Saturday 31 July 2010

Lodeh ...


Belum apa2, I dah berlodeh. Yalahkan, I nih tak cekap beronggeng didapur so perlulah praktis seawal yang boleh as practice makes perfect. Macam biasa, apa aje yang ada dalam 'crisper' tu, I kepowwkan dalam periuk.

Sesungguhnya kolesterol memang terlebih sket banyak sebab I guna the real santan. Santan yang pada mulanya nak dibuat kuah mee kari. Setiap tahun raya, tugas melodeh tidaklah tergalas kat bahu I sebab being the youngest one, kakak2 kesian sokmor kat I (read: diorang tau, I tak cekap).

Masa tak tau lodeh adalah lodeh, T kata dia suka "lauk yang hijau2 tu". Alahai... lauk yang hijau2? har3. Kesian budak tu, mak dia tak ajar nama lauk2 ek? hek3. Sekarang pun, dia masih konpius eg lauk kormak dia sebut lauk beriani, lauk gulai dia sebut kari. Takperlah, bila dia nak kawin nanti, I buat crash course khas untuk dia dan suami (menantu I perlu arif juga jangan jadi cam pak mentua dia... ooopsy!!!).

Dalam my famili bila sebut 'gulai' .. gulai yang dimaksudkan mestilah lauk gulai asam pedas. Kita tak pernah sebut GAP in full. Jap eh I nak menyimpang kejap .. jenama GAP memang bermaksud gulai asam pedas kot? mueheheh.

Bila mula bercampur aduk dengan ramai kawan2 berlakulah confusion tentang lauk gulai yang dimaksudkan tapi dalam masa yang sama, terpikirlah pulak makna gulai boleh diguna sebagai 'nama' dan 'perbuatan'. T pulak buat kawan2nya konfius dengan makna gulai yang dia faham. Hahaha.. tu mesti kes emak dia terlupa ajarlah tu, hek eleh.. <- mentang2 baru tengok progam Afdlin dengan DSN semalam :-)

Tetiba I jadi curious so I google makna GAP (takkanlah pulak omputih tau gulai asam pedas, kan? hahahah..).

GAP is an American clothing and accessories retailer based in San Francisco, California and founded in 1969 by Donald Fisher and Doris Fisher. The Fishers opened their first shop because they had been frustrated with the lack of decent customer service and fashionable styles at other retailers.

Kan? Kan dah kata GAP = gulai asam pedas? Peratikan nama foundernya. Sah! :-)

13 comments:

kak ja said...

Yeaaayyyy!!! I dpt nomor siji!!

*Yeay dolu, komen komdian.. nak pi kenduri umah MIL..

Yat Maria said...

Cik SOm

For me gulai is lauk yg kaler kuning2 orange2 tu (yg usually orang letak nenas)..for asam pedas, its just the plain ol' asam pedas, no imbuhan depan...

as for GAP tu, pat sini GAP adalah sebatang jalan raya 2-way yg agak sempit..dekat pasir panjang near south buona vista..dolu2 mat motor selalu pi sini racing sebab jalannya banyak twist & turn so dia orang leh main corner2..betul!! tak caya tanya Rima..dia dulu selalu bonceng cik jamil kat GAP ni..muahhaha!!!

Kakcik Seroja said...

Salam CS..

kakcik sangat suka makan lodeh (enak dimakan begitu sahaja) walaupun kakcik tak pandai membuatnya. :)

Ibu n Abah said...

Ooooooiiiiittttttt...
tahta nombor siji sudah beraleh kepada orang sungei petani....
berikan tepukan.....
(macam mana i boleh terlepas????... walhalnya i duduk mengadap lektok dari subuh tadi.... kalau dah takda rejeki....)
kak som...
dulu i cuba jugak masak lodeh, tak pandai nak letak santan masa bila.. letak pekat, jadi kuahnya pekat... letak cair... tak sedap pulak...
lama-lama.. bila umur 46 tahun i cuba lagi.... voilla.... jadiiii..... raya ni nak cuba buat lah.....
word verification i adalah 'rhedi'..
sama ertinya dengan .. "akak dah ready nak masak lodeh raya ni...."

Dr Singa said...

lodeh + nasi impit + kuah kacang....
pasangan ideal...

Mama said...

CS.... kesian T.. salah GAP (Guna Apa yg Patut).

Psl bahasa mak ajar... I masih conpuse dgn anjer... dia kata roti... itu maknanya biskut,(at the same time bread jugak) chocolate maknanya sweets (at the same time chocolate jugak)... one word 2 meanings maaaa.....

CS said...

Salam semua...

Ja
Cepat balik dan tapau food untuk kita disini. Jgn tidak2..


Yat
Kalau masakan yg kuning2 oren2 tu pasti guna santan kan? So I game aje sebut 'masak lemak' nenas or what have I.
GAP tu masih wujud ke? Waah... terer gak cikRima n CikJamil ekk??


KakCik
Tak cayalah KakCik tak reti masak lodeh (sambil geleng paler sekuat yang boleh).


Akak
Kita berdua nih late bloomer, kekdahnya. Umur dah banyak (tak nak sebut tua) baru terkesima mencuba itu dan ini. Alhamdulillah.


DrSinga
Ketiga2 tu memang pasangan ideal tapi kalau dapat 'anaknya' yang berupa samSOT, alangkah bahagianya?? Burpp!!


Mama
Confusion berlaku dimana2, kiah3. Nak salahkan siapa? Owh well, pusiindawel..

Tie said...

Betul tu, kita dulu memang sebut gulai, tapi bila dapat suami orang Klate ni kena sebut lain, gulai maksudnya kari (tapi rasanya tak macam kari johor kita ), dan gulai kita kena sebut asam pedas lak.

CS said...

Tie
Kan Tie kan? Nasib baik Tie kata 'betul', jadi taklah Mak kita bitau yang tak betul, hehe. Hepinya rasa..

T said...

my spouse panggil lodeh , "that yellow stuff" :-)

i pulak sampai sekarang have no idea what gulai stands for. sebab my family tak pernah guna that word, sebab asyik masak kicap. tak pun panggil nama generic like, malam ni makan ayam, or ikan, or udang, and never bother to know the name of the dish, just the ingredient ;-)

Also, different people use different dish to call 'Gulai.' I've seen used the word to describe something like masak lemak, and in your case for asam pedas. so, I just avoid that word.

CS said...

T
hi hi hi ...
"that yellow stuff" vs "lauk yg hijau2 tu" .. haha..

Nampaknya macam2 kekeliruan berlaku ek? I have some more confusion, what's the diff. between serunding and sambal lumat. :-)

PatinPasta said...

Cik Som,

Saya baru nak tanya.. apa beza gulai dengan kari ek, sebab saya dok refer ke mende yang sama untuk dua-duanye (huhu!). Gulai meaning asam pedas ye?

Setengah orang Utara sebut gulai instead or kari. Hmm.. Ye ke?

CS said...

Aida
Chef Wan pun takleh jawab soklan you .. nantilah I bawak ketengah isu nih sebelum ia menjadi masalah donia, hehe.