Saturday, 22 February 2014

Good vibes ...

Assalamualaikum ...

Diharap my good vibes pilih to stay put.

Okaay, katalah kita nak masak 3 lauk dan seperiuk bukan nasi putih, mana harus dimasak dulu?

Selalunya nasi akan dimasak dulu pastu prepare bahan untuk lauk utama (menyambil sediakan bahan lauk2 sampingan) TAPI semalam rasa nak melawan arus pulak, hehe.

Mula2 sediakan bahan paceri nenas dan terus aje masak (biar nenas sebati dgn rasa 3Mnya). My 1st attempt to make paCeri nenas. I think orang Johor sebut paCeri bukan paJeri. To make shore (ikut pelat omputih = sure) I pun googled. Kalau CMG thebut paCeri maka betullah sebutan I tu (as afterall tulah sebutan yg I dengar dari Mak/Chik).

Done that prepare bahan lauk dalca dan terus masak. Nama aje dalca but it was dalca-less, hehe.. Campak apa yang ada dlm esbok. Nyum2 (giler tak nak puji masakan sendiri? har3).

Hari semalam dalam sejarah. My 1st attempt memasak ayam masak merah (sebab bukan lauk favourite). Kerja menyambil .. goreng ayam dan prepare/tumis bahan2 AMM. Googled for the bahan, I omit beberapa rempah, hehe. My AMM looks devilish, nyums! (giler tak nak puji melangit? hahaha).

Dah siap tiga lauk vavavoom tu (kononnya laaa) barulah masak nasi guna basmathi pusa + basmathi Mahsuri (stemet sket).

Nilah hasilnya...


For dinner terpaksa tambah lauk daging kicap dan acar timun/tomato.

KESIMPULANNYA: TB suka my nasi tomato sebab rasanya tak masam. Oleh kerana dia tak suka nasi tomato (yg katanya masam) maka bertahun2 jugalah I tak masak tapi "Mas, gue kepingin nasik tomaT Mas" ... gitulah menyatakan hasrat tetiba pulak dgn slang keIndonan, hehe..

ACARA JJCM 2-3 hari lepas ...





KESUNTUKAN masa nih takleh cerita lelebih ... harus bersiap segera. T kata "1130 kita bertolak Mi, bukan bersiap". Hmmm...anak yg terover punctual tu, grrrr...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!

.

Wednesday, 19 February 2014

WW = wow wee ...

Assalamualaikum ...

Kononnya nak keluar awal beli barang dapur tapi tertangguh sebab basuhan dalam mesin masih belum siap. Mesin basuh pun ada mood. Hari nih mood dia baik sikit sebab tak keluarkan suara macam kapal korek YapAhLoy ketika SPIN baju. Apa citer? Tetiba pandai ambik hati I pulak?

Ke dia dah tau I akan gantikan khidmatnya dengan yang lain? Alahai, kesian.. tak sampai ati rasanya.

MASA lunch semalam TB menegur cara I goreng ikan, hahahaha.... Sekian lama dah berkilo2 ikan yang I goreng, baru semalam dia BERANI nak menegur, ekekeke.. Apa pun, peace TB, peace!

Dia mintak lebihkan guna serbuk kunyit masa meLOMOR ikan supaya ikan tak hanyir dan menambah rasa nyum2 lagi. I was thinking tak cukup kunyit ke yang I guna sedangkan buktinya amat nyata. 5 jemari dan 5 kuku dah kuning cuma muka jer belum lagi, hehe..

SEBELAH malamnya servis bertukar tangan. TB volunteer menggomol meLOMOR 3 keping ikan dengan penuh semangat. Hamboii... muai betul dia menceduk garam dan serbuk kunyit pada ikan2 tu. Ngeri I tengok "ehh cukup, cukup...masin tu.. kuning sangat tu, kuning jari kang". Ada dia kesah?

VERDICT: Tak sure samada ikan goreng atau ikan masin yg dimakan. Sekian..

DAH sebut pasal garam dan kunyit, nak cerita perihal T yang keliru. Kesian dak tu, har3. Selama nih dia ingat ikan goreng jadi masin disebabkan guna kunyit. Puas I bitau kunyit tu bagus untuk kesihatan bla3 but she still kenot fathom what I say. Sah jenis tak suka masuk dapur ek? (tapi sekarang dah taulaaa...hehe).

RENTETAN entry semalam, nak jugak tunjuk buktinya, haha ..
.
.


Tulah cara potong nenas yg diwarisi oleh Mak/Chik. Lain dari tu, I rasa pelik. Lagi pun masakan/makanan yg memberi kesan nostalgia harus dibuat AS IS. Jangan diubah2. Kalau diubah2 dah tak jadi 'warisan' dan tak boleh jadi 'pengubat rindu'.

OK nak bersiap sekarang. Haruskah I jjcm, jjcl atau berhempas pulas didapur? BTW, nak kongsi sikit hal I ngintai IG royalty, hehe..

HASIL ngintaian semalam.. Terpegun gak bila tengok ada 5 lesung batu kat dapur dia (tak guna blender ke?). Collander/penapis nampak so very English. Apa yang dia masak? Ohh, dia tak masak tapi mengajar chefnya masak. Lauk2nya serupa lauk kita orang biasa.. bayam rebus, sardin goreng, sambal udang, kari telur etc.

OK tu aje nak kongsi... Nak bersiap sekarang jadi mem diva jap, ngeh.. (tapi harus ngintai kedapur royalty dulu. Apa agaknya dia masak for dinner smlm).

.

Tuesday, 18 February 2014

Just my 5sen bicara ...

Assalamualaikum ...

Tersenyum simpul sambil menaip. Senyum sorang diri pulak tu. Macam orang tak berapa betul tapi senyum sorang diri dapat pahala tak?

Semalam I masak lemak nenas + ikan kurau masin. Selalunya I tak bubuh garam sebab kemasinan ikan tu akan turun kekuah tapi semalam something went wrong, sampai kemalam kuah lemak tu tak juga masin. Pendek kata tak ummphh..

Lauk tu masih berlebih so pagi tadi I hangatkan (bolehlah makan masa lunch nanti). Hidupkan api I terus keruang tamu hantar msg pada Ndja.

Tetiba aroma lemak2 hangus masuk kehidung.. Ehh.. sedapnya bau? Pepagi lagi jiran sebelah dah masak, rajinnya? Masa tu jugalah terdengar kreek...kreek... Macam tau2 aje, melompat kijanglah jawabnya.

Dalam masa <> 2 minit, kuah lemak dah kering dan tepi periuk pun hangus. "Kecik jadi kawan, besar jadi lawan". Salahkan diri sendirilah, takkan nak salahkan api?

ANYWAY, tak lama lagi Ndja akan jadi jiran ketat I. Dia akan pindah semula kerumah yang ditinggalkan lebih sedekad. So hari nih ramailah pekerja yg datang buat tu buat nih. Drill dinding depan, dinding belakang. Pasang lampu, kipas angin etc.

End up I akan terima 1 unit aircon dan 1 unit esbok FOC. Part aircon tu I tak berapa keen tapi dapat esbok, that I like. My 2nd esbok yg rather small tu dah diniatkan untuk seseorang. Tu pun kalau dia nak.. Kalau tak nak, I simpan baju dalam tu, ok tak?

SEJAK ceburi dunia blogging, I perasan ramai orang Msia berkahwin dengan orang asing dari luar negara. What if jodoh anak I pun begitu juga, apa perlu I buat? Adakah I akan terus setuju dan merestui niatnya?

Perkahwinan dengan orang jauh, pertama sekali memakan belanja yang banyak. But first n foremost bab ugama wajib diambil kira dari yang lain2nya. Tukar ugama semata2 kerana kahwin? Well... tapi kenapa tidak. Semua tu diluar kawalan kita.

Seingat I, masa my kakak berkahwin dengan orang asing 1Msia, my father beri pra-syarat. Jadi orang Islam dulu selama setahun pastu baru boleh kahwin. Part berkhatan I tak ingat, hehe..

Would I do the same if D or T were to marry a foreigner?

Maybe I akan ikut (accordingly) pra-syarat yang my father buat ditambah dgn satu syarat lagi, haha..padan! Mesti belajar cakap Melayu bersungguh2 dulu sebab mak mertua (I ler tu) tak reti cakap omputih. Selalunya bila pempuan Melayu berkahwin dgn orang asing (English bukan bahasa ibunda), kenalah dia bersusah payah belajar bahasa the other half. Bagus memang bagus tapi macam tak adil pulak.

SEMALAM I tengok drama Melayu mengesahkan satu keluarga yang sangat moden tapi bila anak2 memanggil emaknya MAK (bukan mummy), I terus terkesima. Sukalah maknanya tu..

Zaman I dara sunti, buat pertama kalinya I dengar my kakak angkat @ a newly mum membahasakan dirinya MAMA pada baby. My father (yg moden lagi open minded) somehow tak gembira dgn panggilan tu tapi kita tak pernah pulak tanya kenapa.

Sebenarnya, apa yg my father 'tak sukakan' tu dah tempias kat I. Perasan tak ramai anak2 Melayu yang dah bermummy dan berdaddy wpun emak ayahnya SAH orang Melayu? Kalau emak atau ayahnya tu memang omputih, makes sense jugaklah.....Oooops!

HAVING said that, janganlah pulak ada yang geram, marah dan kecam dengan statement I kat atas tu. I know pilihan memasing, suka hatilah. To each his own. Apa pun, tu hanyalah pandangan sikolot nih semata2. I nih moden gak dan quite open minded tapi bab yang satu nih, memang dapat 'alahan', haha..

PERIHAL 4 beradik yang macam tak reti becakap Melayu mentang2 dah lama duduk diluar negara. Tu satu lagi hal. Dah memang emak ayahnya orang Melayu sejati, kenapalah tak cakap Melayu dengan anak2 bila dirumah?

CONTOH terbaik ialah Anita S. Lama dia duduk U.S. tapi masih fasih cakap Melayu. Satu lagi contoh terbaik juga ialah perihal sorang blogger nih. Dia orang utara berkahwin dgn foreigner bukan English. Anak2nya fasih bercakap 3 bahasa. Cakap Melayu slang utara lagi. Dia ajar anak2 cakap Melayu supaya anak2 boleh bertutur dengan MakToknya. Baguskan?

AKHIR kalam, sepotong pemanis untuk you ...


.

Monday, 17 February 2014

Nyamok n tupai ...

Assalamualaikum ...

Sekarang I tak suka waktu malam. Bukan tak suka kejadian alam cuma I dah tak dapat menikmati malam dengan syahdunya, cewah. Tersedar pukul 3-4 pagi I capai Shieldtox. Patutnya capai tangan TB genggam2 dapat gak pahala, tak gitu? haha..

Shieldtox tu untuk menyembur nyamok yang masih tak faham bahasa Melayu. OK! tu aje nak cakap perihal nyamok.

While typing this entry, telinga I dah agak pekak (mahap bahasa I) sebab D tetiba main lagu2 KurtCobain (KC) dengan lantangnya. Lagu2 yg dia pernah dengan semasa zaman tumbesarannya dulu.

Somehow perasaan I dah berubah. Dengar lagu2 KC dulu dan sekarang effectnya lain. Sangatlah lain! Kalau dulu, selalu aje I kata "tolong pelankan volume sikit" but now? I kasi chan aje afterall dia jarang ada dirumah dan dah amat jarang nyakitkan hati I, alhamdulillah.

SiKC tu mati sebab drugs overdose. Apalah diorang tu kan? Mahap cakap memang goblogdotcom. Justin Bieber tu lagi sorang.

Ehhh...apa hal plak nak leterkan anak orang? Jaga ajelah anak sendiri CikSom oii!

KERJA I setiap pagi mengutip sokabar yang dibaling ikut whim n fancy sipembaling paper. Kalau pagi semalam sokabar terselit bawah tayar, pagi nih pulak terselit celah rak kasut. Kat mana agaknya sokabar akan terselit pagi esok lusa tulat lubin?

Yang I tak faham kenapa lokasi balingan kian berubah. Pernah menegur sipembaling sokabar tu not to baling kat pintu rumah. GEDENGGANG bunyi pintu. Ehh, nak kasi lubang ke?

Terlanjur dah kat luar tu, haruslah tengok tanaman yang hidup segan mati tak mau tu. Pokok Sepulih mesti kata "hazab aku bertuankan CikSom nih" (sebab daunnya tumbuh 3 helai aje, takleh lebih). Pokok kari n mangga mesti mengata I juga "awat CikSom letak kita side by side dalam satu pasu? Dah tak mampu nak belikan kita pasu sorang satu ke?".

OK komplenlah awak semua. Mcm tak bersyukur aje? Cuba tengok pokok Ixora tu. Oleh kerana tak pernah komplen, ia sentiasa berbunga. Murah rezeki dia..

APA PUN, I mesti mohon mahap pada pokok kari n pokok mangga...
Memang saya tak berhati perut letak awak berdua dalam 1 pasu. Saya tau masing2 dah meninggi dengan tumbesaran yang pesat. Sabarlah ya? Akan saya pisahkan juga awak berdua sebelum awak jadi kembar siam.

Haa...sape kat CikSom takde hati perut? Hati ada, perut pun ada. Boroi lagi, oooops!

Lain2 kerja sambilan setiap pagi ialah mengintai tupai (shrew) dicelah tingkap/pintu yang mencuri2 makanan siShasha (our kucing angkat). Kalau makanan Shasha dah habis, dia akan masuk dalam kandang Farret pulak. Kiranya stemetlah juga.. kucing, tupai dan farret makan makanan yang sama, makanan kucing, haha. Kalau arnab (ada sekor) boleh makan makanan kucing, kan senang?


MACAM RAJIN nak publish satu entry hari nih sebab nak sentuh pasal drama Melayu yang I tengok tadi (recorded semalam). Insyaallah lain kali ajelah memandangkan dah pukul 1pm. Surirumah mithali (haha...jgn marah) akan sentiasa peka dengan waktu. Tak gitu you??

.

Saturday, 15 February 2014

Kita sibuk hari nih ...

Assalamualaikum ...


TB tetiba teringin nak makan pisang salai goreng. Hmmm... mengidam nak dapat anak bungsukah dia?

Sebenarnya kaan... I juga dah lama mengidam benda yg sama tapi ada I kesah melayan tekak sendiri? Nope!

Tapi atas dorongan TB, terjadilah pisang salai goreng versi dayang senandong. Rupa tiada tapi auranya tetap mengerlip2 ..

W'pun takde belerang dicampurkan kedalam batter namun bila kombinasi rangup, kenyal, manis dan rasa pisang yg disalai bersatu dalam mulut, bukan nak 'brag' tapi rasanya (for a change) memang meletop!

RANCANGAN hari ini;
1. KePD (dibatalkan sebab swimming suit memasing dah kecut, hehe..)
2. Ziarah kawan (ditunda keminggu depan sebab drebar (bukan TB) agak sibuk
3. House warming rumah jiran

PAGI tadi Teh telefon bitau dia nak datang dengan Ngah semata2 nak breakfast atau brunch. Masa tu I sedang mengadun tepung nak buat jejemput. Siapkan adunan tu dan nyahkan kedalam esbok (simpan untuk bfast esok).

Ngah dari KL nun, singgah PJ cekut Teh pastu cekut I pulak. Ngah 4ever tak reti dan tak faham camana nak kerumah adik dia yang gate rumahnya dah berkarat so foreverlah Teh jadi GPSnya. Comel kan?

Apa pun, I still salute Ngah, my no. 2 sister. Umurnya dah menjangkau awal 70an namun masih steady drive kesana sini (minus keoutstation). Teh lebih kurang macam I lah penakut sebab kita berdua cuma SUKA drive ketempat yang dekat2 dan familiar aje tapi kerana keadaan dan desakan kehidupan harian (sounds mencabar tak?) maka Allah telah meminjamkan sedikit keberanian pada hambanya yang tidak pernah terfikir dia akan jadi Schumacher satu hari nanti, wahahahah..

Sebut pasal Schumacher.. tentu ramai pernah terfikir ajalnya habis diatas litar lumba kereta namun ironinya dia cedera parah semasa bermain salji.

OK back to cerita bfast/brunch.. I perkenalkan my 2 sisters kekedai makan yang pernah appeared dlm JJCM. Taklah makan yang gah. Kita cuma makan mee kolok dan kueh mueh aje. Sambil makan kita berbual2 mesra (tapi kita tak nganyam ketupat okay?).

Makanan bertambah yummy dengan dendangan lagu2 down memory lane dari Doris Day, Johnny Mathis etc but somehow bila lagu Wantanamera berkumandang, I betul2 tengah mengunyah satu2nya wantan dumpling yang dihidang bersama semangkok soap!

Soap? Acah Mak Enon aje tu.. soap atau sup, ada sesiapa kesah tentang ejaannya?

MACAM biasa sebelum balik rumah, terpaksalah tapau 1-2 lauk untuk TB. Bila mem dah kenyang, memang takde harapan dia rajin nak masak bagai tapi takat masak nasi memang takde masalah sebab I sker KOSEK2 beras. Lagi pun boleh stemet bila sendiri yang masak nasi. Diharap dapat pahala sebanyak butiran beras yang dikosek, insyaallah.

MACAM tak cukup dengan apa yang dah ditapau, my 2 sisters masih teruja membeli berkeping2 murtabak. Ekceli I yang jahat, hehe.. I yang motivate diorang "terlanjur kat sini, tak nak beli murtabak ke"?

5pm NDJA and I kerumah jiran. Rumah yang baru diubah suai memang sedap mata memandang. Sempat bermingle dengan 2-3 jiran yang lain sambil menikmati mee rebus, lontong dan manisan.

6pm Bye2 pada tuan rumah, terima kasih daun keladi. Ndja pun tak berlengah lagi terus memecut KUDAnya balik ke Sban.

OK, tu aje ceritanya. Baca sampai kenoktah terakhir ok t.a.t.a? :-)
.

Friday, 14 February 2014

My beloved aunty ...

Assalamualaikum ...

6.42pm
Waktu senja2 begini mengingatkan kejadian yang berlaku 3 minggu lepas dimana kami adik-beradik (dengan perasaan sebak dan sedih) berkumpul ditanah perkuburan KD ...


Hembusan nafas terakhirnya terhenti ketika laungan azan Zohor pada petang Jumaat 24 Januari 2014.

Jenazahnya selamat disemadikan ketika laungan azan Maghrib berkumandang. Segala urusan pengkebumian selesai dalam masa 6 jam. Syukur alhamdulillah.

... akan bersambong, insyaallah.
.

Wednesday, 12 February 2014

WW = wholesome words (for SR)..

Assalamualaikum ...

SELALUNYA sebelum publish a new entry, I akan jawab komen2 peminat setia terlebih dulu. Mesti hargai mereka yang sudi mengomen tak kiralah samada mengomen sebab teruja giler nak komen atau berdasarkan faktor kesian pada I siyatim piatu beranak dua nih, haha...

TAPI kali nih, I nak publish new entry dulu pastu baru jawab komen entri sebelumnya. Kali nih aje I jaaaa-at ok?

Sebenarnya I takde masalah menjawab komen sebab yang sudi mengomen tu pun tak ramai namun nampak gayanya, silent readers yang tersangat silent boleh tahan ramai singgah kesini. Tak teringin nak menegur I ke? Pada yang sudi kenalkan diri, timakasih daun keladi.

Apa pun situasinya, harus mengalu2kan kesudian mereka dengan ucapan terima kasih (at least) makanya sekarang I sangat berbesar hati ingin berTERIMA KASIH pada para pengunjung/pembaca budiman sekelian.

SIKIT masa dulu, kotak komen Al-kisah memang agak meriah dam-dam-doom tapi apakan daya, sejak kebelakangan nih ramai dah beralih arah keFB/IG dan ada gak terpaksa 'gulung tikar' sebab mojo berkarya dah ditelan sigagak hitam! ekekeke... (ngejek gaya devil).

LATELY sejak guna hp yang agak pintar lagi berwawasan (hand-me-down jer) maka boleh dikatakan bersemangat jugalah I ngendeng2 FB berbanding bila guna netbook dulu kala (masalah 'adobe flash player' tak boleh didownload' wpun dah 18K kali didownload), so now bolehlah tonton n dengar video2 berilmiah (dan tak berapa ilmiah juga) dengan selesa.

I belum kutuk silent readers, kan? Jap lagi I kutuk eh?? haha..

Silent readers boleh menjadi parasit pada sesuatu blog. Parasit yang boleh merundumkan semangat/mood berkarya dan secara tak langsong memaparkan diri sendiri sebagai kurang berhemah atau kurang sopan, hehe...

Kat atas tu bukan I yang kata namun tulah yang terkeluar dari 'mulut' sorang blogger yang gah. Bila dipikir2kan, betul juga apa yang dikatakan tu (sehingga dia tutup blognya ketat2 dan bukak blog baru khas untuk peminat/pembaca/pengomen setianya aje).

SEBENARNYA I pun dah terikut2 jadi silent reader (kerana beberapa faktor). Bila diri sendiri yg jadi silent reader, terus ada alasan 'beberapa faktor' ek?. Well.. manusia memang macam tu, tak gitu?

ANYWAY, I nak bitau 1 rahsia that I am a stalker of IG (D tolong registerkan tapi dah lupa PWnya so takat skodeng2 ajelah). Siapa yang I stalk? hehe.. that would be my secret, takkan nak bitau, kaan?

Alahaii...cepat betul dah pukul 12. I baru nak warm up namun terpaksa menonong kedapur menyambut lambaian periuk dan kuali. Cuaca hari nih sangatlah mencabar. Nampak gaya masak 1 lauk sangatlah dialu2kan ...

AKHIR kalam, selamat mengesat keringat!
.

Tuesday, 4 February 2014

Kekasih gelapku namanya Al...

Assalamualaikum ...

Dear Al
I know, I know.. memang dah lama I tak jumpa you. Memang tersangat rindu kat you, do you know that?? Macam takde masa nak mengadu dan berkongsi hal suka, duka dan lara dengan you lagi.

Memang takde niat pun nak tamatkan perhubungan sulit kita nih tapi you tau ajelah. Kadang2 banyak yang kita rancangkan, siap ada things to do list lagi tapi tulah tu. I berkorban hingga sanggup menanggung rindu, I redha kekdahnya asalkan hal2 dialam realiti dapat diselenggarakan dengan adil (w'pun tak berapa saksama, haha..).

I sorang aje yang rindu kat you? You tak rindu kat I ke? Tell me, tell me... cakap dengan jujur. Rindu dengan I tak?

Haaa... nasib baik you kata RINDU, or else I putuskan hubungan kita nih for good kang!

Sekian mukadimah untuk kekasih gelapku... who else but Al-kisah, heheh..

SEBULAN lamanya jari jemari tak beronggeng atas kibod. No wonderlah I dapat frozen shoulder. Kurang buat senaman kot? This frozen shoulder memang no jokelah. Sakitnya taklah menyucuk2 tapi beberapa pergerakan penting agak terbatas terutama ketika beristinjak tersangatlah OUCH! Thektha thangat..

... dan sejak dua menjak nikmat tidur dah diambik sedikit demi sedikit wpun tidur beralaskan tilam empuk nyum2! Banyak yang masih dan patut disyukuri. Tanpa dugaan, manusia macam I akan lupa dan lalai. Allah knows best tapi tetaplah berdoa agar frozen shoulder nih cepat sembuh.

Selamat datang tahun Kuda dan bye2 tahun Ular. Patutnya kuda yang datang melawat I kat rumah, kan? Nih tak, siular pulak yang datang, ishhh...tak sker!


First time berdepan dengan real anaconda, ahaks. Warna hijau bercorak batik, cantik gak.

Kejadian berlaku diRD (rumah desa). Tulah kalau duduk rumah yang dikelilingi alam semula jadi, ehem. Sementelah TB tu bernaung dalam tahun Ular, I thot dia berani. Rupa2nya dia geli/fobia sebab ada satu kejadian 'ngeri' berlaku masa dia bujang dulu, kikikik.. (all the while I thot you are my knight in shining armour, you bukan eh you?).

Dah TB geli maka jadilah I Tun Teja. To cut the not too long a story short, I berjaya memulas kepala ular tu dengan sekali smackdown aje. TereL tak? haha.. TB dan ramai ahli keluarga Tun Teja tersangat teruja dgn keberanian Bik Thom aka Tun Teja hinggakan dapat gelaran snake charmer, haha.. (kembang kuncup gaklah...kan?).

CERITA ular adalah cerita basi. A 2-week old story..

Terkini adalah cerita burung pulak, hehe..


Agaknya burung tu tau tangan gebu tu ada tanda2 keibuan tak? hahaha...perasan-tan! Anyway, kejadian berlaku hampir waktu Maghrib. Burung tu tetiba hinggap kat tingkap sambil mematuk2 cermin tingkap yang ada reflection dirinya.

So I pun cekitdautlah..

Ehhh... molek aje perangai burung tu tak panik pun. Tak takut manusia kekdahnya. I cekut dia pelan2 and set him free soon after we were done berselfie. Terbanglah burung tu dikegelapan malam mencari ibunya mungkin? hehe..

MOOD BAIK HARI NIH tetiba nak gantung satu entry. Insyaallah esok akan digantung beberapa entry lagi sebagai penebus rasa rindu nak membebel. See how this mood of mine dulu, boleh pakai ke tak.

NOTA PENTING:
Ular hijau tu tak mati pun. Saya nih animal lover (wpun tak kasi chan pada nyamuk dan lipas). Ular tu dilepaskan aje kat kebun buah2an jiran (of course lepas berselfie, haha).

Nasib baik sehari sebelum terjumpa ular tu, I dengan TB dah berjoli sakan petik dan (dengan izin) makan buah dukong yang sedang masak ranum, yaRabbi manisnya. Betul2 buat macam pokok sendiri, hehe..


Till then, have a nice day ..
.