Apa pun, sila padam dari kotak memori apa yang dibaca kat atas tu. Some people tak tau beza bila nak cakap benar, bila nak bergurau, bila nak cakap serius! Tapi ada ke masa tertentu untuk berkreatif? (statement untuk diri sendiri).
(gaya serius sambil adjust bingkai ceminmata) Untuk renungan bersama, gambar pokok dan buah kelo. Buah kelo serupa ketola/petola cumanya buah kelo lebih panjang a.k.a. lanky. Pokok dan daunnya boleh tahan meringga tapi tak merimbun (ehhh.. kita rihat sambil menyanyi jom? Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya" <- lagu sesuai untuk bulan Ramadhan. Kasi keinsaFAn pada penulis blog, *sengih*
Bila 30-40 ('0' tu saja menyedapkan hati) orang bertanya camana rupa buah kelo, I cepat2 mintak my SIL mms-kan lauk kari daging + buah kelo yang Teh masak hari tu (psst.. kalau mintak Teh mms-kan, jawabnya lepas rayalah baru dapat, ngeheheh.. ya ampun Buk Teh!).
Cara 'melapah' buah kelo sama macam melapah ketola/petola. Buang kulit kerasnya dulu pastu potong sepanjang setengah jengkal (atau ikut suka pisau ditangan). I dah ingat2 lupa rasa buah kelo nih maklum dah lama tak makan/tak minat (rasa pahit sikit tapi pahit bitter gourd I boleh ngap pulak, sah ngengada).
Yang pasti, *sila tumpukan perhatian pada lauk kari*, kita tak akan telan semua buah kelo tu sebab buah tu full of serat yang tidak wajar ditelan. Jangan cari na'as! :-) Konsentret pada bahgian dalam buah kelo aje, okay?
Nota dari blog CikNab: Buah munggai (Penang), buah kelo (Johor), murunggai (India), drumstick (bahasa pasar orang mana ntah, hehe..), dan nama saintifiknya Moringa Oleifera.
Terima kasih Cik Nab. Semoga Allah sentiasa merahmati awak (siapa juga awak sebenarnya).
.
