Pagi yang hening dimulakan dengan sarapan pagi slurp slurp yang hot n spicy. Taklah boleh dibanggakan sangat sebab ianya mee mcgee bujang aje tapi alhamdulillah tulah rezeki bermulanya tahun baruuu.
![]() |
| pengganti sayur ialah daun bawang |
Penamat 2012 berlakunya bencana alam dan tanah runtuh. Hujan yang membawa rahmat akhirnya bertukar menjadi dugaan dan ujian hebat untuk mereka yang dipilih olehNya.
![]() |
| Gambar ikhsan dari adikku |
2012 merupakan tahun penuh pancaroba dan boleh dianggap juga tahun yang sangat awesome, alhamdulillah! Paling awesome bila berpeluang menjejakkan kaki ke Disneyland, heheheeeee....
Oooops am sori!! terbawak2 pulak daah, hehe... keDisneyland tu bukan I yang pergi tapi rakan maya yg menetap di Texas tu bercuti2 Amarika kekdahnya. Syok juga dapat 'pengalaman' dengan cara
Berbalik pada apa yang awesome sangat tadi tu... Pernah I mengomel kat salah satu entri yg lepas betapa teringinnya hati nih nak melawat kesatu tempat yang pernah I duduk masa berumur 4-6 tahun. On my next entry, I beritau nama tempatnya eh?
Pada umur yang sekecik dan
Kuih2 yang dimaksudkan: kuih bom, kuih lompang, gegetas, abuk2, kole kacang, buah melaka, tepung kasui, kuih keria, gendang kasturi, tembosa, halwa maskat dan berpuluh2 macam lagilah .. ekekekeke...kalau tak exaggerate tak sah taw!
Anyway, cuba tanya budak2 sekarang sekitar umur 4-6 tahun samada diorang tau nama kuih2 Melayu macam yang disebut kat atas tu. Mungkin diorang tau buah melaka aje kot? Ntah2 kuih keria pun diorang kata donut Melayu? heheh..
Dah lama takde cerita terkini RD ek? RD bukan readers digest, no no no .. RD ialah Rumah Desa cikSom disana nun ..
RD masih barren. Masih belum dideko bagai selagi kita tidak berhijrah sepenuhnya kesana. Yang ada cuma yang asas aje namun hati nih terasa damai aje bila berada diruang rumah yang lapang. Satu hal yang tak dapat dinafikan iaitu bila berada disana I teringat rumah disini dan bila disini teringat rumah disana.
Tetiba terpikir camana gayanya lelaki berkawin lebih dari 1? Tak ke havoc berulang alik kerumah no. 2 (3 dan 4?). Nih kena tanya SY camana dia handle such a complicated arrangement.
Setiap kali keRD mesti havoc punya. Pertama kena tanya H d'Bangla samada dia boleh 'tolong' bersih dan beri kucing makan. 'Tolong' yang membawa erti upah RM25 sehari (tapi bila I yang buat mende2 nih, taklah pulak I dapat RM25, how like that?), dan kedua kena beritau G d'Bangla jangan hantar sokabar.
Diantara H dan G, H is better sebab dia boleh cakap Melayu dengan baik dan boleh paham tulisan Rumi tapi G tu ada sikit kureng. Dah kita kata jangan hantar sokabar pada sekian2 hari/haribulan, dia tetap juga nak hantar maka terpaksalah I
Havoc ketiga tak boleh dielakkan bila I hangkut bahan masakan kesana. TB kata beli aje kat sana tapi kalau dah tiba sana lewat, takde maknanya I nak keluar beli bahan bagai dan main masak2? Lebih baik beli KFC atau McD aje kaan? Sape setuju jerit "hidup cikSom!!!".. mekasih :-)
Oh BTW, Ja-Saint County ada KFC/McD juga okay??? Ada Avon, ada MBB, ada Courts .. ehh, macam2 ada laaah...Mydin pun ada tapi masih dalam pembinaan tapikan tapi yang serupa JPO memang takde, hehe..
Havoc paling havoc bila TB/D cuba memuatkan beg baju dan barang2 dalam boot kereta yg kecik tu. TB asyik kata 'boot tak muat' tapi I tawakkal aje sebab setiap kali dia kata boot dah penuh, barang2 tetap dapat dimuatkan dalam boot, kehheheh..
Havoc2 yang lain? Kena kemas rumah dulu ketitisan peluh terakhir sebelum bergerak keRD dan bila sampai disana bukan pun boleh duduk bersenang lenang sebab "dugaan menanti anda" so said para serangga, cicak, kumbang dan labah2 sekelian ... (nih kena sembang kat entri lain).
Akhir kalam, selamat tahun baru dan terima kasih pada semua insan budiman yang pernah melintas kesini lebih2 lagi pada yang sudi membaca dan mengomen :-)
.

