Wednesday 10 June 2009

Jepun celup...

Nilah dia Mee Udon, mee yang putih gebu panjang mengurai. Oleh kerana ChefZah (aka Ndja) very health conscious, semua rencah diguna dari bahan organik kecuali ayam dan udang (ada ke udang organik?). Chef guna 2 jenis cendawan, 2 jenis sayor dan pepper; tak tau dia guna sauce apa untuk menyedapkan keseluruhan rasa mee. Banyak betul dia masak mee versi yang ini untuk kita semua. Mee ni best dimakan dengan cili hiris bergelumang dengan kicap.

Yang ni versi vegetarian khas dimasak untuk diri ChefZah sendiri. Beliau cuba elak memakan seafood/daging dan ntah apa2lah lagi yang cuba dielakkan. ChefZah mempelawa "rasalah yang ni. Takde apa2, garam sikit aje", so kitorang pun kata "terima kasih ... you makanlah sorang2" (maknanya kita tak ingin sebab mesti tak sedap, haha).

Satu pinggan versi tak pedas untuk my 10-year old niece. Sungguh mulia dan tersangat rajin ChefZah tu kan? Sanggup masak beranika versi untuk cater selera orang. Just like Mak & Chik last time, bila dah masak gulai asam untuk Bak, mesti ada aje lauk untuk anak2 lain yang tak tahan pedas walaupun sebijik lada yang digunakan. Manja betul! And aren't we do the same thing to our children (then and even now) whenever certain dishes aren't quite agreeable with their taste buds?

Murtabak ni sponsored by yours truly. Bawak 2 keping aje. Sebelum keluar rumah I call restoran dulu mintak diorang sediakan; senang gini tak buang masa. Kalau diorang ada privilege card, I mesti orangnya among yang terbanyak mengumpul points, hehe.
.
Murtabak punya pasal, niat nak singgah kedai beli agar2 terus terlupa. Tup2 teringat bila dah tiba rumah kakak, alamak! I siap bawak meelo, susu dan custard dari rumah konon nak masak lengkong kat rumah kakak TAPI dia kata "no needlah lain kali aje.. ni ha dah banyak makanan". Betullah tu, kakak KL bawak 3 jenis kueh, kakak SS2 bawak lengkong raspberry.
.
Meriah betul macam hari raya pulak. Perempuan 5 beradik, sorang abang, sorang BIL, my auntie dan 2 anak sedara. Macam2 cerita keluar .. sekejap ketawa, sekejap senyum, sekejap mengusik; dan bila cerita2 purba terkeluar - reminiscing gitu - maka meleleh2lah airmata ..
.
Teh pun jerit "tissue.. tissue" .. Nephew pun berlari2 letak sekotak atas meja.
.
Yang menyedihkan bila kakak bercerita in detail how she n hubby memberitau anaknya, after 28 long years that he's adopted. Boleh ke you imagine perasaan sianak, my sis/bil, dan perasaan kami walaupun kami hanya mak sedaranya saja...? 2 adopted sons pulak tu tapi diberitau pada masa yang berlainan.
.
Allah sure has a way to deal with things that we as His servants fail to foresee...
.
AND we realized that Chik wasn't her usual self .......

6 comments:

MamaFaMi said...

So, how did the boys take the news? Nak buat macam mana kan, they just have to accept it lah kan.. Anyway, your gathering sounded very meriah!

G'Zain said...

Cik Som,
Camana ya nak hadapi hari tu eh...moga Allah beri kekuatan pada hamba-hambanya yang sabar...
Hmm meriahnya gathering lu wa cemburu ahakksss

CL said...

Cik Som, what was the response from the sons?

kak ja said...

Masa I kecik2 dulu, my dad slalu 'usik' I, kunun2 I was adopted.. To me, it was a bad, very2 bad joke.. Skali skala nyakat dikira ok, tp kalau selalu sgt, bg I bknlah bergurau lagi..

Ur anak2 sdr tentunya rasa sedih gak memula, kan? Tp usia 28 tu dikira sdh ckp matang utk terima hakikat tu dgn redha, kan?

Sakan ye u all punya gathering ni? Makan makan makan..

Ttg ur Chik tu.. hmmm...

3E said...

wah...somuffins, u punya gathering meriah gitu....mmg betulla kalau dah berkumpul ramai2 macam citer terkeluar....

CS said...

Thank you ladies..
1. pasal gathering tu, it was impromptu. Tu sebab kitorang aje yg ade (dpt makan lebih?)
2. reaksi nephew I? My sister/BIL/nephew nangis semestinya. Nephew I pada mulanya memang teramat terperanjat tapi cepat pijak dibumi nyata, dia bersyukur yg amat sangat. Dan I tanya my sister apa rasanya lepas tu? Rasa seakan2 batu besar dah dialihkan dari kepala dan bahu.

Ja, u pun kena usik ka? I pun.. Zalim ek? Mentang2lah kita belum jadi loyar buruk lagi, hehe.

Gee, semoga 'hari tu' tiba dgn penuh rahmat dan dipermudahkan, insyaallah.