasi, agaknya dengan 'cinta' aje, kita boleh kenyang tak?

NOTA: Sesungguhnya entry ini lewat dicetak. Harap maklum.

Sunday, 10 June 2012

Bunga kembang setaman n jjcm ler ...

Hari Jumaat I sangka hari Sabtu. Hari Sabtu I sangka hari Ahad... and now hari Ahad macam tak terasa hari Ahad pulak, haishhhh... Watsrongwithmee??

Tengahari nih nampaknya TB kenalah cari lunch sendiri sebab I ada sesi jjcm dengan my sista yang foreva gemar mengukur jalanraya. I tak rasa guilty sangat tak masak lunch for him sebab semalam I dah masak baik punya *or so I thotlah!*.

Ayam patut dimasak kurma tetiba jadi rendang ayam, udang patut disambalkan tetiba jadi butter prawn berperisa kari dan mince meat patut dibegedilkan terus disimpan semula dlm freezer... malamnya baru add sayur peria goreng, hehe..

DAN, I juga buatkan TB his favorite dessert ie bubur kacang (wpun dia minat giler pada BK nih, namun tetaplah I buatkan sekali setahun.. Me no gud meh??).

Kawan2 blogger tunjuk garden memasing dengan munger2 yang owhh so gorgeous, I pun nak tunjuk gak ...

My favorite Pink Ixora!

Ndja's heliconia
Tu ajelah pokok munger yang boleh dibanggakan kat taman sekangkang kera kita berdua, hikhik..

Teh's
Teh's - among other flowers

Ngah's - 3D effect? ehem...
.
Suka tengok bunga kenit cenonet cenggitu, awak ada? hehe..
.
last but not least

Hani, my honey-suckled 'cucu'
she calls me Wan Cxxx, auwww..

Time to bersiap and bermolek2kan diri. Ndja is coming to town and when she's here, it definitely will be 'girls day out' for us walhal I patut do grocery shopping with TB like now! (psst..lagi pun malas aaah nak gi shopping kat Mydyn on a Sunday. Tak berbaloi bila berlaga2 troli!).

Till then ... babai .. oooooops...belum nak babai lagi .. masih ada cewita, heheheee...

Apek paper lama baru mai.. Nasib baik dia mai before I go gallavanting .. at least boleh gak I guna hasil jualan paper lama sebanyak RM1600 tu untuk bersuka ria, makan gobble2 n shopping sakan.. yeeehaaa..!

Ehem.. RM1600? hic! kita lupa nak bubuh 'dot' lepas angka 6. Saja guwau2 dipagi Ahad, do you mind? :-)

Friday, 8 June 2012

Dari kerana mata ...

Semalam:
9am dah sedia menunggu depan muka pintu bilik doktor. Very punctual kekdahnya and when I thot doktor belum tiba rupa2nya dia tengah syok baca sokabar, hehe.. Bila TB kata "rasa nervous pulak" maka bertambah lagi dubdab my degupan jantung as if I yang akan diperiksa oleh doktor. Yalah kan? injek peha kanan, peha kiri terasa2 juga.

Kejap aje tunggu TB dipanggil masuk jumpa doktor disusuli oleh PAnya (I ler tu), hehe..

Macam2 soklan ditanya oleh puan doktor pada TB. Kencing ada maniskah? Darah ada naikkah? Elegik pada ubat2an kah? blablabla..

TCTLSShort, 3 hari sebelum op. (about a week's time), TB harus makan ubat2an tertentu sebagai 'precaution' agar operation berjalan lancar. Seminggu selepas op. TB dilarang basuh rambut sebab ditakuti shampoo meleleh masuk mata; dan selama 2 minggu selepas op. I akan bertemankan StevieWonder almaklum TB diwajibkan pakai spek hitam. Best...selalulah nampaknya I didendangkan dengan 'I jaaas kolll...to seiii... I lap u', auwww..

Tengah tumbuk sambal ke doc?
Dari klinik kita merentas kejajahan Kanda Deris sebab TB ada urusan dengan bank. Selalunya I duduk dendiam dalam kereta bercamwhore sensorang tapi semalam seiring jalan kebank dengan misi menjelaskan hutang berjuta rupiah, heheh. Since it was an impromptu decision maka takdelah I bawak statement so CS staff dengan baik hatinya dialkan talian keHQ supaya I dapat info yang dikehendaki.

Gini gitu, gitu gini .. hutang I sebanyak lima ringgit tujuh puluh empat sen sahaja telah diwaived! Jejaka dihujung talian kata "zero hutang". Vavavaaa... sangat gumbira dihati.. Jarang sekali bank berkelakuan baik lagi dermawan cenggitu, ya dak? So nampaknya tak jadilah I nak discontinue using their kad kredit yang dah diguna sejak 1987 lagi ie before SBB merged with a few other banks = CIMB. Am I not a loyal customer?

Masa diklinik lagi I dah plan dgn T. Since kita akan berada sekitar kawasan markasnya, I pun offer to buy her lunch. Her choice between Mozza burger n ayam penyet WSolo. Owhhh...it was so difficult a choice to make (sbb dua2 sukerr). So I bought ala carte Mozza burger + 3 sets of ayam penyet (2 for her friends). I bawak juga drinks + kueh from home.. cukuplah sebagai ubat rindu tak balik rumah almost 3 wks. 

I sent the food right at her doorstep (almost). Can see her face lighten up sambil melompat anak kijang wpun dia 'marah' I tak suruh dia ambik sendiri makanan dari kereta "kesian Umi kena jalan jauh". Alahai..anything for youlah.. wpun Umi tercungap2.

Sesi hi hi-bye bye singkat sangat .. hug hug kiss kiss .. dia pulak yang nangishhh, ever so worried to sit for her exam next week. I told her not to worry, just do her best and I will do my best too (from here), insyaallah.

Evening: Received text "Mi, selalunya cam ni, kan? Bila takde makanan, takde la makanan. Lapar.. tapi bila makanan ada, bertalu2 dtg. Over kenyang. Baru jap tadi kawan bawak bubur. Baik betul dia.

Jawapan bernas dari Uminya, ehem..
"Gitulah kalau dah rezeki.. Tu sbb kita xleh cemburu kalau org lain dpt rezeki yg kita nak tapi Allah belum beri..Statement am dari umi yg juga idamkan sesuatu rezeki namun Allah is yet to kabulkan..." <- wisdom statement kekdahnya nih..

Tak sangka pulak jawapannya boleh buat I senyum kambing. "Apa rezeki umi idamkan? Cucu? Nanti eh Mi.. lagi 2 thn T kawin T kasi umi cucu, kehkeh..".

Wednesday, 6 June 2012

My harta dunia - part 2 ...

Wednesday = Wordless Wednesday? apa tu? hehe... tapi kita nak cakap jugaklah *mana tahan seharian tak bercakap* ...

Asked a friend to buy this wallet in HK for RM160 decades ago.
Tulah tengok kawan2 berCJ, I pun nak berCJ albeit a teeny weeny one
but sad to say I didnt get the 'feel'.
Been keeping it even before D&T were born and never once used it. Epic kan?

Ndja forced me to accept this wallet, a souvenir from NYC
Dah bitau I tak sker guna this kinda wallet tapi dia bergedil berdegil
(just look what happen to that CJ wallet above)
 
Teh asked me to buy this book soon after Dato Ameer Mydin appeared on tv.
Terkesima kekdahnya dia tu..
  I bought one for her n one for my reading pleasure ..
it's written by his wife .. a good read yet to katam, hehe..

More souvenirs ...

The OZ TT + FMs  from Ngah & MC TT is from SIL

VW, Peace & Love = comel kan?






and last but not least
presenting my harta dunia n akhirat



L to R: D n Ndja's son. Front: T (hair cropped by me - jimat belanja)

NILAH SERONOKNYA BILA ADA BLOG SENDIRI, KAN?
ALHAMDULILLAH

Tuesday, 5 June 2012

Quite productive ...

Masa I dalam keta
* tengah ngap cream puff, Ndja telepon.
* tengah ngap donut, Ndja telepon.
* baru habis bayar bil bagai, Ndja telepon.
* tunggu TB beli troli, Ndja telepon.

Apsal dia asyik telepon I aje? Dalam sehari, tak sah kalau dia tak call atau sms I, juga adik beradik lain. Imagine I ada 8 siblings duduk diKL nih dan dia akan bergilir2 telepon kitorang. I sempat tanya dia semalam "you nih rajin ek telepon adik beradik? I tak berapa rajin .. dah lama hilang 'the pleasure' of calling people tapi kalau sms I ok aje sebab boleh ulang2 baca message".

Jawapan Ndja short n simple "sebab I sayang adik beradik". Hmmmm... "I pun sayang adik beradik tapi tulah..." so says CikSom. I can think of 2 reasons why Ndja begitu. 1st: sebab dia sorang aje duduk jauh dari kita semua and 2nd: sebab dia memang perihatin termasuklah perasaan belas/sayang yang melimpah ruah pada adik-beradik. Hmm..

So, as soon as I reached home, I sent Ndja a report of the things I did from 9-11am just now.
"I'm back. Dah gi klinik, bayar bil, gi bank, gi patisfrance (beli donut etc), gi hw shop beli troli, gi lunch @10am but I had lauk jer no rice, gi kedai oder gas n beli coke for 'pencinta cicak'. TB sent me home n dia gi basuh keta. Are we not very productive?".

TB cuti hari nih sebab nak jumpa Ophthalmologist <- cewah! 2 hari lepas pergi Menara nak buat specs baru tapi ada masalah sikit so dia disarankan jumpa eye specialist <- dah set appmt berjumpa hari Khamis. Yang pasti minor op. harus dilakukan juga. Semoga dipermudahkan olehNya, insyaallah.

Bayar bil api, air n telepon. Bil api dua bulan mencanak2 & melambong2 naiknya. Menciii menciii menciii!

Pegi bank kejap.TB ambik buku ceq baru dan I hantar ceq ..almaklum I got debt to pay, auwwwm...

Keluar dari bank singgah bakery beli donut n cream puff - mem lapor! Mem ngap chomp2 puff/donut sensorang dalam keta while waiting for TB pegi kedai hardware cari troli tapi trolinya tersangatlah buruk rupanya maka terpaksa cari kat kedai hardware lain ..

Troli meant for T.. kesian dak tu bila hujung minggu akan berangkut dgn bermacam2 manikam balik kemarkas. Troli yg disediakan oleh markas alahai... gerun kita tengok, kah3.. lagi pun troli markas tidak selalu available.. Ayahanda amat bersimpati bila tengok bahu anak daranya menyenget angkat barang2 berat. Sungguh tak molek kalau jadi pengantin senget, tak gitu u'oll?? dan semenjak kereta tak dibenarkan masuk dlm kawasan markas kerana 'arahan pihak atas' maka bertambah semarak siayahanda mencari troli untuk kegunaan daranya itew. Soklan cepumas "adakah dak T akan guna troli tersebut?"..

Sebaik dapat troli yang diidam2kan, TB bersuara "I laparlaah...". I sukerrr aje sambil bertepuk bersorak dalam hati, yaahooooo wpun sebenarnya I tak lapar almaklum dah ngap donut/creampuff, kan? NAMUN... bila tengok lauk pauk yang OMG tepuk dahi jap, I teruja juga!

Pemakanan sihat kekdahnya...
Balik dari lunch singgah kedai runcit dekat rumah. Mintak tolong diorang hantar kerumah tong gas (oredi paid) dan beli 2 botol coke atas permintaan D a.k.a. pencinta cicak.. akakakaaa...

Why pencinta cicak? Al-kisah semalam.. sebelum I keluar melawat kematian, I dah pesan kat D mintak dia basuh segala apa yg ada dalam sinki (ada 1-2 pinggan, cup n fork/spoon). Tup2 I dapat sms SOS dari D mengatakan dia tak dapat habiskan basuh mende2 tu sebab terlalu trauma akibat terserempak dengan sekor cicak hitam yang owhhh so euuuwww... *geli gelemannya masih ON sampai hari nih, kah3*

Hapalah McGyver boleh kecundang dengan sekor cicak??

Selesai segala errands, TB hantar I balik rumah (wahhh...macam boifren hantar gurlfren balik selepas berdating gito) sebab dia tak nak I cair berada lebih lama dibawah pancaran mentari. Ohh how sweet and thoughtful of him. Sebaik saja I keluar dari kereta, dia terus beredar hantar basuh my kereta yang dah berzaman tak kena air. Just like tuannya yang tak sker kena air, mbekkk...mbekkk...tapi tetap wangi *sambil kembangkan hidong hidu2 kawasan tiak, heheh*..

Wassalam.

P/S: Oh ya... ada sebab Ndja berulang kali telepon I sebenarnya. Akan dikongsi ceritanya, insyaallah.

Monday, 4 June 2012

sombre morning ...


No Monday blues tapi sajelah mood kinda meragam.

Tengok tv duduk kat kerusi adalah kurang best so afdallah bergolek atas sofa ditemani 3 biji kusyen a.k.a. bantal busyuk...*mmm wanginya!*. Kalau dah golek2 tu, harus belayar ke lautan Andaman siap mimpi menjala ikan lagi, har3.

(Dah tertidur tu maka takdelah I kedapur buat apa yang sepatutnya dibuat tiap pagi tapikan tapi at 6am tadi I dah berbakti pada TB siap buatkan bekal roti bakar berselet samtum bilis *rajinkan?*).

Terganggu tiduran ku pabila kedengaran suara macho sibujang "sori Mi, nak vakum kejap". "Ishhh..." jawabku kontot ringkas. Dalam bunyian vakum maha membingitkan gegendang telinga, terdaya ku pejamkan mata mengulit semula mimpi yang terhenti. Tiduran yang amat lena sekali dikejutkan oleh tiupan angin yang whoaa so epic menghembus kearah wajah anggun ku, auwww... <-- haaa...bunyi macam dalam novel tak? hehehh...

Selama tidur tadi tu rupa2nya D merepair kipas angin.

Al-kisah kami ada 1 stand  fan n 1 table fan  berkeadaan nyawa2 ikan, so dengan bijaknya dia mencabut motor dari table fan terus disumbatkan kebenak stand fan, walla!!

As it is now in my living room, the ceiling fan and another stand fan setiap saat asyiklah berputerrrr tanpa henti so dengan tiupan dari kipas yang D baru repair bergabung dengan tiupan angin dari ceiling fan and another stand fan yang tak henti2 berputerrr 24jam sehari maka the intensity of tiupan angin semakin menjadi2 terasanya. Sangkaan tiupan angin yang epic tu datang dari lautan Andaman, rupa2nya tiupan angin dari 2 fan bergabung tenaga.

Credit must be given to D. Disamping berjaya buat 'transplant motor' pada kipas angin, dia juga vacuum habuk from those 2 stand fans. D claimed.. fan yang dia baiki terlalu kuat putaran anginnya maka ia  berupaya meniup habuk2 pada standing fan yang tiap hari I gunakan. Iyolah .. macamlah I tak tau that it was his other way of telling me that he had done something great without me having to ask him to do so. Truth is, I sengaja buat2 tak faham, ekekeke..

Masa menaip nih, he switch ON both the stand fans "konon2nya Umi kat tepi pantailaa..". Ha'ah kat tepi pantai Cinta Berahi kot? auww..

Oh ya, terjaga dari tidur tadi terus capai hp. Hmm.. ada 2 missed calls n 2 messages - missed call dari TB (miss me oredi meh?), 1 msg from T and another one from CC my old friend.

CC: assalam dear CS, u apa kabar? Hope family semua sihat dan bahagia ameen. Kami sihat alhamdulillah. I sedang belajar bersabar bila diuji Allah swt... I think I score 58/100 :-(
CS: assalam CC. I miss you, u know.. Lama xdengar cerita ceritut you. Hmmm..what happen? U diuji Allah? 50+ over 100 is qte good actually. Sabar dah jadi our middle name sejak lama dah. I know u'll excel.
CC: I'm so sorry CS..I miss you honest! Ujian Allah swt membuat I sepi seribu bahasa...hanya airmata dan doa..Allah maha adil.
CS: if you need me to share your sorrow, insyaallah I can spend some time with you. Just let me know..
CC: thank you :-(

Kejap lagi I'm off to visit  my SIL's SIL whose husband had passed away yesterday. By now maybe dah dikebumikan. Ndja came all the way from Sban (for the purpose) and she is right in front of me now. Sambil baca sokabar penuh kesabaran dia menunggu I menaip this entry dan menyiapkan diri.. Does this mean I am not punctual?

Till then .... daaa...