Masa kitorang kecik2 dulu dan almost meningkat dewasa, Mak tetap masak lauk yang tak pedas untuk 'kita2 aje'. Masak guna sebiji lada pun boleh komplen pedas. Apalah abang2 I semua tu, sungguh tak macho. I berani keluar dari kepompong mereka (jap nak senyom jap) yang tak macho tu sebab tak bestlah senduk gulai asam pedas setitik dua titik atas nasi pastu cover lagi dengan kicap A1. Tak mencabar!
Bila I lagi berani mencoba makan sambal belach, abang I yang sorang tu kata "macam orang tua" dan bila I dah upgrade taraf pendekar makan nasi simbah gulai asam pedas + sambal belacan + cuba makan jering kerip2 style tikus makan biskut, lagilah abang tu kata "macam orang tua" dengan nada jaki dan cemburu, har3. I terkesima makan jering hasil pokok sendiri dan curious nak tau apa rasanya. Nampak cam sedap aje.
Siapa yang tak suka mencuba makanan baru memang percuma hidupnya, rugi taw (tapi untung kalau kita belanja dia makan sebab pilihan makanan yang terhad). I makan segala yang ada sementara kesihatan masih mengizinkan, insyaallah. Cuma 1-2 aje yang memang tak ngam kat tekak or rather kat lidah (tapai, petai n jering). Tak suka selepas dah tau camana rasanya (same case for those who can't stand durian).
Ada orang tu jahhat taw. Bila dia tak makan benda yang kita makan, tanpa fikir perasaan kita dia boleh buat mimik muka jijik. Apalah dosa dan silap si tau fu fa tu hinggakan dilabel 'kotor'?. Perasaan mak sedara nakkan anak sedara menjamah tau fu fa hanya tinggal kenangan silam yang agak kelat!
Perasaan mak mentua ingin perkenalkan masakan seperti mee keju (guna spaghetti taw), nasi ambang dan nasi beriani pada ahli baru keluarga hanya dibalas dengan senyuman manis yet sinis! Susah ke nak jaga hati atau nak ambik hati orang tapi pandai pulak hatinya mintak dijaga selalu? Sigh ... those were the days .. decades ago.
Anyway, for wanting to impress my suami to eat something other than nasik, bermulalah sesi campak2 lempor2.
I bake ayam guna convection -> m'wave -> convection. Dunia nih seakan2 gua yang punya, belasah aje takde siapa marah. Ayam kelihatan belandong sakan dengan jusnya. Alamak! sure disaster dahlah takde rupa ayam KR langsung. Dah guna drummet aje mana boleh serupa ayam KR, I nih phonn 1. Bagus juga ayam dah sedia berlandong, jimat masa I takyah buat sos lagi.
.
Sempat juga buat coleslaw. Berdoa senyap2 agar kita tak sakit pewut selepas makan coleslaw guna sos Coleslaw yang dah expired 2 bulan lepas. Shhh.. rahsia ok? Biar pecah gelas Noritake asal jangan pecah rahsia. Siapa bitau TB, siap! *kita takmoh kawan awak*.
Segala yang dimasak hanya ikut naluri namun untuk ayam drummet tersebut, satu aje I nak brag "sila ketepi Nigella L, beri laluan pada Kelly L pulak ya?".
Kelly L tu kakak Nigella L ke??? har3 .. takde maknanya ;-)
Note: Tqvm black pepper mix, jasa mu dikenang.
15 comments:
Nampak sedap ayam black pepper tu! tak perlu kuah dah.. makan dengan nasi suam (nasi panas takut lecur pulak lidah).. perghhh... :)
nampak best tu..
kami tertanya-tanya jer KENAPA.. :)
Trust me CS, 'cooking without a recipe' can never go wrong, in fact the best is always in the "air tangan"!
Salute to Cik Som! :))
mmmm alahaiii...tak makan petai ye...
paling tak suka kalau ada orang kata "hiyer" bila tengok makanan kegemaran kita yang jijik pada mata dia... tak baik kan? kak, ayam tu dibakar sampai berlondang, sangat juicy kan...?
I adalah manusia yg telan semua, so I selalu la kena kan org ckp "euwww" la "yuck" la.. bengang juge sebenarnya.. tapi since I dah biasa, diam aje la..
hoihhhh, ayam itu nampak menggoda, coleslaw kalau ada bawang merah manis tu, mmg terangkat tau!!!
kak som...
sungguh menyelewakan....
you memang pandai berkisah kisah dulu-dulu... sangat terasa kesannya cerita2 lama you mencuba makan pedas.....
Somuffins,
I paham perasaan u biler kita tgh mkn and ada org eeiii euuww kat kita makanan. I buat tak peduli jer esp biler mkn hati ayam ke paru goreng ke...my favourite. Pekak kan telinga jer lah...hehehez.
And masak campak2 lah the best...tak stress tgk resepi and confirm sedap pasal kita akan adjust masakkan tu sampai sedap with whatever we have...;)
Wah pening tgk my word verification...hehehz 'essesses'
leerrr mcm mana jadi 'kita makanan' eh.
Corrections : makanan kita (ketawa gosok2 kaki...wahahahahz)
Salam
KakCik
Kuahnya sembunyik bawah ayam, hehe. Oleh kerana ada satu lauk aje maka kita makan dgn roti jer (cuba berdiet kekdahnya).
ceriaWAN
Soalan yang tak patut disoal tu dah pun berjawab. Harap anda berpuas hati ;-)
Lili
Acih.. Dah tua2 nih bolehlah main lempor2-baling2, cuba masa baru2 kawin dulu? Gua rela ditelan oleh perut bumi. Gulp gulp gulp!
Fa
I makan petai mungkin sebijik untuk sepinggan nasi. That's abt all tapi I boleh aje memeriahkan pesta petai kot ada dikalangan kita buat pesta cenggitu.
Dina
Masa kecik2 dulu bila orang cam jijik dgn apa yg kita makan, kita diam aje maklum masa tu masih suci dari debu. Kalau skrng orang nak berhiyer, sah lebam mata dia kang, kah3.
Ayam berlandong/berlondang afdal dicicah dgn roti.
CikLurpak
Coleslaw tu mmg ada bawang kalau takde mmg tak beshhh...
Akak
Mekasih dgn kata2 manis itew tapikan tapi ....
Anie
Kita kena 'concoct' satu statement kow2 punya untuk menepis mereka yg memperlekehkan makanan kita. Cewah.. berkobar2 nih.
Psst.. 'kita makanan' is direct translation to 'our food'. Dapat markah jugak tu, hehe..
Kak Som, I suka petai tp jering tak suka kat I.. 1st time I nak try, dia dah geget bibir mungil I.. terus sampai skg tak pernah cuba lagi dah!!
Ja
Kot you terniat nak dapatkan bibir cam AngelinaJolie, you jimat takyah bayar mahal2 for whateva injections being offered; you beli jer jering Jaa..
Penjual petai mesti tak suka tengok muka I sbb I tak tolong menaikkan ekonomi diorang.
waa.. nampak sedap aje ayam itu... rice is nice ok! :P
Madam S
Ayam tu kesian kat I, dia sedapkan dirinya just for me, alhamdulillah.
Post a Comment