Friday, 17 December 2010

Makan angin sat ...

Salam Jumaat ...

2-3 hari nih CikSom akan berkelana jauh sket dari KL, heheh. Seperti biasa kalau nak jalan jauh, soalannya ialah 'berapa hari' supaya boleh bajet berapa helai baju nak dibawak .. baju tidur (kaftan dipakai untuk tidor jer kot2 yang dibawak tu dah terkoyak jahitannya hingga kepunggung .. auwww), baju jalan, baju majlis liplap, baju basahan dan tentunya 'pakaian kecik' yang tersembunyik bila dipakai (tang nih kalau terlupa pun orang tak tau, har3).

Majlis kawin anak sedara sepupu TB wajib kami raikan. Unlike kalau yang kawin tu anak sedara sepupu kupu2 I, memang taaaklah! .. (bunyi cam majuk aje ek? hek3). D&T tak kenal langsong dua pupu kupu2 sebelah I sebab tidak pernah berjumpa. Dasyat kan?

Kalau jodoh D&T dengan dua pupu kupu2 kelembak rama2 pun I tak tau yang kita ada talian darah, let alone budak berdua tu. Dah masing2 tau nama kawannya aje. Bila tanya kawan tu bin-binti apa, tak tau (selalunya budak lelaki memang tak kisah nak ambik tau tapi sejak dua menjak, pandai plak tanya kita samada kenal tak sifolan sifolin sekolah kat sini.. bapak dia nama.. tok dia nama so n so) <- berleter kejap.

Masa dulu bebila kawan2 kitorang datang rumah, Bak surely tanya 1. duduk mana 2. ayah siapa nama 3. kerja apa or kat mana ... and more often than not, Bak mesti kenal punya (dah kerja gomen, kekdahnya). Mak pun tak nak ketinggalan, har3. Dia kenal jugak kawan2 punya emak hasil terlebih peramah masa kepasar, jumpa kat parti tupperware, kat tempat belajar masak and so on and so forth <- suka plak nak tulis ayat tu.. teringat kat siapa ek??

I curi2 menaip nih walhal lum habis pack baju bajan lagi, hehe .. curi masa sementara TB kat luar beramah mesra dengan kucing2. Ntah apalah sekor2 tu dapat pesanan. Sure TB kata 'jangan bewak atau tencing dalam tempat makanan' .. if not ... siap! Has*** d'bangla diamanahkan menjaga kucing2. Hidup Has***, heheh.

Sementara muncul coretan seterusnya kedada Al-kisah, sila intai2 sekitar my to-be kampong halaman ...


kat situlah nanti I menternak itik Mallard

nanti I jual buah2an depan rumah
.
daun pudina/mint.. bahan lauk beriani


Rendang? masak lemak? daun kunyit setimbun

Daun I nih .. kesumuffins, auww..

durian belanda .. by now mesti dah masak

...
Hingga jumpa lagi dan lagi ..

14 comments:

Kakcik Seroja said...

Selamat bercuti dan bergumbira CS.. :)

3E said...

Happy holiday to aunty Som....don't noti2 ye....:-))

Ibu n Abah said...

kak som..
selamat makan kenduri dan travel jauh....
##kalau buah durian belanda dah masak... jgn lupa antar kat umah kak zah... puas kak zah mencari buah durian belanda...
daun kunyit/daun kesum dan daun pudina tu mmglah i gewam...
jelezzzzzzz sungguh wasanya....

kucingorengemok said...

hidup has-tiga bintang! (eh d'bangla tu kominis ka?)

Anie said...

Somuffins,

Selamat bercuti2...seronoknya :)

Geram sungguh tgk daun kunyit tu...besar2. Alhamdullilah my daun kesumuffins, auww...dah tumbuh balik. Time winter hampir2 kojol...hehehez

ceriaWAN said...

itik Mallard..betik..pudina..itu kunyit ker lengkuas? daun kesum..Semua tu cw dah ada.. cuma durian belanda jer yg xde..durian D29 ada la.. hehehe..

kak ja said...

Kak Som, andaikata u terlupa bawak pakaian kecik tu, u lbh rela tak pakai drp pi beli baru satu set ek?

U rasa2 anak2 bulu u tu akan patuh ke pd pesanan dan arahan TB? Silap2 Has*** tu pun lari mlm, tak sanggup tolong tengokkan..

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Amboi.. JJCM ye? Jgn lupa bwk balik telur rebus kenduri byk2.. buleh buat sambal. (ada kaitan ke?)
* have fun!

Rima said...

Have a good one cik som.. dont notti ok and behave hehehe

Sizuka said...

CS,

have fun! I pun berkelana still. Next week baru balik agaknya. I'm missing my katil and bantal2 busuk.. huhuhu...

Ibu n Abah said...

Kak som...
hari ni dah hari Selasa....
Lama sungguh you bermakan berangin di Ja-saint....

Sizuka said...

CS, rindu la.. lamanya cuti :(

CS said...

Salam semua ..

KakCik
Timakasih .. mmg best berjalan2 nih sebab ... psst... tak yah kemas rumah dan tak yah memasak, hehehe.


Asilah
Tq .. I noti sket2 aje, heheh.


Akak
Mekasih .. sekali sekala jalan jauh mmg sewonok tapi bab backlog basuh baju tu yg x beshhh.
Durian belanda tak nampak bayang pun ..


KOG
Nanti I tanya kat Hasan tu eh?


Anie
Mekasih .. dah balik in one peace, alhamdulillah.


CW
Makanya .. adakan yg takde.. Sila tanam durian belanda pulak as khidmat masyarakat, boleh ke?


Ja
Takat duduk dlm rumah, I rela tak pakai sikecik tu tapi jgn lelama, bahaya beb, har3. Bahaya untuk kesihatan.
I terpaksa yakin si Has** tak lari dari t'jwb yg telah diamanahkan. Kalau tak, roh2 kucing will haunt him for the rest of his life, mohawhawhaw <- gelak evil

CS said...

Aida
Mekasih.. kita tak sempat nak curi telur rebus dan buat sambal. Kita 'sengsara' disana .. Nanti kita citer eh??


Rima
Tq. I behaved well tapi part notti tu, well... hehe.


Shidah
You pun berkelana juga ke? Habislah, you sure kena masak to the max., tul tak? Lain kali balik KT'ganu, bawaklah bantal n katil sekali, har3.


Akak
Selagi belum habis backlog, terasa malas nak ngadap skrin tapi hari nih mood rajin kembali sbb kerja dah mula surut, hehe..


TERIMA KASIH KAWAN2 SEMUA KERANA SUDI SINGGAH KESINI ..