Tuesday 15 December 2009

Hangit ...

Barulah I tau Firdaus the newspaper man sedang bercuti ke luar negara. Ya betul, ke luar negara (jangan memain). Jap nak tanya sikit. Ada beza tak dari segi ejaan atau pengertian bila perkataan KELUAR dieja 'ke luar' atau 'keluar' ??

Ahad: Apsal Firdaus tak hantar sokabar? Selalunya pagi2 dah 'berdebum' bunyi sokabar dia lepaskan kat depan gate tu. Hari Ahad aje bunyi 'berdebum' sebab dia tak leh lontar 5 jenis sokabar sekali gus sebab berat. Hari lain, dia baling aje STAR cam dia baling boomerang. Nasiblah kat mana sokabar tu landed. Kalau kena pintu bunyi 'gedenggang', kalau kena keta? Masa dulu when my so-called J-gua park kat porch, habislah patah riuk ariel radio. Cuma sekarang keta TB park kat porch, dia ada sikit sopan.

Baru2 ni, TB punya labu .. alaah, vase yg Ipoh mali rona itam tulah, apa namanya ek? Haa, labu sayong pecah akibat lontaran si Firdaus. Jangan tanya apsal labu sayung tu berada diluar rumah depan pintu okay? Jangaaan, please donnn't.

Mana boleh tahan tak baca paper hari Ahad khan?? I kenot tahan so I fon nombor yang ada dalam my HP 'paper firdaus' (mesti tulis 'paper', nanti TB kata saperlah Firdaus tu, kan? haha, takdelah. TB tak pernah gatal tangan meddling with my HP. I lagilah tak reti nak cuit HP milik orang other than mine). Petang tu boos <- nak eja boss sebenarnya nih, hantar 4 jenis papers aje. Dia janji nak hantar 1 lagi sebelah petangnya.

You think dia hantar paper lagi 1 tu tak? Harrram! Semalam dan juga hari ni I tak terima sokabar langsong. I tak nak fon lagi. I just catitkan hari2 yang I tak terima sokabar. Bila cukup bulan nanti .. haa, ni yang best nih .. bila I dapat bil dari George of the Jungle (nama 'boos') .. I nak tengok berapa $ dia nak caj I. Hahaha, yess.. I nak cari pasal. I nak jadi ketam bangkang!!

Tak baca paper maka my mind roams all over the world, maklum banyak masa kan? Masuk dapur TERpandang si Dayang Senandung @ pulut hitam. Sebenarnya I berjaya selamatkannya dari disimpul mati bersama beras nasi dagang hari tu. Saper kata I suka membazir? Mana ada.. I jadi penyelamat juga, cumanya tak perlulah I besar2kan cewita how heroic I was bila mampu selamatkan keropok dan pulut hitam.


Buat julung2 kali .. tak pernah terjadi sebelum nih .. I masak bubur pulut hitam. I kosek 10 kali kot2 ada bau hapak ke apa hinggalah I puas hati pulut tu bersih jauh dari gangguan bau dan kutuembun. I jerang beberapa minit hingga air rona hitam keluar pastu I buang, haha (tak pernah dibuat orang). Gambar tu macam bubur kacang hijau tapi bukan yaa.. Itu adalah bubur pulut hitam ori, pulut datang dari Terengganu .. (ke Kelantan?). Ada pulak permintaan .. "nanti you buatkan I bubur kacang eh?" .. "bila?" .. "bila2lah tapi jangan pulak bulan depan" ... Har3, macam tau2 pulak bini dia azab nak masak bubur kacang hijau (bkh), his favourite.

Masa D&T rajin dan kuat makan, I pun rajin masak berbagai2. Pizza, spaghetti, pie, puding pisang, peach, semolina, roti, kek tu kek ni, roti tu roti ni .. hehe, sajalah nak senaraikan panjang2 as testimonial bahawasanya I was quite rajin once upon a time. Tapi semua tu tak menjadi keheranan TB sebab "you buat yang lain2 tu tapi you tak buat my fevret". Kesian ek? Mujur I cepat muhasabah diri, sekarang nih selalu gak I masak BKH tu.

TB ni satu hal juga. Kita suka makan kek/roti yg lembut2, dia pulak suka yang 'berat' = dense, suka kek/roti ada kismis/sultana/raisin manakala D&T tak suka. Kita suka puding, pizza, spaghetti tapi dia tak pandang sebelah mata. Even BKH tu, dia suka yang cair tapi I (ya.. saya nih) suka yang agak pekhat.

Catatan untuk T: Bila Umi n Abah ziarah umah T nanti, ingat tau.. buatkan abah bubur kacang yang cair tapi sedap. Insyaallah by then T dah pandai masak (macam Umi, ahaks).

Ni kes terlupa. Hangatkan bubur tapi I terpaku depan laptop hinggalah terhidu bau .. haha, apa nak kata .. bubur tu terhangus tapi TB kata "ehh, sedaplah". Pernah tak you all rasa smoked bubur pulut hitam? Ada sikit rasa 'smoked' pisang salai ...
I ni lebih rajin memasak bila bahan2 kat dapur/frij tinggal nyawa2 ikan. Patutnya 3-4 hari lepas dah pergi beli groceries but I am too lazy to go out. Ni semalam punya cewita .. last kopek memasak dengan bahan2 yang ada .. telur masak kicap, sambal tumis bilis, papadom, ikan kering dan last but not least 'sayor' yang kat atas tu - sengkuang, cendawan kememeh, fishball.
Lepas zohor nanti I mengorak langkah ... macam2 nak buat ...
.
P/S: Kot ada sesiapa nak tau mana menghilangnya Firdaus, I bitaulah. Dia balik kampung, Bangladesh sana.

17 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam CS..

ada bezanya antara KELUAR dengan KE LUAR. Keluar adalah perbuatan atau arahan untuk meninggalkan sesuatu tempat. Ke luar pula menunjukkan arah tujuan (kalau tak ada tujuan cemana pulak, ye??). Eh! betul ke penjelasan kakcik tu???

Dah agak dah.. Firdaus tu kalau tak balik Bangladesh, mungkin balik ke India atau Pakistan. :)

Sizuka said...

sedapnya bubur pulut hitam, my hubby's favourite, makan dengan santan cair. but not mine :)

Ibu n Abah said...

Kak som,
saya dulu pun berharapkan mamak hantar berita pagi-pagi kat rumah... best memang best.. tapi bila tiba-tiba kita nak keluar balik kampong berhari-hari.. jenuh nak mencari mamak tu nak bagitau tak payah hantar...
Hmmm lama-lama bila dah tiap2 hari keluar rumah, beli sendiri aje...

FaAtip said...

Bubur pulut hitam..sedap oooo...kena pulak letak santan pekat yg ala2 masin gitu....lagi sedap kalau makan yang orang lain masakkan. hehehe

ain said...

now ni we all baca paper kat komputer je kak. tak yah langgan2 lg.
Hubby saya pun suka bubur pulur hitam, tp saya tak suka, so saya tak pernah lg buatkan dia bubur pulut hitam sbb sy tak suk.hehe. klu nak makan, beli aje le kat kedai. rasa pun sedap gak. pekat dan bersa santanyya. cuma jauh sikit nak tuju dr umah la.

psst...firdaus si bnagla upernyaaa!!!

CS said...

Wkumsalam KakCik, penjelasan tu amat logik maka apa yg I tulis tu kiranya betullah, kan?


Sizuka, bubur tu isn't my fav tapi tekak I boleh terima. :-)


Akak, bila dulu tu? dulu masa penggunaan hp masih belum berleluasa ke? Nampaknya skrng ni perlu simpan segala umat punya no. hp, hehe.. dah menjadi keperluan gitu :-)


AWS, memang betul lagi sedap org lain masakkan tapi mesti kena dgn citarasa kita gak. Kot kita suka pekat2 tapi org tu masak cair2 dan tawar *sigh*lah jwbnya, hehe.


Ain, jimat pun jimat bila baca news dari tenet tapi baca paper bestnya boleh baring2, golek2 dan terus terlelap.. haha.

Terima kasih semua. Salam..

kak ja said...

Masa I tecik2 dolu, I mamam buboq pulut itam tp x mamam BKH.. Bila dah pi merantau sana nuuuunnn tu, barulah I tau appreciate BKH..

La ni, both I balun..

P/S: Sabarlah menanti, CS.. Laling Firdaus pi tak lama..

Queenie said...

yg hangit tu bukan bau badan owang tak mandi kot?...lalalala...

CS said...

Ja, memang cam tu ek? Ada benda2nya yg DULU kita tak sker tapi skrng kita sker, vice versa.
I tak mengharapkan kembalinya si Fir tu asap, biarlah dia olala bercuti dgn sanak sedara TAPI yg I gewam tu.... eeeh, takperlah *grin*.


QJ, how u know one? You ni memang phandhai thau. Niway 'HANG IT' QJ, heheh.

geraugebang said...

Kita pun, kalau hari ahad, sekarung kertas khabor kat umah. Kalau boleh baca Tamil Nesan, dah lama beli gak. eer nak tanya gak. Kenapa labu sayong tu kat luar? Masa beli belum cukup kering ke?

Anonymous said...

'kosek'.. lama tak guna word ni..semenjak jadik orang KL..eh..bini orang KL..

CS said...

Gerau, alaaaaa.. nak tau juga ke? Labu tu anak sedara suami belikan. Hari tu masa kami buat mini spring cleaning, my bujang pun keluarkan segala vase yg ada untuk dimandikan (nyah habuk) dan dijemur supaya cepat kering. Tak tau nape silabu ditinggalkan sendirian berhari2 kat luar pintu. Mmm..mmm.. nampaknya disini ajelah perkhabaran tentang silabu tu Gerau .. kita xdpt nak teruskan cewita.. Timakasih kerana bertanya (sambil meratap hiba, ikh..ikh..).


ibusinga .. you guna word apa untuk gantikan KOSEK? Perasan tak org Johor suka sebut ANU untuk gantikan satu2 perkataan. Contoh: Ani, tolong anukan beras tu (ANU=kosek).

ceriaWAN said...

nak tanya segala kaum ibu yg ada kat sini..

Nape bubur kacang ni lebih diminati berbanding bubur nasik ek?

Dan apa beza bubur nasi dgn bubur kacang yg dimasukkan dgn nasi?

explen to me plisssssss....

CS said...

ceriaWAN, bubur nasi yg dimaksudkan tu rasanya manis atau masin? Apa bahan yg digunakan?

Tak pernah dengar bubur kacang campur nasi. Tq

Tie said...

Dulu masa Tie kecik-kecik, memang selalu ada sorang cina ni lempar sokabar depan tangga. Pastu Tie dan adik berebut ambik nak baca. Tapi selalu kena ngalah sebab dia tu kecik lagi.. baru 4 tahun. Dia memang tak pandai baca, cuma nak tengok iklan mesin rumput je..bila dah puas barulah kami semua boleh dapat sokabar tu, hehe...

Hmm.. Tie dah lama tak masak bubur pulut hitam tu. Selalu terpandang di pasar cuma tak teringat nak beli. Mak di kota tinggi selalu pesan suruh belikan..katanya pulut hitam dari kelantan @ ganu lebih pejal isinya.. tak pecah. Nanti nak beli laa.. sementara ingat.

fifyz said...

ehmmm..wa pun musykil ngan pertanyaan si CW tu..mujur gakla xpenah di suruh wat bubur nasi kacang..muehehehe..pelik betul la mamat tu =p

CS said...

Tie, apa jadi dengan adek Tie tu? Adakah dia dah jadi pengusaha menjual pemotong mesin rumput? ;-) Pulut hitam yg I dpt tu kalau xsilap mmg dari T'ganu or Kelantan.


Fify, mamat tu MENGIDAM kot??