Monday, 4 February 2013

KL aje ponn ...

Jemaat lepas I ke KL ...
Gitu mukadimahnya short n sweet tapi you all jawab "so what?" ...
eh ehhh, sampainya hati?

Tengah bersemarak nak cerita almaklum setahun tak sekali I jejakkan kaki keibu kota (takat pinggiran ibukota adalaa 2x setahun).

Dari rumah T draib kestesen LRT TmnBahagia menuju kestesen DWangi. Dari sini naik teksi terus keshopping mall. Tak laratlah nak berjalan dari stesyen kestesyen, rosaklah stiletto 6" cikSom, kaan? haha..

12pm: Cuti hari Wilayah Per. keadaan KL tersangat aman, tenteram lagi makmur. Biar betul? sopannya orang KL tak keluar bersyoping pada hari cuti dan awal bulan? Baguslah, orang KL macam tau2 aje orang PJ datang bersyoping so diorang bagi laluan mudah pada kita, alhamdulillah.

Uncle teksi semasa-mudanya-mesti-hensem merungut takde pelanggan. Lepas sejam mundar mandir atas jalanraya baru dapat enam ringgit dari orang PJ. Tetiba berputik rasa kesian kat uncle tu. Dah tua tapi masih bekerja, hmmm...

4pm: Sangkaan I meleset rupanya. YaRabbi.... tetiba meremut2 manusia cam semut kat shopping mall tu. Takde maknanya orang KL nak lepak2 duk dendiam kat rumah masa cuti. Lagi pun raya dah dekat, nak juga beli selai dua cheongsam. Kalau tak beli apa2 pun, tengok tanglung merah bergantong2an tu pun boleh semarakkan mood raya dung2 chayy...


Luar dalam mall penuh manusia for sure susah dapat teksi tapi alhamdulillah tak begitu jadinya. Teksi tu seolah2 menunggu kita. Pakcik bawak teksi tu skilnya setaraf F1. Cilok sana, cilok sini. Dua beranak dah kecut perut dibuatnya! I pandang T, T pandang I. Kelu lidah untuk berkata.

For the 1st time nampaklah rupa the much talked about Pavillion tapi sori kita tak heran pun. Riaknya statement awak cikSom? Oooppss sori tapi tulah hakikatnya namun I lebih minat keParadigmMall aje...

somewhere @ KelanaJaya
Pergi KL tanpa niat membeli APA2 sebab temankan T aje. Kalau dah keluar tu, boleh ke tak membeli? Menciiiiiiiiii ..... sebab kalah dengan bisikan syoitan! End up TERbeli ...

Bummer! nak rona hitam tapi beli rona coklat
Naluri pempuan. Bila tak beli rasa menyesal. Bila dah beli pun rasa menyesal. Camana tu? Sigh..

Selain mendealah tu, TERbeli juga sebiji mangkok (macam kat rumah tak cukup mangkok) dan dengan voucher sebanyak RM50 I beli the whole mall, haha..

Nak tunjuk apa yang I minum hari tu. Dah janji pada diri sendiri nak cuba buatnya ..

Cincau & longan mesra bersama (pelik2 sedap..sila bayangkan rasanya)

Sebelum mengundurkan diri yang semakin berat nih, errrghhhhh..... (must I tell the whole world?), sukalah nak berkongsi pengalaman mendebarkan jantong semasa dalam LRT OTW home ..

T & I duduk mengadap. Sesaat duduk, T bukak kotak kek sambung makan kek yang tak habis. I jeling manja kat dia. Bila seat sebelahnya kosong, I pun beralih punggung kesana. Ntah kat stesyen mana LRT berhenti, naiklah 2 orang jejaka yang amat tampan lagi bergaya.. I beri nama pengenalan as Tampan A n Tampan B, ok tak? Berdua tu (literally) duduk sebelah I, auwwww....

Ekceli sebaik saja sitampan dua orang tu masuk LRT, terdengar suara BERDEHEM yang amat LANTANG dibuat dalam kadar SANGAT CEPAT, 5 ehem sesaat kekdahnya. Cuba berdehem cenggitu just to get the picture.. Horror tak?

Ketahuilah kita penumpang LRT pada petang tu, deheman (ada ke word nih?) yang lantang tu datangnya dari siTampan A. Semua mata mandang senget kearah Tampan A dan yang kelakarnya (tapi masa tu sumpah takot giler) Tampan B secepat kilat melompat kijang terus berdiri tegak.. kah3, takotlah tu?

Since Tampan B dah berdiri ketakutan, kedudukan I dengan Tampan A terpisah 1 seat aje. Sebaik saja Tampan B berdiri, Tampan A terus senyap, no more berdehem2. How is that so? Tetiba tekaknya dah tak gatal lagi ke? Dah kehabisan phlegm ke? haha..

Allah aje yang tahu betapa takot dan berdebar2nya my jantong. Terkeluar segala surah satu mukadam I baca untuk hindari diri dari musibah sambil duk mikir apa I patut buat sekiranya Tampan A dare enough to do something funny.

LRT berhenti lagi kat satu stesyen. Kali nih giliran MakNya pulak terperanjat beruk, kih3. True enough dia duduk sebelah Tampan A. Nak tau apa Tampan A buat? Dia tak berdehem lagi tapi dia selangkan kaki dia, kejap kekiri, kejap kekanan pastu hentak2kan kaki dia. Punggung MakNya hardly touches the seat, dia juga terus lompat kijang ...

Tampan A gelak2 sambil cakap "jangan kacaulah orang punya tempat duduk .....blurtblurtblurt".

Dengan debaran yang memuncak, I maintain terus baca ayat2 lazim, tetiba T bisik "Mi...kita turun kat stesyen lagi satu, nak?". Mau tak nak??? Rasanya bagus kalau kaki I macam kaki sotong, muahaha..

Tulah aje cerita adventure 2 beranak kali nih. Ada nota tambahan kat bawah nih. Sila baca dan bayangkan.

Nota:
Tampan A = pakcik tua rupanya tak terurus. Tertanya2 juga kenapa dia macam tu?
Tampan B = jejaka biasa yang terglemer sebab masuk blog cikSom, heheh..
T terus berhenti makan kek .. hilang terus seleranya .... kah3..
.