Monday, 22 August 2011

21-22 Ramadhan ... Shopping?

4 hari menghilangkan diri, ada kemajuan yang boleh dibanggakan, tak? Ehh.. mestilah ada, kan? Buktinya 6 jenis biskut dah siap tersimpan pun dalam balang! E-nam bukan em-pat dan semua tu hasil dari tulang 4 kerat sendiri. Kemajuan namanya, kan? *sambil berdoa: "janganlah ada yang suruh tampal gambar biskut 6 balang, kantoi kang"*

As in previous years bila nak raya, kobaran semangat nak buat sendiri biskut tetap menyala-nyala; cuma diharap kali nih biarlah unggun apinya bertahan lama sket, hehe. Anyway, ada sesiapa dah maklum akan kewujudan German cookies, lum?


Ekceli ramai dah buat biskut nih untuk raya dan reviewnya dalam bahasa pasar 'tak nyesal kalau buat tapi nyesal kalau tak buat', haha. Bila baca bahan2nya terasa deja vu pulak tapi bila baca komen Zarin, katanya rasa biskut tu seakan2 suji, lagilah deja vunya terasa2.

Alkisah 10 tahun dulu, I pernah buat biskut seakan2 German cookies cumanya I guna tepung jagung bukan tepung ubi (dapat resipi dari majalah Flavour). Menurut chefnya, biskut tu asalnya dari China tapi lupalah pulak namanya, hehe..

Semalam TB n I jenjalan ke SubPred. Meremut2 orang bersyoping sakan kat sana. I nak cari baju kurung raya tapi satu pun tak berkenan. Memang banyak pilihan yang cantik2 tapi tulah, tak semua orang berani pakai baju liplap dipagi raya; atau suka pakai all-cotton baju kurung ala bedsheet, hehe; atau suka pakai baju berlining, kaaan?? Akhirnya kita beli baju moden sepasang sorang.

Dah banyak berjalan, keadaan tumit n lutut ada tegang sket so takkan I terdaya nak berdiri lama2 memasak untuk berbuka, tul tak? Maka, nasi ayam came to the rescue!

Oleh kerana tak masak waktu berbuka, I ambik jalan pintas untuk sediakan juadah sahur. Juadah? haha, bunyinya macam ada 4 lauk aje ek?

4am: Nasi goreng biasa2 dimakan dengan sup cendawan dan ikan tenggiri gor berperisa kari dan bawang gor.


2 hari lepas masak mee kari (nak jugak selitkan dalam carta makanan bulan Ramadhan, hehe); tapi tulah bila berbuka makan mee atau yang simple2, the chef terpaksa juga masak lauk/nasi untuk bersahur.


Apa lagi yang kita cari kat dunia nih selain pahala dan keredhaan Allah serta suami?

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Dah lama I tak buat mi kari. Musim raya nantilah agakanya...

Cer tunjuk biskut yang you buat tu. Mesti nampak ngancam, kan? I ni reti makan je. :)

Anonymous said...

cs, entah kenapa this posting cuma last para je yang register kat my head :)

Lili said...

CS,
...entah kenape I bace this posting dengan linangan ayaq mata...

Ibu n Abah said...

hah!
enam balang biskot... terrer tu...
apakata kalau kekanda(ayat bodek) tunjukkan gambar kuih tersebut... mungkin akak mendatangkan kerajinan pada patik PACAL2 DIDIK tua... untuk membuatnya dalamasa 7 hari sebelum hari raya....
Pleasssseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........

Ibu n Abah said...

alah... salah ejaan...
AKAN bukan Akak.....
Sowwiiii... dah pukul 641pm mata ai dah naik kelabu....

ahkakbatik said...

CS... awat bila saya nampak stetmen CS nak cari pahala lebih tu saya terbayang CS pos kicap?

Rima said...

Cik som
Hows the ramadhan so far?? semalam my sis ajak gi jb.. angsana to be exact. punya lah ramai manusia.. ingat nak cari baju raya lagi selai but how to look if ramai orang.. in the end .. tak kuasa .. terus pi beli si popiah udang and also meruku buat raya..

Last para tu .. ty cos mengigat kan kita.. :o)

blu4sky said...

salam cik som,
laa awak ke yg bertandang siang td..punya pikio sape ler gerangannye anoy..perasan kat hujung ada sign cs..tp takut silap org..minta maap ye cik som..

ewah..dlm diam dah 6 balang sekut ye..sy sempat siap 2 jenis je..tp magic mai ptg..tetiba sekut pandai beranak pinak..kuih tunjuk2 dah di hantar ke rmh..x campur lg dpt sekut free 2 balang..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

banyaknya kak !

saya tak sempat walaupun satu jenis biskut pun...

huhu..

CS said...

KAKCIK
Cakap benar, I lum beli n lum buat apa2 biskut pun. Sianak dara ada beli 3 balang tapi semua tu untuk dia makan ;-)


NOIR
Still mabeles, at least ada gak yang register kat your minda ;-)


LILI
Nape Lililaling? what can the matter be? You know, tiap hari I harus menyebut nama you dlm solat. Guess why?


AKAK
Kenapalah dibaca ayat2 yang dah I palang tu? Semua tu ayat 'tak aci', taw ;-)

Maya Marisa said...

Cik som,

Mana gambar kuih nyer? Tak nampak pun...hehehe
Walaubagaimanapun, salute lah kat cik som cos dpt buat kuih dgn jaya nyer.
Err nak ckit bole? :-)

CS said...

AB
Bagus you always think positip ek? Camana nak hantar kicap kat you? Boleh c/o kat address Jr Ewing ke? Or you prefer I anto kat Linda Gray aje?? ;-)


RIMA
Amboi, jauhnya sifu kek beli popiah n maruku? I tak pernah rasa kesibukan Angsana; almaklum I kan dah kena buang negeri, kaan? Glad you like the last para. :-)


BLU4SKY
Ha'ah CS tu kita lerr.. kalau CSI, tu klon kita, hehe. Some blogs still tak recognise my google ID; tulah kadang2 I 'tak bernama'. Psst.. I tak buat kueh pun; not even tunjuk2. So far my doter beli untuk dia ngap2 sempena dia 'dah nampak bulan dulu', hehe..


AZRINA
Statement acah aje tu, jangan percaya. You tu lagilah, siap jadi middle woman lagi. RM66 mesti dah up jadi RM166, kaan? ;-)


MAYA
Whylah statement yang kita dah palang tu awak minat nak baca? Tu statement aci aci bukak pintu jer.. I masih bertafakur depan bahan2 buat kueh, har3..