Teh selalu terkeluar cakap or rather berpesan bila dia mati nanti, ambiklah barang2 dia yang kita suka. Terkeluar ungkapan tu bila kita geleng2 kepala tengok harta dunianya yang boleh dikatakan 'banyak'. Things like her tupperware, set pinggan mangkok, pots n pans and her collections of blablabla..tak termasuk emas, perak, gangsa, suasa.... Lebih2 pulak I nih, har3.
Teh berkata2 tu masa suaminya masih hidup lagi tapi kalau ditakdirkan Teh pergi dulu dan suaminya masih hidup, tak malu ke kita2 nih kerumahnya menghangkut barang2 berkenaan w'pun dah diberi kebenaran verbally. I am sure TB would be the first person to stop me from doing so. Entah2 dia ikatnya I kat pokok nangka depan rumah (jiran punya pokok). Ikatlah kalau berani, I ngadu kat Talidera kang.
Tapikan tapi.., I memang tau malu sebab dari kecik dah pakai baju
Keadaan dah berbeza sebab suami Teh dah pergi dulu dan Teh takde waris selain kita adik beradiknya yang tinggal. Ishhh... sedihlah :-(
Tak bestlah cerita sedih, jom kita ceria sket??
Masa kePyramid temankan T tengok wayang (whylah hero2nya ensem bangat??), tak dapat tidak kaki nih menyenget juga ke JJ. Bukan nak beli apa2, cuma look see look see aje pun. Boleh percaya ke?
Fahaman I: Dengan adanya tranxn jual beli, ekonomi negara akan berputar jadi lebih sihat. Pertukaran/keluar masuk duit dari celah bantal/wallet/purse rakyat jelata digalakkan; disamping perlunya menabung (untuk beli dan beli lagi, hahah). I bukannya arif bab ekonomi tapi bab membeli memang harussss arifkan diri, heheh.....
Anyway, T pernah 'geram' bila tau I beli barang kat kedai Zingzong, tidak kekedai yang dia cadangkan dimana harga barang yang sama dijual lebih murah. Padanya I nih membazir, boleh?? Kalau setakat bayar murah I kena pusing 18 round-about kat SA tu, bazirkan minyak kereta dan azab nak cari tempat letak kereta, I rela bayar lebih sikit (for the peace of mind n soul kekdahnya).
But I did tell her among other things, anggap aje rezeki kedai tu dah ditetapkan (olehNya), datang dari I yang 'malas' nak kekedai lain. 'Wisdom talk' kononya tu, kerap diberi bila terjadi sesi 'marah-geram-tak puas ati'. Tak berapa mudah mendidik anak2 rupanya. Banyak benda yang kita 'lihat' dari mata hati tapi belum menular keqalbu mereka lagi.
Anyway, back to 'my newly acquired harta dunia', what did I buy masa jalan menyenget persis ibu ketam bila ke JJ hari tu? Kalau dah namanya pempuan, kan? barang2 dapur jugalah yang dihangkutnya, hehe..
![]() |
| Yang ku idam2kan, pizza tray *clap3* |
![]() |
| colorful mixing bowls (murah jer) |
Sejak guna format baru blogger.com, terasa benar kelembapan bila menaip. Kita dah taip 8 huruf namun satu apa pun tak keluar .. pause beberapa saat, barulah huruf2 yang ditaip muncul. Why oh why?? Tersekat terus mood kita nak berkarya 3 hari 3 malam.. mencii..
Note: Entries in the pipeline (cewah) wld be 'Gathering' & 'the Avengers' on May 1&2 resp.

