1015-11am: Gigil drive sensorang. Apsallah kawan I tu tak beli rumah sekitar rumah I aje??
Dengan kedua2 belah tangan penuh (sebelah kiri pegang air sirap), I jalan pelan2 gaya emak ketam menuju kesatu meja bulat yang kosong. Belum sempat I duduk, there was this lady pelawa I duduk kat dining table tuan rumah yang diletak side by side dgn meja2 bulat lain. Dengan senyuman semanis kurma I decline "tak perlaah.. tu meja untuk mak xxxxx kot?".
What do you know, I ended up makan dengan kenalan baru yang sungguh peramah. Hepinya I. Taklah rasa malu sangat tapi tetap menten keseganan; selow jer (tahap sloth) I suap nasi dan dalca kambing kemulut. Pehtu (quote Dina) bila tengok kawan tu ambik dessert, I pun meramahkan diri juga - dia ambik kek, I ambik kek, dia ambik ABC, I ambik ABC, dia tak ambik kueh cara berlauk tapi I ambik. The fact that the lady was so selim and lanky tidak membangkitkan rasa bersalah I makan lebih. Besok2 boleh diet apa selagi esok ada mentari ...
Sambil makan, I curi pandang para jemputan yang lain. Sekilas pandang jer, takdelah I renung dan tenung diorang tu. Patutkah I cerita lebih2? Takyah kot tapi I terpandang sorang lady nih .. suffice to say siapalah daku ini untuk menghampirinya.
Kerisauan melanda sekali lagi. Camana I nak balik rumah nanti? I tak ingat jalan susur keluar dari kawasan rumah tu. Ya pun, baru 3 kali I datang rumah my BFF tu (ehem, guna word BFF sejak semi-active kat FB). Dengan muka tak malu, I tanya kenalan semeja belah kiri sorang dara (yang makan ABC tadi kenalan semeja belah kanan, hehe) "you balik mana? you ikut highway ke?". Jawapan diberi membuatkan wajah I bertambah2 serinya .. har3.. (boleh kan kalau I nak syok sendiwi??)
Macam mana I tau jalan ke rumah my BFF tapi tak tau jalan balik? Somehow I survived dengan doa berbakul2 agar dipermudahkan usaha dan dilindungi dari sebarang bahaya. Apa yang I gusar dan takutkan sangat? I gusar dan takut sebab I drive sensorang .. tempat tu tak berapa familiar - I takut J-gua buat hal kat tengah2 highway - I takut kena kidnap atau kena ambush dicelah2 pokok sawit, mana tau kan? w'pun maybe ransomnya hanya RM990 which TB mampu bayar (untung dapat diskaun RM10 setelah I merayu dan melutut?), tapi .. tu hala pergi, hala balik?
Jadinya hala balik, I was smarter "malu bertanya sesat jalan" kan? Tapi kelakar jugalah, I think that girl (dengan emak dia) pun tak berapa pasti .. hehe .. I know so dari sekilas 4 tayar berputar .. yang I ni ikut aje .. (masa tu memang I ketawa dalam ati), but I was touched bila girl tu tunggu I lepas dia dah bayar tol. Dia guna smart.tag so lajulah sikit manakala I guna T&G aje tapi kalau tak kerana kereta depan I melembabkan diwi, tentunya I pun boleh cepat sama; taklah girl tu buang masa tunggu I, kan? namun Allah aje yang dapat balas budi baik dia.
Hari ni pukul 3 ptg I dijemput sekali lagi untuk majlis akad. I dah bitau my BFF I tak dapat hadirkan diri .. alhamdulillah dia faham (lama dah kita berkawan - sama sekolah sama office).
Malam esok majlis reception kat KL. Dengar cerita Kuala Lumpur tu jauh. Betul ke? :-(