Friday, 26 February 2010

fusion ..

Salam ...

Sempena Maulidurrasul, afdal lebihkan lagi berselawat, insyaallah ganjarannya 1:10 (ingatan untuk diri sendiri, anak cucu dan kawan2).
.
Since semalam makan 1/2 biji buah pear for dinner maka pepagi lagi dah rasa bagai seminggu tak makan. Sarapan seawal 7 pagi makan leftover nasi beriani daging semalam punya. Kalau ikutkan hati, I suka masak nasi berperisa2 dengan 1-2 lauk aje. Kalau boleh tiap hari nak masak macam tu but can't do, ada pulak nanti wajah2 berkerut sweet sour plum depan mata.

Nasi beriani dimakan dengan lauk beriani daging, papadom (+keropok pemberian Fa) dan coleslaw. Sesuai ke beriani dimakan dengan coleslaw dan keropok? Yaa.. memang sesuai dan sedap, 'fusion' masakan timur dan barat :-)

Oh ya, sebelum sambung bicara, perlulah I jawab satu soalan yang ingin tahu jenama rempah beriani yang I guna. Masa mula2 berjinak masak beriani, I guna rempah Sharifah dari JB. Difahamkan jenama tu hanya dapat di JB dan I hanya yakin dengan rempah yang satu nih aje. Bila ada sesiapa turun/naik JB-KL, sempatlah I minta 'pialang'kan dulu rempah beriani dan rempah laksa Johor. Bila rempah2 Sharifah macam susah nak dapat, barulah I kenyit2 mata kat Shan, Faiza, Adami dan terbaru Adabi (ada juga 1-2 yang lain tapi tak ingat nama). Mana yang lebih sedap? Hmm... *blink2*
.
.
Satu perubahan yang amat ketara sejak I meningkat tua matang, to be exact since I jadi SAHMAW 17 tahun nan lalu (vava..), I am not choosy/cerewet anymore bila beli apa juga barang keperluan. I bangga dengan diri sendiri sebab dapat melawan ketaksuban pada satu2 jenama (tapi I bukan brand conscious ya?). Sejak dulu memang tetap beli dari satu jenama aje tak kira beli kicap, beras, sabun basuh baju/pinggan, ubat gigi etc (tulah, dulu lagi I dah praktikkan everything SATU. Najib aje yang ketinggalaaan, kan kan?).
.
Masa kerja I guna jenama S untuk compact powder dan lipstick (semolek2 warna) tapi lama kelamaan warna yang I suka tetiba phased out, harga semakin mahal, I pulak dah tak kerja, teruslah I muhasabah diwi, apa pekdah guna yang TU sedangkan bila guna yang NI, takdelah rupa I tetiba lebih berkeduts dari sebelumnya yakni masih menawan da bomb, muahahahai. I kena berubah ikut keadaan dan kemampuan diri (ooooh so pathetic bunyinya).
.
Takat cantik cam Fasha pun OK kot? so I belilah yang nih ... agak berkesan menutup kilauan d'wajah.
.
.
Dalam pada tidak lagi taat pada sejenis jenama, ketaatan I tetap pada yang 1 tuu, wahahah .. (statement ala 'kena gigit nyamuk' aje ek?).

6 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak som,
memang dah rejeki i kot... walaupun tika ini i baru cecah punggung di rumah, belum ada orang lain yg bagi komen kat sini....
I nomborlah satu....
Terima kaseh berkongsi maklumat mengenai rempah beriani... i memang sedang memikirkan brand apa yg u selalu pakai....
(U can read my mind...)
Salam Maulidur Rasul dari I...
Sallallah ala Muhammad..
Sallallah alai wasallam...

ain said...

saya pun suka stick pd satu brand aje. baik brg dapur atau pun make-up. payah gak bila kdg2 brand tu dah discontinued ke, abis stock ke. contoh mcm kicap, we all suka kicap manis adabi, bila balik kg mak guna kicap jalen, anak2 saya tak kan makan punyalah!!! teruk!!

Queenie said...

Salam Cs,

I tak kisah apa brand pun, suka try and error heheee....no harm trying kan? - luv QJ.

kak ja said...

I suka brand yg Banjarmasin mari gaaaakkkk!! Aaauuuuwwww!!

Kakcik Seroja said...

Brand?? ooo.. I tak pernah cuba minum pati ayam Brand... hehehe...

CS said...

Salam kepada pengunjung yg dimuliakan.. (cewah)

Akak, nak tulis entry yg ni aje tersekat beberapa kali. Ada aja yg mengacau ketenteraman berkarya, maka lambatlah dicetak. Dah rezeki you 'besar bagai johan' (iklan apa ek? Milo ke susu?) maka tak kira bila I edarkan, you tetap jadi juaWa, wawawa.


Ain, you masih guna jenama yg sama? Why not you cuba jenama2 lain. It is interesting bila kita dapat 'penemuan baru', percayalaaah ..


QJ, betul tu, I setuju (tapi kena tengok juga siapa chef yg memasak tu, kan kan kan?)


Ja, you ada extra brand yg you gunakan tu tak?? Tewingin gak.. gakgakgak...


KakCik... depa kata pati ayam Brand berperisa ayam kampong goweng bewempah. Jom kita cuba jom?? :-)