I sedang berkarya sambil menikmati kek coklat bertatahkan marzipan ... tersangatlah manis tapi bila disulami dengan neskefe mild, nyaaaammmmmpah taw. Sedap! Al-kisah ...
Dari 11 beradik yang not bad boleh tahan ramai, I sorang aje dilahirkan di Kluang, yang lain2 di JB. Apa kes kecik2 lagi dah dibuang daerah?? Maka rentetan 'apa kes' tadi tu, I selalulah berendamkan air mata, makan hati berulam jantung kekdahnya. I ngaku I comel2 comot, maka tu tak bermakna I patut dijadikan target untuk memuaskan kesadisan some of my abangs, sistas dan percaya atau tak, kadang2 Mak dan Bak bersekongkol sama.
Kononnya Mak jumpa I dari tempat buangan sampah so dah terang takyah bersuluh lagi; sah I nih anakangsa angkat! I bukan anak Mak tapi anak nyonya. Booohuhu .. jahatlah mereka semua tu! Diorang tertelan laser beam ke apa?
Kononnya Mak jumpa I dari tempat buangan sampah so dah terang takyah bersuluh lagi; sah I nih anak
Betul ke warga Kluang rupa keCina2an? Kalau ya, mata adik beradik lain yang dilahirkan di JB pun sama sepetnya. Tak bundar cam mata Aisyah anak AkakToo (blogger). Dah memang mata sepet warisan dari Mak, nape I sorang aje dikatakan anak angkat? Why Karpal why??
Bila tak tahan diusik, I mematikan usikan dengan menangis, melalak dan merajuk. Can you blame me? Nak jawab pertahankan diri, skill menjawab belum disand paper lagi dan aura loyar buruk masih jauh untuk digapai.
Alang challenged me. Sekiranya dalam sehari I tak menangis langsong, dia akan beri gula2. Well.. that was a big challenge sebab gula2 memang my fevret tapi boleh ke I tahan kalau usikan berbagai jenis masih tetap diteruskan?
Tahan menangis dapat hadiah gula2 memang idea yang bagus so I timbang tara cara kanak2 bijak berfikir. Gula2 jenis apa agaknya akan I dapat nanti? Berbaloi tak bila tahan diusik? That was a big challenge .. mulalah I bayangkan gula2 mint putih berintikan coklat, gula2 oren berintikan serbuk putih yang masam, gula2 Murraymint yang lemak berangin dan gula2 5sen-5 bijik yang comel lagi berwarna-warni tu. Huh, tu semua gula2 Trebor yang mampu I beli kat kantin sekolah Embok Siti, elehhh...tak heranlah.
I lebih bayangkan ... coklat McIntosh buatan England yang takde tolok bandingnya; tapikan tapi sampai sekarang I tak ingat dapat apa2 gula atau coklat selepas berjaya (sekali dua) menahan linangan airmata. Janji palsu kekdahnya tu atau I yang terlupa???
Lain2 usikan yang bisa mengeringkan telaga airmata :
1. Bila kawan2 Bak n Mak ziarah kerumah bawak anak lelaki sebaya, confirm mesti ada match maker terlebih girang memadankan I dgn anak orang tu. Macam I minat? Macam I dah darerr?
2. Diejek dengan anak lelaki jiran (yang sebaya dan tak sebaya). Dahlah nama2 diorang tu tak sedap (maklum hati lum berkenan, ngeh3) .. Sabran, Azman, Puad. Ekceli Ndja pun kena usik juga tapi dia lokek airmata. Sape endut2 dia? Dasyaat -> Matan, Sabran (sharing kekdahnya), Zaini cucu Tok Ngah, Latip (ramus licin lalat boleh tergelincir) n last but not least Saleh Kentang (no wonder Ndja suka makan kentang, mueheheh).
3. Diejek dengan my own sepupu yang lebih muda setahun 2 tapi masa kecik2 dulu dia memang cute dan putih melepak tapi I tak terkesima pun ...
4. Sakit hati bila diejek dengan cina rongak jual aiskrim nama Bogeh. Diorang memang keji!
5. 2 abang n Ndja pandai mengeja Jawi, pulak2 masa tu I buta IT Jawi maka memang terasa hati bila diorang mula mengeja (saja eksyenlah tu).
6. Paling tak tahan, sambil berbisik diorang pandang kemuka I yang sedia mencebik. Mak kata jangan bisik2 nanti orang terasa hati. Diorang takkan tak tau, berbisik2 sesama sendiri dgn niat menjakikan orang hukumnya berdosa..
'Diorang' yang dimaksudkan ialah my 2 abang n Ndja (who else?). Kita berempat tak banyak beza dari segi umur, sebab tulah kita kamcing (ya ke?). Anyway, sebelum jadi kamcing I perlu jadi ahli geng gelap diorang dulu so sesi angkat sumpah tanpa istiadat balai rongseri dimulakan. Real wa cakap lu.. haha.
... akan bersambung ... tu pun kalau kibod tak habis dakwat ;-)