Wednesday, 26 January 2011

A.C.A. ... apakah?

Macam tak percaya dapat Awesome Chef Award dari Aida. Gemuruh juga bila naik stage ambik award tu tadi. Ramai giler chef2 luar negara yang datang memeriahkan majlis.

Awesome Chef Award diberi nama.. Best bunyinya tapi penerimanya tak berapa rasa dirinya awesome, tapi dah keputusan hakim muktamad *sambil cuit2 tepi hidung*, I terima dengan ucapan terima kasih daun keladi ... (malu nak sambong pantun tu).

Sekali sekala kalau dengar komen dari T or D tentang masakan I, tentu ada yang hantar memo bantahan secara besar2an pada tuan hakim atau siap buat sepanduk "CS tak layak!", tapi dah kata tadi keputusan hakim adalah muktamad, kan? heheh.. maka sila beri tepukan gemuruh pada saya.

(Aida, nasib baik soklan ciput2 aje, bolehlah I taip tak guna fungsi 'copy paste', and since you dah padlock ruang blog I takleh copy apa2, tetiba datang idea vijaksana-sini camana nak copy award kesini.., hehe).


1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
Masak sambal tumis udang guna kuali mainan paling cenonet dalam dunia. Kiranya boleh masuk carta terpegun Msian Book of World Records. Masa tu sekolah rendah lagi. Ndja, Nora (jiran) n I curi2 masak tanpa pengetahuan Mak n Chik. Bukan aje curi2 masak, bahan yang dimasak pun hasil curian dari esbok Mak, har3. Bila rahsia kita terbongkar, that's it! Mak/Chik tak restu kitorang main masak2 cam tu sebab takut baju gown kitorang terbakar sama. Kalau kita cacat, mesti takde jejaka tampan yang ingin atau sudi ajak kita naik pelamin sesama. Whoaa.. sungguh jauh visi diorang ek? Hebatlah ..

Minat memasak (apa juga) memang terpahat di jiwa, cewah! Masa muda remaja dah cuba buat roti French Twist (keras berdegar), jem nenas (hancuss), biskut (disaster) dan mcm2 lagi kenangan pahit manis yang dilalui termasuk perli dari abang2. Pakat masak bihun goreng Spore dgn Ndja.. macam tak cukup minyak so kita tuang dan tuang dan tuang ... *pap* tepuk dahi.

2. Siapa yang menggalakkan anda masak
Siapa?? Macam takde siapa aje tapi mula masak for survival. Dah duk jauh dari amma appa, maka pandai2lah nak hidup. Fevret menu tentulah nasi gor (tapi kira oklah juga sebab tanak nasi cara era bawang putih bawang merah cuma I guna hot plate tak guna kayu, hehe). Mak memang tak harapkan adik beradik memasak sebab Mak ada Tok/Chik as her Wonderpets. Kerja2 ringan jer kitorang buat .. buang akar taugeh, buang kepala bilis, siang sayur, goreng bawang merah taraf hotel 5 bintang dan kopek kulit bawang (tu pun Bak always check cara kita pegang pisau..).

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda
Macam2 masakan, hic! tersedu plak. Dari 3 ahli keluarga yang berlainan selera, maka nak sebut satu persatu masakan kegemaran terasa rumitlah pulak (sebab?? setiap kali masak benda yang sama, rasanya tak selalu sama, haru kan? hehe). Tapi tersangat hepi kalau dapat masak nasi yang ada 1 lauk dgn himpunan manikam didalamnya.

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung keblog
I pasti semua blogger pempuan yang sudi berkunjung ke Al-kisah memang terror memasak termasuklah jejaka Malaya terakhir itew (dia mesti tau siapa yang I maksudkan), tapi biarlah dulu ehh? Kita berhenti kat nombor 3 aje.

20 comments:

azieazah said...

Mujurrr... Kalu kena taq pun, I ingat nak copy paste jer stori U, cuma nukar nama watak..

bleh gitu?

hahahaha

Lili said...

Awesome chef with equally awesome anecdotes!

<3<3<3

Ibu n Abah said...

salam kak som...
kita semua memang masa kecik2 suka main masak2...
tak sabar nak tunggu jadi besar dan masak.. masak.. masak..
tapi bila dah betul2 besar... sampai dah takda idea nak memasak.. akhirnya masak kat kedai jer...
jom kita main masak2...

DeLancrettLurpak said...

wahh hebat, siap pakai bahan mentah betol tu.. saya main masak2 pakai tanah dgn bunga aje tauuu

zarin said...

awesome betul! skolah rendah dah masak betul betul guna api eh! i dulu cukup takut nak bukak api kat gas stove tu..terbayang api tu keluar besar besaran nanti kena muka, kang dah tak cun dah nanti kurang reger duit hantaran ahaks!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

walawala...

sekolah rendah dah mula memasak kak ?
memanglah awesome .

Anie said...

Somuffins,

Wah lawak arh u nie, tergolek2 I ketawa baca yg nombor 1...hehehez. Hmmmzz mcm biasa dgr, bersungguh2 nak try resepi and in the end equals to disaster :( Happened to me also lah Cik Som *sobs* *sobs*

Maya Marisa said...

Cik Som,
frm start to the end, i cant stop laughing!
it made my day! :P

T said...

ish, ish, ish....
tak tahan boleh nak curi-curi masak. hehehe.

takpe, sekarang tak perlu dah. kena curi-curi tak masak la pulak.

Anonymous said...

you're gifted (pasal masak i tak tau lah). belum khatam blog ni but i like your santai way of making readers smile.

kak ja said...

Kak Som, I dedolu main masyak2 pakai daun bunga raya Tok Pah itik prett prett.. Bunganya jd cili..

Manyak siok wooo!!

CS said...

Salam semua n timakasih sudi membaca n mengomen :-)


AZIE
You sanggup ke masuk lokap sebab plagiat I punya hak cipta tak terpelihara itew?? Sanggup ke you makan bithkut kering cicah air sejuk sempena raya cina nanti??


LILI
blushed *sambil tutup muka dgn apron* and tq (malu nak bitau sebab, hehe).


AKAK
Zaman kanak2 memang best tapi sekarang laagi best sebab kitakan dah jadi boss? yeayy..
Jom kita main masak2 kat KeniWojes??

CS said...

DLL
Hebatlah jugak sbb kecik2 lagi dah pandai 'mencuri' (udang n cili boh). Dlm pada tu tetap juga main masak2 guna bunga kertas, bunga raya n rumput.


ZARIN
Ekceli takut guna api tapi dah 3 orang berkomplot maka tetiba datang semangat Tun Teja, auww.


AZRINA
Bila curi2 masak tanpa restu Mak ... bayangkanlah. Memang aati taale cinang wo! Terkantoi jugak.

CS said...

ANIE
I cuba bayangkan cara you ketawa tergolek. Masa tu you pakai baju apa? Sexy tak? Kambing2 kat luar tu ada dua mata taw.. auww.
Pss.. 'disaster' seems to be our middle name, haha I like!


MAYA
You make my day too, hehe *malu nak bitau sebab*


T
Biasalah budak2.. Yg dilarang tulah yg dia nak; tapi yg disuruh 'kim salam' ajelah, hehe. Yg bestnya skrng, takde sape2 suruh, kita sedia berkhidmat. Baik kita kan?? :-)

CS said...

NOIR
Gifted? I guess those who read my entry have extra funny bones kot? Anyway, tq *masih malu nak bitau sebab*


JA
Sebelum I jadi the so-called junior masterchef, bahan2 masakan mmglah dari hasil ragutan pokok2 ditaman firdausi, CUMANYA I dare not curi or ragut cactus Mak I untuk dijadikan 'mixed vege.'

ijan said...

Ayyo... baju gown terbakar sama? memang kena marah le jawabnye. hehehe

kak ja said...

Mujur gak u tak bebetoi sembelih itik serati ke utk main masak2, kan?

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
*sambil tepuk tangan dan kaki* Tima kasih kepada Cik Som kerana sudi terima award ni *sambil hulur daun keladi* :D

Memang adventurous sungguh Cik Som time kocik dulu ye? Bayangkan kalo Cik Som direstu dari kocik, skang mesti dah bukak restoren di seluruh donia (visi jauh tuh) :D

Thanks for playing along. Pastu nak tanya.. camno copy award? :D
Saya ada kasi URL tapi rasanya udah terlambat.

CS said...

Ijan
Nasib baik Mak melarang sebelum semua baju gaun terbakar. Kalau degil, tak pasal2 kena pakai gaun daun pisang kang, haha.


Ja
Masa tu 4 ekor anak2 itik belum hadir dlm hidup I lagi. Dah kena larang masak2 guna real api, barulah I beralih arah minat kat itik. Windulah dgn siDidik, quack quack.. *sambil kepak2kan tangan*

CS said...

Aida
Hulur daun pithang boleh tak? Atau pelepahnya pun ok boleh I buat mainan (bunyi kelepak3 gitu).

Moi adventurous? hehe.. tu baru gezet jer tu. Belum lagi bukak cerita menangis belakang pintu, har3.

Camno I copy award? I ikut jln pintas kedapur Wana so I terus 'kopi'. Fandai n vijak tak I?? Okaaaay, takyah fuji :-)