Saturday 4 July 2009

Tag tag tag ...

Tag datangnya dari 3E. Maaf terlambat 'pass up'.

1. Nama-nama timangan anda? Ada 2, satu tatkala baby bila kena timang dan satu lagi digunakan sampai sekarang oleh famili, kawan2 sekolah dan kawan2 ofis. Apakah nama itu? heheh.. rahsia.

2. Anda seorang yang?? Pendiam & pemalu (sungguh!), romantik dalam hati, pencetus idea, penamat masalah, penyedih, pemberi muka, pencinta keadilan, pemaaf dan cerewet (cukuplah 10, nak lagi?).

3. Insan yang teristimewa?? Takde yang teristimewa tapi ramai yang I sayang, sangat sayang dan juga ambil kisah hal mereka.

4. Lagu kesukaan anda?? Berlambak2 esp songs of yesteryear > Norwegian Wood, Fools on the hill, Strawberry Fields, Michelle & Yesterday. Lagu Melayu.. Umi (Datuk Shake) dan Mama (Sh. Aini). Diorang dari JB.. geng sekampung, kekdahnya.

5. Makanan kesukaan anda?? Segalanya dari PISANG tapi mesti sedap. Actually I makan segala yang sedap kecuali tapai. Tapai tak sedap! Terlebih teruja pada dessert. Tengok perkataannya aje, I boleh ?*!??!*.

6. Warna kesukaan anda?? Cerah/pastel dan apa2 warna yang mampu menaikkan seri wajah dan aura puteri kerathon (hahaha...).


7. Sikap yg membuatkan anda Stress?? (a) tak dengar nasihat (b) malas (c) tak bekerjasama eg ambil baju berlipat tak ikut Akta Lady of Leisure V1.2.

8. 3 benda yang mesti ada dalam beg anda?? $$$$ (lagi berkepol2 lagi bagus), cermin mata membaca dan MyKad (lipstik lebih penting sebenarnya).

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa?? Jumaat lepas bila tengok NurKasih. Nangis 6-in-1 sekali gus (jimat airmata). Menangis sebab sedih, terharu, sebak, geram, ralat dan bersyukur (ngam2 6 sebab).

10. TAG 6 Rakan anda Hmmph...(berfikir sambil gentel bucu bantal).

No comments: