Wednesday, 1 December 2010

Makan pun kena adventurous ...

If only I boleh masak sesuka hati setiap hari, alangkah bahagianya hidup tapi mana boleh cenggitu, kan? Sebagai chef tersohor pada 4 pelanggan setia, I kenalah perihatin dan layan selera diorang tu juga.

Masa kitorang kecik2 dulu dan almost meningkat dewasa, Mak tetap masak lauk yang tak pedas untuk 'kita2 aje'. Masak guna sebiji lada pun boleh komplen pedas. Apalah abang2 I semua tu, sungguh tak macho. I berani keluar dari kepompong mereka (jap nak senyom jap) yang tak macho tu sebab tak bestlah senduk gulai asam pedas setitik dua titik atas nasi pastu cover lagi dengan kicap A1. Tak mencabar!

Bila I lagi berani mencoba makan sambal belach, abang I yang sorang tu kata "macam orang tua" dan bila I dah upgrade taraf pendekar makan nasi simbah gulai asam pedas + sambal belacan + cuba makan jering kerip2 style tikus makan biskut, lagilah abang tu kata "macam orang tua" dengan nada jaki dan cemburu, har3. I terkesima makan jering hasil pokok sendiri dan curious nak tau apa rasanya. Nampak cam sedap aje.

Siapa yang tak suka mencuba makanan baru memang percuma hidupnya, rugi taw (tapi untung kalau kita belanja dia makan sebab pilihan makanan yang terhad). I makan segala yang ada sementara kesihatan masih mengizinkan, insyaallah. Cuma 1-2 aje yang memang tak ngam kat tekak or rather kat lidah (tapai, petai n jering). Tak suka selepas dah tau camana rasanya (same case for those who can't stand durian).

Ada orang tu jahhat taw. Bila dia tak makan benda yang kita makan, tanpa fikir perasaan kita dia boleh buat mimik muka jijik. Apalah dosa dan silap si tau fu fa tu hinggakan dilabel 'kotor'?. Perasaan mak sedara nakkan anak sedara menjamah tau fu fa hanya tinggal kenangan silam yang agak kelat!

Perasaan mak mentua ingin perkenalkan masakan seperti mee keju (guna spaghetti taw), nasi ambang dan nasi beriani pada ahli baru keluarga hanya dibalas dengan senyuman manis yet sinis! Susah ke nak jaga hati atau nak ambik hati orang tapi pandai pulak hatinya mintak dijaga selalu? Sigh ... those were the days .. decades ago.

Anyway, for wanting to impress my suami to eat something other than nasik, bermulalah sesi campak2 lempor2.

I bake ayam guna convection -> m'wave -> convection. Dunia nih seakan2 gua yang punya, belasah aje takde siapa marah. Ayam kelihatan belandong sakan dengan jusnya. Alamak! sure disaster dahlah takde rupa ayam KR langsung. Dah guna drummet aje mana boleh serupa ayam KR, I nih phonn 1. Bagus juga ayam dah sedia berlandong, jimat masa I takyah buat sos lagi.
.

Sempat juga buat coleslaw. Berdoa senyap2 agar kita tak sakit pewut selepas makan coleslaw guna sos Coleslaw yang dah expired 2 bulan lepas. Shhh.. rahsia ok? Biar pecah gelas Noritake asal jangan pecah rahsia. Siapa bitau TB, siap! *kita takmoh kawan awak*.

Segala yang dimasak hanya ikut naluri namun untuk ayam drummet tersebut, satu aje I nak brag "sila ketepi Nigella L, beri laluan pada Kelly L pulak ya?".

Kelly L tu kakak Nigella L ke??? har3 .. takde maknanya ;-)

Note: Tqvm black pepper mix, jasa mu dikenang.