Sunday 31 January 2010

Richer by RM30 ...

Khas untuk mereka yang 'rajin' macam I, nak buat roti naan tapi banyak bertapi-tapi, maka I sarankan beli aje yang segera tu. Jika tetiba terbit naluri rajin dan teringin nak buat naan from scratch, silalah intip ke dapur QJ yang sentiasa berasap tu. Perkataan malas seolah2 takde dalam kamus hariannya. I wonder apa rahsia dia 'bertahan' (berdiri lama)... karna kacip cik Timah kah? karna mithai singiau2 kah? atau .. blip2 blip2 kah? (duk mikir sambil tajamkan pandangan ke siling).

Aaaargh.. ni yg malas nak pandang kesiling nih .. ada aje kobweb melambai2. Labah2 jenis apalah yang sker buat rumah tinggi2 nih? Tak pi sekolah belajaq pandai2 ka? Ooops, nanti orang terjah kat I plak .. cik Som oi.. labah2 mana ada 'rumah'? (berani nak terjah2 warga emas? hek..hek).

Lupakan pasal labah2, now I nak kongsi tips supaya rajin kedapur (baru jer I kompol, har2) :

1. Pisau mesti tajam dan gunting yang cooperate dgn kehendak kita (jika terdapat mulut comel kita herot2 semasa menggunting ekor ikan selekoh, sah! Sila beli yang baru cap SwissArmy).
2. non stick pans would be an advantage; maka wajib beli.
3. bahan masakan asas harus sentiasa ada w'pun sebijik beras bawang, ang3. Lebih afdal, blend segala yang boleh diblend. Kita akan lebih bahagia dan ceria jika bahan2 tu tersenyum simpul setiap kali kita bukak esbok.
4. paip sinki dapur wajib mengalirkan air yang DERAS, selaju bulettren ditokyo! Pastikan water outletnya tidak ala2 terthumbat. If so, who do we call? Yes, none other than our respective 'TK,TB,BT,TL,BB', just to name a few *wink*
5. keperluan harian seperti gula, garam, kicap n kunyit harus disusun dalam jarak sepelengan <- as in sepelaung.
6. dapur masak, esbok dan sinki wajib dieratkan lokasinya.
7. dapur harus disediakan 'island' tapi kalau takde, sediakan meja kokak pun OK ... (sob3 <- kenapa I sob3?)
8. mood memasak ala Naijella (don't enter the kitchen without that kinda mood, ingat!).

Alahai, banyaknya! Berapa aje item yang applicable kat I? ... urgh!

Diharap tips tersebut dapat merangsang mood menjadi cemerlang ! Okay now, kita patah balik dengan cewita roti Naan tadi.

Not bad makan dgn ayam tandoori
I buat AT guna megi instant paste
Verdict: 80% gagal, mencii aah..


Looks so puffilicious! yet to buy
Price: RM15+
.
My dessert pulut n serawa durian
(auuww.., rajinnya)
.
I was richer by RM30, clap3!! RM5 hasil jual batewi keta. Mula2 apek offer 4 ringgit sahaja kononnya batewi tu saiznya kecik. Haaa, apek dah mula memandai, I pun terpaksa bersuara lantang "ehh.. keta saya dari dulu sama saja; apa macam boleh lain2 saiz lain2 harga pulak?" Nah kau apek, gotcha!!! Dengan wajah rimas2 nyampah, apek berkata "okaylaa, okaylaa".
.
RM25 lagi tu hasil jualan paper lama - sejengkal RM5. Camana nak letak harga .. cuba you all congak kejap. Apek guna jengkalnya (campur lebihan kuku kat jari kelingking) whereas I guna my jengkal yang .. w'pun gebu tapi takde lebihan kuku. Jengkal apek vs mine, nisbahnya 4.5:6 so harganya patut RM22.50:RM30 kan kan? Tapikan tapi ...
.
Malaslah nak lanjutkan tawar-menawar tu maka kami beralah (bunyinya macam apek n I buddy2 aje tapi kitakan 1Malaysia, kan?). Bila apek kata "okaylaa, okaylaa.. cincai", I tau dia memang dah untung.
.
Sejam kemudian, my jiran datang kerumah perkenalkan jus jambu batu isi pink. I pun beli dengan duit hasil jualan sokabar. 1 liter jus harga RM12.60. Mahal ke tak tu? Pada I quite mahal. Anytime I boleh beli 2 botol tropikana jus oren harga RM10+ tapi katanya pulak jus jambu batu lebih 30% elok dari jus oren ...
.
W'pun I sangat2 suka jus jambu batu, I still prefer jus oren. Jus jambu batu kadang2 berbau semburan nyah nyamuk aedes dan kadang2 berbau ngiau punya ... ooops!

11 comments:

kak ja said...

Yabedabeduuuuu!!! Ari ni I pengomengtar pertama..

Apa ke heynya CS? Juai pepa lama main jengkal2? Apek tu tak main timbang2 or timang2 ke? Tak aci..

Paip rosak, pakat2 call masing2 punya T or B.. Tp apakah T or B akan merepair dgn tulang 4 keratnya sendiwi? Sila jwb sendiwi, k?

CS said...

Ja, tahniah! ;-)
Sejak azali mmg diorang guna jengkal. Nak beli timbang, mahal kot? Nak timang2 plak tak larat.

Paip wosak?? Depends on which paip. Kalau paip bilik air dan paip didapur, boleh tahan laju dia mewepair tapikan tapiii paip dapur I dah lama airnya kuar cam air tis3 anak kucing <- issshhh, gewam nih.

ain said...

salam kak CS...tip2 utk rajin ke dapur akak tu mmg bagus la. pisau saya tumpul, paip saya air mcm air kencing honey, nonstick saya kokak aje, brg dapur asyik busuk gitu aje, garam gula saya suka dok dlm kabinet, saya x de island kat dapur sbb sempit dan yg paling dasat MOOD memasak tak pernah cecah 60% setiap kali nmpak dapur. makanyaaaa...sy tdk lah bersalah sgt bila malas memasak.hehehe

Queenie said...

Salam Cs, hahahaa....pandai meloyar heh? MMg lah Cs, I kan, kalu pisau tumpul, jarak sink n dapur jauh, pastu dapur sumbat, api merah berjelaga, bahan2 asas tak cukup, jawabnya baik tido jer la....leceh, kalu I pegi mana2 rumah sedara ker, bila depa nak I masak n I pastikan semua benda ni tak cukup syarat, maka I bersalam2an jer lar..mintak mahap byk2..heheee...

Bwg n cili tak blended takper, small matter jer, tp susun atur mesti khelas gitu...tamau lar sejam sebatu jaraknya...maleh wei...

Ibu n Abah said...

Alahai...
kena tinggai ketapi lagi..
awatnya i selalu corot?...
tips u bagi tu memang berguna... pisau i..kalau tumpui..i lah yang asah...
paip i kalau problem, i lah yg betulkan... mana ada TL nak buat...?
juai paper ni, tak tahulah apa yang paling menguntungkan.. ikut jengkal ker timbang... kdg2 boleh naik geram dgn cina2 sokatbar lama ni...

Sizuka said...

salam cs

mahalnya jus jambu batu tu. tu jus jambu letak batu kot, sebab tu mahal sangat.. hehehe.. just kidding! i love just jambu batu. i think kalau pegi kat jusco, 1 litre yang 100% guava juice, dalam RM6-RM7 je.

semoga cs bertambah rajin di dapur mcm QJ. amin :D

Amy said...

Kak kita terignin bile tgk akak punya dessert tuh..adohai bestnya kalau makan time sejuk2 ni..sini doyan ssh la nak dapat..frozen pon mmg susah tau..

Heeeeee kecur2, xleh ingat lau sebut doyan jek terus mulot kita berair tau hahahaha.. sat2 lg kita mau buat sumthin tuk ilangkan kekecuran mulot neh!

azieazah said...

Jarang beli sotkabor.. baca kat ofis jer...:D

so tak dak chance ler nak jumpa Apek Sulatkabar Lama...!

3E said...

Aunty Som,
I pula everyday dapat suratkhabar free sbb berjiran dengan neber yg kije kat NST. Segala paper NST I dapat hari2.Layan la...

Oh ya Aunty Som...mood memasak I almost 100% so far ni..mudah2an dikekalkan la...hihihiihihi

CS said...

Salam semua ...

Ain, nampaknya keadaan you boleh tahan 'parah', haha. Selama cik Abe masih disana, 60% tu dah dikira ummph! Teruskan usaha. ;-)


QJ, bila you berbicara, I bayangkan you seperti siensem Chef at Home tu.. auwww... Barang2/bahan masakan dia semuanya within reach kan? Best aah jadi jiran dia (or mrs dia?).


Akak, lenkali naik bullet train k? ketapi biasa memang selalu wat hal; manjang takde 'minyak'.


Sizuka, terima kasih mendoakan I bertambah rajin setaraf QJ (btw, terasa nak masak nasi Kebulilaaa...hehe).


Amy, kesiannya you. Lenkali I tak tampal gambar pulut n serawa derian lagi dah (jimat air liuq you dari melimpah); so I tampal gambar anak kucing aje eh?

Azieazah, rugi taw you tak dapat berkenalan dgn apek sokabar lama. Kalau you penjual sokabar lama terbanyak, hadiahnya a free trip kedestinati pilihan sendiwi, hehe (percaya boleh tak percaya lagilah boleh) ;-)

3E, syabas untuk you yang rajin memasak. I tunggu aje masanya you tetiba jadi malas. Bolehlah kita bercanda makan kat Paparich pada tahun 2020. Harap umur kita panjang .. auww..

CS said...

Terima kasih PakKaramu ...