Tuesday, 27 July 2010

Sulking with Mr Hab ...

Semalam adalah hari merajuk sedonia.. tapi tetap maintain sebagai Cinderella bertauliah - masak seperti biasa dan berkemas .. maklum Ramadan dan Syawal dah dekat, Cinderella dah tua tak larat nak buat kerja yang dia tak minat masa bulan puasa nanti so kenalah jadi Paula d'sotong (tamsilan: lebihkan tangan).

Surat terbuka untuk para habuk..

Dear Hab, napelah awak semua suka menyakat suhu hati saya?? Why you always testing my patience?? Baru semalam saya lap2 atas permukaan itu, itu dan itu dengan tepi baju saya (oops, rahsia!!), tapi pagi nih dah nampak kelibat awak lagi. Please please please .. kamu jangan nakal .. ehh.. adakah saya menyanyi lagu Alif? ---- Yang benar, Cinder Sweet (CS).

Habuk dibenarkan melawan tokeh menjawab...

Dear CS yang dikasihi, nyanyian CS sounds so sumbang. Hentikanlah ya?? Niwei, saya mewakili habuk2 lain ingin menekankan kitorang adalah by-product dari jisim2 lain contohnya dari pakaian harian CS sekeluarga. CS tak ingat ke bila mengebas2 tuala bagai nak rak dan kain baju segala sebelum dijemur? .. secara tak langsung CS menyumbang pada kekerapan kitorang berada dirumah CS. Boleh aje kalau jemur kain baju tanpa dikebas2, tak gitu? Tapi tulaah, dah CS nih cerewet kan?

Karpet harapan CikSom tu.. w'pun dia duk melepek kat lantai tu, dia juga salah satu penyumbang; maka saya syorkan lipat atau gulung aje. Langsir CS yang retak menanti belah tu *saya sengaja tak describe rupa langsir tu takot CS kemalu2an*, bolehlah dibawak turun, dibasuh dan disimpan terus. Takyah guna langsir langsong pun takpe dan kalau boleh CS anak veranak STOP pakai baju. Bukanlah saya menggalakkan CS satu famili bervogel ke apa, cuma guna aje daun pithang atau daun keladi yang lebar, selebar ukuran badan CS. Takat menutup 'aurat memang afdal tapi daun tu boleh aje buat gaun atau jubah CS, harharhar.

Baiklah, sebelum saya menyentuh hati CS dengan lebih dasyat, perlulah saya berdiam diri seketika dan saya mewakili habuk2 yang lain dengan ini menghulur 10 jari (w'pun saya tak berjari) memohon mahap sekiranya kata2 saya benar2 menyentuh perasa'an. Kami pasti datang lagi masa raya nanti.. mana tau dapat duit raya ke, kaanz? Sayang CS, muah! ------ yang ikhlas, Hab & Co.

Siapa tak merajuk cam tu? Takpe Hab, ada ubi ada batas.. Santi akan kerjakan awak semua nanti hidup2, siap!

BTW, si Santi tu senyap aje. Mana dia ekk? Hari tu D bitau dia nampak Santi berjalan kat condo belakang rumah "Mi.. kak Santi dah tak pakai tudung". Waah, kepo gak si D nih merepot. Tak heran kalau dia bukak tudung sebab ....... hmmm...

Habuk yang tak bernyawa boleh juga menduga kesabaran. Kalau nak dapat ganjaran/pahala lebih .. sambil mengelap sambil bertahmid, berwirid atau berzikir dari 'grrrrrr dan roarrrrr' cam singa sakit gigi. Tapi manusia nih lemah .. (cam saya).

Nisfu Sya'ban adalah hari 'report book' kita dibawa ke 'atas'. Report book untuk setahun. How did I fare?

... masa sekolah dulu, bila ada subjek yang tak berapa nak pass diamat-amati oleh Bak, dia tak kasi chance punya, terus dia bulatkan besar2 kat subjek tersebut. Bulat besar2 cam nak lepas geram kekdahnya. Alahai Bak, relaxlah .. I'm doing OK now (or at least I think I am doing OK) but if I were to follow your dreams .. I could be a better person than I am now berkat patuhi segala nasihat Bak. But then again, it's qada' and qadar, kan Bak kan??

Hoping that Bak n Mak would see me from UP there. Al-Fatihah.. cepatlah datang Ramadan ..

9 comments:

lili said...

Cinder Sweet... I nombor satu ke?

lili said...

Cinder Sweet...

Meh kita sama-sama kasi Hab & Co tu lenyap tiga empat hari dari permukaan perabut and whatever yang sewaktu... kita cuci guna Buff Up!

Not helping, eh? Well... get Santi then! :-D

somuffins said...

lili
Boleh tak Hab & Co. lenyapkan habuk lebih dari 4 hari? BTW, camana rupa Buff Up? Berkesan ke?

Santi datang bila dia 'pre' aje. I am at her mercy actually.

en_me said...

sedekah alfatihah pown dah oke..

kayteeze said...

Eh...

Memang susah nak bersihkan habuk. Tie ni kena pakai macam ninja. Sebab nanti bersin tak henti. Habis satu muka keluar air, adoi laa...

Habuk ni memang musuh ketat. Samada kita sedut atau sapu, ia tetap muncul semula. Memang geram.

Bab langsir tu.. err... Tie nak ngaku laa kat sini. Sejak Tie pindah sini, 5 tahun daa... tak pernah Tie turunkan langsir tu. Dan ada corak lain lak, ekeke... sebab rumah ni cermin sekeliling. Kalau Tie turunkan langsir tu, alamat kami akan jadi ikan-ikan dalam aquarium. Comel gitu..

Nak buat langsir baru, kena pikir budget dulu.. berapa gulung nak beli, nak ngupah lagi.. Bukan tak boleh jahit, cuma tak larat.. kang dapur tak berasap lak.

Err.. cukup panjang ke komen ni ?

Ibu n Abah said...

kak som..
i terlewat...
dari penang dah sampai dulu...
mlm tadi tgk discovery channel mengenai kutu di badan, rambut, katil, dan sekitar... depa ambil gambar guna super2 micro lense.. nampak itu kutu...
jadinya habuk dan kutu... bertambahlah musuh kita...

somuffins said...

en_me
Ya betul tu, insyaallah.


Tie
'Ikan2 dalam akuarium'?, muahahaha... Tak terbayang rasanya. Tanpa langsir, nak golek2 baring depan TV pun tak selesa ek? Langsir Tie dah boleh masuk tadika, hehe. My fevret langsir dah sama baya dgn my dara, aduhaii.

P/S: Komen dah cukup panjang n mantaps, hehe. Tq


Akak
Sebut kutu, tetiba rasa gatal kat kepala.. ntah2 mmg ada kutu embun tak? Haha...
Banyak musuh dlm selimut kita ek?

Rima said...

Cakap pasal hab&Co ni memang never ending story.. tak bukak tingkap pun masih berabut.. :o(

Al-fatihah to ur parents.. cant wait for Ramadhan too

somuffins said...

Rima
Camana you handle Hab & Co? Tiap hari mengelap ke? Ehh..menci aah.

Ameen.. thanks Rima.