Dah ngantuk sebenarnya tapi tetiba pewut memulas2. Berbaloi2 2 trip! Now dah segar sebab dah siap mandi n shampoo wambut sekali. Hmmm wangeee.. (sambil mengibas2 rambut kekiri dan kekanan). Bagus kan dah mandi in advance ??
Oleh kerana keletihan menjala didarat petang tadi maka lewatlah I berkarya. Ekceli cik Embunmenitik dah menaikkan semangat I untuk berani menjala. Terbaca di FBnya bila mengumumkan dia dah pandai menjala 'tanpa dot dot'. Terkesima I dibuatnya...
Sesiapa yang pernah menjala didarat mesti faham keujudan 'dot dot' tidak menjanjikan kejayaan atau kegagalan pada jala yang ditebar; dengan sedikit kesabaran, common sense dan ilmu didada (intai/terjah dapur bloggers), insyaallah kejayaan pasti dalam genggaman. <- Sesi motivasi pagi Jemahat kenalah serius sket bunyinya, kan??
Tebaran pertama ada 3 dot jer. Not bad ehh??
Cicah dengan kari TCK 'tak cukup kuah'
Siapa setuju buat jejemput from scratch mudah? ........... (lengang takde response) ............. Tu diaa.. takde siapa pun bersuara. Sah! memang tak mudah.. Ja mesti setuju, tul tak Ja?? Jom seiring kita bayangkan cara2 buat jejemput .. mula2 kena jalan menuju ke pantry cari tepung. Tepung baru dibeli so kena gunting kampitnya dulu. Cari gunting takde (takde sebab last pengguna letak kat tempat lain *grrr*), so gunalah pisau tapi kenapa pisau tetiba tumpul? Kena pulak asah dulu pisau tu .. *sigh* W'pun tepung baru dibeli, we kenot take chances, tepung perlu diayak. Bila tapis came out clean; tepung tu suci takde evil n weevils maknanya.. haha, cam menyesal pulak buang masa goyang2 badan dgn aktiviti mengayak tadi. Oh ya, tadi tu terlupa sebut kena cari ayak tepung dan sokabar untuk dijadikan alas.
Isshh macam2 nak kena buat. Belum lagi habis masa memilih bawang yang sesuai, dikupas dan dihiris. Isshhh... pendek kata tak mudah. It takes a lot of effort juga, renyah kekdahnya.
Maka untuk kesihatan sejagat, aktiviti menggoreng memang patut dikurangkan tapikan tapi camana ehh.. I suka jejemput, suka popia, suka tembosa, suka keropok, suka ayam gor. Since I tak minat aktiviti menggoreng makanya I masih dalam keadaan selamat, kan?? Hence I'd like to conclude that sometimes being 'lazy' ada hikmahnya.. heheh, hihih, hohoh <- buruk bunyinya gelak cam tu ek?
Mende nih? hehe ... nilah bahan Oh yaa.. baru semalam I baca blog bonda HZ mengatakan perlunya makan telur yang telah dipasteurisekan. Penemuan terbaru! Oh well ... alhamdulillahlah kami adik beradik masih panjang umur hasil memakan telur setengah masak setiap pagi berdekad2 yang lalu.
Akhir kata ... (sebelum I singgah ke slumberland).
2 orang very dear to my heart menyambut harijadinya hari nih. Tahun nih I terbuka hati untuk menghantar ucapan harijadi padanya demi silaturrahim dan kerana darah tu lebih
I juga hantar ucap selamat pada Karim menerusi Mamanya (mahap guna nama samaran). Karim membesar depan mata I (literally speaking). Minat Karim sejak kanak2 ingin jadi juruterbang tapi rezekinya tiada disitu. Even kursusnya di universiti dipilih oleh kakak2nya kerana sebab2 tertentu (KZ, Karim kemana masa tu?) namun dia patuh dan akur tanpa banyak bicara.
Tiba2 perjalanan hidupnya berliku2.
Jika berminat mengikuti perjalanan terkini kehidupan Karim, sila klik pada sidebar 'MamaKarim'. Sama2lah kita doakan kesihatan dan kesejahteraan Karim, mamanya dan keluarganya. Sesungguhnya Allah maha mendengar.