Friday, 8 October 2010

Gloomy ...

Menulis sambil mendengar tv @radio, berputar pulak lagu David Cassidy, aarghh... terpaksa nangis nampaknya nih. Pendek kata semua lagu yang diputarkan mengimbau kenangan lampau. Takpe, I dah bersedia... sekotak tisu paper ada kat sebelah nih. Tak cukup sekotak, lengan baju kan ada?

Siang tadi cuaca agak gloomy. Bila cuaca gloomy, mood pun tak boleh dipaksa2 jadi ceria. Satu load basuhan siap dibubuh softener tak pun dikeringkan. Besok ajelah I kerjakan basuhan tu. Mungkin basuhan tu dibilas semula, bubuh softener lagi dan barulah dikeringkan.

Pukul 11 pagi sedang I mengadap netbook (bukan notebook mau pun laptop .. fakta baru tau hari hih), TB yang sedang menggosok baju nak keopes bersuara "hari nih hari Jumaat...waktu Zohor masuk cepat blablabla".

TB needs to have his lunch first before he goes for Friday prayer then only he's off to work. Maknanya I kena masak, siap within an hour. Tanpa fikir panjang, kebetulan T pun akan balik petang nanti, I pun masak nasi yang T dah uar2kan nak makan sejak minggu lepas.

Nasi apa ntah diserikan dengan salad campak2 dan lauk beriani daging. I suka masak gaya bebas cenggini. Satu lauk siap dengan 7 element penting yang seimbang untuk accelerate tumbesaran, kekdahnya. Yalah tu, hehehaha...

Hari semakin gloomy. Dah mula hujan siap bunyi gegaran dilangit; guruhlah tu. I nih bila cuaca tak berapa muai macam tu, pulak2 dah almost 2 bulan tak tempuh kejajahan Kanda Deris maka skill driving jarak jauh agak mundur, kendur, lemah dan takot! Pendek kata mulut nih terasa tak cukup gigi dan lidah terkomat-kamit baca apa yang patut agar selamat dijalan raya.

Apsal banyak sangat kereta nih?? Please make way for CikSom, please.

Alhamdulillah selamat pergi dah balik. Pergi sorang balik berdua. Mulalah hujung minggu yang bercorak2. Mana tak bercorak, dari tadi cik PutGunLed asyiklah mendengar radio mengharapkan tiket percuma untuk keconcert Paramore .. 'you... are... the... only.. ex...cep...tion.. you...are'.