Thursday, 9 December 2010

Musim kawin ...

Bulan nih terima 5 jemputan kawin. 1 di SA, 1 di Bangi, 2 di JB dan 1 di Melaka.

Jemputan di SA tak boleh direalisasikan kerana 2-3 sebab tapi akan cuba sedaya upaya kemajlis di Bangi manakala di JB memang impossible dream sebab lokasinya terlebih jauh dari KL (hic!); tapi kalau diberi peluang kesana, sekarang juga I go pack my baju. Majlis di Melaka merupakan majlis wajib pergi by hook or by crook almaklum jemputan sedara kamcing - kambing n kucing, har3.

Kalau elok rancangannya, majlis di Melaka memakan masa tak lama .. 3 hari jer .. bermula majlis nikah dan resepsi kedua belah pihak. 3 hari bermakna 3 helai baju lip lap, tul tak? tapi I buat sepasang baju baru jerr sementelah dah disponsored ;-)

Resepsi sebelah pempuan bertema gold/earth/orangey so kuncu2 terdekat disarankan pakai baju sedondon ie baaatek! Kerja mencari batik digalas oleh my SIL yang rajin itew. I bitau dia, kalau boleh I nak batik corak geometrical. Batik munger2 macam Putewi UMNO pakai, no no no, I dowan!

Dah seminggu lebih terima parcel dari SIL tapi baru 2 hari lepas hantar ketailor, hehe. Terlanjur ke tailor I bawak 3 helai blouse untuk dialter sket hemlinenya dan sehelai pants yang dah londeh (kena ganti getah). Each alteration costs RM7 so 7 darab 3. To unpick jahitan + jahit getah pada pinggang seluar costs RM10 and workmanship + kain lining = RMratus..

I would have saved that RM21 if only I could sew, sob3! It's even more vavavoom if I could sew my own baju. For sure I could save bewatus wibu winggit. Sigh... menyesal plak masa tunggu result dulu I tak asah bakat menjahit. Bak was jubilant when I enrolled myself in sewing class. He even bought me a new sewing machine, the one with multiple functions. We bid farewell to Tok's antique sewing machine .. Terasa emolah pulak cos I was buddy2 with Tok's sewing machine... (tersimpul mati rahsia2ku bersama cik Singer).

My SIL enggan bitau harga kain yang dikirimnya tapi I gertak dia kow2 punya. I kata kalau tak bitau harga kain, team kita mungkin kehilangan sorang ahli sedondon yang berkaliber, kih3. Dengan berat hati dia terpaksa juga bitau harga sebenar.

I bitau SIL punya abang to please please please bayar harga kain tu supaya I tak malu2 kucing bila pakai baju tu nanti, dahlah SIL tu selalu belanja kitorang macam2, so now untuk terima hadiah lagi, I truly am malu yang tak terhingga!

Bila SIL punya abang bercakap dengannya, instead of si abang bitau adiknya dia akan bayar harga kain tu, tetiba dua beradik tu boleh berkomplot pulak. SIL punya abang bitau I "kain tu dia hadiah kat you".

Aduhai .. harapkan suami, suami berpaling tadah kekdahnya. Suami dah bersekongkol dengan adiknya. Takleh jadi nih.. perjuangan masih belum selesai .. I have to think of something ..

Tukar cerita ...
Breakfast pagi nih I buatkan the usual kentang n telur untuk D&T. Abahnya makan fries n telur dadar manakala Omeynya makan 2 keping roti bakar cicah kuah kari ikan yang isinya kental serupa daging tetel. Apa dah jadi dengan ikan2 zaman sekarang nih dah tak terserlah kelembutan pada isinya lagi?


Mula2 goreng bawang n cili hijau. Dah naik bau terus masukkan kentang yang digoreng terlebih dulu pastu tuangkan telur yang dah diputar ala kadar guna garpu. Jangan lupa bubuh garam sekati dua, har3.

Nilah hasilnya. Of course gambar nih I re-tampal dari entry lama. Kadang2 penat gak jadi mamarazzi inda kitchen. Mana nak pegang sudip, mana nak pegang hp lagi ..
.

17 comments:

kucingorengemok said...

kenapakah gambar bawang digoreng saja boleh menaikkan nafsu pemakan ku? uuuhhh bahaya!

DeLancrettLurpak said...

saya tahu rasanya sedap.. tgk gaya cili hijau pun dah tau.. nyum nyum!!!

Lili said...

CS,

Bak kata Sudin dalam 'Seniman Bujang Lapuk', "Dah orang bagi tu kebashhh aje lah!" Hahahaha))

Rasanya, I dah tak hingat dah berapa kali SIL sponsored kain baju ni! Macam you jugak, mula2 tolak2 nak bayo rege kain. Tapi bila dah dengar harganya, (oh, tak mampu den!) and my SIL insisted of not accepting the money, I malu2 alah buatkan kek cekelat sebijik! Kelas akak gitu! (oops, tersampuk drama kat Ria right now: Donut!) hehehehe..

Ibu n Abah said...

Kak som..
lauk macam tu punya simple tapi nampak punyalah sedappp... thank you...

Maya Marisa said...

cik som,
hanya 2 pesanan ku wahai cik som:
1) rezeki jgn di tolak. amiiinnn
2) nak carik part timer ker utk post kamewawoman? cik som punya pasal, maya bagi rega vavoom punya...P

azieazah said...

Betullah, bila ada sedara mara sebelah ipar-duai-biras-beras sponsor apa-apa di majlis, aduhai memang segan dibuatnya. Apatah lagi kalu reganya, memang tak terjangkau dek tangan. (Tangan sontot mana nak sampai, ye dak?)

Telur dadar dgn kentang? Hmmmm gamaknya I kalu buat, belum sempat nak kacau telur, kentang dah langsai dulu...

kak ja said...

I pun pernah gak jd mcm u.. My SIL buat bisnes kain, then I pilih sepsg, tp bila I nak bayaq, dia tanak terima plak.. I ni plak jenis yg tak selesa dgn pemberian org, tak kira harganya mahal ke murah.. I tak berkira dlm bab nak memberi (apatah lagi pakai duit TK) tp O tak selesa nak menerima.. Susah gak ada org mcm I ni, kan?

Kak Som, skali lagi I masuk dapoq u, u tunjuk lagi gambaq kentel (kentang teloq) u tu dan aiyaq lioq I plak tis tis tis lagi, I thaman u, Kak Som!!

FaAtip said...

daggging tetttel?? apa ittttu daggging tetttel?

kak ja said...

fa, meh I bisik kat u, meh!!

Anie said...

Salam Somuffins....;)

Singer menawan keluarga bahagggiiiiaaa XD hehehez. Dulu I pun bercita2 nak belajar jahit baju. Tapi I ni hangat2 tahi ayam jer lah...I takde kesabaran nak menjahit, so I give up lah.

Baju kurung I semua beli yg dah siap jahit...dekat SG, ada 1st Lady...cantik dan murah...hehehez I tak mampu nak pakai baju boutique. Anyway, seronoknya dpt makan kenduri!!! uuuwwwaaaa nak ikut !_!

Yat Maria said...

Cik Som

ai jahit confirm tak passs, sejak zaman sekolah jahit skirt A-line pon just pass jer, so sewing machine tak dalam senarai ai..

Anie,

err u nak kena pakai 1st lady, bukan apa..if u do not mind sepsang sepusing ngan member geylang dlm mrt..sg very small friend, kang ramei plak pakai baju sepasang cam boria, thats why during raya, ai elak dari beli kat sana, takut plak orang pikir ramei nyer sedara dia sepasang..hehe...cakap jer, jgn marah..

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Sy ada idea camno Cik Som buleh balas hadiah kain tuh. Masakkan telur+kentang grg mcm Cik Som buat tuh, buh dlm mangkuk cantek2 and kasik kat SIL. Lepas mkn gerenti nak lagik! :D

Anie said...

Tumpang lalu Cik Som....

Yat,

Jgn ckp dkt sg jer boleh boria. 2 yrs ago I boria dgn sorang kawan dkt NZ ni. Baju sama pattern and sama kaler...maizurah collection. wahahahz. I mmg tak kisah boria...jadi mmg tak marah...hehehez. Tapi so far dkt sg tak pernah bertembong dgn org pakai baju sama yg bli dkt 1st lady, lain cerita plak biler dkt NZ...hehehez :D

CS said...

Salam .. mohon maaf lewat menjawab komen kengkawan :-)

KOG
You kena re-check on that nafsu, auww..


CikLurpak
Aura lada hijau mmg memberi impak maksima pada masakan tu, nyum2!


Lili
Dah selalu sangat dpt kain free maka x sanggup nak terima lagi. I pun dah buat MOU that she shd charge me, tetiba lain plak cewitanya.
(psst.. I did watch that 'donut'. Kelakar gak lebih2 lagi ada 'Rahmah')

CS said...

Akak
Lauk tu I suka makan dgn roti atau makan cenggitu aje tapi belum pernah makan dgn nasi. You boleh juga campurkan hotdog yg dah dikerat2.


Maya
Selalu sangat terima barang free, tak beshh aah... kita malus! BTW, upah jadi part timer kamewawoman mahal tak? Wld you accept 6 pcs of Congo bars? :-)


Azie
Memang segan kan?? Selalunya kita kata semoga Allah aje yg balas bOdi baik orang yg memberi.
Anak2 you suka kentang juga eh? Apa kata kita tanam pokok kentang?? Nak tak?

CS said...

Ja
Dah 2 hari 2 malam I tunggu surat thaman dari you tapi tak dapek2 pun. Niway, kalau u nak beri I hadiah, beri jer pisang emas sesisir.
Kalau kentel tu buat you tis tis tis, apa lagi Ja??


Fa
I hope Ja dah explain dgn FAnjang lebor apa itu daging tetel..
*Thank Ja..*


Anie
Bukan you sorang yg kena tempias hangat2 taik ayam jantan; I pun! Tapi takpe, 1st Lady kan ada tapi sayang I takleh muat. Size diorang mcm kecik for my body.. Sedih!

CS said...

Yat
You tak boleh jahit tapi you boleh masak macam2. Dpt nick Queen Jello lagi so you tak perlu toleh kebelakang .. (kasi semangat padu kat you nih, heheh)


Aida
Kentang+telur (kentel) tu tak dpt menutup rasa segan, malu dan silu, huwaaa. Masalah negara nih.. but tq sbb beri idea tu.. (maybe I shd masakkan juga 'kentel' itew, ek?)


Anie
Tulah dah jodoh namanya. I pernah nampak orang pakai kain yg sama dengan baju I. Punyalah panik I dibuatnya. Rasa nak abrakadabrakan diri masuk gua jer..