Tuesday, 9 June 2009

Not my sister's house. Just a view from her house
Ada sesiapa boleh pinjamkan agar2 sepeket tak? Pinjam dulu boleh? Nanti I ganti siap dengan yang dah dimasak sekali. Pleassse ..

Semalam Ndja (diglemerkan ejaan beliau) sms kata dia nak datang, nak demo masak mee Udon kat rumah kakak di PJ. Eksyenlah tu nak nayang masak Jepun.. Kononnya nak bertolak dari S'ban pukul 7 pagi (I pun terasa amat ridi-q-les dia nak bertolak pepagi cam tu), namun ... as what her sms says "am leaving @8.30. My cooking demo will be @11". Haha, tau punya.

At 7.15am semasa I dok golek2 atas katil (menanti tuan besar balik dari opes membawa roti canai), kakak PJ or better known as Teh fon. Katanya dia tak buat apa2 tapi tanya I "tak buat lengkong ke"? I pun kata "kan Long nak buat lengkong?". Teh dengan nada I-tak-tau-nak-describe "ohh, kalau buat lengkong meelo macam hari tu best.. hari tu cam tak puas aje makan, I ni kan tamak". Yes, tamak pasal makanan runs in the family..

You all mesti ingat pemandangan lengkong meelo yang I pamerkan minggu lepas, yes? Alaa.. lengkong yang I bawak pergi ke besday party my niece tulaa (dengan harapan adalah pembaca pasang minat nak scroll down my former post, kiah3).


Tengah berkarya nih, ada aje gangguan "you tau tak makna elated. Kenapa elated dan belated lain maknanya". I yang tekun memerah jus berkarya terus kembali kealam realiti "you, I tengah nak habiskan ayat nih". Gangguan terus menjadi2 "you tau tak makna cerdik pandai dengan ahli pikir" (ada lagi.. "you tau tak beza folklore dengan forlorn").

Fuuhfuuh.... hidung dah mula berhasap nih tapi I layan jugalah hangin tuan besar yang ntah kenapa pagi ni dan sambil makan roti canai mulutnya tetiba cam murai cabut ekor. Selalunya dia diam dan tekun aje menikmati juadah. I'm being rational here, I think dia rasa lega kot sebab berakhirnya kerja malam .. maka malam2 yang berikutnya dia akan berada dirumah disamping bini dia yang berangin sepoi2 bahasa tu. Pulak2 tu dia cuti 3 hari maka dapatlah dia melayan kerenah si sepoi2 bahasa pergi JJCM :-)


Ehhh.. ada lagi gangguan? Sant* pulak hantar sms "Kak..bsk sy free blh datang". I pun jawab secepat kilat "Nanti saya fikirkan dulu ya? terima kasih". Yalah, sekarang mana boleh pikir, I kan tengah berkarya? Dan, later on I nak pergi PJ makan Udon mee dan harus buat lengkong meelo tu. I think terpaksa buat kat rumah Teh. Bila I keluar karang, I singgah kedai beli agar2. Kalau Teh bising, well baby.. whylah you tak bitau I semalam? You tau ajelah adek you nih.. Apa2 pun mesti 'pasang mood' dulu, kaan?

Back to Sant* tu. Wah! dah transformasi dia tu. Dulu dia tulis 'pre', sekarang 'free'. Bab I perlu fikirkan tu bermakna, apa bendanya yang I nak mintak Sant* buat yang I paling m.a.l.a.s. dan tak kuasa nak buat? Yesssss.. I know. Petang nanti I akan turunkan segala langsir harapan dan basuh. Besok dia boleh tolong gantungkan. Yang sebenar2nya I paling m.a.l.a.s. nak pasang hook2 tu semua. Dahlah kena kira hook, kena kira jarak berapa nak selitkan kat langsir tu lagi. Kan I dah kata I failed my maths?? Bila tengok Sant* buat kerja2 yang I tak berapa rajin nak buat, I syukur sebab I dapat tolong Sant* upkan ekonomi poket dia. 'Murni' sungguh minyak masak itew .. ;-)

Nota penting: Jika kita menyimpang ke T,B,U dan S semasa berkarya, tu maknanya otak kiri dan kanan kita berfungsi dengan hebatnya. Lagi pun kita bukan buat exam karangan, kan kan?

Back to hal nak ke PJ tu, it seems Ndja dah uar2kan keberangkatannya to all my sisters. BTW, I ada 4 orang kakak. Muai kan? Alhamdulillah.. thanks to Allah, Bak & Mak. Juga I ada 4 abang dan 1 adek. Tapi since 2 tahun lepas, abang I tinggal 3 aje (sorang dah menyahut panggilan Illahi); ditolak pulak dengan ketiadaan abang yang kena influenced dek 'isteri bertuah' dia tu, maka I hanya dapat bermanja2 dan mengadu hal dengan 2 abang, 1 adek dan 4 kakak SELAIN dari keluarga sendiri. Dan paling best, I juga ada sorang auntie (tempat mengadu dan bergusip hal tertentu aje) .. insyaallah jap lagi I jumpalah dia.

Bila jumpa my auntie nih dia mesti tanya "Z kerja? D buat apa? T tak balik?" (dia boleh repeat 2-3 kali with the same Qs). Pastu dia mesti pelawa "ni megazin lama.. yang belah sini yang baru keluar dari bilik Teh" (sambil tunjuk kat stack of mag. yang tersusun rapi kat hujung katilnya). Umur dia dah mencecah 85 (tu yang terkeluar repeat Qs tu), tapi masih boleh baca majalah gusip juga ilmiah (Nona, Wanita boleh dianggap ilmiah kan?). Dia selak2 juga Australian Woman's Mag "tengok gambar aje". Heheh.. my auntie rocks!

5 comments:

CL said...

Cik Som, adakah gambo rumah depan juga menggambarkan rumah belakang kamera? besauuuuunyeeeee......

CS said...

Tidak sama sekali CikLina oi.. nehi muhabbat! Rumah tu banyak songeh. Contractor silih berganti. Dah lebih 4+ lbh tak siap..
I ngeri tengok rumah tu ..

CL said...

hahahhaha...

3E said...

jadi tak buat lengkong meelo tu somuffins??? best ker mee Udon tu?

CS said...

3E, lengkong meelo hanya tinggal niat aje dan mee Udon tu? Best.. I tambah t.i.g.a kali.. shhh.. rahsia tau.