Wednesday, 2 June 2010

Kembali bersiaran ..

Saki baki rasa 'malaise' masih dirasai akibat flu yang datang menyapa secara sukarela pada hujung minggu lepas. Semoga terhapus dosa2 kecilku. Demam sebab terlalu penat buat cenderahati kot? Har3. Belum lagi jadi emak pengantin, baru jadi mak sedara pengantin has taken its toll on me oredi. Apalah ...kememeh betul I nih kan?

Terima kasih pada dinda ehem yang bertanyakan why dah lama I tak bersiaran. Atas nasihatnya yang menyuruh I banyakkan berehat maka I pun berehatlah dengan menidurkan diri. Sedang orang lain sibuk berdhuha, I boleh bermimpi indah lagi. Jarang buat kerja cenggitu tapi bestlah mimpi kali nih.

I mimpi sekor burung warna coklat muda berbulu kembang berkawan dengan I. Sedang I berjalan, burung tu hinggap kat bahu dan kami berbual rancak. Herannya I tak ingat apa yang dibualkan tapi I ingat dia bitau I tentang kebaikan salah sorang my BFF. Ntahlah .. somehow I rasa seolah2 dapat semangat baru dari mimpi yang tadi tu. Mimpi bercakap dengan sekor burung ... memang best!

Terjaga dari tidur macam tau2 aje kerja rumah lum disiapkan lagi. Terus menuju kedapur .. *sigh* sampah dua plastik belum dibuang lagi. Selesai dengan sampah menyampah tu I tuju ke washing machine pulak. 1 load dah dibuat pagi2 lagi, tapi bila I akur dengan nasihat suruh I berihat maka I lupa pasal basuhan yang perlu dijemur. Still no hurry .. biar lambat asal selamat. Mentari pasti bersinar ...

Kerja merewang cenderahati dah pun disetelkan Ahad lepas. Dah I gering, mana mungkin I kesana khann?? So, for half a day on Sunday tu, I tidur n turu n slept like a log, kekdahnya. Bila I tak sihat, masa tulah I berharap sangat mungkin ada bidadari turun dari langit tapi heheh ..

Hari Isnin I dah beransur sihat wpun ada hoyong hayang sket. Harus sihatkan diri sebab I perlu temankan T ke UH untuk sesi dot2nya. Dah 3 kali I ke UH. Alhamdulillah I dah master route ke sana wpun kalau boleh, I dowan to drive there. Selalunya I bergilir2 dengan T, masa pergi dia F1, masa balik I F2, ngeh2.

Oleh kerana I sibuk dengan aturcara sendiri maka terpaksalah I tolak jemputan Ngah bersama kuncu2 lain dalam sesi 'food tasting'. Kalau I pergi pun mesti I beri komen keji "tak sedaplah, kenapa rasa pahit rendang niih?" (har3 .. tekak orang sakit kekdahnya kan? mestilah fahit).

I nak sangat coretkan tentang lawatan I ke UH/PPUM tu. Coretan untuk T sebenarnya tapi tengoklah camana mood I nanti. Dalam keadaan terperanjat tapi buat2 tenang terkeluar juga soalan "how can you not see that thing??"<= sebut dgn nada lembut ya kawan2.