Saturday, 15 January 2011

Bahasa jiwa bangsa ...


Saya cuba menaip menggunakan Bahasa Malaysia yang hampir sempurna, insyaallah.
.
Semasa berada dalam kereta bersama anak perempuan saya menuju keteratak yang sudah 20 tahun kami diami, bermacam-macam cerita kami bualkan. Soalan wajib saya berbunyi "sudah makan atau belum?". "Sudah". Saya tidak puas hati terus bertanya "lauk apa?".

Oleh kerana beliau telah melepasi fasa PMS (hormon wanita boleh menggegar dunia kaedahnya), maka jawapan yang diterima amat terperinci. Beliau makan ayam goreng, sayur kangkung tidak seperti kangkung dan lemak labu dengan sayur leper penyek2.

Saya terkesima bagaimana rupa sayur leper penyek2 dimasak dengan labu lalu bertanya lagi "Umi tidak pernah masak labu guna apa2 sayur. Sayur itu dimasak dengan labu atau keledek?".

Secepat kilat saya berupaya menangkap maksudnya almaklum bukankah saya merupakan tukang masak tersohor dalam rumah sendiri? ngeheheh *gelak dalam hati dengan nada comel *.

Al-kisah rupanya beliau tidak tahu akan paras rupa cekur manis.
Saya mengaku kesilapan itu berpunca dari saya kerana tidak mendidik anak2 menjadi hebat harus tahu segala jenis sayur2an dimuka bumi ini (saya memang jarang beli cekur manis kerana tidak tahan dengan rantingnya yang panjang dan daunnya yang mudah luruh).

Cekur manis versi sejuk mata memandang memang ada dijual dengan harga lebih mahal tetapi saya tidak kuasa mencarinya lainlah jika saya ingin masak sayur rampai.


Cekur Manis .. Ihsan dari Google

Tak tau apa nak jadiTidak tahu apa hendak jadi pada anak2 saya yang sesuka hati beri nama baru pada makanan seperti kueh dadar (popia hijau), ikan bilis (ikan masin), pulut panggang (ketupat panjang), keria (donat Melayu warna coklat) ... haishhh...

Rezeki saya sekeluarga semasa makan malam semalam berupa Mee Bandung buatan orang Malaysia (sayalah orangnya). Menu dipilih oleh sianak dara. Makan tengahari tidaklah saya beli diwarung2 (taubat sehari-dua) tetapi sebagai surirumah yang bertanggung jawab *uhuk2*, tentu lauk2nya dari hasil air tangan sendiri clap3 (harus mantapkan kredibility yang kian goyah namun esok lusa saya tidak berjanji akan jadi lebih baik dari ini).

Resipi ikut citarasa sendiri

Ada siapa2 suka pada cara saya berkarya hari ini??

23 comments:

Anonymous said...

like your kids, i hantam je nama kuih or sayur. janji dapat makan. it's always heartening to read kisah ibu prihatin, nice post.

* saya always read between the lines

Lili said...

Saya hendak menangis, sebab En. Noir telah meninggalkan jejaknya disini. Oh, tidak! Saya telah terkeluar tajuk.

Sayur cekue manis, disebelah utara disebut asin-asin. Heran ye? Bila makan masak lemak cekur manis ini bersama keledak, tidaklah pula ia berasa masin. Saya musykil.

Untung saya bertanya khabar awal semalam ketika Cik Som sedang memasak mee bandung. Semakinku nampak mangkuk meekasar berisi mee bandung!

Lili said...

*minta maaf cik som, saya sudah terbiasa jadi Pengarah DBP, semestinya ada kesilapan teknikal. Harap maklum: cekur ye, cekur...bukan cekeu. Alasannya: saya nak makan kue/kueh/kuih. Ya ampun!

azieazah said...

SOM, U nak I bagi markah?

Dari 10, U layak dapat 8. Ok la tu kan?

Sekurang-kurangnya U berusaha. Teruskan usaha utk mencapai skala 10!. > macam iklan syampoo plak.

Mee Bandung? Mujur aku tak mengandung SOMMMMMM.....

FaAtip said...

Saya tidak berapa gemar dengan cara penulisan seperti yang di atas. Terus terang saya nyatakan saya lebih mudah memahami mengikut cara penulisan yang sebelum ini. Ini adalah kerana apabila kita menulis di ruangan ini samalah seperti kita sedang bercakap atau berbual dengan rakan rakan kita yang lain. Adakah kita berbual seperti ini? Ohhh...tidak bukan? Kita akan rasa kekok jika kita berbual menggunakan bahasa paku eh bahasa baku. Bukan begitu?

Saya ingin mencadangkan penulisan2 seperti ini hanya kita tumpu atau gunakan tatkala kita ingin menulis kepada sesebuah syarikat atau ketika kita membuat bantahan rasmi terhadap sesuatu perkara.

Saya ingin mencadangkan agar Puan Som kembali semula pada cara yang sebelum ini. Gunakan semula perkataan2 seperti ikan gor, sayur gor, ihiiikkkss....uhukkkkssss...auwwwww...heheh..dan banyak lagi yang lain2nya.

Ikhlas dari saya. :) :) :)

kak ja said...

Mintak mahap, tak dpt nak komen..

Spt kata org2 kpg saya, I don andeseten sepatah haram!!

Yat Maria said...

aikkk mana dia?? testing 4,5,6..

Yat Maria said...

haizzzz...cik som, baru ai taw, why kekadang my comment tak appear, masa dah karang2 and put in that word verif, ai rasa ai tersalah tulis kot, then instead of waiting for the WV to prompt a new WV, ai dah click kluar instead of re-verifying another word..haizzz...apa ai tulis tadi ek..

oh ya..jangan kata nama sayur, remis, lala, kepah and anything under that category ai tak taw..harapkan apek pasar, tu pun apek pasar tadi main hentam sebarang jer...what more sayur...pucuk2, sumer lom pass blajar namanya, ai cuma kenalf betul dengan SAWI!! ha..yg tu saya kenal betul... :) ai think something like this lah ai tulis tadi..wallahualam..

Lili said...

Ah, saya rasa cukuplah saya jadi Pengarah DBP itu. Saya baru perasan yang saya telah tertypo, oops, tertulis 'keledak' yang sepatutnya berbunyi 'keledek'.

Tolong pecat saya.

Tie said...

Err.... som ...
Tu gambor pokok cekur manis Tie laa.. ekekekeke....

Bab penulisan tu memang kena ngaku, Tie ni tak pandai menulis dan mengarang. Sebab tu Tie tulis macam bercakap dengan seseorang, haha.. Ejaan pun ikut bunyi. Sabor je laa....

DeLancrettLurpak said...

Saya rasa macam masuk kelas bahasa melayu form 5.. sile revert kepada cara asal ok! hehehhe

sama la menu kite.. mee bandung tapi saya nye version ngelat.. takde sawi laa.. yg mee bandung ciksom tu pakai perencah adami ke? ke buat from zero ?

zarin said...

saya rasa sangat susah nak berbahasa malaysia sepenuhnya. izinkan saya ber rojak rojak sikit ye..ekeke maklum la baru makan rojak la katakan :D
nak tergelak bila baca sayur leper penyek tu sebab dulu pun saya panggil sayur penyek gak..ekeke ini gara2 tatau itu daun apa..errr mak saya pun masak lemak labu mcm gitu je tkde sayur penyek tu gak :D

mokja said...

Saya sekended pn fa'tip.Dlm blog biarlah tulisan tu santai.Mcm dok cakap .
Kalau terlalu ilmiah,makcik pening nak faham.

Sizuka said...

CS,

saya agak fenin (walaupun saya tau ejaannya sepatutnya pening, tapi saya suka fenin juga)bila membaca dalam bahasa melayu sepenuhnya. :D

FaAtip said...

(tumpang lalu sat)

mokjadeandell,
gip me five! hehehe..

sizuka,
syaya (ebentho I tahu ejaannya saya) pun fenin. ihik!

CS said...

Salam :-)

Noir
Selalunya loyer suka baca between the lines tapi bila kita dah jadi parents, bakat tu lebih terserlah. Anak jalan senget jer kita dah tau something amiss there. Betul tak? Niway, thanks (malu nak sebut sebabnya, hehe).


Lily @ Puan Pengarah DBP
Well Puan, ahaks.. we do make mistakes, dont we? Kadang2 the speed of typing tak ikut perintah otak kita; dan kadang2 otak kita terlampau cepat hingga tak terkejar dek jari jemari. Wahahah.. tazkirah ilmiah kekdahnya nih, sila abaikan. Niway, KELEDAK goweng sedap kan? mueheheh..


Azie
Nape you kasi I 8 jer? I want more, more, more memandangkan betapa tensionnya I hingga demam urat saraf. Nasib baik TB sanggup ... mmme... ehhh, mana leh bitau, rohsia :-)

CS said...

Fa
Terima kasih memberi cadangan agar saya kembali menjadi diri saya yang sebenar dan tidak berpura2 menjadi cucu sedara Pendita Zaaba, heheh. Sekian .. majulah cara kita untuk kita *jom cama2 tepuk amai2*


Ja
Kelas tuisyen BM n BI masih dibuka untuk pelajar UPSR/PMR/SPM/STPM. Sila pilih yang mana satu hajat dihati tapi kalau tak pilih apa2 pun, jom calet sket! Kalau kita fail tahun nih, kita amik peksa lagi tahun depan na??


Yat
Don't despair; kesilapan yg you TERbuat tu, I dah pernah buat, har3. Maybe I should buang function of word verif. tu as it wastes time. Anda setuju tak? As for SAWI, kih3.. how can you not know if that's Dude's fav. sayur, kankankan??

CS said...

Tie
Pokok Tie ke tu? Halalkan, kita pinjam kejap eh?
Gaya kita menulis adalah hak cipta terpelihara kita, tul tak? So, you are doing good there, PERCAYAlaaa ... *nyanyi sket*


DLL
Cadangan anda akan berkuatkuasa ASAP berkepol2. Maka, kelas BM tingkatan 5 akan dibubarkan. Tentang mee bandung tu, I buat dari 'garu' which in BI bermakna 'scratch'. Sawi tu tetiba muncul (rajin I kan?) cuma x sempat goreng tauhu ..


Zarin
Kalau dah biasa tulis sempoi2, memang tergeliat juga otak kita berfungsi cara formal. Anyhow, as long as kita tetap memertabatkan bahasa ibunda kita, we are doing alright, tak gitu you?

CS said...

Mamason n Shidah
Jangan dok fenin2 na? I baru warm up jer tu, hehehe. Nanti I keluarkan bahasa pendita, caner? I sendiri yg fengsan kang.


Dengan ini... *sambil membetul2kan kerongsang didada* SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG SUDI MENULIS SEPATAH DUA KATA MEMBERI FENDAPAT MASING2. CAYANG U'OLLS :-)

kak ja said...

Kak Som, tolong cpt2 buat n3 baru menggunakan bahasa kita2.. I geli tiak bila masuk sini nampak n3 ni lagi!!

CS said...

Ja
Muahahahaaaaa .. *sambil gelak guling2 pakai bedung*
.
.
.
.
ekekekekehhhh ... *sambung gelak tapi bedung dah terburai sebab nak mandi lps Maghrib nak lawat jajahan Kanda Deris*

Ibu n Abah said...

salam kak som..
i terasa macam salah masuk blog orang lain...
kak som... kak som.. kembalilah....

CS said...

Akak
You terasa mcm masuk blog Rais Yatim kah? Kakakaaa...
Jap lagi I kembali kejisim asal, k k k?

My word verif: going (tapi u suh kembali, ishh feninn)