Thursday 5 November 2009

Ada2 aje ek??


Pagi ni minum neskopi aje. Takde mood nak makan, takde, takde, takde! Bunyinya macam majuk nak masuk BBBB aje tapi oh tidak, I simpan perut dulu. Later on bila I jemput T my PGL tu, adalah yang dia idamkan nanti. Nak makan mozza lah (tak jemu2 lagi), kebablah, mee kung fu lah. Pendek kata macam2. I think I nak masak mee/kuetiau kung fu nanti <- nanti ni, bila2 lah maksudnya kan? hehe.. I kalau nak masak kena sefontan2, barulah menjadi. Kalau plan2, mee kung fu nanti sure jadi mee Tai Chi (terbayang nyonya n apek tengah berTai Chi kat padang belakang rumah... waah.. like sloth aje .. slow and steady ..).

Gambar rajah menunjukkan I betul2 keluar beli barang dapur. Keluar tu dengan badan yang wah sungguh wangi sekali (namun tak pakai perfume pun.. ). Apa yang I borongkan tu? Adalaaa... 2 tebak daging knuckle (I sker part nih), 3 ketulan kambing (frozen), beberapa keping ikan tenggiri, udang, ayam, minced meat dan lain2 non perishables.

Sempat juga I tukar kad Mydyn si"Mesra' tu. Tukar sebab dah nampak tattered. Plastik dah terkopek2. Bukan kerana tangan I gapel mengopek2 benda alah tu, tapi diakui oleh staff kat situ kualitinya memang kurang. So dapatlah I kad baru yg rupanya sama macam kad kredit.. siap ada nama lagi.. I difahamkan telah mengumpul 10,000+ points. Jika RM1 = 1 point, maknanya apa??? atau jika RM10 = 1 point, maka maknanya??? heheh, nantilah I beli calculator yg canggih untuk dpt jawapannya... (I kan fail my maths, kan?). Bila I tengok hadiah2 untuk diredeem tak berapa ceria, I terus sorong troli.... (simpan niat beli lauk aje wpun troli penuh dengan bahan untuk dimasak. Aaahh.. penat taw sorong2 troli tu).

Sebut pasal troli .. I bitau my friend Lina, I rasa I boleh bawak kereta (masa tu Allah belum pinjamkan I keberanian membelah jalan..), sebab apa tau? Sebab I boleh, pandai dan bijak <- sori terlebih riak nih - maneuver troli bila I masuk lorong yg sempit.. boleh konar baring lagi. Bila dah reti drive, memang ada persamaan sorong/tolak troli dgn the actual driving (cumanya I tak berani konar baring. Lainlah baring atas bantal, yang tu selalulah konar2 kekiri, kekanan, ehem).

Semalam .. oh semalam ... I begitu emo.. pertama kerana ... *sigh* dan kedua kerana I terpaksa meluahkan perasaan yang terkumpul didada. Dimanakah luahan itu berlaku wahai CikSom?? Ia berlaku disatu perkampungan halimunan yang indah dimana terdapat sebuah RESORT yang sikit masa dulu amat ceria, tenang, happening dan berupaya menyambung ukhuwah/silaturrahiim. Wallahualam..

Yang sempurna hanya dari Allah ... hingga jumpa lagi ...

18 comments:

kak ja said...

Yubadubadooooo!! I pengomen pertama!! (walaupun I tatau nak komen apa)

U punya PGL nak balik ari ni.. I plak besok ptg anak branak nak pi bertapa kat Gunung Jerai.. So, kalau I senyap tu, itu bermakna kat sana I tak berpeluang bertenet.. Kalau line ok, I akan bersiaran dr sanalah..

Jom??

3E said...

congrates la kak ja sbb jadi pengomen pertama....

mmm.....aunty somuffins, jgn la beremo sangat ya...bawa2kan banyak bersabar kay...

btw...harga seketul orange chiffon I RM35.00...hihihi...nak order berapa ketul aunty?

ain said...

kak CS...mydin ada jual brg basah ekh..??? kat sini mydin jauh sgt, paling dekat ngan umah sy tesco je. tp tesco byk brg x de. leceh lah!!!

Queenie said...

Ishhh... dia nih betul2 minah misteri taw...

Ibu n Abah said...

kak som,
kongsilah dengan kami..janganlah misteri-misteri..
macam lagu 'tommy page'
kami kan a shoulder to cry on...

CS said...

Ja, pengomen pertama dapat hadiah surah Al-Ikhlas..
Gunung Jerai ada apa? Menuntut ilmu, berpiknik atau nak jumpa Nenek Kebaya??


3E, dont wori. Emo orang yg tak muda2 nih disaluti oleh iman. Semuanya under control insyaallah.


Ain, barang basah banyak dijual. Mydyn ni one of the largest in Msia ..


QJ, semua nih 'Hawa' punya pasal. Lepas I temankan dia balik tanpa Adam, nilah yg I dapat.


Akak, bukan taknak kongsi secara terperinci, tapi malulah ... apa pun TQ kerana Akak minat dgn kemisteri-an I..

Sizuka said...

cs, alahai... kenapa stress dan emo tu? i tak nampak alasan yg u bagi, i cuma nampak "yang pertama kerana.... ". ke u type guna keyboard invisible? hehe.. jgn stress sgt, nanti hilang awet muda :)

ps : kalau stress tahap gaban, meh la dtg rumah i. menu hari ni ayam penyet. ops! bukan.. ni bukan ayam yg dipenyek atau digelek kereta. ni yang yg bakal penyek dihempap dgn lesung batu i nanti :D

anneaziz said...

CS,

Sumpah I tak paham...banyak sangat metafora! Apa lagi i memang sedikit blurr...

Kita mesti jadi insan sempoi...baru lah line slalu clear!

kak ja said...

CS, biarkan si blur dgn keblurannya.. Tu blom pekena daging korban.. Bila dah kena nanti, BP dia naik, bertambah2 blurlah dia..

Biarkan, biarkan.. I suka dia blur mcm tu.. muakakaakaaa..(gelak puaka buat kandaku)

anneaziz said...

CS,

Orang yang mengata i tu, kan....baru di tukar ubat HPT dia oleh doc... sebab ubat lama tak berkesan...ubat tu yang fenin'...!

CS said...

Sizuka, kalau I tak stress pun, awet muda I tetap hilang. You know why?? Susah taw nak jaga kanak2 nakal yang 3 orang tu. Kenal tak siapa? Tu ha tu... Anne, QJ and Ja.. (tak menang tangan).

Niway, ayam penyet? You masak sendiri ke? Waah!!! I dah pernah makan ayam penyet kat Restoran AyamPenyet tu laa.. and I sukerr..


Anne, sengaja buat you tak faham and I know you are not the blur type (amacam Anne? I UPkan saham you nih.. coklat sekotak hokay? ahaks). Sekali sekala nak gak buat diri sendiri dlm realm nenek kebaya, sket misteri..


Ja, you tak kasih dan sayang kat akhak you ke? Nanti dia tak bagi TK tumpang umah dia kang? Haaa.. cian taw TK tdo dlm keta aje.. kan?

Anne, I ditugaskan membawa mendera BBB .. Harap2 I berjaya memupuk kasih sayang seperti aur dgn tebing.

REAL aje I pepagi Jumaat nih ek? Selalunya I tak begini baik taw.

anneaziz said...

CS,

I pun baek taw? I baru balik mengaji then i singgah pekena pek nga nyoq (ada tau ka apa ini barang?) QJ kalau buat ni untuk catering cecah dgn kari ikan temenong (jgn pekat, bagi cayaq sikit) pulahmak! Pak mentua lalu kat belakang pun tak nampak! (Mana nak nampak...dah lama tak dak, Al Fatihah)

Yang buat spo`el ada sorang mamat tua isap curut (bukan yang sedap...tapi yang teramat busyuk! Pek nga pun makan sekerat jer, terus lari balik! Spo`el i punya Jumaat sbb maki dlm hati)

Naz in Norway said...

yang lain tak mau komen....
tapi...

pek nga nyoq! pek nga nyoq!:P

anneaziz said...

CS,

Sori ek..I minta lalu ek?

YES NAZ,

PEK NGA NYOQ! Tapi tak sedap mcm buat kat rumah...depa buat manis sikit...cicah kuah gulai pun rasa manis gak!

Pek Nga boh nyoq..emmm cedap!

anneaziz said...

CS,

Sebab you dah naikkan saham I dalam indeks blurr...no poblem my fren! Satu kotak lagi coklat!

(Dah utang 2 dah nih!)

CS said...

Hi Naz ... rumah you dah berkilat2 ek? Hasil kerahan the big Momma (big: literally speaking) :-)


Anne, bersatu teguh bercerai robohh .. (jgn sekali2 kita roboh bila berada diSANA..SANA... taw).
Niway, what is PEK NGA NYOQ! Nyoq is niur = kelapa kan? Pek Nga? aPek yang terpiNga2 ka? kakaakaa.

anneaziz said...

CS,

Kalau apek makan, ha`ah betui la dia terpinga2! wakaka!

PEK = TEMPEK

NGA = short for BELANGA (aka kuali)

NYOQ = COCOS NUCIFERA (Orang kampung I panggil nyoq)

Now u get d idea, my dea? Pancake atas kuali with kelapa parut dalam dia (mixed in the batter) Try it out, masa bakar, kalau ada sikit daun Musaceae aka pisang, bakar atas tu..the faya must be slow..takut sekali try BT (eh..you punya BT ke TB, konpius pulak!) tak nak makan pancake biasa dah...

CS said...

Yezzz.. Understuuuud oredi. Orang putih kata, apanamatu (slang Kedah) kokenat penkek ka?

Psst.. Mine TB, QJ's BT. Jgn konpius k? Yours is BB ka?