Thursday, 21 October 2010

Bila dia cuti sehari ...

Bila TB cuti, orang yang paling seronok dalam donia adalah saya ... yaa, sayalah orangnya. Seronok sebab terasa nak manja2 gitu, heheh. Manja cara I lerr.

Pucuk dicita ulam mendatang bila niat murni tak terucap lagi tup2 kedengaran "jom kita makan kat AnjungMeWah? Dah lama tak makan kat situ". Yabadabaduuuu ...

Masa tu jam didinding kuning baru pukul 11. Takkan cepat sangat nak pergi lunch kot? But knowing that place will be swarmed by office workers by 1227, we better make a move ASAP. Pergi lambat bukan aje susah dapat tempat duduk malah peluang nak reserve ikan bakar stingray pun mungkin tipis ...

Cepat pergi cepat balik, lagi pun lepas makan nanti kena plak buat lawatan mingguan ke Mydyn. I nih kalau perut dah kenyang, takdelah minat nak berjalan2 lagi. Dah kenyang harus terus balik rumah, salin baju yang kononnya cantik tu pada baju basahan rumah. Tanggalkan segala yang tak applicable dibadan, haighhhhh ... lega!!

I nih suka makan buffet sebab lauk2 yang disediakan luas mata memandang tapi selalulah lambat buat pilihan. At last, nih aje yang teruja ... mostly vege.

Terung tu tersangatlah lazat. Tak tau apa nama masakan tu. Overall: Nyumnyum..


Nak pilih minuman pun dah jadi masalah. Kesian ek?? At last pilih air semangka al-tembikai dengan lycee. First time cuba minuman nih. Sedap tak? Well... biaserrr aje tapi licin berdesit hingga menjilat straw *sambil senyum anak kambing*.

Masa mula nak makan, terpandanglah satu couple .. Akak n Abang. Diorang pernah berjiran dengan kita beberapa puluh purnama dulu. Akhirnya kami duduk makan semeja sambil bertanya kabar itu dan ini.

Jika dilihat dari luaran Akak tu, tidaklah terfikir diminda orang tu alim atau tidak. Bukan hak kita untuk menilai seseorang tu, tul tak? Anyway, I nak sebut sikit aje. Kehidupan Akak tu boleh membuka mata dan hati 3 beradik dari negeri dibawah bayu untuk memeluk Islam. Bukan peluk cam peluk bantal busuk, tapi peluk Islam dengan ertikata yang sebenarnya. Wallahualam.

Sebelum beredar, I kenyit mata kat TB sambil mengerling 2 biji mata kearah resit kepunyaan Akak n Abang tu. TB balas kenyitan briefly maklum tempat tu tak sesuai untuk kita balas membalas kenyitan, yaaa dak kawan2? miffmiffmiff... *sambil kembang2kan idong yang tersedia kembangs*
.
Nota hampa:
Tak dapat makan ikan bakar stingray sebab datang terCEPAT punya pasal :-(

2 comments:

kak ja said...

Sewonok kan dpt jalan berdowa2an mcm zaman dahulukala, tatkala blom ada yg mengacau daun?

I nak mintak u tolong sebutkan dgn jelas apakah mendenya yg 'tak applicable di badan' tu.. I tak fahammm..

CS said...

Ja
Sewonok lagi jalan berdowa2an sekarang berbanding dulu.

Benda yg tak applicable dibadan sejurus kita tiba dirumah ialaah tak lain tak bukan, woops!! MakTok kata jangan bitau orang, nanti orang spekulet :-)