Monday 12 July 2010

WC Final .. Hotchpotch vs Paella ...

Dah pukul 2 lebih tapi I masih berjaga. Mata dah pedih dan hidung dah mula berair. Apa taknya dari tadi asyik menguap gaya badak berendam. TB dah tidur sebab dia kerja pagi. D kat dapur tengah goreng keropok. T dah tidur tapi dia minta dikejutkan pukul 2.30pagi nanti, world cup final punya pasal.

WC final baru jer bermula. Spain lawan Netherlands. Paul Sotong meramalkan Spain jadi johan. TB n D pilih Netherlands, T pilih Spain dan I? I pilih sotong masak hitam, heheh. Dah lama sangat tak makan sotong masak hitam let alone memasaknya. Lauk nih sedap bila terasa serainya tapi ramai juga yang 'geli' nak makan disebabkan cik Sepia @ dakwat hitam.

Bila kitorang tanya Mak camana lauk sotong tu boleh jadi hitam, Mak convincingly jawab dia campur arang. 50-50 percaya maklum masih naif hinggalah I faham anatomy sotong, kekdahnya. Betapa waktu dah berubah, dakwat hitam sotong dah dikomersialkan jadi bahan makanan seperti mee (Jepun), kuih dan roti. Bukan tu aje malah dakwat menulis dan 'water color' pun dibuat dari Sepia sotong.

Projek hari Ahad:

Siang tadi temankan T ke Mekop Mall (sepatah kata Chik). Dah satu hala ke PJ tu, kita singgah ziarah Chik n Teh but not without melencong dulu beli rojak mamak (with lots of sotong) n apam balik (so-so) as fruit hand. Kebetulan Ndja datang in-transit sebelum kerumah Ngah (this means panjanglah langkahku.. hehe).

Ketahui Mekop Mall (MM) is as bad a Taipan where parking space is concerned so I did a quick thinking 'how not to drive there'. Since Ndja needs someone to accompany her to Ngah's house maka plan asal perlu dipinda. Ndja hantar T ke MM dan I akan temankan Ndja.

Belum apa2 T dah minta $$ sebab $$nya tak cukup untuk beli kayu hoki. Dia juga dah uar2kan nak beli buku2 kesukaannya tapi guna $$ sendiri. Kesian pulak I dengar tapi selalunya I akan cucuk2 (read: nasihat) supaya dia tuntut segala expenses dari abahnya (I terikut2 cara Mak suruh claim dari Bak sebab masa sekolah dulu I eksyen guna duit sendiri samada beli alat tulis atau beli majalah remaja Tiger Beat atau Jackie <- beli majalah I tak pernah claim, takot!).

Kenapa anak2 suka dan selesa minta duit dari emak walhal tau bebenar yang emak tu tak bekerja?? Boleh tanya lagi "Umi dah dapat gaji lum..?". Tipulah kalau kata belum dapat sedangkan dah 10 Julai, ya tak?

Tiba rumah Ngah terus dijamu spagetti ala tak-tau tapi sedap. I jamah sket aje maklum dah kekenyangan angkara rojak, apam, air barli dan kuih lopez d'sequera masa kat rumah Teh tadi. Makan dan berbual lebih kurang (tak sempat gusip dgn Ngah pun) kita beransur ke Mekop Mall. Tiba sana ngam2 aje sebab T dah pun selesai dengan misi2nya beli 1 kayu hoki dan 3 buah buku fevret.

Masa dalam perjalanan pergi balik berdua dengan Ndja, kita sempat buat post mortem tentang siFolan dan siFolin yang amat kaudu dan keras hatinya. Setelah bermaaf2an, hal yang terjadi lebih 10 tahun dulu masih dirasainya baru semalam berlaku. Lebih menyedihkan bila ada diantaranya yang pernah beberapa kali jadi tetamu Allah. Wallahualam.

Back to WC, sorry to say I tak tengok langsong sebab sibuk berkarya. Sesekali jeling juga just to get a glimpse of siPuyol. I memang tak minat nengok bola; even pemain yang ganteng2 belaka tak berjaya menaikkan minat I menonton diorang beraksi menyepak dan menendang sebiji bola, hehe. Tak minat sebab I tak suka tension2.

Puyolkah ini?

Sebenarnya malaslah nak 'jatuh hati' at those good looking footballers. Bukan dia tau kita minat kat dia pun, kan? tak bestlah bertepuk sebelah tangan aje ... kan Lili kaan??

Anyway, tahniah Spain .. bolehlah you all menjamu nasi Paella bubuh banyak2 seafood esp SOTONG yaa??

7 comments:

Mama said...

CS... surprising I dpt nbr satu... mesti yg lain semua masih tidor sbb tengok bola...
Kita serupa kaaaan... tak minat tengok org ramai2 kejar 1 bola..then kita bertepuk sebelah tangan...

CS said...

Mama
Hari Senin baru naik kerja, Monday blues kekdahnya.
Jom nyanyi 'kita serupa....'

Ibu n Abah said...

kak som dan kak zah...
(tumpang rostrum lagi..)
i pun tak suka tension2 orang ramai2 kejar bola sebiji... beli jer lah sorang satu... kan senang. Ini sampai tergolek 'dog'.
Kiranya mengenai kita yang tak bekerja tapi kat kitalah anak2 berani nak mintak itu ini... tak kanlah kita nak kata kita tak dapat gaji lagi walhalnya duit dari suami ke kita dah bertukar tangan...dengan selesanya kita dah simpan, tak mau keluar-keluarkan semula walau apapun terjadi... (payah betul...)

Lili said...

CS,

Seronok apa, bertepuk sebelah tangan...sebab tepuk dengan dahi! Wahahaha!!!

I ni baru mangun titon... punye ler tak sedor diri tidor lepas Maghrib yang I sendiri escape sebab diberi kebenaran untuk cuti solat! So, sekarang ni kiranya segar biji mata. Hikhik!

*word veri kat sini: gambohow! how? how? :-D

PatinPasta said...

CS,

Suka mintak $$ kat emak sebab kot mana pon (dengan leteran ke hapa :D) emak mesti kasik nye $$. Kalo tak kasik sikit, emak kasik banyak.

* sini kecoh meriah dgn sambutan the players

en_me said...

tak teruja laarr tewww.. ekeke

CS said...

Akak
Kita2 yg tak dpt menghayati football, apa jenis game agaknya thethuai untuk kita? Game JJCM mcm best dan paling thethuai kaan?
Pasal $$ tu, sebelum kena 'kikis' dek anak2, perlu selamatkan dulu bak sekupang dua untuk mejensi.


lili
Dah puas tdo ke or masih WC lag lagi? hehe. Diharap you tak windu2an dgn saper nama dia tu? Forlan?


Aida
Bezanya, I tak mintak duit dari my Mak sbb I tau dia tak pernah bekerja; whereas my anak2 dah biasa tengok I 'makan gaji'. Tu yg kekadang grrrr aje :-)


en_me
kadang2 teruja gak ..