
Dah seminggu T bawak kereta ke kolej. Signed MOU dengan ayahanda untuk kegunaan <> 2 minggu hingga 10 Jun sahaja (tamat exam) tapi sebelum MOU ditandatangani, terjadilah drama sebabak dengan tumpahan air mata, terguris hati, hati jadi kecik, sesi menjeling dan bertegang urat, semuanya ada.
Siapakah yang lebih sesuai untuk menyelesaikan dan mententeramkan keadaan? Ya benar, siapa lagi khaan? Semuanya beres dengan sianak meminta maaf dan memeluk erat kedua ibu bapanya. Proses belajar dari kesilapan berlaku, alhamdulillah.
Sebab musabab perlu guna kereta :
.
1. Ada 1-2 gerai makanan yg dibukak kat kawasan kolej untuk cater students yang masih belum bercuti. Nak dijadikan cerita, T sakit perut 5-6 kali dan memulas2 bila makan dari gerai tu. Dengan adanya kereta maka bolehlah cari makanan yang ngam dengan selera (dan perut). Kedengaran diangin lalu "bila makan kat McD perut T ok aje". Yalah.. dengan izin Allah.
.
2. Exam diadakan kat hall sekolah berhampiran (hall kolej diguna untuk konvo). Yang ni valid sikit jalan ceritanya. Kesian pulak dalam keadaan donia yang panas terik, kena naik bas turun bas nak buat exam kan? Tak selesa nak wat exam bila tiak wet taw.. hahaha..
I stop menulis seketika sebab terasa oh so ngantok sekali, so I capai my bantal busuk dan lelapkan mata. In no time I dah berada diawang2an.. I mimpi masuk kelas jumpa lecturer nak ambik kertas exam. Lecturer tu sumpah tak friendly, eksyen and stern aje rupa dia. Not sure whether I pass with flying colors or fail menjunam. I terjaga dari lelapan while trying very hard to decipher the lecturer's comments on the exam paper.
Standing order for T 1. call umi before bertolak dari kolej 2. call umi sebaik saja tiba kolej
Last Tuesday at 7.10am T call kata dia dah nak bertolak. Pukul 7.30am dia dah tercegat depan gate. I tanya "ni mesti bawak laju kan?". T jwb "taklah.. guna gear 4 aje".
Semalam dia balik ke kolej pukul 3.15pm. Pukul 3.35 dia call kata dah tiba. I tanya "drive laju eh?". T jwb "taklah.. guna gear 5 aje".
Selama T dapat lesen, dia selalu drive kereta harapan I yang automatik. Kereta yang dia bawak ke kolej tu jenis manual yang selama ini tuan besar guna ke opes. T memang tak biasa drive manually tapi dia yakin boleh. Terjadinya urat2 tegang bila T tak nampak hujah dari umi dan abahnya tapi rasanya by now dia dah nampak dan faham. All we ask of her is to be patient.
Conclusionnya, T gembira dapat pinjam kereta, Mr Lee dari workshop lagilah gembira ria dapat RMxxx, dan agaknya abah rasa gembira tak? Hehe .. memanglah abah gembira, kereta pusakanya dah tip top, dapat tayar baru lagi dan selamat dipandu, insyaallah.
If only I can list down rentetan yang berlaku sebelum T berjaya dapat bawa kereta kesana .. Apapun, semuanya dengan izin Allah.