Thursday, 4 August 2011

4 Ramadhan ...

Almost 4 hari kita dah berpuasa. Time sure flies ...

Sekotak dari 2 kotak kurma yang I beli hari tu dah habis dimakan so semalam TB beli sekotak lagi. Dia nih tak reti makan sebiji dua kurma masa berbuka puasa. Makan sikit2 waktu berbuka puasa untuk ambik fadhilat cukuplah kan? tapi dia makan berulang2 kiranya takde beza waktu berbuka puasa atau waktu bersahur... ekceli I pun, hehehe..


Duduk rihat tengok tivi pun dia mengonyel kurma tapi bila rajin sket, pandailah dia tukar selera makan buah segar pulak. Buah tin/figs tu baru dibeli semalam, belum dibukak lagi. Beli satu peket kecik aje dulu, testing 123.

Belum lagi tengahari Teh dah uar2kan dia nak masak kari daging bubuh buah kelo (I tak suka buah kelo sebab rasa pahit). Ndja lagi dasyat, dah siap masak soto lagi! Whylah dia tak balik duduk kat rumah dia sebelah rumah I masa bulan puasa nih? Boleh gak I ngendeng n bertukar2 juadah.

Diorang tu rajin masak awal tapi I LAAAAGI rajin, heheh. I mula masuk dapur sekitar 6 petang. Well.. masak 3 lauk jerrrr, petik jari dah siap, kan? Bukan masak lauk debaboom pun lainlah bila korum cukup 4/4 dihujung minggu. Elehh, kalau cukup korum pun lauk tak debaboom, huhu..

Menu biasa2 3 hari lepas: Goreng ayam/ikan/udang. Goreng sayur bakchoy/kangkong belacan /kacang panjang. Main dish: Kari udang campur ikan (boleh?), kormak daging tabur kacang peas /sup sayor campur dan papadom <- haaa.. tetiba ada papadom!

Plannya semalam nak buat begedil udang kering tiru resipi Shidah tapi apakan daya (dah mula masak pukul 6, mana nak sempat, hehe. Kalau petik2 jari sampai patah pun, begedil takkan terhidang punya, haha padan muka).


Hari nih terasa nak masak jemput2 masin atau cucur macam kat atas tu (makan di Akasia, sepinggan tu harga RM4). Tengoklah camana sebab pukul 3.30 nanti dah bergerak ke SA. Of all the time, T mintak dijemput pukul 4. Dah terlanjur keluar, kemana agaknya I will end up? Kat mana ek? cuba laa teka, hehe ..

Nak sentuh sket kisah keklinik dentist hari tu. Mungkin staff klinik tak tau yang kita berdua dah tau bahawasanya appointment budak K-Pop tu selepas giliran T. Oleh sebab budak tu dah tunggu lama, diorang taram aje suruh budak tu masuk; tapikan tapi camana I tau giliran budak K-Pop tu selepas giliran T? Hmm..


Segala yang terjadi adalah kehendakNya jua supaya kita berdua muhasabah diri (diharap mereka kat klinik tu menganggap apa yang terjadi sebagai 'wake up call' supaya lebih ikhlas dan professional menjalankan tugas).
.