Tersangatlah tak sangka Al-kisah dah menjangkau kelima tahun penubuhannya (penubuhan? apa2lah asal I bahagia). Alhamdulillah dan tahniah pada diri sendiri kerana masih bertahan lama menepis onak dan duri dipersada maya, ehem.
'Al-kisah' takde coretan atau tulisan yang boleh dibanggakan anak cucu cicit tujuh keturunan al-maklum untuk menulis perkara2 ilmiah memang bukan 'forte' cikSom. Memang tak reti.
Pernah tak terfikir kehidupan kita sebenarnya tersangat 'mundane'? Jika pernah terfikir kearah tu maka terserah pada diri sendiri untuk menghappeningkan kehidupan berasaskan segala nikmat yang tersedia ada depan mata (bolehkah perenggan nih dianggap ilmiah? hehe..cayalah).
Banyak cara untuk mengembirakan hati. Lain orang lain caranya asalkan tidak mengganggu atau menggugat kehidupan orang lain. So selama hilang seketika dialam maya, adakah hati nurani cikSom gumbira? Yes indeed .. very much so (cewah! tercakap omputih pulak kita..).
Apa pun ceritanya, haruslah dimuatkan dulu makanan pagi yang disajikan oleh isteri mithali sifolan itew, auwww...
Roti bulat tu dibeli dari bakery S.Parade. Bertanya pada juru jual "roti bulat2 kat belakang tu roti apa ya?". Jawabnya pantas "homi bred". Bertanya sekali lagi just to ensure that my ears are free of wax, ahaks.. tapi kedengarannya tetap 'homi bred'.
Bila roti bulat berada dalam tangan, pahamlah akan bahan yang digunakan tapikan tapi sajalah nak buat
Jual beli berakhir dengan berbalas senyuman. Moral of the story? saja nakal!
W'pun belum ada CF, insyaallah RD dah boleh didiami dengan sejahtera sebab dah ada letrik. Terlebih sejahtera sebab katil/tilam dah siap dibeli untuk bos n mem, ehem...but oh man! langsir masih takde. Puas cari di Macy (tak berapa nak mampu so tak beli) juga diParkson (ukuran berbeza either hemnya kena kelepet or pendek so tak beli juga). Nampaknya terpaksa guna kain pelikat TB ajelah untuk dijadikan langsir sementara untuk bilik kitorang, muahaha...
Langsir dan katil/tilam merupakan faktor penting, takkan bos n mem nak tidur atas lantai, tul tak? Takkan juga tingkap dibiar tidak berlangsir kang monyet dok intai2 kita sedang berrr......dengkur, kaaan? Cinta dan kasih sayang tak cukup untuk menghangatkan badan lebih2 lagi cuaca yang melanda Msia kini hampir mirip pada negara bersalji (exaggerate adalah perlu, hehe).
![]() |
| Macam berselirat aje wayar2 tu..hmmm... |
2-3 hari balik dari RD (berbekalkan 3 plastik daging korban dari 3 punca), I sambung berkelana ke Jay Bee pulak atas desakan serta pujuk rayu Ndja. In a way, pucuk dicita ulam mendatang. Rasa sangat seronok macam monyet dapat munger tayik hayam gitu, hehe..
1987, 1994, 2006 n now 2012. See the lapse of going back to my hometown? Mengaku anak Johor sejati tapi apasal macam kacang lupakan kulit aje? Ehhh... sebab saya bukanlah sebiji kacang, harharhar...
Dapat peluang ke JB mengalahkan dapat bercuti kedestinasi idaman. Oleh kerana kesuntukan masa (sedang bersiap bagai akan ke RD kejap lagi) maka perjalanan seronok 'down memory lane' akan dikongsi dalam next entry, manalah tau ada yang berminat nak tau apalah syoknya ke JB tu, kaan?
Hingga dilain al-kisah, tatatititutu...
.

