Pukul 11 pagi Z telefon ...
"you buat apa? kat mana?"
"I kat rumah, kat belakang tu. Kenapa?"
"pukul 12 nanti kita berkumpul kat rumah PM ada meeting"
"meeting? nanti I mandi dulu eh?"
(jika ada pilihan memang taknak pergi sebab kepala dah mula berdenyut2).
Mesyuarat untuk beri penjelasan tentang agenda kaum ibu kerana majlis anak perempuan PM yang akan berlangsong pada 10 Oktober.
1. Perlihatkan pada kita rupa cenderahati untuk majlis nikah dan majlis makan
2. set haribulan untuk rebus telur, kopek bawang, siapkan cenderahati dan kisar bahan2 masakan
Bersurai pukul 1.30pm. By now kepala semakin hebat denyutannya. Lepas MOTH ke opes at 2pm, cuba gak baring2 tapi tak selesa, cuba picit dan urut bahagian penting kat badan ni .. adalah sedawa 18 kali tapi tak xxxtoot pun. Ish.. dah lah pening, tetiba pulak mabuk rasa loya rasa nak muntah; macam preg2 pulak! Tak pernah rasa 2-in-1 cam ni, pening dan loya. Badan mula berpeluh sejuk. Mata tak boleh fokus, kepala masih nyut, nyut, nyut .. Dah mula panik kot2 terpengsan ke sebab tinggal sorang aje kat rumah.
Pukul 4pm terpaksa batalkan puasa, makan panadol dengan sirap bandung dan secebis kek. Pukul 10pm goreng nasi .. SEDAP pulak nasi goreng kali ni.