Wednesday 10 November 2010

Gas = guess = guest?

Kot ada orang bertanya "gas dah habis ke"? .. jawabnya simple n sweet "belum" walhal puaslah I beriya2 masak 6 lauk semalam. Ya benaaarrr... 6 lauk! (cerita riak kendian eh? I pasti ramai yang terpegun dengan fenomena luar biasa nih, mueheheheh ..).

Nak cerita pasal GAS lagi nih, ngeh3... (oittt.. janganlah angkat kaki dulu.. sabaq na..).

Al-kisah perbualan sigadis manis (gm) dengan mak sedaranya (ms) ditelefon sedekad yang lalu .. blablabla .. hinggalah tercetus:

GM: ha'ah dia dah dapat kerja baru
MS: dia kerja kat mana sekarang?
GM: dia hantar 'guest' dari hotel pegi epot, dari epot pegi hotel
MS: dia hantar 'gas' kat hotel? sekarang dia dah jual 'gas' ke?
.
Haa.. cukuplah tu hiburan pagi ... kalau nak lagi, bitau k?

Ada lagi cerita pasal gas, kih3. Selama 13 tahun pertama I bergelar Mrs TB, tak pernah sekali I ganti 'kepala gas' bila tukar tong baru (tak ambik initiative langsung). Kerja cam tu otomatik jadi kerja TB atau 'abhang' yang hantar tong gas. Senang kan? Selamat hidup I and I live happily ever after, clap3.

Tapi dugaan tetap datang.. gas seolah2 dengki kat I sebab dia habis masa TB kat opes. Since awal2 lagi dah beli tong spare maka hancurlah harapan nak mintak tolong dari 'abhang'. Hadoiimak.. menggelupur I dibuatnya sebab I mesti masak dan memang tak bermimpi disiang hari nak keluar beli lauk (masa tu tak reti drive, kah3 padan muka). Quick thinking, I pun telefon Chik (sila rujuk pada perbualan sigadis manis dan mak sedaranya) .. and the rest is history! Senang benar ek?, pejam mata tidor berdengkur pun boleh buat, hahahaaaru..

6 lauk?? OK sabaarr .. I nak bitaulah nih *kengkonon ramai dah bertanya apa 6 lauk yang I masak semalam*. Bila memasak lauk harian, I suka masak yang simple2 aje. Kalau cara masak ada 10 langkah, I akan 5kan aje (nasib baik I 5kan aje, selalunya I zerokan aje = jjcmlah tu, hehe). Since I makan berdua aje dan I boleh blend dengan selera seleri TB, lagilah senang dan ringkas.

Lauk gah atau tak gah tertakluk pada sokongan bahan yang ada dalam esbok (dan mood puan rumah). As of yesterday, status bahan dalam esbok amat runcing (namun masih bermadah helah untuk melangkahkan kaki ke land of Jaiyen beli groceries, haishhh).

So I make do with what I have menggunakan kewarasan minda yang memang kreatip sedia ada ...

Lunch:
Telur dadar (lada ijau + bawang), sup kentang + tauhu + so'own & ikan gor
Dinner:
Bayam rebus (no wonder lately I sker gelak ala Popeye "ekekekke"), ayam gor & kicap daging

Jangan geruni kerajinan dan skill I memasak okay? Dah berbuih2 mulut nih beritau (siap masuk AFC lagi, ekekekke..) bahawasanya I nih memang terel masak seco'et2 untuk 2-3 orang aje.

Ekceli kerja memasak tidaklah membebankan sangat cumanya bila I selalu JJCM dengan TB, tu maknanya I malas saja nak menagih kasih sayangnya aje, auwww.. berenggang dari pots n pans cos they too need time-out n time-off. Give them a break, kekdahnya *perihatin sungguh I*


Satu dari 6 lauk tersebut diatas para (tampal gambo kecik aje), daging masak kicap moist! Tak moh thebut jenama kicap nanti ada owang kat 'sana' duk nangis2 tawik wambut sebab tempat dia takde stok jual kicap, heheh.

21 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam CS...

rajin lah tu. Sampai 6 jenis lauk. Kebelakangan ini dapur kakcik cuma berasap untuk masak air dan goreng telur je! Nasib baik masak nasi tak guna dapur gaqs.. kalau tidak mahu hangus nasi kakcik.. :)

CS said...

Walaikumsalam KC
n salam pagi Khamis..

Camana tak 'rajin'? sebab bahan yg ada semuanya tinggal cukup2 sekali makan untuk berdua aje, hehe. Kalau D&T ada, haruslah JJCM atau I rajinkan diri ke Jaiyen beli bahan masak.

Tie said...

Waakakakaka.....
.
.
.
.
Err.... lupa lak nak komen apa.
Adoi laa.....
.
.
Eh...kita suka masak kicap moist tu..cuma biasa guna ayam, sebab gigi dah haus nak kunyah daging.

Anonymous said...

Guess what Som? kelakar memang part hantaq 'guest' dengan hantaq 'gas'!
Mmmm...sedapnya combination 6 lauk tu!

Lili said...

CS,

I masih musykil (tak nak kimeng kat previous posting!)... gas 24kg? Patutler tak habis2! Mine is 14kg, ngam2 1 setengah bulan boleh abis.

Looks like you kena masak tujuh lapan jenis lauk sehari kalau nak bagi cepat habis gas. Wakaka! And lagi cepat habis kalo you jemput Ja, Akak, Fa n me jadi your dinner GUESTS! :))

Ibu n Abah said...

kak som..
oooooo 6 lawuk?...
terre nyer awak....
kita nak masak satu pon malas...
semalam kita suruh anak kita masakkan mee maggie cepat masak sedap dimakan....

DeLancrettLurpak said...

CikSom,Lauknye semua tak pedas eh.. tapi daging kicap moist tu mmg menggoda la.. takmoh share ke dgn I?

First time I dgr alasan pots and pans need a break.. Buleh juge I gune next time.. heheheh

Maya Marisa said...

nie baru isteri & ibu mithali & kitchen goddess...sampai 6 lauk tu..
cayalah cik som!
err tu blum masuk dessert lagi kan? kalau campur desert, berapakah totalnyer? :)

kak ja said...

Kak Som,

Umah I beli gas yg paling ringan pun boleh bertahan 2 bulan, sbb I kan ke rajin bebenor memasak?


I punya gelak bunyinya ekekekeee tp u mcm ada tersangkut skit, ekekekke.. takkan tersangkut daun bayam kot, Kak Som?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

suka daging tapi kena tunggu lammmaaa nak bg empuq..

dah siap...kechut jek..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tak nak bgtau tapi nak jugak..


bestlah kak.. semua citer akak macam spontaneous .


i like..

en_me said...

rajinnyerr makk.. ehehe

Mama said...

Kelakar habis... I bayangkan yr conversation with Chik!!

CS said...

Salam ...

Tie
I dah lama tak masak kicap ayam sbb tuan besar tak suka. I nih apa2 pun suka, hehe. Ada bahagian2 daging yang cepat empuk. I suka beli bahagian 'knuckle'.


Eleena
Wpun ada 6 lauk tapi I masak 3 masa lunch; 3 masa dinner. Bukan sekali harung (lagi pun simple dishes aje tu).


Lili
I think you sorang yg perasan tong gas punya weight. Mana ada 24kg, kah3. I bukan bukak restoran; apa2 ajelah yg I tulis. Selalunya I guna 14kg punya tapi kali nih I think the tong weighs slightly heavier (kot?). Cara nak habiskan gas dgn memasak berbagai lauk n jemput my special GUESTS ka?? hehe, meh.. I sediakan gas HELIUM, kih3... Mesti FUN..


Akak
You boleh kata 'malas', sbb kalau you rajin.., lemak berkrimlah your beloved bibik tu kang, tul tak?


CikLurpak
I jarang masak yg pedas2. Masak sambal pun lemau aje; tak pedas sangat. Pots n pans mmg perlu amik cuti, ahaks.. I nih penuh dgn alasan ek?

CS said...

Maya
Masak 6 lauk yg simple mimple bukan sekali harung tapi dibahagi pada 2 sesi. Kalau nak ikutkan, I nak aje masak 1 lauk with everything dumped in. Boleh? As for dessert.. hmmm.. hmmm..


Ja
Purata I guna satu tong gas lbh kurang 55 hari sbb I masak air untuk minum guna gas. I ketawa memang macam Popeye bebila I makan spinach *bayam tu apa?* ekekekee..


Azrina
You kena beramas mesra dgn sipenjual daging. Tanyalah tip untuk dapatkan daging selembut sutera, kih3.
"tak nak bagitau tapi nak jugak" ... timakasih *sambil tunduk malu tapi ayu*


en_me
Mak saper yang rajin? Mak anak2 I jugaaaak, hahaha :-)


Mama
You dpt bayangkan I bercakap dgn Chik. You cuba bayangkan I bercakap dgn H*fz*h juga. Walhal diorang berdua tu paham maksud 'guest' tapi mmg kelakarlah that time... kiah3

kak ja said...

Kak Som, bayam tu kacukan burung dgn ayam!!

PatinPasta said...

Cik Som,
Bagaikan menduga minda dan selera tau, kasitau masak 6 jenis lauk tapi tepek 1 jek. Haishhh!

* tips nak abeskan gas dengan kadar segera: lepas masak, jangan tutup gas. sekian :)

CS said...

Ja
Kalau you ada benih gandingan 'bay-bur-aya', pls kasi I sket. I nak tanam kat Farmville!


Aida
I dah beri gambaran all the 6 dishes tapi semua tu lauk biasa. Kemalu2an plak I nak tampal gambar lauk yg so-so tu; tapi harus tampal lauk daging kicap sbb lauk tu aje yg rela posing (lagi pun nak jeleskan Kak Tik kita tu, har3).
OK gak tips yg you beri tu. Murphy's Law tetiba letrik trip dan I dgn gigihnya mencari lilin dan menyalakannya.. Teruslah koluinnalillahhh....

azieazah said...

Pelik sungguh,

3,4 kali I masuk keluar blog SOM, baca entri ini, kenapa I masih tak tau nak komen apa?

ampunkan I ya...

ahkakbatik said...

saya sogan nak bercakap dgn cikgu bbdk ni cik som (bukan AB) sobab depa ada bunyi 'a' pendek... bunyi 'a' panjang....
saya belasah dah a tu bunyinyek a ler..

CS said...

Azie
tssk.. tssk .. you memang nakal!


AB (yours not mine)
Apa kata you guna bahasa badan jer?? Lebihkan lentok n lintuk, vavavaa ..