Thursday 12 June 2008

Salam perkenalan & greetings

.......... from the desk of SOMuffins .. ehem!

Text kat bawah ni sepatutnya text yg kedua ditulis (selepas berbulan2 membisu), tapi hari ni terbuat teknikal errorlah pulak, maka text pertama tu gone with the wind! Duh... *mesti tulis tu untuk catatan peribadi*

Perlu diselit kat sini "Why blogging? Well .. there was this SI FOLAN yg beriya-iya influencing us to create a BLOG, and so as not to disappoint si Folan tu (kesian penat buat promo tapi takde yg teruja), maka I, being the kind soul (as always), was the first one to menyahut cabaran beliau. So, good luck to me ! (selalunya idea menimbun, but the greatest hindrance is ........... (rahsia!)

Cerita hari nih bermula ...

Celik mata je teringat ... arrgh .. kena tadah air.. takde chan nak golek2 atas katil lagi..

2 hari lepas telah diuar2kan takde bekalan air dari 9.30am-5pm. Pukul 6.00 pagi I mula sengseng lengan! 'On' mesin basuh, congak2 ada 2 load basuhan dan terus tadah air bersih untuk kegunaan yg wajib aje. Yg wajib ni TAK termasuk memasak, heheh. I hantar sms kat abah budak2 "tolong beli b'fast, hari ni takde air" yg membawa maksud lain 'I malas nak masak apa2, ada air atau takde air' *ngeh2*

Next, kena bersihkan kumuhan kucing pulak (kucing2 tu pun satu, whylah diorang berkumuh mcm takde hari esok? Simpan2lah sikit hendaknya. Hadoiii!! Susah juga nak dpt pahala ek?). Ada 4 kandang yg patut dibersihkan. Diorang ni kalau pun nak berkumuh, pakatlah buat pada waktu yang sama, kan senang? Nih tidaaak ! Baru selesai bersihkan 2 kandang, kucing yg sama dari kandang yg sama kembali bual hal. Sengaja dengkilah tu ..

Bila semua kandang dah bersih dari najis, barulah I letakkan air dan makanan dalam setiap kandang. Tak sekor pun cakap "acih" atau mungkin ngiauan mereka yg riuh semasa menerima makanan bermakna terima kasih?

Belum lagi makanan habis dimakan, diorang buat hal lagi. Kali ni ada yg wee2 dlm bekas makanan.. Cara berwee2 tu pulak tersangat luar biasa hinggakan you dibenarkan berimaginasi sendiri, kih3. Mungkin ada sesiapa yang tau cara nak mengajar kucing2 tu bezakan bekas makanan dan tempat buang najis? Tolonglah bitau kalau you tau ..

Lega! sesi kucing dah selesai.

Masuk ke rumah terus ke dapur.. hmm, I tergeram kejap sebab terpandang sudu/garpu yg tak berbasuh. Hello.. !? (bukan gaya Lionel Ritchie), kenapa tak basuh nih? D@bujang memang perasan omputih bersudu/garpu bila makan sebab malas nak basuh tangan sebelum/selepas makan. I kata kalau tiap hari dia guna sudu/garpu sebanyak 3x tak berbasuh, esok 3x, lusa 3x, tulat 3x, then what?? Dipendekkan cerita, memang bujang sorang ni dan bujang2 seloroh donia, semuanya mim-alif-lam-sim belaka!

Oh ya, masa I mula nak tadah air tadi, T@dara bersuara "umi relax aje tak tadah air ke?" .. huhu boleh budak tu kata I relax? Tapi dlm keadaan 'hangin' yg terkawal I jawab "taak". Kot bolehlah dia ofer nak tadahkan air tapi bertuaaaah you .. dia boleh sambong zzzzz lagi.

Diuar2kan bekalan air takde sampai kepetang. No problem sebab stok air masih tak bercuit. Memang minda ranum I dah berkira2 nak beli lauk aje (nak jimat air kononnya), tapi tetiba aje a surge of vibrant mood menusuk qalbu, auwww.. mood memasak kembali rancak. Ingat nak masak laksa asam tapi bertukar haluan sebab tak nak buang masa asingkan tulang2 ikan w'pun ikan2 tu dah siap direbus. Haha, ada jer excuse ek?

Mula memasak pukul 3 ptg. Huh? You kata lewat? Lewat ke masak kul 3 untuk lunch? Hehe.. biaserrr jer tu.

Sedap pulak masakan lauk2 bodo hari ni hingga T menjilat pinggan. Buruk pe'el kan? T kata saper lagi yg nak appreciate lauk2 yg I masak selain dia (yg lain tu appreciate gak tapi tak delah tahap menjilat apa2).. T kata bila dia dah ke kolej, I pulak akan terbayang2 rindu nak tengok dia menjilat pinggan. OK, OK .., jilatlah..jilatlah.. ('klik' bunyi my HP tangkap gambo dia menjilat pinggan buat kenangan).
.
P/S: Sayugia diberitakan, bekalan air TIDAK dipotong langsong. Penat aje tadah2 air tadi.

No comments: