Semalam adalah hari merajuk sedonia.. tapi tetap maintain sebagai Cinderella bertauliah - masak seperti biasa dan berkemas .. maklum Ramadan dan Syawal dah dekat, Cinderella dah
tua tak larat nak buat kerja yang dia tak minat masa bulan puasa nanti so kenalah jadi Paula d'sotong (tamsilan: lebihkan tangan).
Surat terbuka untuk para habuk..
Dear Hab, napelah awak semua suka menyakat suhu hati saya?? Why you always testing my patience?? Baru semalam saya lap2 atas permukaan itu, itu dan itu dengan tepi baju saya (oops, rahsia!!), tapi pagi nih dah nampak kelibat awak lagi. Please please please .. kamu jangan nakal .. ehh.. adakah saya menyanyi lagu Alif? ---- Yang benar, Cinder Sweet (CS).
Habuk dibenarkan melawan tokeh menjawab...
Dear CS yang dikasihi, nyanyian CS sounds so sumbang. Hentikanlah ya?? Niwei, saya mewakili habuk2 lain ingin menekankan kitorang adalah by-product dari jisim2 lain contohnya dari pakaian harian CS sekeluarga. CS tak ingat ke bila mengebas2 tuala bagai nak rak dan kain baju segala sebelum dijemur? .. secara tak langsung CS menyumbang pada kekerapan kitorang berada dirumah CS. Boleh aje kalau jemur kain baju tanpa dikebas2, tak gitu? Tapi tulaah, dah CS nih cerewet kan?
Karpet harapan CikSom tu.. w'pun dia duk melepek kat lantai tu, dia juga salah satu penyumbang; maka saya syorkan lipat atau gulung aje. Langsir CS yang retak menanti belah tu *saya sengaja tak describe rupa langsir tu takot CS kemalu2an*, bolehlah dibawak turun, dibasuh dan disimpan terus. Takyah guna langsir langsong pun takpe dan kalau boleh CS anak veranak STOP pakai baju. Bukanlah saya menggalakkan CS satu famili bervogel ke apa, cuma guna aje daun pithang atau daun keladi yang lebar, selebar ukuran badan CS. Takat menutup 'aurat memang afdal tapi daun tu boleh aje buat gaun atau jubah CS, harharhar.
Baiklah, sebelum saya menyentuh hati CS dengan lebih dasyat, perlulah saya berdiam diri seketika dan saya mewakili habuk2 yang lain dengan ini menghulur 10 jari (w'pun saya tak berjari) memohon mahap sekiranya kata2 saya benar2 menyentuh perasa'an. Kami pasti datang lagi masa raya nanti.. mana tau dapat duit raya ke, kaanz? Sayang CS, muah! ------ yang ikhlas, Hab & Co.
Siapa tak merajuk cam tu? Takpe Hab, ada ubi ada batas.. Santi akan kerjakan awak semua nanti hidup2, siap!
BTW, si Santi tu senyap aje. Mana dia ekk? Hari tu D bitau dia nampak Santi berjalan kat condo belakang rumah "Mi.. kak Santi dah tak pakai tudung". Waah, kepo gak si D nih merepot. Tak heran kalau dia bukak tudung sebab ....... hmmm...
Habuk yang tak bernyawa boleh juga menduga kesabaran. Kalau nak dapat ganjaran/pahala lebih .. sambil mengelap sambil bertahmid, berwirid atau berzikir dari 'grrrrrr dan roarrrrr' cam singa sakit gigi. Tapi manusia nih lemah .. (cam saya).
Nisfu Sya'ban adalah hari 'report book' kita dibawa ke 'atas'. Report book untuk setahun. How did I fare?
... masa sekolah dulu, bila ada subjek yang tak berapa nak pass diamat-amati oleh Bak, dia tak kasi chance punya, terus dia bulatkan besar2 kat subjek tersebut. Bulat besar2 cam nak lepas geram kekdahnya. Alahai Bak, relaxlah .. I'm doing OK now (or at least I think I am doing OK) but if I were to follow your dreams .. I could be a better person than I am now berkat patuhi segala nasihat Bak. But then again, it's qada' and qadar, kan Bak kan??
Hoping that Bak n Mak would see me from UP there. Al-Fatihah.. cepatlah datang Ramadan ..