Friday, 19 February 2010

Aaargh.. tak dpt idea nak tulis tajuk

Hari ni kalau rajin nak cuba buat bingka jagung. I suka jagung tapi tak suka jagung dicampur dengan my ABC atau cendol (cendUl or cendOl?). Bila jenguk kat dapur 'siber', terjumpalah 2 versi bingka jagung. Satu resipi tak guna santan langsung sebab guna susu sejat aje (I baru jer tau makna 'sejat'. Ngader kan?) dan satu lagi guna santan tentunya ..

Dah lama tak makan ikan dengan erti kata sebenar (sebelum CNY lagi). Sebelum TB tanya 'ada ikan tak?', I dah buat perancangan awal yang I akan masak sadin aje (walhal sadin tu I dah plan nak buat inti karipap versi puff). Takpe berkorban apa saja :-)


Semalam QJ dan I macam berzanji berjanji aje, kami sama2 masak kicap daging + kentang. Kabarnya pagi ni dapur Ja juga harum dengan masakan yang sama. Hmm... adakah itu lauk ruji setiap rumah orang Melayu? (saja nak buat ayat guna 'ruji' .. sebab baru tau maknanya, hehe ampun.. memang I ngengada).


Petang semalam for lunch I masak sadin, daging kicap, goreng instant ayam bersalut tepung perisa tomyam (haha.. quite a mouthful there) dan sayurnya hanyalah mentimun Jepun dan tomato cicah sambal rojak Mak Bee. Malamnya pulak I tambah dengan telur dadar sarat dengan tomato (maklum takde sayor namun kemulusan kulit muka perlu diambik kira juga, tak gitu?).
.
Kalau dikira perbezaan selera diantara TB dengan I memang banyak. Salah satunya bab makan ikan. Patutnya masa nak kawin dulu I buat MOU tentang benda2 yang I suka dan tak suka buat (esp di dapur). I tak suka siang ikan sekor2 tapi I suka ikan sekeping2 tu. Dalam pada tu I tetap menjalankan tugas menyiang ikan kegemaran TB. Kalau boleh dia suka ikan kecik sekor2 .. In fact I pun suka juga tapi I tak sanggup nak tarik isi perut ikan .. tak suka .. geli .. busuk .. nak2 kalau ikan cencaru/bawal hitam/tenggiri (bau darahnya komain kuat) ...
.
Masih nak cerita pasal ikan nih tapiii.. ada orang ajak makan kat kedai daun pisang pulak. Isshhh .. bila jus berkarya sedang meleleh2 nih .. kacau aje!

11 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak som,
puas ati i...
dpt nombor satu....
kak som,
sekarang kat pasar ada khidmat menyiang ikan.. jgnlah u bergundah gulana memikiorkan macammna nak siang ikan...
masa lepas nikah, masa semua org nak tewingat nak sain MOU... dlm kepala memasing asyik ingat nak pergi tebing barat palestine jer...
akah..akah..akah...

FaAtip said...

Aikk, macam I jugak? I pun kurang suka siang ikan. Selalunya memang hubby yang tolong. Masa tu cepat2 I ambikkan bekas so that lepas dia basuh, pup terus masuk freezer....hehehehe.....

Queenie said...

Salam Cs,
Ikan masih ada hampun lagi, tp..hayam? yulk, I surrender.... besanya my BT yg mandikan dia lar...

er...Ja pun mengkicapkan daging arini ker? hehehee...

Queenie said...
This comment has been removed by the author.
Kakcik Seroja said...

ehem...

masih dlm golongan Top 5.. tak le malu sangat :)

I pulak skrg ni, my ES bukan setakat ke pasar tu tugas khas dia, tapi balik dari pasar dia akan sambung tugas membersihkan dan mengerat ayam @ ikan @ daging sesuka hatinya.. I cuma masak je.. barulah adil kan? :)

CS.. dah betul eja cendol tu

Anonymous said...

hmmm...kalau kakcik kat ataih ni masih top 5 dan comment deleted tu dikira, maka i kenalah malu sangat.
hubby i tebalik pada you Som, bingka jagung tak suka, jagung dalam cendOI, suka!
Mami i baru call, dia nak masak daging kicap utk i esok. maka betoilah u kata Som part rumah melayu masak lauk ni.
Part siang ikan pulak Som, i tak buleh lari. kena jugak buat. kalau tak nak siang, MALAM! heeheehee...
(lawak bodo hujung minggu dah mai)

CS said...

Salam semua :-)

Akak, I tau kat pasar/supermarket mmg ada khidmat siang ikan tapi untuk orang cerewet macam isteri TB tu, sure ada aje yg tak berkenan. Dari penat2 siang ikan
baiklah buat lawatan ke tebing barat Palestine.. dapat gak pahala, kan?


Fa, you kurang suka tapi kena buat juga kan? hehe .. Nasib baik cik Atip rajin ..


QJ, I masih boleh siang ikan tapi itu bukanlah kerja fevret; sama gak dgn ayam as long as ada pisau tajam (tapi dah lama tak mendukung ayam sekor sbb skrng beli yg sekeping2 aje).


KakCik kalau dpt no. 10 pun masih OK tak malu (lainlah kalau KakCik tak pakai baju hehe). Suami KakCik pun dari kalangan yg terpilih .. bertuah KakCik taw.


Eleena, siang ikan waktu siang takper, jangan kena siang waktu malam.... oooops!! Bila buat bingka pisang/ubi/jagong, I suka makan yg kat tepi2 acuan sbb dia liat/garing tapi makan kek suka yg kat tengah2 sbb lembut.. Ehh, relevant ke dgn tajuk I tadi?? Tak ehhh??

kak ja said...

I ok je bab nak siang atau malam.. I prefer siang-malam drp tersadai kat tebing barat Palestine tu, wpun I tak nafikan pahalanya besaq.. kihkihkih..

Daging masak kicap tu bolehlah dianggap sbg lauk penyelamat dlm umah2 org Melayu di 1Malaya ni.. Org tua boleh makan, bebdk pun ok, sbb tak pedas..

CS said...

Ja, your 1st para. tu bior betul?

Masak kicap mmg lauk AM kita sejak kecik sbb tak pedas. Masak kicap daging, ikan, ayam or telur .. jalan aje selera tak kira siang atau malam, ehem.

Lili said...

Yeay yeay!! Dapat NOMBOR SEPULUH!!!


I kan CS, kalau dah buntu sgt, makan nasi panas panas dengan telur goreng mata...sprinkle kicap sikit...perghhh, sorga bak yu!!!

CS said...

lili, sebenarnya you nombor 7 taw.. (my komen tak kira dlm bilangan, hehe).

Masa buntu dan tak buntu, kalau kita sorang2 boleh aje makan telur mata lombu, tapi caner dgn our better half tu? Diorang kan baby?? haha.. kutuk hb sendiwi.