Friday, 30 April 2010

Bubur, biskut dan patong ...

Bila perlu, kami bertiga akan ke orthodontik/klinik doktor gigi yang sama manakala TB ke klinik lain. Masing2 seolah2 taat pada yang 'satu'. Berjumpa doktor gigi serupa juga seperti nak ke tailor buat baju, mesti ade kepercayaan dan keyakinan untuk nikmati keselesaan.

Duduk di KL tapi sanggup hantar baju ke Alor Setar atau ke Melaka sebab dah selesa dengan showworkmanship tailor tersebut. Harga sepasang baju kurung atau baju kebaya comparatively murah berbanding di KL. Keselesaan melebihi segala w'pun terpaksa bayar tol dan tuang minyak lebih.

Tu juga sebabnya ada orang dah lama menetap di KL masih beli kicap cap A1 di JB balik kekampong halaman atau ketempat yang pernah dia 'jelajah' semata2 yakin citarasanya ada disana ...

My breakfast pagi nih. Leftover bubur semalam. I masak beras 1 pot cenonet tapi hasilnya sungguh lumayan. Bubur nih I bubuh carrot, kentang, celery, lada hitam, stok ayam dan udang kering yang tak dihancurkan. Bubur tu disedapkan lagi dengan simbahan kuah lemak kacang panjang dan kuah kari sesudu dua.

Kalau dicampurkan daun selasih, rasa dan baunya.. whaaahh.. malas nak cakap tapi nak cakap juga .. pasti harum seakan2 bau bubur lambuk.
<
Mana cukup dengan bubur semangkok aje, ya tak? Maka perlulah ditambah kalorinya dengan celup2kan biskut (yang kat atas tu) dalam air neskefe. Celup lama sikit biar kembang supaya I tak perlu kunyah. Ngap, hempap2 dgn lidah terus telan. Ja dengan Akak punya influence cicah2 biskut dah menular kat kita. Acihhh...
<
Petang semalam anak dara CikSom dengan kawan2nya ke Pyramid Mesir hanya untuk makan. Komain lagi, dari SA .. jauh tu! Setiba dikolej dia buat video call saja nak tunjuk patong2 tu "Mi suka yang mana?". YaAllah budak nih pun, pilih ajelah haiii.. Soal negara family Umi dah penat pikirkan, janganlah ditambah dengan satu lagi masalah, T oiii!! (heheh, berdrama seketika).

Dia suka patong yang hidong bulat tapi I suka yang lagi satu. As usual, kita berdua memang berlainan citarasa tapi dia tetap nak tanya. Apakah maknanya tu? Nak manja ke? I thot hal memilih 'mana satu idaman kalbu' dah selesai, rupa2nya masih berbelah bagi. Dah tengah malam, dia hantar mms gambar patong2 tu lagi. Masih kenot decide. Boleh pulak dia kata kat kita "Mi.. susahnya nak pilih.. belum lagi nak pilih *lucky*"<- tukar sket ejaannya ;-)

Oleh kerana setiap room mate dah beli patong tu, mungkin malam tadi diorang tidor dengan nyenyak bertemankan patong; atau tak tidor langsong sementelah masa untuk mengulang kaji dah dihabiskan dengan membelek patong. Hmmm.. pepagi Jemahat ada exam. Belajar tak??

I tak pernah belikan T sebarang patong atau patong bear. Segala yang dia ada semuanya orang hadiahkan. Ndja tu .. bila dia geram dgn model baru Barbie doll, dia akan beli satu untuk diri sendiwi dan satu untuk T. Alhamdulillah sejak T meningkat dewasa, Ndja seolah2 dah bertobat, hehe.

Thursday, 29 April 2010

sesi semi-bisu ...

Ayang n Anjer sedang 'melolong' exercising their lungs. "Kepak dah ada bulu sikit" says Ndja our official photographer from Diskaberi Cenel.
.
Long & Ab. Is gave us a treat at Kayu Nasi Kandar SS2. Maak aai .. it was delicious beyond words! They used extra ordinary Basmathi rice (panjang2 cam maggots, harharhar ..)
.
New shopping mall near SubParade. 'Harus dijelajah dan telah pun dijajah', jahahahaa...
.
Concoctions of several fruits, health drinks from OZ. My rezeki, bought RM5 a cup but was given a cup worth RM11+. Heheh .. tralaalaalaalaaa... (sambil berlari2 anak).
.
.
Yesterday evening I was grilled hidup2 by Dr F, the dentist. After an hour terpelesuk atas kerusi kena ikat injek, kena korek, kena hogah, kena gerudi dan kena jahit, OMG! Alhamdulillah, glad it was all over albeit RMxxx terbang melayang.
.
I am now on baby's food, so to speak. Lucky that I have kekaot left in the fridge since heaven knows when. Lunch would be porridge. Slurrp..slurpp .. using the bigger straw.
.
Note: 25/4 to Empire. 26/4 to SS1,SS2,UH, KayuNK, SP=Boost. 28/4 SJ-SA- SJ-> Petronas-SS14 Clinic-Home-SA-Home-Dentist-Home. 28/4 Ndja's lil birdies

Monday, 26 April 2010

Wish you were here ...

Google: toonpool.com

Dear Ehem ...

Rasa cam smlm aje kita bersanding pakai sepersalinan rona pink panther. Camana you boleh setuju pakai rona pink sedangkan you kan rock? Nasib baik juga you tak buat hal tarik2 rambut retaliate tang rona baju tu. I think pink-pink semua tu influence dari Ndja kot? I pun tak berapa ingat tapi ada kita kisah blaming Ndja for that? Har3, janji kita dah naik pelamin, kaan? But I can't deny, Ndjalah pencetus ilham, penguat semangat dan macam2 lagi.
.
Soalan lewat beberapa dekad .. Apa you rasa masa duk atas pelamin tu? Gugup ke syok sementelah you memang menanti2kan saat tu? Hehe, guwau jer. Like me, I tau you pun tak gemar nak bersanding tapi dah kita nih memang jenis patuh (kekdahnya) maka bersandinglah kita. Kalaulah bersanding tu mmg kehendak Mak you, tentunya dia rasa puas hati dapat tengok kita duduk sedondon atas pelamin. Kalaulah kita engkar, memanglah rasa ralat dan menyesal seumur hidup kita kan Ling?.
.
Dah lama I nak tanya you samting. Nape you kurang nak senyom masa duk atas pelamin tu? Nak maintain macho or you perasan senyuman you kurang manis dlm keadaan tertekan? Tu juga sebabnya I tak sker nak prem gambar kawin kita. On the other hand bagus gak you serius2 cam tu, serius dlm senyuman (so that owang tak kata "komain kerang busuk lagi dia mentang2 dapat bini cute, comel, sopan lagi santun)".
.
I masih simpan baju bersanding kita. I think I better take a look ntah2 dah berlubang dikernaikan dek ulat baju. Kalau masih elok bolehlah T pakai buat bergambar. I boleh agak her reaction. T sure menjerit terpekik terlolong bila dia tak muat pakai baju tu. Ripley's Believe it or not .. alhamdulillah ada gak proof yang seketika dulu I memanglah runcing, lanky, slim, kenit lagi cenonit.
.
Pagi tadi masa I bitau you that my fren dah lose weight dari 70kg ke 55kg, you tanya camana I boleh put on weight? Camana you kata? Alahai you.. Bukan ke masa budak2 membesar I rajin memasak macam2? Dah I masak, takkan I tak makan. Lagi pun dah gene we all cam tu. Kembang mekar sekembang munger Kekwa Cina. Oh well, takkan now I dah gebu maka kurang pulak rasa kecintaan you kat I? mueheheh .. I tau you tak sanggup dengar bila I mula merepek2 cam nih. I tau pada pandangan you I masih seperti dulu, kan? haha .. let us be in denial together, yeayyy!!
.
Camana kita boleh ngam sedangkan banyak perbezaan antara kita? You ular, I monyet. You dacing, I ketam (sepit you kang). You extrovert, I introvert. You suka bubur kacang, I suka pengat. You suka roti keras, I suka yang lembut. You tak suka makan kat tempat posh, tapi I sukaaaaa *sigh*. You pening bila lauk banyak, I plak sukerr (janji bukan I yg masak). You suka electrical gadgets, I suka remote control aje. You suka lauk ringkas, I suka yang meriah, you suka ikan kecik, I suka ikan besau ... tapi bila you suka membaca, I pun sukaaaa (termasuklah suka baca blog orang; gate crash masuk ikut dapur, ikut tingkap dan ikut bumbung).
.
Banyak lagi perbezaan antara kita tapi kita tutup sebelah mata ajelah eh?? Janji you masih setia dengan cinta kita! Hadoiii .. menggeletarr I tulis statement tu taw. Berpeluh jari jemariku. Janji you sayang I dan anak2 lebih sikit dari you sayang kucing2 kat luar sana tu. Janji you bertanggung jawab dan foreva pemurah. Janji you bersabar dengan kerenah kitorang. Janji you harus lebih kuat dari kita bertiga part dalaman tu cos we really need you for the strength. I paham you manusia biasa tapi tulah tu .. I nih cepat goyah, cepat panik, cepat runsing, cepat tu, cepat nih. Semuanya cepat .. cuma satu dua aje yang tak cepat, shhhhh....
.
You ingat tak 2-3 hari lepas I berteriak dari dapur, I tanya "kita ada love letters tak?". Masa tu you tengah baca sokabar. You teruslah senyom simpul2 janggut kambing dan meniup ciuman kat I? Sib baek I tengah masak masa tu, selamat I, heheh. Yaa.. you kata kita mana ada surat cinta tapi kalau I nak, you boleh beri I surat tulis Iluvyou banyak2. Hehe, tak ingin I.
.
Memang kita takde love letters pun tapi kalaulah I nih jenis cintan cintun, mau gak you layan I sesama bercintan, ya tak? Tapikan tapi .. adalah juga dalam surat menyurat kita yang tak seberapa tu, tersisip juga kata2 indah yang I anggap sungguh romantika d'amour.. You ingat tak?
.
Masa you kat KL, I bercuti kat JB sebab jaga Mak I sakit. I tak cuak pun bila posman datang hantar surat dari you. Kalau Bak ada niat nak confiscate surat tu, silakan gua tadak gentarr, kekdahnya. You pun mmg tak tulis kata2 cinta penuh puitis! Dan Bak pun takkan kacau apa juga jenis surat yang I dapat. You nak tau tak apanya yang you tulis buat I romantika d'amour tu? Mesti you dah penat dengar I asyik tanya soalan yang sama dari tadi, wheehehe..
.
Masa I kat JB tu, memanglah I tak boleh lupa satu hal. Sori I melencung kejap. Bila I dapat surat dari you, Ndja pun expected to get hers tapi tak dapat2. Bila ingat2 balik, I rasa nak aje I lempang muka siFolan yang buat Ndja makan hati berulam jantong. Kalau makan rendang hati atau jantung pisang cicah sambal asam, ada makna juga. Ekceli geram I tak habis lagi, sorilah. How dare dia buat Ndja cam tu? Dah jatuh ditimpa tangga, Mak I pulak meninggal masa tu. Imagine Ndja camana? She was there physically but her soul was somewhere out there in the air ..
.
Yes, memang bukan jodoh Ndja dan dia pun dah maafkan siFolan tu. Mungkin cara Allah nak selamatkan Ndja, kita tak tau. Kot2 bila dapat suami dah bergelar jutawan akan lebih menyakitkan hatinya lagi, wallahualam. Apa pun, hajat I nak melempang siFolan tu stays tapi kalau you larang, benarkan I sepit aje dia tu *tooooot*.
.
I nak tulis lebih panjang lagi tapi terpaksa berhenti. Semalam I terlebih kunyah sotong nasi kandar, tetiba gusi I rasa denyut2 pulak. Now I kenot konsentret meluahkan isi hati. I sambung tahun depan ajelah heh? Insyaallah umur kita panjang dah tentu I akan kacau you lagi... kacau dalam persuratan bukan kacau fi zi kal li okay? Ishhh you nihhh.. malu kat bebudak taw ;-)
.
Since you dah lupa apa you tulis yang buat I gila bayang terkesima, now I bitau you. Ekceli takde apa pun, you jangan perahsantan lebih2 tau, you cuma tulis "wish you were here", simple and sweet. Auwww.. memang sweet!
.
happy anniversary to us

Sunday, 25 April 2010

Chirpy chirpy cheep cheep ....

Bila Teh beritau (over the phone) ada sekor burung buat sarang dan bertelur dua biji dicelah2 pokok berpasu (just depan pintu sliding), I pulak yang terlebih excitednya w'pun baru telur burung aje pun..

"Tak taulah burung apa, telur dia warna coklat2" Teh beritau bila I tanyakan species burung dan warna telur tu. Apa signifikannya I perlu tau tu semua dan tanya soalan cam tu pada Teh as if dia pernah jadi Ranger perhilitan? Hehe, saja suka2 nak tau, kot2 telur burung puyuh ke, bolehlah I ngecek :-)

Sebenarnya dari dulu lagi, I marvel dengan rupa telur burung yang comel lagi berbintik2 tu. Bila Mak masak sambal tumis udang bubuh telur burung sekali, I dah mula seronok dengan lauk tu. Bila sedang tekun makan, I tak pandang belakang lagi dah. Pastu atas saranan Bak, Mak bubuh telur burung dalam lauk beriani maka bertambahlah seronoknya I (kalau tadi tak pandang belakang, kali nih tak pandang mana2 pun sebab Bak kata masa makan kena konsentret kat makanan, so wajiblah pandang makanan aje).

Katanya telur burung banyak ko les te rol? Ko apa? Ko-les. Les apa? Les-ter. Ter apa? Ter-OK <- bunyinya bukan 'terok' ya? Ter OK (mcm tak sengaja nak OK). Hehe, sajalah nak me ra pu. Me apa? Me-ra. Ra apa? Ra-pu. Pu apa? Puakakakakaaa.... <- QJ n Ja gelak cam tu..

Masa kecik2 dulu bila makan telur burung ralit aje kitorang membelek "ehhh, comelnya, kuning dia keciknyaa". Pernahlah out of curiosity, kitorang (partners in crime) memandai pecahkan telur burung saja nak tengok kuningnya. Ishh.. gewam!

Dah lama I tak beli telur burung puyuh kerana beberapa sebab. 1stly sebab TB tak suka (jaga kesihatan kekdahnya); 2ndly n 3rdly, biarlah I sorang jer yang tau; kalau I dedahkan asbabnya kang, surely I dikecam hebat oleh pencinta telur buWung.

Siang tadi kami adik beradik berkumpul kat rumah Teh; sama2 pergi melawat kawan lama (family friend) yang kematian isteri akibat barah.

Kalau dah jejak kaki ke rumah Teh mana boleh jejak 5-6 minit. Pulak2 tu Ndja ada (dari Sban dia singgah SJ cekut I sekali). Abang2 dah melawat dulu, diorang hantar jenazah hingga kekubur. Teh, Ndja dan adik Ndja (ehem) pergi kemudian. Charlie's Angels nih betul2 mak andeh.. Dari SS1 ke SS5 Kelana Jaya boleh sesat. Tulah, kononnya dekat tak mintak alamat betul2.

Pusing2 cari rumah like forever! Cari landmark FAM, sekolah, kedai mamak, bas sekolah .. ishhh, macam2. Teh dah mula fuming, fone abang 3-4x tanyakan arah namun tak jumpa2 juga hinggakan tersasul bila dia sebut 'wisma FAM' jadi 'wiithmafuhfuhfam'.

I dengan Ndja kenot tahan gelak tapi gelakan kitorang guna silencer (katop molot takut Teh marrah); memang tak kedengaran langsong tau2 dah keluar airmata.

Nasib baik kejap aje kepulan asap Teh maka dia pun join sekali "muahahaha + kiah3 + kih3 + kah3 + har3" <- semua jenis gelak bersatu padu. Astarghfirullah ..

Pic taken by Ndja on April 17, 2010

- Ayang dan Anjer -

O Ma .. O Pa.. kita laparrr...

Rezeki I dapat tengok anak burung yang baru menetas. SeWonoknya dan betapa jakunnya kitorang, masing2 terkedek2 capai HP, klik klik, klak klak. Belum lagi tengok anak burung hantu tuu .. Woooo... harus talipon tv9 gamaknya.
.
Bila nampak ibu burung datang nak beri makan kat Ayang n Anjer, I angkat tangan sebelah sambil berteriak "kejap ehhh mak burung .. kitorang ambik gambar kejap".
.
Dah kesukaan gelak hilai tadi namun Teh tetap sedih .. 25 April kebetulan hari jadi aruah suaminya. Semoga Abg Rahim tenteram disana, amin.
.
... dan 26 April adalah hari paling signifikan untuk penulis Al-Kisah ;-) Apa pun, timakasih timakasih .. heheh.

Saturday, 24 April 2010

Kisah lama maklum Al-kisah ..

Dah berapa banyak karya yang I hempukkan kedada draft just because I couldn't find the right words, the right mood and the right dono what.

Al-kisah .. kalaulah dulu I ada lebih sifat sabar tu, mungkin by now I dah ...... ?

Satu ketika dulu masa semangat berkobar2 dan wajah masih muda <-perlu ke I beritau?, I pun enrol myself dalam kelas menulis jarak jauh. Dah jarak jauh (waima selangkah tambak Johor), for sure gurunya pun invisible takde depan mata. I terlepas pandang hal nih .. (ngok seketika); walhal I tak suka belajar tanpa guru disisi, nanti I kenot perform well, you know.

Berbeza belajar zaman pakai uniform pinafore 'terkois', memang confirm tak kecik ati kalau guru tak masuk kelas, nak nak hari tu ada test tetiba dia tak datang, ameen; nak nak kerja rumah lum habis dibuat, ada masa boleh 'kopi' buku kawan lagi (Mathslah tu, khan?); dan nak nak .. Nek Nak, har3.

Adaa, memang ada guru yang bermekap kalah NekNak and last but not least, nak nak guru yang tak masuk kelas memang bukan fevret atas ciri2 baju depa ala sengketa (read: tak match), pakai selipar seret (mentang2lah dia preg), pakai 'shift' hemnya dah terkapai2; dan aduhai.. boleh dia datang sekolah pakai baju yang dah turun temurun warnanya? Kementerian Pelajaran patut peka hal2 remeh cam nih; nescaya diorang dapat tau jawapannya mengapa prestasi pembelajaran murid2 kurang menyerlah... (serious!)

Girls will always be girls (gwabg), umur sekitar 13-15, gitulah ferangainya kot, diorang very observant tentang 'benda cantik dan benda2 yang boleh naikkan minat' tapi tak berapa observant (hic!) camana Mr Cheah boleh selesaikan masalah Algebra/Geometry sekelip mata sepetnya! 'Gwabg' juga telus dengan pendapat masing2, terlampau telus kadang2 nak aje suapkan 5-6 bijik cili padi kat mulut diorang. Huh?? 5-6 tak cukup? OK then, kita sumbat 10!

I teringat kata2 keji anak my kazen bila dia sarankan pada abahnya "mak tak lawa, abah kawin lain laa". Orang gelakkan aje, maklum yang berkata tu kurang aqal. Ada ke dia kata my kazen tak lawa?? Cubit pipi kanan, pipi kiri terasa juga taw. Orang serupa kitorang Yoko Ono tak lawa ke?? (btw, tulah nama jolokan we all beri kat my kazen, heheh). Kalau tak lawa masakan anak Uncle Lennon tu giler kat pempuan yang lebih berumur dari diaaa ................... kan?

Why Yoko? Jap eh, I sms my adik why my abang2 nicknamed our kazen such. Jaap eh..
Alahai, dah 10 minit tunggu, senyap aje dia. Abaikan ..

inhale ... exhale ...

Berbalik pada cerita perenggan pertama. Sebelum sesi belajar jarak jauh bermula, I wajib jawab Q'naire yang disediakan. Salah satu soalan "kenapa I minat nak belajar menulis". I pun jawab penuh yakin, wangi berbunga2 "I would like to manage my thoughts well". Cewah, tak cukup wangi ke tu? Tapi tulah .. tak sempat mentari pancar sampai ke petang, tup2 hujan ditengahari.

I hilang minat sebab macam2 soalan lari lintang pukang kat minda. Maybe cara tu tak sesuai untuk I yang mindanya kerap menerjah kehulu kehilir, kelaut kesungai. Minda bergerak cergas melulu dengan pertanyaan ntah ya ntah tidak .. lagi banyak I baca module2 yang diberi, lagilah berserabut I dibuatnya. Tulah padahnya orang tak sabar! Or maybe I was intimidated?

Pelajar dibenarkan contact guru yang bertugas menerusi e-mail - tapi I tak sabar. Cara tu pada I masih lembab! I boleh juga contact menerusi telefon tapi tak bijaklah, sedangkan belajar cara tu tujuannya untuk jimatkan kos (ehh, bijak pulak I ek?). Kang tak pasal2 TB jadi naga Braveheart asyiklah hembus bola2 api sebab bil naik mencanaq2. So I gave up with much regret. Fees yang dibayar in advance terbakar cam tu aje.

I bayar dengan duit sendiwi, duit dari titik peluh kurang masin semasa bekerja so I taklah berasa bersalah sangat namun shhhhh... TB tak perlu tau akan hal nih. OK kan? I tak berdosa merahsiakan perkara cam nih kan? ................. Taak, kan??

Pagi nih I had soto for breakfast, leftover dinner semalam. W'pun smlm tersangatlah bizi dan penat mengukur jalan, I kuatkan semangat menonong ke dapur (of coz the soto base yang instant ya puan2..).
.
Apsal surut aje kuahnya?
.
Goreng begedil after 12 midnite
.

Minggu lepas kononnya BR kat belakang rumah dah bungkus tikar tapi rupa2nya diorang tutup kejap for renovation. BR nih satu2nya kedai yang lama bertahan di Tepan tu. Since kedai tu baru jer diubah suai, maka haruslah cik T buat lawatan resmi! Tulah tu .. satu untuk dia, satu lagi untuk drebar terhormat aka sipenaja. (Wpun blur) peratikan logo BR tu.. B=3, R=1 = 31 flavours kaedahnya! <- Psst Akak, I eja dgn sempurna tuu..

Hal camana my kazen dapat jolokan Yoko Ono, haa.. baru dapat jawapan sms dari adik I "tak ingat! kena search google". Hmmph.. bertuah punya adik.

Wednesday, 21 April 2010

PancakePikeletsCrumpets n anyam ketupat...

Pagi Rabu nih terasa macam nak 'anyam ketupat' pulak, boleh tak? I memang tak reti nak simpul2kan daun kelapa tu, tapi takat tarik2, tegang2kan daun yang siap jadi sampul ketupat, anytime boleh. Nak isikan berasnya sekali pun boleh juga tapi kena tahanlah telinga tu sebab I akan keep on tanya "cukup cam nih? tambah lagi? dah ehh??".
.
Lupakan pasal anyam ketupat, pagi nih seperti semalam I ada rajin sikit. I beli pisang meant to make pengat tapi I 'belai-belai' hinggalah kulitnya bertukar rona. Untuk tidak mensia2kan resolusi tahun 2010 iaitu menjadi lebih rajin dari tahun sebelumnya, maka nasib pisang tu pun terbela .. kulitnya dikupas (pegang dengan 2 jari aje sebab imaginasi sedang buas berlari2, owwhhh menci!!), dilenyek, diadun dan dibakar. Buat lempeng tapi bentuknya? hehe, ada I kesah??? Ehh, kalau mak mentua ada, I kesah gak :-)

Lempeng pisang (yg kiri tu terlebih 'koko')


Instant one, heheh...

Selain pancake atau crepes yang serupa lempeng, pikelets dan crumpets juga menjadi kesukaan omputih dan orang tak berapa putih diwaktu pagi. Bahan asas untuk kesemuanya tu ialah susu, telur, gula dan tepung naik sendiwi (yes, naik sendiwi takde problem sakit lutut macam I, naik tangga pun berpaut kat railing, har3).
.
Gambar ditampal khas untuk mereka yang tak kuasa berimaginasi sampai tak tidor malam cuba bayangkan apalah ghupernya sipikelet dan sikrampet tu, hehe..


Pikelets

Crumpets

Oh yaaaa, tadi I kata naaaaak shhhh.. anyam ketupat, khan?? Apparently bila dah asyik bercakap pasal makanan, dengan rela hati niat tu diluputkan dari ingatan tapikan tapiii ... thot thot <- bunyi sengau dari hp ada incoming sms kekdahnya (yang berbunyi) ...
.
?: You dapat apa dari dot3? <- nama negara siFolan baru lawati
I: xtaulah kalau dapat apa2 sbb I xtanya dan xde sape bitau apa2 pun. Kalau dapat pun, mahap cakap, I tak hingin!
.
Apakah kesudahan sms tersebut? Cewah ...

Monday, 19 April 2010

Hari nih ...

..... takde Monday blues tapi mood sejajar dengan ledakan gunung berapi kat Iceland tu cumanya I cuba maintain sedaya upaya agar ledakan dari gunung berapi versi CikSom remains dormant.

Al-kisah... (tetiba tukar mood) Iceland adalah sebahagian dari negara Scandinavia dimana penduduknya ramai berasal dari Norway (tepatkah fakta nih wahai Miss Lulu?). Bangsa Iceland dipanggil Icelanders. Mereka guna bahasa Icelandic but since Scandinavia terdiri dari beberapa buah negara maka mereka guna berbagai bahasa - English, Norwegian, German, French, German dan Swedish <- Kenapa I type 'German' 2 kali? Yaaa, memang sengaja tinggalkan 'Danish' sebab I masih dendam kesumat dengan Danish yang sorang tu. Ehh, make it 2lah, his wife as well. Having said that, tak pulak I tak suka Danish pastries sebab ia adalah 2 perkara berbeza, khan? :-)

I agak, orang2 Iceland semuanya mesti terer bab eja mengeja. Senang ke - w'pun tak mustahil - nak ingat ejaan cam nih -> Eyjafjallajokull. Ey-jaf-jalla-jo-kull. Bab nak menyebut dan maknanya maybe Miss Lulu of Norway boleh tolong. "Tanpa charges ok? tq" .


Soon selepas subuh, in fact ayam jantan lum puas berkokok lagi, I dah memproduktifkan diri. Apa hal dengan kipas2 nih ehh? Lagi ligat dia berpusing, lagi banyak habuk dia sapu. Mulanya nak vacuum aje kipas berdiri tu tapi tak boleh jadi, terpaksa buraikan juga. Let's have a good scrub, kekdahnya! Sebiji lagi kipas berdiri baru jer dihantar repair sebab dah terbatuk2. Fuh! nasib baik.

Done with that standing fan, I vacuum ceiling fan pulak. Yang nih seksa sket; kalau Santi ada, dia sure panjat tangga dan terus lap. I tak yakin tangga tu sanggup menampung sesuatu yang beratnya OMG berkilo2 *uhuk2* maka I ambik jalan selamat, guna vacuum aje. Sengal babe leher jinjang I nih duk mendongak tadi. Kalau lebih seminit dua mendongak, peluang untuk genjatan kuali dan periuk memang sah terbuka luas *scheming*.


Ishh, ishh, ishhh I vangga okay? Just b4 8am, dengan segala kerajinan dan kegigihan, sepinggan pancake siap dimasak. Sebenarnya taklah rajin mana tapi kesian kat T; tu untuk alas perutnya sebelum I hantar dia balik ke SA. Budak tu plak komain .. dia tanya ada honey tak? I kata dah habis. Mulalah dia whining .. tak suka makan pancake dengan 'phutter' n jem tapi kalau ada maple sirap best juga. Yalah, nanti Umi tanam pokok maple belakang rumah siap install kepala paip sekali, ok sayang gunung payung intan berlian Umi? <- heheh, tak cakap cam tu pun. End up dia makan pancake bujang aje.

Gebunya tangan!

Saja nak tayang kecederaan tapi bukan nak menagih simpati k? Belum sempat kulit tu kering, I dah mula menggaru walhal rasa gatal bukan dari luka tu pun. Alamak!! sure berbekas nanti, cacatlah I cam nih. :-)


Bila I merayap kat blog Inahar, terkesimalah pulak dengan lauk ayam yang dia masak. Tengok pada ramuannya alahai ez pz .. kejam mata pun boleh buat *riak*. Dia pun kata mudah so takdelah I riak, kan? Gambar lauk yang beliau tampal sungguh menyelerakan, tapi apsal I punya kureng?? OK, I mengaku I dah berlaku curang sebab tak guna kicap pekat but taste wise, bolehlah dipuji (masakan I itew). Masakan nih tak guna bawang pawang pun; atau I terlepas pandang?

Since TB tak suka ayam masak kicap, I kenalah bitau dia serba sikit tentang masakan tu. Yang penting dia mesti tau tu bukan ayam masak kicap per se w'pun guna kicap. Nama lauk ialah Ayam ala Kassim (Selamat? Masdor?); repeat .. a..yam.. a..la..kas..simm!

Coincidentally I pernah masak mee Pak Kassim dan pernah uar2kan dalam Al-Kisah. Siapa tak ingat?? Ehh, ramai yang tak ingat rupanya.. huhuhu .. nak nangishlah (I takde peminat setia rupanya, huaaaa)..

Thursday, 15 April 2010

Ruam, garpu, ubat dan H1N1 vac. ...

Bukan nak blame cuaca tapi sejak lain macam punya panas siang dan malam, I dah jadi macam baby dah nih. Terdapat ruam2 yang amat gatalz kat sini, sana, situ dan kat bawah nih, nampak tak? Alaah, kat bawah siku nih haa..

Takat menggaru leher, lengan dan bahgian yang tercapai dek akal jari memang piece of cakelah tapi bila bahgian belakang badan yang gatal, tangan nih dah memang tak sampai lagi dah, almaklum. Kalau sampai pun takat cuit2 aje. I tak macam apek-sokabar-lama suka simpan kuku panjang kat jari kelingking dan ibu jari; so where got meaning and satisfaction menggaru tanpa kuku, khan??

kesian garpu nih

Pernah beli 2 alat penggaru, kayu dan plastik. Satu dah patah dan satu lagi MIA. Malaslah nak carik2 dan dah tak kuasa nak beli2 lagi sebab I dah dapat penggantinya, yeayyy!! Sikit masa dulu I guna garpu stainless steel (SS), memang jamin tak berkarat kononnya atas sebab kesihatan, kah3. Yalah kan, tak pasal2 kang kena tetanus siapa yang susah? I dan kelorga I juga yang susaaah. Garpu tu khas untuk menggaru jer taw (percayalah), memang tak diguna untuk memintal2 spaghetti atau diguna untuk aturcara lain (sekali lagi, percayalah).

Dah lama guna garpu SS barulah perasan, oleh kerana intensity menggaru ada kalanya tak ingat dunia hence ada kala mencalar balarkan kulit yang sawo matang nih, maka dari garpu SS I beralih arah kegarpu plastik pulak. Kalau tergaru kuat, garpu aje yang patah pun! No worries there sebab stok garpu plastik masih banyak dari lebihan acara makan2 dulu, heheh.


Dalam 3-4 hari nih I dah bertukar nama. I am now Florence Nightingale! Jadi misi pada sibujang senang yang sedang gering. Kalau dah demam, jadilah dia anak yang tersangat mendengar kata (read: tak keluar rumah, tak ngadap laptop, baik aje tidor macam anak kucing). Bila demam dah OK, selera pun turut OK sket, tu yang tetiba kemaruk nak makan benda-alah kat atas tu.

Haighhh... anak punya pasal terpaksa juga keluar w'pun dah almost 12 midnite. Nak jimat 3 ringgit delivery service kekdahnya. Apple pie tu untuk I, tetiba teringin ..

Paginya I keklinik dengan bujang senang untuk dapatkan result blood test yang dibuat pada hari sebelumnya. Alhamdullillah negatif denggi. Pada hari sebelumnya, punyalah lama menunggu baru dapat jumpa doktor. Oleh kerana suhu demam dah naik mencanak2, doktor cadangkan masukkan ubat ke dot3 aje. Si bujang senang mintak disuntik aje but doktor knows best kan?

I sempat juga ambik vaccination H1N1 atas cadangan doktor yang bercakap sungguh lembut tapi pada mulanya I macam decline aje "takperlah doktor lain kali boleh?". Doktor cadangkan aje tapi sibujang senang mendesak I ambik vaccination tu. Mudah2an dengan izinNya, wabak tu dapat dikawal, amin.

Tugasan Florence Nightingale masih belum selesai sebab masih memantau ubat2 yang perlu dimakan ikut jadual yang ditentukan. Ada ubat kena makan sekali aje, ada yang kena makan waktu pagi dan waktu malam sebelum tidor ... ada pulak yang ...

Alhamdulillah misi pencen nih masih boleh diharapkan .. Lagipun I memang berangan jadi misi penuh dedikasi masa zaman Ben Casey dan Dr Kildare dulu tapi nih rahsia okay? Jangan bitau sesiapa!

Tuesday, 13 April 2010

Cuaca oh cuaca ... ayam oh ayam ..

Dah 3 hari I tak berkarya. Ishhh ... camana nih? Sejak beberapa hal hiba berlaku, mood nak blabber panjang lebar agak kurang. Tapi ada sesaper kisah? Adaaa... memang ada ..

Editor Al-kisah yang memang kisah dah mula bising dah tu. Ada ke dia tanya "paham tak makna hangat2 taik ayam?". Well .. nak jawab dengan tulus atau nak jawab al-bengkok2 sikit wahai Editor?

Dear Editor Al-kisah, masa my aunty bela ayam yang kurang dari 10 ekor dulu, tak pernah pulak ada kejadian ayam mintak kita tadahkan tangan bila depa nak BAB; so I memang tak taulah samada hangat atau suam. But one thing for sure I memang tau telur ayam yang baru 'keluar dari kilang' ibunya memanglah hangat al-suam.

Camana I tau telor tu hangat? Sejurus telor ayam tergolek dari 'you-know-where', I cepat2 sambut, kekdahnya menyambut bayi gitu, haha.. (btw, telor tu bukan aje hangat tapi kulitnya 'lembut'). Kalau tak kerana Chik melayan kerenah I, takdelah I alami pengalaman berharga cam tu. Sekarang nih kalau orang suruh buat benda yang sama, jawabnya "terima kasih bebanyak" (read: 20% OCD so paham2 ajelah).

Ayam bertelur riuh sekampong memang ada makna tersirat tapi kenapa mesti riuh2 ek? Tak boleh diam2 dan senyap2 ke? Mak n Chik punya explanation senang aje "dia bitau dia dah bertelurlah tu". Penjelasan yang sangat boleh diterima aqal, straight to the point! No Qs asked.

Seperti kucing, ayam pun ada jenis2nya juga. Ada jenis mendengar kata dan ada jenis tak dengar kata, siibu ayam contohnya. Bila kita tau dia nak bertelur, kita sediakan kotak molek2 biar dia fokus menjalankan tugas, haha. Tapikan tapi ada ayam tu kisah? .. ada juga yang melawan arus. Ada yang bertelor sambil berdiri atas dahan, ada yang bertelor atas palang diantara bumbung dan apa ntah, ada yang bertelur dalam parit, dalam semak dan juga dalam esbok <- tak percaya ke? Habis tu, camana ada telur ayam dalam esbok? ;-)
.
Berbalik pada soalan cynical Editor Al-kisah tadi tu .. ekceli hangat2 taik ayam takde kena mengena dengan cara I berkarya. Sejak 2 minggu lepas, keadaan sekeliling sangat mempengaruhi my estrogen dan progesterone; ditambah pulak dengan cuaca yang amat menduga kesabaran. Apa pun keadaan, mestilah sentiasa bersyukur, kan?
.
Alhamdulillah masih ada tempat berlindung dari panas, hujan, kilat serta petir; masih duduk dalam rumah yang selesalah jugak ada kipas, ada esbok, ada air batu boleh buat sirap bandung dan ada gak aircon (w'pun dah wosak, huahua). Syukur I tak berada ditengah2 padang pasir Gobi dan Sahara atau berada di Sudan atau Somalia yang .... oh! tak sanggup nak cerita.
.
Takde pulak I mintak salji salju turun kat SJ nih tapi I nak request sebijik aircon berkuasa kuda hitam, boleh tak? Berapa watt agaknya cukup? Berapa2 pun boleh asalkan equivalent dgn kuasa kuda hitam. Alahai bestnya... cam oredi terasa2 kedinginannya!!!
.
Disebabkan cuaca yang amat hangat pada sebelah malam, lama dah I tak menggayakan kaftan dirumah. Pakai baju biaser2 aje yang mampu menyerap peluh lebih dialu2kan hinggakan terpakai juga t-shirts yang keliling lehernya has seen better days.. ngeh3.

P/S: Khas untuk Penaja: Samada sedekahkan aircon berkuasa kuda hitam atau biarkan aje I pakai those tattered t-shirts. Lagi pun pakai masa nak tidor aje pun, bukan orang nampak, khaan? Tapi timakasihlah sebab belanja breakfast semalam dan pagi tadi. Alhamdulillah.... besok, lusa, tulat buat lagi ehhh??

Friday, 9 April 2010

Ubi vs durian .. (apa2lah kan?)

Semacam punya tension bila tengok plastik tu kat hujung dapur. Dah 2-3 hari dia bermastautin kat situ ...


Dalam plastik tu ada beberapa kilo ubi kayu dibawa balik dari ofis. W'pun ofis dia ada kena mengena dengan copper, tak pastilah pulak kenapa dia tak bawak balik ubi copper, haha .. lawak dipagi Jemahat ;-)

I dah game nak hantar seplastik ke rumah Teh, misi 'cuci tangan' kekdahnya. Kalau ubi kayu tu kesana, tentu meriah jadinya. Sure ada ubi goreng, pengat, lepat dan wangi2 mesti ada bingka ubi yang guna solely and whole-heartedly gula Melaka. I sker bingka ubi rona gelap gulita, tak sker rona kuning2 tu. Bila makan kek, I sker bahgian tengah sebab lembut whereas untuk segala jenis bingka, I sker bahgian tepi loyang .. garing2 liut ..

Sebaik aje misi cuci tangan dirancang, macam tau2 aje dia baca hati kita "bila you nak rebus ubi tu?". Aduh! I ke yang kena buat? Alaaa... "you tak tau ke I geli nak pegang ubi?". Sambil mengadap sokabar dan seketika menoleh kearah I "tak tau ... kenapa?". Ehh, apsal dia tak tau pulak? Bukankah tiada rahsia diantara kita? Har3 .. ATAU memang I tak pernah bitau dia bahawasanya I geli nak pegang 'hasil tanah' with my bare hands. Mengada2 aje kan? But that's a fact!

Yalah, memang I tak pernah bitau dia pun! Boleh dikira berapa kali I beli ubi kayu sepanjang hayat berumah tangga. No doubt banyak kali dah I beli hasil tanah yang bulat2 ditanam dalam tanah eg kentang, keladi, sengkuang dan keledek. Bila perlu I beli benda2 tu, if only people notice how I cringe masa memilih benda2 tu semua .. pilih tu pun guna 2 atau 3 jari aje pastu carik air.

Masa I kecik2 dulu, kerja dapur yang tidak dalam carta teratas ialah 'pilih beras'. Well, it was more buang padi, buang kutu atau apa yang bukan bersifat beras .. tapi bila terserempak dengan ulat .. whuhuhuh, menciii!!! Mak used to say "bila kawin nanti cam mana?". Masa kecik2 cam tu, mana sker dengar bab2 kawin, kan? So, sianak yang kian bijak menjawab "kita suruhlah dia buat". Tulah Mak, anak Mak 'bijak menjawab' sebab tiap pagi Mak paksa kasi makan telur setengah masak, kekaot dan PAKSA minum ovaltine, yuukkhh!

Setiap soalan harus ada jawapan. Berbalik pada soklan TB tadi "tak tau .. kenapa?". Dengan ikhlas dan jujur (mengharapkan simpati) I pun kata "sebab I geli dengan tikus .. rupa ubi tu hitam2lah". Kata2 simpati yang diharapkan tapikan tapi ...


Mau ke TB offer his kudrat? Heheh .. no way jose sebab dia tau I beri alasan aje tu (sumpah tak), dia tau I kuat semangat (memanglah but..), dia tau I boleh diharap (lain hal yes but not this) dan dia tau I boleh kendalikan sendiri (lupalah tu or tak percaya that I have 20% OCD).

TB will happily offer his kudrat bab kopek mengopek durian sebab dia tau I ngada2 nak manja, saja bitau dia 'Bak I takde kebun durian' maknanya I memang tak didedahkan dengan skill mengopek. Lagi pun mana ada mak ayah yang sanggup tengok anak dia cedera terkena durian yang memang sah berduwi2 tu, kan? Let alone membenarkan anak manja dia pegang parang, kapak, atau pisau hanya nak makan durian kucing yang sedang tidor (cam kat atas tu).

Alaaaaaahaaai, masa tengah sedap menaip nihlah dia confirm nak balik rumah. Siapa lagi yang suka balik rumah setiap hujung minggu? Mestilah Puteri Hang Za Li, isssh budak tu. I belum mandi lagi dan dia macam tau2 aje "Umi pakailah lawa2 sikit ehhh? Karang nak singgah SACC Mall nak beli track shoes".

OKlah .. nak mandi air hujan kejap (w'pun diluar tu panas teriq), tapiiiiiiiiiiiii, nih yang malas nih .. kena gosok baju, kena gosok tudung dulu... *sigh* Apsal 'bibik' tak gosokkan baju Mem? Nape? Malas ehh?

Monday, 5 April 2010

Terpandang siDia, ah ah ah ..


minuman penenang

Dalam sehari tak sah kalau tak singgah ke kiosk minyak bukan nak penuhkan tank tapi semata2 nak beli 'jajan'. Ada kalanya juga kerana nak bermesra dengan Kawan-ku yang kerap sangat OOS. Pagi tadi sebelum bertolak ke SA, T dah sebut2 nak beli aiskrim. Aiskrim kiosk A dah 'oos', kiosk B tak jual jenis yang dia nak dan nasib baik kiosk C molek2 aje dapat satu, last stock. Kalau tak, mau I melilau satu SJ (kesian.., anak punya pasal, kan?).

Terlanjur ke kiosk C bolehlah bayar bil kat cik Bibah (nama sebenar) yang bukak kaunter posto kat situ tapi dia cuti pulak. Terpandang kuah rojak/pecal kat kaunter jual kueh-mueh, so haruslah diangkut satu ...

J gua terus meluncur membelah angin dan awan... Ehh.. dah pukul 10 pagi masih boleh nampak bulan nun diangkasaraya? "Umi tak takut ke nampak bulan pagi2?". SiUmi yang ala2 bijak bistari menjawab "yalaaa .. agaknya ada tempat2 yang baru tukar musim; waktu siang diorang lebih panjang". Harharhar ... nasib awaklah wahai anak, emak awak hentam keromo aje tu tapikan tapi dia tak remain ignorant, rajin juga cari info disini.

Macam biasa parting ritual with hugs n kisses (ie lepas T selesai 4x ulang alik kebilik hantar barang2), but lately ada satu lagi statement yang buat I terharu "maapkan T Mi" (sambil senyum manis penuh erti) "bawak keta baik2..".

Perjalanan tetap themuth albeit jem sana sini. Sempat fokus kat iklan belakang taxi tu. Iklan gaya very 'Along-ish' aje. Tak melanggar undang2 ke buat iklan macam tu? Pinjaman yang 'bunganya' naik mencanak2 dan takde colateral pulak tu.

Semasa gambar bus tu diambik, traffic flow tersangatlah lancar but I need to capture the moment (whateva that moment is). Bagus juga takde kereta lain bersiung2, so I pun apa lagilah .. into my element right away ... but it sadden me all the same :-(

Dari SA I terus ke Moidyn. Singgah kat posto celah2 parking bays to pay my e'city bill and Ndja's IWK bill. Sebelum membeli belah, perlulah diisi dulu tank ... so I had my brunch. Nowadays I dah pro makan sensorang, takde rasa malu2 lagi; hanya perlulah cari spot yang takde orang duduk depan mata.

So simple a brunch! Terperanjat juga as it costs me RM3.20 ONLY includes drinks. Apa tu kata orang.. less is more?? I had kerabu taugeh/long bean, bender dan lauk yang satu nih memang I tak pernah beli tapi terkesima pulak -> telur dadar! Lazatnya makan tapi nasi tak terhabis!

Lepas perut diisi barulah boleh jalan penuh karisma. Borong kali nih beli yang kering2 aje - non perishables. Sedang I tolak troli dengan fikiran separuh penuh separuh kosong .. tetiba .. owh-owh?? Adakah DIA yang ku lihat itew?

Kalau macam tu, I perlu jadi pengintip persendirian tapi siapa yang I intip? Kenapa dia yang I intip? Tak sangka mata I masih elok, memang dialah tu! Orang yang beri kad raya kosong tanpa ditulis apa2 dalam kad untuk tatapan 3 dara pingitan masa sama2 naik bas sekolah dulu.
.
Nantilah I hantar wakil Al-kisah untuk teghejah ketiga2 dara pingitan tuu untuk kisah selanjutnya (tapikan tapi .. masih dara kah mereka bertiga tu?).
.

Siapa pulak nih? Tak tau dari mana dia datang tetiba dah ngiau2 depan pintu. Pandai aje dia sesuaikan diri dengan selesa. TB panggil dia Setokin, I panggil Mashmelo. Nasib baik ada orang nak jadikan dia anak angkat sebelum rasa kasih dan sayang tertumpah kat si Melo nih.
.
I ada cerita ala April Fool pasal kucing. Camana kucing boleh beranak sedangkan dia duduk dalam cage siang malam pagi dan petang?

Sunday, 4 April 2010

Shopping on Saturday without plastic bags ...

Woke up at 5am. Aaargh.. but what's so heran about that? Dah biasa terjaga kul 3, 4 pagi punn.. BUT today is different. When TB goes to work in the morning, I am not supposed to wake up before him as per our MOU (signed n sealed when we just got married, mueheheh) exempting me from waking up as early as he is just to make his morning coffee. I've been abiding all rules made by TB (tssk.. rules yang menyenangkan, I abidelah. Tak gitu?).

Since dah terjaga tu, niatnya memang nak pura2 tidor - golek2 dulu until I hear TB's alarm clock wailing memecah kesunyian pagi but can't do, terus *toing*! Just remember there was no hot water in the flask for him to make his morning coffee. Normally bibik would fill up the flask with hot water before she goes to slumberland but maybe because she thinks esok masih ada mentari, so? can wait whaat. Anyway, this bibik aka 'who else' is no ordinary bibik okay? ehem!
.
No point golek2 so I bulleting (read: meluru cam peluru) to the kitchen. Boiled some water, warmed up the leftover food -> chic rendang, pengat labu n spinach soup. I have eaten spinach quite a lot yesterday so assume I have that extra energy to fight off 'Brutus' in whatever form it may appear, insyaallah. I then toasted some breads for TB's bekal. Normally I stingily bekalkan 3 pieces but today tergenerous pulak, 4. Hahahai, mesti ada apa2 ...

Psst.. need to complain about that bibiklah. Not sure whether she is plain lazy or what! For as long as her tuan besar brings bekal to the office, she would only 'selet' the toasts either with jam n butter, peanut butter, honey n butter, or just butter (as per TB's request, it has to be Golden Churn. Ngada jer).

When her mood pasang yet to surut, she would either put some hot dogs, seketul dua burgers or she would make roti telur using that instant paratha. Not long after that, she reverts to the same old thing again UNTIL her tuan besar says "dah jemu with blablabla tapi kalau dapat blablabla.. best!" Alaahai, awat tuan tak habaq?? If TB jemu eating those same-o-same-o, don't you think the bibik feels the same?? You bet! That blablabla is actually any sambal or anything that enhances his nafsu appetite. Since then, TB's breakfast box has maju setapak (maka perlulah dinaikkan gaji sibibik aka 'who else' itew).

Hoping that TB enjoys his snacks today - toasted bread with thick rendang gravy (minus pieces of chicken). Dia tak minat makan ayam 'digulai' so he asked me "you masak sendiri ke?" (kalau beli punya, dia bolayan).

Hal semalam .. Saturday. Teh, Ndja, SIL and I were invited by Ngah to come along memeriahkan acara shopping for some materials. Early planning in lieu of her son's wedding. Normally the owner of the majlis would have a color theme so we asked Ngah what's her color theme like. Ngah as usual "pakai sebarang ajelaaah, hehe .. but for sure I berdua pakai rona sama.. hahaha". According to Ngah's PA aka Ndja, the colors are turquoise, shades of green and purple/lavendar for respective majlis (nikah and reception).

Did I join them? Your guess is as good as mine .. No I did not as KL is very (very) far, tssk.. tssk (though Ndja was kind enough to offer me a lift). How could I go when I have errands to run and 'hati tatak cinang'. Before verooom to SA to pick Puteri Hang Za Li, I went to the nearby grocery shop and also pay a visit to Apek X at his mobile stall to purchase some perishables etc.

Upon reaching home from SA, I detour to the nearest supermarket, still as if I had not done with grocery shopping. Bummer! I've forgotten that some supermarkets do not offer plastic bags on Saturdays. After all the items being scanned through baru teringat and so how did I carry those to the car? -> squids, chicken, meat, mee gemuk, prawns and a few more *sigh*.

My bad of not remembering to bring along a bag or something BUT the look on the cashier's face yang buat I tak tahan ... amat menusuk qalbu! After she had scanned through the tags, she just put on that TAWAR face as if telling me "dah scan, nak tunggu apa lagi?". Prior to this, I did ask the Bangla who weighed the prawns for some old newspaper sheets (maklum kepala udang kan tajam? It might cause some holes to the plastic bag thus whatever liquid that might seeps through it would eventually brought the BESTEST aroma in no time at all .. dalam kereta pulak tu.. oh no).

So professionally (hic!) I gathered all my things using the Nanyang Siang Pau old sheets but I did not angkat kaki immediately as I was watching the lady behind me coping with her things (she borong quite a lot). You know what?? The cashier walked up at the opposite cash register, picked up a paper box and placed it next to the lady. She did that even before she scans through the items belong to the lady.

Apparently the lady didn't use the paper box offered to her as she had brought her own bag. I was wandering.. if the cashier could offer the lady a box, why couldn't she offer me something as well? TN or BH old sheets would do fine.

I agree about the go green thingy but for the benefit of other shoppers esp the forgetful ones, I'd like to suggest to the owner of the mini market to provide some bio-degradable bags sold at reasonable price. It would be the shoppers' prerogative either to remain forgetful yet not minding paying a small amount for the bd bag or just make do using the old newspaper sheets.

Friday, 2 April 2010

the sudden death ...


Yes, life is short.
Somehow death has tremendous effect on me.