Sekotak dari 2 kotak kurma yang I beli hari tu dah habis dimakan so semalam TB beli sekotak lagi. Dia nih tak reti makan sebiji dua kurma masa berbuka puasa. Makan sikit2 waktu berbuka puasa untuk ambik fadhilat cukuplah kan? tapi dia makan berulang2 kiranya takde beza waktu berbuka puasa atau waktu bersahur... ekceli I pun, hehehe..
Duduk rihat tengok tivi pun dia mengonyel kurma tapi bila rajin sket, pandailah dia tukar selera makan buah segar pulak. Buah tin/figs tu baru dibeli semalam, belum dibukak lagi. Beli satu peket kecik aje dulu, testing 123.
Belum lagi tengahari Teh dah uar2kan dia nak masak kari daging bubuh buah kelo (I tak suka buah kelo sebab rasa pahit). Ndja lagi dasyat, dah siap masak soto lagi! Whylah dia tak balik duduk kat rumah dia sebelah rumah I masa bulan puasa nih? Boleh gak I ngendeng n bertukar2 juadah.
Diorang tu rajin masak awal tapi I LAAAAGI rajin, heheh. I mula masuk dapur sekitar 6 petang. Well.. masak 3 lauk jerrrr, petik jari dah siap, kan? Bukan masak lauk debaboom pun lainlah bila korum cukup 4/4 dihujung minggu.
Menu biasa2 3 hari lepas: Goreng ayam/ikan/udang. Goreng sayur bakchoy/kangkong belacan /kacang panjang. Main dish: Kari udang campur ikan (boleh?), kormak daging tabur kacang peas /sup sayor campur dan papadom <- haaa.. tetiba ada papadom!
Plannya semalam nak buat begedil udang kering tiru resipi Shidah tapi apakan daya (dah mula masak pukul 6, mana nak sempat, hehe. Kalau petik2 jari sampai patah pun, begedil takkan terhidang punya, haha padan muka).
Hari nih terasa nak masak jemput2 masin atau cucur macam kat atas tu (makan di Akasia, sepinggan tu harga RM4). Tengoklah camana sebab pukul 3.30 nanti dah bergerak ke SA. Of all the time, T mintak dijemput pukul 4. Dah terlanjur keluar, kemana agaknya I will end up? Kat mana ek? cuba laa teka, hehe ..
Nak sentuh sket kisah keklinik dentist hari tu. Mungkin staff klinik tak tau yang kita berdua dah tau bahawasanya appointment budak K-Pop tu selepas giliran T. Oleh sebab budak tu dah tunggu lama, diorang taram aje suruh budak tu masuk; tapikan tapi camana I tau giliran budak K-Pop tu selepas giliran T? Hmm..
Segala yang terjadi adalah kehendakNya jua supaya kita berdua muhasabah diri (diharap mereka kat klinik tu menganggap apa yang terjadi sebagai 'wake up call' supaya lebih ikhlas dan professional menjalankan tugas).
.
14 comments:
Sebelum I komen kat sini, I tengok ruang komen blog I dulu. Hehehe... dah ada komen you kat sana!
Betul kata you, kurang2nya lega juga perasaan kita. :)
Jom buat jemput2. :)
Cayalah CS...saya punya kurma belum lagi surut..haha..kalau berbuka memang sebijik dua saja saya makan...tak berapa ngamlah saya dgn kurma ni.
Adakah CS akan JJCM hari ni?Sama-sama kita saksikan...errr..buah kelo tu apa Cik Som?Tak pernah pulak dengar.Buah keluak pernahla nampak.
Tak habis-habis lagi geram Aunty CS ni....macam nilah, kita bako aje dental clinic tu. Amacam? purrrr *giggles*
kak som...
i tahu..
u end up merayap kat pasar ramadhan...
i belum kesana lagi... malas rasanya nak pikir parking.. nak pikir kena jalan cari makanan...
u nak tahu...
i biras dentist.. i datang awal.. tapi ada patient yg ada appoitment pukul 8, dr lin dahulukan patient tu...
kadang2 kena bagi tau kat yg berkenaan kesalahan mereka...
CIkSom, apakah buah kelo itu? cer bg gambo jap....
tak pi pasar ramadhan ke?
CS,
Dah dekat nak berbuka ni...tak boleh nak kimeng pepanjang...hehehe...
tapi you really make my day with that kari udang campur ikan!! Memang tak boleh...tapi watdehek...kita2 aje yang nak makan ken ken ken...
Oh dear, I tak abih gelak geleng2 keFAla! Kak som, kak som... ;)
Selamat Berbuka.
CS
Sabar sabar .. sure lepas gi pasar ramadhan u ok kannn hehe
KAKCIK
Tak sangka kita alami pengalaman yg sama; sakit hati dan grrrr kat klinik, hehehe <- harus gelak untuk sejukkan hati :-)
MIRA
TB n I are kurma freaks, haha. Kita makan even bukan dibulan puasa. Khasiatnya bergeliga, wa cakap lu, heheh. Nanti I tunjuk how buah kelo looks like (mmg jauh beza dari buah keluak). Adakah I JJCM ke bazar Ramadhan semalam? Jeng3...
CAT
Kalau boleh kita nak roarrrrr!! Jom bako klinik dia. Polis takleh detect it's the work of a feline. Jom? Nak address tak?
AKAK
Mana you tau I end up kat bazar Ramadhan? Takde bukti kukuh, kes digugurkan, heheh. I kalau jadi you pun akan bertindak professional bila keklinik ipar, biras or for that matter ke klinik suami sekali pun, kan kan kan??
DLL
Nanti I tampal gambar kelo yg dah siap dimasak. Nape you tanya I tak pergi pasar Ramadhan? Errkk..
LILI
Tak vaik you wakakaka-kan I taw. Kalau kita boleh buat tomyam seafood, kita pun boleh buat kari seafood. Since TB lebih suka ikan dan I suka udang, maka dua2 tu harus bekerjasama dlm satu pot. Vijak tak I?
RIMA
You pun sebut pasal pasar Ramadhan. Nape semua orang sangka I suka ke sana ek? Adakah kerana I baik hati suka menolong penjual2 tu semua? ahaks...
CS,
buah kelo tu apa? I think I macam u, masuk dapur selalu lambat. tapi alhamdulillah i ada makcik ton to kemas2. macam mana u mengemas dan memasak dan siap hidang makanan time berbuka? waa.. salute u!
ps : kalau dah buat pegedil tu, antar melawati sikit ye.. hehe
CS,
The other day I tried fresh figs for the first time. Jakun jugak. Harga punya la mahal. Tapi bila dah try satu..Mmmmmmm....sangat nikmat. Rasa macam dried fig, tapi tak liat. Sangat sedap. Lepas tu I terus habiskan the whole package, ada la dalam 5-6 biji. Sangat-sangat sedap. sekarang dah tak nampak dah kat kedai, i guess, no longer in the season (wherever it was from).
SHIDAH
I meant to tampal the pic of buah kelo semalam tapi keletihan (and kekenyangan, hehe). Masak for iftar, since Maghrib is quite late, and I cook simple dishes aje, maka sempat segala. Lagi pun I was trained by the OZ Masterchefs, kaaan? ahaks. Pegedil/begedil akan dihantar melalui angin. You tunggu k?
T
I pun jakun tak pernah makan fresh figs namun have seen being sold at s'market. I tengok kat tivi diorang buat dessert guna fresh figs; nampak cam sedap aje.
salam cikgu som yg bijaksana lagi unik
i pun nak tau apa buah kelo tu?
waa, you boleh rentap ngan mrs i lah, 30min to 1hr tersaji juadah puasa. tabik...tabik
NOIR
Waalaikumusalam .. and tq (tak nak cakap kenapa).
I baru jer buat entry pasal buah kelo; termasuk you genaplah 50 orang yg minat nak tau pasalnya (berbaloi).
Mrs you dah pasti unik orangnya, vavava..
Post a Comment